Sementara ada kerajinan ni, hari ni nak kongsi resepi apam beras yang MaDiHaA buat hari sama MaDiHaA goreng pisang resepi semalam tu. Haa... punyalah rajin melayan tekak yg sentiasa lapar dimusim hujan ni kan. Bukan apa.. ada lebihan nasi sejuk 1 cawan hari tu, tiba2 teragak nak buat apam. Lagipun memang dah lama tak makan apam beras ni. Tu yang laju je bancuh. Nak buat apam ni kena bancuh awal2 tau sebab perlu diperap selama 3 jam. Resepi dah pernah MaDiHaA kongsikan sebelum ni. Tapi takpelah kita ulang kongsi lagi hari ni resepi yang MaDiHaA dah kecilkan adunannya. Maksudnya.. MaDiHaA hanya buat setengah dari resepi asal sebab masa tu nasi sejuk hanya ada 1 cawan je. Alhamdulillah.. cukup2 je untuk kami 4 beranak.
Apam Beras
Resepi : Cha@MyResepi
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan
1 cwn nasi
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
3/4 cwn gula pasir
1 1/4 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit, jangan masukkan semua sebab jika terlampau banyak air nasi taknak halus pulak). Setelah halus, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam dengan bekas bertutup.
Perap selama 3 jam dengan bekas bertutup.
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dlm jug untuk memudahkan kerja. Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu saja.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu saja.
Selamat mencuba!
sedap nih kak, klu dana, dana suke mkn time panas2 baru layan
ReplyDeletepemes balik plak apam beras ni kak..baper kali dah tgk lalu di fb ngan blog heheheehh....tgk bahan mcm senang...tapi lieya ni tu laaa..resepi dok rajin salin...buatnye tu laaa tgu mood rajin dtg...alangkah bestnye kalo rajin mcm akak...
ReplyDeleteyis tu nak kena bagi kembang dulu ke?
ReplyDelete