Friday, November 4, 2016

Lemak Cili Api Daging Campur Betik Muda

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Bersua lagi setelah lama menyepi. Oh.. kenapalah mood update resepi masih ke laut lagi ni.. hehe.. Mohon maaf ye pada pengunjung blog Dari Dapur MaDiHaA kerana tiba2 tuan blog dilanda kemalasan nak update blog.



Hari ni terasa rajin edit gambar & taip resepi, jadi layankan jelah ye resepi biasa-biasa dari MaDiHaA.  Alkisah berkunjung ke rumah kakak ipar di Tapah, Perak baru2 ni, sempat lagi mengecek betik mengkal yang berbuah lebat rumah kakak ipar.  Separuh digulaikan dengan daging, separuh lagi dicelur cicah sambal belacan. Waduh2... mertua lalu belakang memang tak nampak dah la. Iyelah... kalau lalu belakang mana nak nampak kan? haha...





Lemak Cili Api Daging Campur Betik Muda

Bahan2
1 kg daging lembu ~ dihiris sesuka hati
1/2 biji betik mengkal (masih keras) ~ kopek kulit, buang biji & hiris sesuai selera.
1 biji kelapa ambil santan sederhana pekat secukupnya
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ dititik

Bahan Tumbuk Halus
2 inci kunyit hidup
25 biji cili padi (jika guna cili api yg merah berkilat tu... 5 biji pun dah pedas)

Cara menyediakan

1. Daging direbus sehingga agak lembut. Masukkan santan secukupnya serta bahan2 tumbuk, serai & asam gelugur. Tambah garam & didihkan sambil dikacau selalu supaya santan tidak membuak.
2. Masukkan hirisan betik & masak sehingga betik empuk. Sesuaikan rasa garamnya & bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Uiks! Betik pun boleh masak macam tu? OK, kalau ada peluang, PH nak cuba. Nampak sedap, mesti nasi bertambah tambah tu...

    ReplyDelete