Hari ni MaDiHaA kongsi satu lagi resepi kegemaran anak2. Ketiga2 anak2 MaDiHaA semua suka bergedil ni. Tak kisahlah versi ayam, daging ataupun udang kering. Kalau buat tu memang sekejap je licin. Kalau makan kat luar asal nampak bergedil ni mesti dorang ambik juga. Kat kedai harga 1 ketul bergedil saiz lebih kurang 1 1/2 dari saiz yg MaDiHaA buat tu harganya RM1 tau. Tengok bila kita buat sendiri dapat bukan main banyak. Puas anak2 kita boleh makan.
Bergedil ni boleh dimakan begitu saja cicah dengan sos pun sedap. Jadikan lauk nasi pun sedap. Lagi2 kalau gu dengan soto... fuhhh.... memang terangkatlah!
Jom tengok resepinya..
Bergedil Ayam
Resepi : MaDiHaA
Bahan2
6 biji kentang saiz sederhana
1 cawan isi ayam ~ dicincang
1 sudu besar tepong jagung
1 sudu besar lada sulah
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun sup cincang
garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & potong 6. Cuci bersih kemudian digoreng hingga empuk. Semasa kentang masih panas lecek kentang sehingga hancur.
2. Campurkan isi ayam, tepong jagung, lada sulah, bawang goreng, garam & daun sup ke dalam kentang lecek & gaul sebati.
3. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil & leperkan.
4. Kocokkan telur. Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Celup bergedil yang sudah siap dibentuk ke dalam telur & masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga warna bertukar jadi coklat muda. Siap untuk dihidangkan.
Sebelum digoreng... beginilah rupanya..
Selamat mencuba!
Betul tu kak buat sendiri dapat banyak.
ReplyDeleteKalau di kedai sebiji pun mahal sekarang.
Thanks sharing kak ada idea nak buat masa tahun baru cina ni.
Mmmm....memang sedapnya makan dengan soto.