Friday, June 24, 2011

Kuih Kosui Pandan

Assalamualaikum & salam Jumaat buat semua...

Hari ni actually takde kerja sangat... bos pun tak masuk ke opis pagi ni..  Jadi bolehlah layan blog kejap.  Terus jelah cerita pasal Kuih Kosui Pandan ni ye... Guna daun pandan yang diambil dari kampong tempohari... Dah lama dah sebenarnya buat kuih ni..  dalam 2 minggu lepas kot.. Rasanya buat lebih kurang sama ngan hari Izah buat Kaswi Gandum yg tiba2  jadi glemer tu. hehehe.. Apa2pun.. resepi Kak Liza memang kebanyakannya best2 belaka.. mana boleh lawan ngan sifu betul tak..?

Hari tu ada sorang adik ada mintak resepi Kosui Pandan dari aku.. Masa tu ada aku tayang tempahan Kosui Pandan jiran depan rumah tu.. sorrylah sebab aku tak sertakan resepi dalam entry tempahan.. Hari ni aku share resepinya yer.. Tapi tulah.. aku dah lupa siapa nama adik yang mintak resepi tu.. Kalau adik  terbaca blog akak ni.. Akak mintak maaf ye sebab lama sangat nak bagi resepinya.. harap2 resepi ni menepati citarasa.. Kosui Pandan ni jenis yg goyang2 sikit.. bak kata kawan2 tu.. ada goyang inul sikit.. hehehe.. ramai yang suka kosui yang goyang2kan? Bagi aku pulak.. tak kisah kuih kosui ni goyang atau tak.. semua aku suka. Asalkan kuihnya secukup rasa & ada terbau air kapurnya.. itu dah cukup best! Kuih kosui kalau tak berbau air kapur kurang ummphhnya... tapi jangan pulak letak banyak sangat.. dah jadi tak sedap pulak.. sekadar ada bau sikit2 tu dah memadai... kalau takde air kapur.. dah jadi macam bancuhan kuih lapis pulak...

Oklah.. ni resepinya khas buat adik yang bertanya & kalau ada yang nak mencuba.. sila2lah yer.. gerenti goyang inul punya...

Kosui Pandan 
(loyang 9 inci)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan A
1 1/3 cawan gula pasir (kalau suka lebih manis boleh tambah ikut citarasa sendiri)
1 cawan + 1 sudu besar tepong gandum
1 cawan tepong ubi (kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan tadi)
½  cawan tepong beras 

Bahan B
300 ml jus daun pandan (350 ml air dikisar bersama 12 helai daun pandan & sukat 300 ml jus pandan)
600 ml air biasa
2 sudu kecil air kapur

Bahan C
Kelapa parut putih secukupnya (guna kelapa parut berkulit basah)
Garam secukupnya

Cara Menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan dengan air yang secukupnya.  
2. Dalam satu bekas/besin yang sesuai.. campurkan kesemua bahan2 A. Gaul rata.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sikit demi sikit sambil dibancuh/ dikacau rata. Gunakan whisker lebih memudahkan.  Kacau sehingga gula larut.
4. Apabila air kukusan sudah mendidih.  Tapiskan bancuhan ke dalam loyang bersaiz 9".  (Jangan tapiskan awal2 bancuhan ini ke dalam loyang kerana ia akan sedikit termendap jika berbuat demikian & ini akan membuatkan tekstur kuih keras di bawah & lembut dibahagian atas) Tutup loyang dengan aluminum foil supaya wap tak jatuh atas kuih. Kukus kuih selama 35 ~ 40 minit atau hingga kuih masak.  Jika tiada aluminium foil.. balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh atas kuih. Jika masih terdapat wap / air di atas permukaan kuih selepas kuih masak.. boleh serapkan air tersebut perlahan2 dengan kitchen towel (tisu dapur) & buangkan tisu tersebut.
5. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong. Hidang bersama dengan kelapa parut yang digaul kelapa.


Nota MaDiHaA: cawan yang MaDiHaA gunakan untuk menyukat bahan ialah cawan dapur aje ye.. bukan cawan metrik tu.




Tinggal 4 ketul ni jer untuk diposing2kan.. tak sempat nak posingkan awal pagi sebab kelam kabut nak hantar anak ke sekolah.. balik kerja petang baru snap gambar.. ini pun dah ada tangan2 yang dah tak sabar nak capai kuih kasui yang sodapp ni.. hehehe...

Selamat mencuba!

Nota Kaki : Kepada adik2 yang bertanyakan rupa Sos Hoisin dalam entry Terung Sos Hoisin semalam.. sila klik SINI untuk lihat contoh Sos Hoisin yang MaDiHaA gunakan. T.kasih.

8 comments:

  1. tu la kak madihaa.. virus kaswi kan. suke jugak kaswi pandan. dulu dah pernah jugak cube buat kuih kaswi pandan ni. kalau cmg punya resepi kaswi pandan ni dikatakan kaswi peranakan kan

    ReplyDelete
  2. suka kaswi...
    sedappnya tengok kaswi pandan tu..

    ReplyDelete
  3. Suka dgn kuih kaswi tp kaswi pandan belum pernah cuba . hari tu bawa jugak stok daun pandan dan pokoknya sekali tp bila sampai sini busuk tak elok.
    re; tk Ratna wish besday.

    ReplyDelete
  4. kuih kegemaran ita ni...
    dah lama tak buat... tengok akak punya ni macam memanggil2 aje suruh buat... hihi

    ReplyDelete
  5. wahh.. goyang2 inul yer.. mesti sedap nih.. tun xpenah jumpa kuih kaswi pandan.. ish, baru sembuh dr virus kaswi nih, mcm nk jangkit lg sekali je.. huhu

    ReplyDelete
  6. sdapnyer...nak buat juga la...fiza suka la kosui pandan...isk...isk..isk...nak sepiring boleh...he he he *x malu ni...he he he

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    sedapnya kuih nie... perisa pandan plak tu... x perna lg makan perisa pandan cam nie... kalau dapat makan skg nie punya ler seronok.. bertuah badan... :)

    ReplyDelete
  8. Madiha..kuih feberet ni..tak kira pandan ke gula merah ke...memang suka sgt..

    ReplyDelete