Monday, October 31, 2011

Kek Batik Coklat

Assalamualaikum....

Lagi dengan entry tertunda...  Projek Kek Batik Coklat ni rasanya dibuat  dah lebih dari 2 minggu yang lepas ni.. sejurus lepas Izahdaut dok tayang aritu. Lunaskan permintaan anak dara yang dah lama sangat2 mintak ibunya buat kek batik dari biskut meri ni.  Sebenarnya.. dalam hati ibu berkobar2 nak buat Kek Lapis Cheese Pesona tu.. tapi... demi anak.. ibu mengalahla kan.. so buat la dulu Kek Batik ni.. Sebenarnya belum pernah lagi buat kek batik versi lapis2 gini.. sebab biasanya buat versi gaul sebati dalam kuali yang sememangnya bila dipotong akan nampak corak batik2.. hehe.. tapi yang ini tak berapa nak batik.. tapi lebih kepada berlapis2... hehe.. Apa2pun.. kek ni dah lama dah "selamat"... Kakak Dini bawak ke sekolah sampai 2 round sebab kawan2nya suka & sampai ada mama kawannya yang mintak resepi nak buat sendiri.. hehe.. Ni mesti kes kawannya tak puas mkn yang kakak Dini bawak tu.. yelah.. bawak sikit pastu kongsi lak ngan beberapa kawan.. jadi masing2 dapat merasa sikit sorang ajelah kan... takper2.. resepi dah lama pun diberi.. tentu mama dia dah buatkan utk dia..

Ok.. resepi ni ambil dari dapur Izahdaut yang asalnya disebarkan oleh Hasue & Mas yang sedang mabuk kepayang tu.. hehe.. bukan mabuk sebarang mabuk tau.. tapi mabuk ada makna.. hehe.. moga Mas sihat2 sentiasa ye. Resepi asal dari Mylla@myresipi.. Terima kasih pada semua ye.. mintak izin letak sini resepi ni..



Kek Batik Coklat
Resepi : Mylla@MyR
Sumber :  Hasue & Mas & Izahdaut

Bahan ( 1 kg ):
200gm millo
250gm butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis (MaDiHaA kurangkan sikit)
biskut meri secukupnya

Cara membuatnya :
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih (tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi....
Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan.. 


Selamat mencuba!

Friday, October 28, 2011

Biskut Bebola Cornflakes

Assalamualaikum.....

Jumaat yang ceria...bertemu lagi kita hari ni.. alhamdulillah.. masih dipanjangkan umur & dapat bernafas di bumi Allah yang sementara ini... 

Rasa macam dah lama aje tak update pasal masak2.... rindu la pulak... Ni nak kata mood raya dah mari... takdelah sangat... tapi disebabkan Aidiladha bakal menjelang tak lama lagi.. aku rasa.. sesuailah pos entry tertunda yang dah lama menunggu giliran ni.. haha... 



Sebenarnya.. ni cookies yang dibuat masa raya puasa aritu.  Tak sempat nak post ke blog disebabkan kesibukan.. bila dah lepas raya tu rasa macam tak sesuai & mood nak update sekuk raya pun dah malap.  Resepi Biskut Bebola Cornflakes ni ambik dari blog Kak Ummi.  Nampak je kak Ummi tayang masa tu.. terus terdetik nak buat sebab nampak bahan2nya mudah & yang penting semua memang dah ada kat rumah.  Takyah susah2 nak mencari2 bahan lagi.. hehe..

Mekasih ye Kak Ummi untuk resepi ni.. mintak izin letak sini ye kak..






Biskut Bebola Cornflakes
Resepi: Ummi Zaihadi@HomeSweetHome
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

    * 1/2 cawan butter
    * 1/2 cawan gula kastor
    * 1 biji telor
    * 1 sudu teh esen vanila
    * 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
    * 1 cawan tepung naik sendiri (diayak) (MaDiHaA ada tambah tepong jagung sikit sbb nampak adunan lembik sikit)
    * 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
    * cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

   1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
   2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
   3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
   4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
   5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
   6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.  

Selamat mencuba!

Thursday, October 27, 2011

Gubahan Hantaran - hAsiL kErAs TaNgAn Ku.....

Assalamualaikum.... 


Seperti dijanjikan hari ni aku masukkan gambar2 gubahan hantaran yang telah disiapkan.  Untuk pengetahuan kawan2 yang baru mengenali MaDiHaA.. (kawan2 dari fotopages rasanya ramai yang dah tau aku minat menggubah ni.. sebab banyak kali juga aku pos entry pasal gubahan ni dalam fotopages.. hehe) MaDiHaA memang sangat berminat dengan seni gubahan ni. Walaupun tangan kurang berseni & idea tak berapa kreatif.. tapi disebabkan minat yang mendalam tentang gubahan.. aku berani2kan diri menggubah sendiri hantaran bertunang & berkahwin aku  12 tahun yang lalu. Hantaran adik2 yang 3 orang masa bertunang & kahwin pun kebanyakan aku juga yang buat kecuali masa adik no. 3 bertunang sebab masa tu aku ada sibuk perkara lain... tak sempat nak tumpukan pada kerja2 menggubah.. jadi adik ipar yang tolong siapkan dari kampong manakala gubahan sirih junjung aku buat bila dah balik kampong. Walaupun kurang berseni, kurang kreatif & kurang masa.. syukur alhamdulillah dpt hasilkan sendiri & dapat kurangkan kos yang perlu dikeluarkan.  Kalau upah orang kena sediakan duit upahnya pulak kan... harga upah pun boleh tahan juga. Yelah.. bukan salahkan tukang gubah sebab modal menggubah pun bukannya murah ditambah pula kena perah otak yang kadang2 boleh buat sakit kepala.. hehe.. Kalau buat sendiri.. dah jimat di situ.  Tapi sebenarnya.. bukan duit jadi ukuran.. tapi rasa kepuasan & nilai dari air tangan sendiri tu yang sebenarnya lebih penting & tak dapat nak dihuraikan dengan kata2 akan kepuasan yang dirasai setiap kali kita memandang gubahan hantaran yang kita buat siap tersusun..  Walaupun mungkin bagi orang lain yang melihat biasa2 saje... hehe... Tapi bagi aku.. setiap gubahan memang terlalu banyak nilai seninya.  Sebab itu tiap kali hadir majlis perkahwinan.. wajib melihat & menilik gubahan yang ada kat rumah pengantin tu.. macam tulah kalau dah minat kan..? hehe..

Gubahan2 kat bawah ni seperti yang aku katanya dalam entry semalam adalah bajet ekonomi.. memang takdelah meriah sangat atau mengunakan bahan2 yang mewah & mahal2... semuanya dari bahan2 yang murah2 aje.  Idea pun  kebanyakkan idea lama & sesetengah dikutip sana & kutip sini.  Cuma tidaklah ikut 100% dari yang dilihat.  Biasanya memang tak boleh ikut 100% seperti yang dilihat sebab tiap kali kita membuat gubahan.. kita kena pandai2 sendiri ejas sana sini terutama seni gubahan dari  bahan2 berasaskan kain.
Jomlah layan mata dengan gubahan hantaran hasil keras tangan aku yang tak seberapa ni ye... TQ Jol sebab bagi kepercayaan penuh pada Kakngah menyiapkan gubahan ni.. Mak & kakak2nya pun sama dah serahkan semua pada aku.. hehe.. Kiranya.. ni dah dapat restu dari kakak2nyalah.. barulah aku berani nak buatkan.. Takut juga kan.. kita hanya ipar.. kalau memandai2 nak buat nanti takut pulak adik beradik yang lain kecik hati... Tapi bila semua orang dah serahkan kepercayaan pada kita.. barulah kita buat.. yang paling penting ialah keikhlasan yang datang dari hati kita sendiri.. barulah dapat berikan hasil yang baik... hmmm.. panjang pulak membebel yekk..


1. Kain Ela/kain pasang.



Inilah dia hasil gubahan yang pertama yang aku hasilkan.  Kain pasang/ kain ela ni kami sponsor untuk meringankan sikit beban pengantin.. hehe.. Biasanya kalau bahan dari kain ni.. cantik digubah menjadi bunga2 gini selain dari bentuk buah.. (ini idea lamalah ni ye..). Jadi inilah yang terhasil.  Bagi aku.. lebih suka menekankan seni menggubah itu sendiri dari melebih2kan eksesori dalam setiap gubahan.  Lagipun.. ini juga cara untuk mengurangkan kos dalam gubahan bagi gubahan bajet ekonomi.. Tak salah nak saratkan setiap gubahan dengan bunga2an/reben kalau mampu.. Tapi macam aku katakan tadi.. jika dah tergubah indah begini.. rasanya tak perlulah eksesori  terlampau dikeliling gubahan tu..

Bahan2 sampingan yang digunakan : 
1. Kotak moon cake 4 segi (yang diambil dari ofis ~ bahan recycle ni.. hehe) ~ sebagai tapak/pemegang kain.
2. 2 jenis riben (lebar & kecil)
3. Bunga plastik.
4. Renda & jarum peniti.
5. Kotak kek recycle yang digunting menjadi kelopak bunga.
6. Span yang dibentukkan bulat sebagai inti bunga.
7. Getah gelang.
8. Gam & glue gun utk lekatkan bunga pada riben.
9. Dawai halus utk mengikat riben.
10. Gunting & pelayar/pliers.



2. Duit maskawin RM22.50 & cincin.

Cincin & maskawin gubahan kedua yang berjaya disiapkan (cincin, maskawin & duit hantaran tak termasuk dlm bilangan hantaran sebab ia diserahkan pada mlm pernikahan). Kipas yang digunakan adalah idea yang dicilok dari FB Nsafea Shareareen. Terima kasih ye Su sebab izinkan saya mencilok idea. Seperti yang aku katakan.. idea tidaklah dicilok 100%.. ada yang ditambah & ada yang dikurang ikut apa bahan2 yang kita gunakan.

(gambar kat atas ni ambik masa kat masjid masa acara akad nikah.. itu yg blur aje tu.. hehe.. masa ni baru diletakkan cincin)
Bahan2 sampingan yang digunakan :
1. Gabus/polisterin bulat sederhana tebal.
2. Kertas hiasan (untuk balut gabus)
3. 3 jenis renda.
4. Bunga ros kecil dari riben satin. (beli yg siap)
5. 3 jenis bunga plastik
6. Bekas cincin (asalnya kosong tak berhias)
7. Gam & glue gun.
8. Jarum peniti.
9. Riben
10. Kipas buluh
11. Dawai halus utk ikat riben.
12. Sedikit kain net (untuk ikat duit 50sen & diselit dicelah riben)
13. Gunting.



3. Telekong

Pandangan dari depan.
 
Menggubah telekong ni agak mencabar sikit.  Idea gubah jadi beg tangan tu ambil dari internet.. yang ni ok2 saja. Dah siap lipat2 jadi beg tangan.. telekong bahagian lagi satu tu pulak jenuh fikir nak buat apa. hehe.. Last2.. susah sangat.. buat pasu/vase bunga ajelah... habis cerita hahaha...

Pandangan dari belakang.

Bahan2 sampingan yang digunakan:
1. Gabus/polisterin 4 segi nipis.
2. Kertas hiasan.
3. 2 jenis renda.
4. 2 jenis jarum peniti.
5. Gam & glue gun.
6. 2 jenis bunga plastik.
7. Mangkuk polisterin kecil & span bunga (span dibalut tisu supaya telekong tak kotor terkena habuk span) (bahan ini utk letak dlm pasu/vase yg dibuat untuk dicucuk bunga)
8. 2 jenis reben.
9. Kertas riben renyuk (utk tutup kiri kanan beg).
10. Bunga rose riben satin.
11. Tali hiasan.
12. Kotak kek recycle. (utk keraskan & tebalkan kain telekong yang nak dilipat menjadi beg).
13. Pembaris (utk ukur kotak kek yg perlu dipotong).
14. Kertas surat khabar lama (untuk keraskan bentuk pasu/vase bunga)
15. Gunting & pelayar/pliers (utk potong dawai bunga).



4.Duit hantaran

Duit hantaran ni tak termasuk dalam bilangan hantaran ye. Tapi digubah jugaklah biar manis dipandang. hehe.. Ini cuma sebahagian saja dari jumlah duit hantaran. Sebahagian dah diserahkan ke keluarga pengantin perempuan.  Duit ni digubah menjadi kuntuman bunga rose & kudup bunga rose kemudian dicantum2 menjadi beberapa tangkai bunga rose.


Bahan sampingan yang digunakan:
1. Kotak plastik transparent.
2. 2 jenis renda.
3. Riben.
4. Bunga plastik.
5. 2 jenis dawai. (yg halus & yg agak keras sikit utk btg bunga rose)
6. Gam & glue gun.
7. Kertas hiasan (utk lapik dasar kotak plastik)
8. Daun plastik.
9. Pelilit batang bunga warna hijau. 
10. Gunting & pelayar/pliers.



5. Coklat


Menggubah coklat ni yang aku paling seronok sekali.  Suka betul gubah coklat.  Banyak idea yang akan keluar bila bab2 gubah coklat & gula2 walaupun adakalanya ianya adalah idea2 lama... hehee..  Kali ni ku gubah menjadi sebakul bunga dari beberapa jenis coklat. Antara coklat yang digunakan ialah.. 3 kotak coklat cadbury kecil, 1 bungkus besar coklat koko jelly, 3 peket wafer cloud9 & 2 bungkus coklat nougat cloud9.


Bahan2 sampingan yang digunakan:
1. Gabus/polisterin sarang burung & ginseng yang dah kosong.. (hehe.. guna yg recycle lagi... boleh rujuk n3 kat bawah utk tengok rupa gabus sebelum siap digubah)
2. Double tape.
3. Kotak kek recycle ~ untuk tangkai bakul.
4. 2 jenis renda.
5. 2 jenis riben.
6. Kertas hiasan ~ untuk balut tangkai bakul.
7. Inti bunga (utk letak ditengah2 bunga dari coklat koko jelly)
8. Jarum peniti ~ untuk lekatkan renda
9. Sedikit bunga plastik kecil2.
10 Gam & glue gun.
11. Span bunga ~ utk tambah dlm gabus mana2 yg perlu.
12. Pelilit batang bunga warna hijau.
13. Daun plastik.
14. Selotape ~ untuk lekatkan wafer menjadi 3 serangkai.
15. Dawai bunga.
16. Gunting & pelayar/pliers.



6. Kasut

Kasut & gubahan yang seterusnya lepas ni semua aku siapkan kat kampong.  Yang ni mudah sikit sebab tak perlu digubah. Cuma susun gitu jer & hanya perlu hiaskan sikit tempat letak kasut tu.. ikat reben dah siap.  Cuma aku tersilap guna gabus 4 segi yang agak besar.  Sepatutnya guna yg bulat pun okay.. tersilap beli sebab mula2 ingat nak letak sekali dengan handbeg. Tapi last minit dah tukar plan sebab toilettries nampak sikit sangat.. so aku gabungkan toilettries dengan handbeg sebab handbeg tu kecik jer lagipun.. ia jenis  handbeg yg lembik  (handbeg dari kain & bersulam manik2 tu) payah sikit nak letak & tak elok plak aku tengok kalau letak sebelah kasut tu. Barang2 yg aku gubah kat kampong ni memang aku tak tengok lagi.. itu sebab tak tau nak agak nak beli bahan2 macamana. Ini pun.. bajet2 riben sebab tak berapa nak cukup.. hehe..





Bahan2 sampingan yang digunakan:
1. Gabus/polisterin 4 segi. 
2. Kertas hiasan.
3. Renda kecil.
4. 3 jenis bunga plastik.
5. Gam & glue gun.
6. 2 jenis riben.
7. Bunga rose riben satin.
8. Gunting & pelayar/pliers.



7. Toilettries & handbeg.

Nak gubah ni agak mencabar sikit walaupun perlu susun2 je. hehe.. Sebenarnya aku dah short renda besar tu untuk balut bakulnya tu.   Bakul tu.. adik ipar memang dah siapkan. Bakul dari jut. Mulanya aku ingatkan toilletries yang dia beli tu dah siap bergubah atau dah dibuat mcm hamper tu ker..  hehe.. Rupanya nak letak dalam bakul macam tu.  Renda yang tinggal tak cukup beberapa inci. Nasib baiklah masih boleh dibegger2 lagi ditutup dengan riben & bunga tu. Kertas hiasan tu pun sebagai penyelamat jugak  untuk menutup keliling bakul & dasarnya walaupun terpaksa guna yg bersambung2 gitu. Ingatkan dah tak diperlukan dah nasib aku bawak juga balik kg.. hehe...

Ni gambar masa kat rumah persinggahan/homestay kat Jengka 23.. kami tidor kat sana sebab pengantin dinikahkan pada sebelah mlm manakala kenduri keesokkannya & gubahan ni aku ada touch up sikit dengan melekatkan riben2 kat setiap botol barangan.

Bahan sampingan yang digunakan:
1. Bakul jut bulat tanpa tangkai.
2. Kertas hiasan. ~ untuk tutup dasar & keliling bakul dari dalam.
3. Renda lebar.
4. 2 jenis riben.
5. 2 jenis bunga plastik.
6. Gam & glue gun.
7. Gunting & pelayar/pliers.



8. Sirih Junjung


Menggubah sirih junjung pun yang paling aku minat. hehee.. seronok!  Ini sebenarnya idea cilok dari gubahan sirih junjung sepupu aku masa dia kawin dulu. Gubahan dari sebelah pihak lelaki. Berkenan sungguh. Mungkin skrg ni kira dah outdated kot design gini. Tapi aku nak jugak buat design gini haha... Dulu pun pernah sekali ada kawan tempah nak minta buat gubahan sirih junjung ala2 gini. Cuma ada sikit kelainan dari yang aku gubah dulu. (ada update kat fotopages dulu). 

Bahan2 yang diperlukan:
1. Daun sirih.
2. Bekas plastik untuk dibuat tapak (beli kat kedai 2 ringgit jer.. hehe)
3. Gabus silinder.
4. Dawai
5. 3 jenis bunga plastik.
6. Bunga kapur, pinang & gambir. (beli siap aje ni)
7. Gabus bentuk sfera utk lekatkan bunga bahagian atas sekali tu.
8. 2 batang kayu warna hitam. (beli kat kedai bunga)
9. Gam & glue gun.
10. Gunting & pelayar/pliers.
11. Jarum peniti.
12. Batu2 kecil. (hahaha.. yang ni yang paling mahal sekali.. kutip kat tepi sungai rumah mak aje.. tujuan sebagai pemberat supaya gubahan stabil & tak mudah terbalik sebab gubahan ni gunakan polisterin jadi agak ringan)


9. Bunga telur (beli siap)


Bunga telur ni sponsor dari kakak sulung pengantin sebanyak 50 batang. Aku cuma tolong cucuk2 kan aje kat tempat bunga telur yg dah siap dibeli tu. Cucuk pun masa dah sampai kat Jengka dah ni sebab kalau dipasang siap2 nnt payah nak bawak. Berat pun ye jugak. hehe...

Mintak maaf ye sebab entry kali ni berjela2 panjang nya. Malas nak buat satu2 entry takut entry masak2 pulak tertunda.. hehe... Maaf juga sebab gunakan entry Dapur MaDiHaA ni untuk selitkan gubahan yang dibuat. Mintak maaf juga sebab takde gambar step by step cara menggubah. Memang tak sempat nak ambik gambar.  Bahan2 yang ditulis tu untuk rujukan sendiri & mungkin adik2 yang bakal nak berkawih boleh jadikan rujukan sekiranya ada perancangan nak gubah sendiri hantaran perkahwinan nanti.  Musim cuti sekolah dah hampir tiba mesti ramai adik2 yg bakal melangsungkan perkahwinan. Tak perlu ikut 100% seperti yang akak tunjukkan boleh ejas mana2 yg suka. Lagipun.. ini cuma contoh hantaran yg bajet nya ekonomi. hehehe.. Kepada semua bakal pengantin didoakan semoga segala urusan berjalan lancar ye.  

Owhh sebelum tu.. kalau nak tengok hasil tangan MaDiHaA buat hantaran untuk adik MaDiHaA dulu boleh klik SINI.  Tema yang dipilih adik ialah meroon & putih.


Sekian & jumpa lagi!

Wednesday, October 26, 2011

Sneak Preview dulu..... hehe...

Assalamualaikum....

Happy Diwali utk semua kaum India yg beragama Hindu... dan selamat bercuti buat semua ye... nk jenjalan pn cuti sehari je.. dok rehat2 kt umah jelah nampaknya.. Tp arini ada jemputan majlis harijadi... kena keluar jugakla nnt... takpe.. bleh gantung periuk.. haha..

Hari ni takde apa2 resepi yg nk dikongsikan.... Seperti yang aku dok war2kan sebelum ni... inilah dia sneak preview sikit barang2 hantaran sebelum ianya disiapkan sepenuhnya....  Ini pun ada yang ingat nak amik gambar... ada yg tak ingat.  Jom intai2 dulu!




Ini 1st batch bahan2 hiasan hantaran yang aku pilih sendiri. Adik ipar kata nak tema warna pink untuk bagi ke pihak perempuan... aku mengikut ajelah... Janji orang hulur modal.. semua boleh jadi... hahaha.... Tapi ni hantaran bajet ekonomi aje... Bukan bajet mewah meriah ye...  ikut kemampuan.  Walaupun tuan badan tak cakap.. tp aku taulah kan... dah jadi family sendiri.. seboleh2nya aku cuba gunakan bahan2 yang murah, simple dan adakalanya aku gunakan bahan2 recycle... asalkan  cantik dipandang mata..  Ada lagi bahan2 lain yang aku beli berdikit2 ikut keperluan. Tp dah malas nk ambik gambar.


Ini kain ela untuk baju kurung yang kami sponsor untuk hantaran pengantin ni. (hadiah kawinnya lain pulak tau.... hehehehe...)


Yang ni telekong.  Ini pun BIL mintak tolong aku yang belikan.  Adoii.. aku ni bukannya ada masa nak window2 shopping... nasib makcik ada jual telekong. Beli jelah ngan makcik... senang boleh ukur. Telekong ni mmg simple.. tp pakai selesa terutama kt bahagian muka... labuh pun labuh sesuai untuk org2 yg bersaiz besar.. hihi...


Pening gak kepala nak siapkan satu2 gubahan... almaklum aku bukannya pakar.... lg tambah pening tgk barang berselerak gini...


Coklat ni sponsor dari kakak pengantin nombor tiga.... tapi coklatnya aku yang beli dulu.... kendian claim... hehehe... Bukan apa kakaknya suruh aku beli dulu sebab senang aku nak gubah jadi apa... Kalau dia yg beli kang terkebil2 lak aku nak cari idea last minit.. Gubahan byk yg aku gubah dr rumah.. cuma sirih junjung, toilettries, kasut dan handbag je aku siapkan kat kampong.  Ohya   kakak sulung pengantin sponsor bunga telur... 50 cucuk..

Ini sebahagian duit hantaran yg nk digubah... sebahagian dah diserah ke keluarga pihak perempuan.


Yang ni dah siap jadi kuntuman bunga... baru beberapa kuntum je yg siap.. tu pun belom siap dikemaskan dan digubah lg.... masa ni buat sambil temankan anak2 tidor... mata sendiri pun dah ngantuk giler dah ni.. haha...

Oklah... nanti kita sambung tengok hantaran2 yang dah siap pulak ye..

Tuesday, October 25, 2011

Apam Pisang Coklat Rice

Assalamualaikum...



Ini Apam Pisang Coklat Rice yang dibuat minggu lepas. Kalau tak silap buat untuk sarapan pagi Khamis minggu lepas.. hari yang aku cuti sehari & masak Kuetiaw Haufan tu lah.. hehe.. Yep.. pepagi kdg tu tak sempat nak buat sarapan awal2 pagi.. bila buat kuih muih dari mlm... jadi paginya senanglah sikit kerja takdelah tergopoh gapah sangat nak buat sarapan & bekalan utk anak2. Tapi pagi tu ada sikit mengelat sebab lepas hantar anak2 ke sekolah.. balik rumah masak plak Kuetiaw Haufan yg best giler tu.. haha.. mentang2lah cuti kan.. yelah.. ambik cuti pun sebab ada hal.. 

Oklah.. jom tengok apam yang tak berapa nak menjadi ni.. Bukan salah resepi.. tapi mungkin salah aku sendiri kot.. Guna telur sejuk, pisang pun sejuk.. terus apam tak berapa nak senyum. hehe.. Tapi rasanya sedap aje.. lembut pun lembut.. cuma kurang gebus aje.. hihi..

Nampak Kak Nor tayang hari tu.. terus je godek2 jugak sebab memang ada pisang yg dah lama bertapa dlm petiais. Terima kasih pada Kak Nor & juga empunya asal resepi iaitu Rosmarlina yang berkongsi resepi ni. Apam yang Kak Nor & Ros buat cantik naiknya.. berjambak2 mekarnya.. tapi aku punya nak senyum pun tak berapa nak je nampak.. hehehe.. takper2.. lain kali boleh buat lagi.. Mintak izin ye Ros & Kak Nor nak letak resepi kat sini.. Thanks both of U...



Apam Pisang Coklat Rice
Sumber resepi: Rosmarlina@jintanmanis
Sumber : Kak Nor@secubitgaramnor67

Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice

Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..



Selamat mencuba!

Teresek Kacang Panjang

Assalamualaikum...

Hari ni tak dpt nak membebel panjang2lah ye.. baru je masuk kerja hari ni sebab baru balik dr kampong hantar rombongan pengantin (adik ipar lelaki) . Sebelah pihak lelaki hanya buat kenduri doa selamat pada hari Jumaat malamnya. Manakala kenduri di rumah pengantin perempuan pada hari Ahad 23hb Oktober yang lalu. Nanti bila dah siap edit2 gambor.. insyaAllah.. akan dimasukkan juga ke sini untuk kenang-kenangan.  

Oklah.. untuk resepi yang nak dikongsi hari ni ialah masakan tradisi negeri Kelantan ni. Dah lama tak buat teresek.  Kali ni buat Teresek Kacang Panjang pulak... dulu pernah sekali buat Teresek Jantung Pisang resepi Kak Jie Jie.  Ikut pada selera aku memang sedap. Tapi dengan syarat kerisik yang digunakan mestilah kerisik yang dibuat sendiri. Kalau guna kerisik beli kurang ummph.

Jom intai resepinya ye. Resepi aku ambil dari blog fzmenu yang mana resepi2 dalam blog beliau semuanya resepi2 tradisi dari negeri Cik Siti Wan Kembang.  Kalau nak cari apa2 resepi dari negeri Kelantan.. bolehlah cari kat blognya ye.. Kepada empunya resepi.. terima kasih untuk resepi ni dan mintak halal ye letak resepi kat sini..


 
Teresek Kacang Panjang
Resepi : fzmenu.blogspot

    * hati, pedal, leher dan kaki ayam (potong kecil/dadu)
    * kacang panjang (dipotong menyerong)
    * bawang merah besar 1 labu ** (MaDiHaA guna bawang besar)
    * bawang puteh 1 ulas **
    * halia muda 2 inci **
    * dua tiga hiris lengkuas **
    * cili kering dua tiga tangkai (direndam, basuh bersih) **
    * rempah kari 1 sudu besar
    * kerisik setengah cawan (MaDiHaA guna 2 sudu besar)
    * garam
    * manisan
    * santan RM1 @ 3/4 cawan*campur air masak*

Cara2nya:

   1. Bahan bertanda ** di tumbuk/blend.
   2. Hati pedal, tekak beserta kaki ayam dimasak tanpa minyak untuk keringkan airnya.
   3. Bila dah agak2 kering air masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tak lama selepas itu baru masukkan pes rempah kari.
   4. Masak hingga berpalut semua *peringkat ini saya masak lama sikit.. stage"matti hawas oghe kelate kata".
   5. Bila dah empuk kaki ayam dan pedal semua baru dimasukkan santan.  Perisakan dengan garam dan manisan.
   6. Masak sampai agak2 hampir kering baru dimasukkan kerisik diikuti dengan kacang panjang.
   7.  Gaul2kan biar berpalut semua....
Selamat mencuba!

Friday, October 21, 2011

Kaswi Labu/ Kosui Labu

Selamat petang... bertemu lagi....

Dah kenyang makan Kuetiaw Haufan? hehe........... kenyang mata  aje ye? Takper.. petang ni kita minum petang sambil kunyah2 Kaswi Labu pulak ye....!  Sapa2 yang tak suka kuih kukus tu.. jangan cakap tak suka dulu... try dulu rasa.. lepas tu barulah boleh cakap suka atau tak.. hehe.. Ni sebenarnya yang terjadi pada anak bujang ku si Haziq tu... bila nampak kuih ni kat atas meja masa sarapan.. terus je cakap tak suka.  Terus ler aku komplen kat dia... abang dah rasa ke kuih ni? Dia geleng2kan kepala.. lepas tu aku cakap kalau belum rasa macamana abang tau tak suka? Cuba test rasa dulu... sedap ke tak.. lepas tu barulah boleh cakap suka atau tak.  Ternyata lepas dia rasa sikit.. haaaa... barulah dia cakap.. a'ahlah bu.. sedap kuih ni........ hahaha.... kannnn dah kata.... bak kata org dulu2.. belum cuba belum tauuu...



Oklah.. panjang lak membebel.. jom tengok resepinya jom!  Buat Kaswi Labu ni beberapa hari lepas utk sarapan pagi. Ada baki lebihan labu masa buat gulai labu tempohari.  Labu tu agak besar jadi taknaklah perabis buat sayur tu.. simpanlah sikit kot2 rajin nak buat kuih.  Bila timbang labu yg dah dikopek kulit tu.. adalah tinggal dalam 330gm beratnya. Cari punya cari resepi.. nampaklah resepi Kaswi Labu ni dalam senarai resepi yang belum dicuba.. Terus jelah kita godek.. 
Resepi asal gunakan 500gm labu.. oleh kerana labu yg tinggal hanya ada 330gm saja.. jadi MaDiHaA hanya buat 3/5 dari resepi. (maknanya.. kuantiti resepi dibahagi 5 kemudian dikali 3) labu tu dilebihkan 30gm jer.. takkan nak buang labu yang secoet tu... elok je kuih ni menjadi.. sedap!

Resepi ni asalnya dari Fida@myresipi.. tapi MaDiHaA copy dari Yatiememories. Thanks ye Yatie & penyumbang asal resepi. Mintak izin letak kat sini resepinya.



Kaswi Labu/Kosui Labu
Resepi : Fida@myresipi
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. ) ~ MaDiHaA buat 3/5 dr resepi & gunakan loyang bulat 9 inci

    * 500 g labu kuning - kukus dulu baru timbang (MaDiHaA rebus je labu tu.. labu tu pun letak lebih sikit dari sukatan asal)
    * 500 g gula pasir (MaDiHaA kurangkan sikit)
    * 500 ml santan - (dlm kotak) (MaDiHaA letak sikit jer & tambah sukatan air taknak lemak sangat sebab nak makan dengan kelapa parut)
    * 3 helai daun pandan - disimpul
    * 1 sk garam
    * 700 ml air
    * 300 g tepung sagu (MaDiHaA guna tepong ubi)
    * 150 g tepung gandum
    * 50 g tepung jagung
    * 1 sk alkaline water/ air kapur (1sb)
    * 1 sk pewarna kuning (tak letak pun ni)
    * 1/2 sk esen vanilla/ros(opt)


Bahan tambahan
Kelapa parut putih
sedikit garam

Cara-cara

   1. Labu kukus dilecek halus. (MaDiHaA kisar dengan sebahagian dari sukatan air)
   2. Santan, gula, garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.
   3. Bancuh tepung2 dgn air dan tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain lalu tapis.
   4. Masak adunan yg ditapis hingga naik wap dan tuangkan ke dlm loyang dan kukus hingga masak.
   5. Saya alas plastik loyang tu dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus dlm 30 minit.
   6. Hidangkan kaswi labu bersama kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sedikit garam. 



Selamat minum petang!

Kuetiaw Haufan

Assalamualaikum....

Ni hau maa? Hauu?? Bagus bagus... heheh... tetiba jer keluar bahasa Mandarin pulak hari ni.. almaklumlah kan.. semalam dah makan Steamed Radish Cake tu.. hari ni pulak makan Kuetiaw Haufan......... tu yang lidah dah boleh cakap sikit2 bahasa Mandarin tu.. (padahal itu aje yg taunye.. kihkihkih....)



Oklah... di hari Jumaat yang mulia & ceria ini diharapkan kalian semua sihat2  semuanya ye... MaDiHaA hari ni.. macam dah nak kena batuk2 pulak.. aduhaii... dahlah ada majlis kenduri kahwin hujung minggu ni.. nak ikut rombongan hantar pengantin ke rumah pengantin perempuan.. tekak pulak sakit2. Nilah akibatnya dok melantak muruku yang Indian colleague bawak beberapa hari lepas.. tak abis2 lagi tu.. tulah pasal makan banyak sangat sampai nak batuk dibuatnya.. kena minum air asam jawa pulak lepas ni...

Oklah berbalik pada resepi untuk hari ni.. tak sabar2 nak share dengan kengkawan semua kesedapan Kuetiaw Haufan yang aku masak pagi semalam merangkap makan tengahari sekali.. hihi.. Sebenarnya semalam aku cuti sehari.. sebab nak bereskan gubahan duit hantaran adik ipar yang belum siap lagi tu.. Sepatutnya boleh siap hari ahad lepas lagi.. tapi disebabkan abang lambat keluarkan duit hantaran yang adiknya bank in.. (hari Isnin baru dia gi keluarkan sebab dia nak keluarkan kat kaunter) maka tertangguhla projek gubahan tu.. Nasib baik duit tu hanya tinggal sebahagian je yang nak digubah sebab sebahagian lagi dah dihantar ke keluarga pengantin perempuan awal2 lagi.. so.. takdelah byk sangat not2 yang perlu digubah. Oleh sebab semalam cuti sehari.. jadi pepagi lepas hantar anak2 ke sekolah & ke pengasuh (hantar juga Alin ke pengasuh sebab takut dia mengacau aku buat kerja.. hehe) teruslah singgah ke kedai runcit beli bahan2 untuk masak kuetiaw tu.. 

Terima kasih ye Mas untuk resepi yang marbeles ni... first time  akak dengar nama resepi ni.. bila tengok gambar yang Mas dok tayang tu terus terliur & terus print resepi.. cara memasaknya pun mudah.. bahan2 pun mudah.. takde letak bawang bagai.. tapi hasilnya.. memang yummmy!!! Memang boleh dibuat lagi & lagi sebab husband pun sukaaa... minggu ni dia kerja malam.. jadi semalam dapatlah kami bersarapan sama2. Ku buat dua kali resepi terus sebab untuk sarapan & lunch sekali.. dah malas nak masak lunch sebab nak tumpukan pada kerja2 gubahan.. 

Mintak izin ye Mas akak letak kat sini resepi ni.. TQ very much sebab sudi berkongsi rahsia resepi yang mak Mas buat berniaga ni.. bukan senang nak dapat resepi orang niaga ni.. kalau ada pun yg nak bagi biasanya mesti nak kena bayar (nak kena ikut ke kelas.. hihi..). Oh ye.. cakap pasal kelas masakan ni.. hampir terlupa ada sorang reader yang bertanyakan samada MaDiHaA ada buat kelas masakan.. lupa nak jawab.  Untuk pengetahuan.. akak tak buka kelas masakan.  Akak bukanlah pakar memasak.. hehe.. sekadar masak utk family tu boleh la.. Lagipun.. rumah akak yang sempit tu memang tak mengizinkan akak utk buat kelas masakan.. Harap maklum ye.





Kuetiaw Haufan
Resepi : Mas Duniaku
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan A :

    * 500gm kuetiaw
    * 3 sudu besar kicap campur
    * sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :

    * 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh (MaDiHaA letak suku kiub ayam untuk 1 resepi)
    * 1 pokok sawi - basuh dan potong2
    * 12 ekor udang
    * 3 sudu besar tepung jagung
    * 3 sudu besar kicap campur
    * 2 biji telur
    * sedikit lada sulah

Cara memasak :

   1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
   2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
   3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan. (MaDiHaA makan dengan cili hijau jeruk juga.. cili hijau potong + cuka + air panas + garam + gula.. ekspress punya.. hihi.. )
-------------------------------------------------


Untuk resepi kicap campur ni.. MaDiHaA buat separuh resepi je sebab sos ikan tinggal setengah cawan jer.. hihi.. Itupun dapat banyak dah.. boleh simpan peti ais utk guna lain kali..


Kicap Campur
Resepi : Mas Duniaku
Bahan  :

    * 1 cawan kicap pekat
    * 1 cawan kicap cair
    * 1 cawan sos ikan
    * 1cawan sos tiram
    * 1/2 cawan gula
    * 1/2 cawan garam
    * 1/2 cawan ajinamoto

Cara membuatnya :

    * Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
    * Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....


Selamat mencuba!