Friday, October 21, 2011

Kuetiaw Haufan

Assalamualaikum....

Ni hau maa? Hauu?? Bagus bagus... heheh... tetiba jer keluar bahasa Mandarin pulak hari ni.. almaklumlah kan.. semalam dah makan Steamed Radish Cake tu.. hari ni pulak makan Kuetiaw Haufan......... tu yang lidah dah boleh cakap sikit2 bahasa Mandarin tu.. (padahal itu aje yg taunye.. kihkihkih....)



Oklah... di hari Jumaat yang mulia & ceria ini diharapkan kalian semua sihat2  semuanya ye... MaDiHaA hari ni.. macam dah nak kena batuk2 pulak.. aduhaii... dahlah ada majlis kenduri kahwin hujung minggu ni.. nak ikut rombongan hantar pengantin ke rumah pengantin perempuan.. tekak pulak sakit2. Nilah akibatnya dok melantak muruku yang Indian colleague bawak beberapa hari lepas.. tak abis2 lagi tu.. tulah pasal makan banyak sangat sampai nak batuk dibuatnya.. kena minum air asam jawa pulak lepas ni...

Oklah berbalik pada resepi untuk hari ni.. tak sabar2 nak share dengan kengkawan semua kesedapan Kuetiaw Haufan yang aku masak pagi semalam merangkap makan tengahari sekali.. hihi.. Sebenarnya semalam aku cuti sehari.. sebab nak bereskan gubahan duit hantaran adik ipar yang belum siap lagi tu.. Sepatutnya boleh siap hari ahad lepas lagi.. tapi disebabkan abang lambat keluarkan duit hantaran yang adiknya bank in.. (hari Isnin baru dia gi keluarkan sebab dia nak keluarkan kat kaunter) maka tertangguhla projek gubahan tu.. Nasib baik duit tu hanya tinggal sebahagian je yang nak digubah sebab sebahagian lagi dah dihantar ke keluarga pengantin perempuan awal2 lagi.. so.. takdelah byk sangat not2 yang perlu digubah. Oleh sebab semalam cuti sehari.. jadi pepagi lepas hantar anak2 ke sekolah & ke pengasuh (hantar juga Alin ke pengasuh sebab takut dia mengacau aku buat kerja.. hehe) teruslah singgah ke kedai runcit beli bahan2 untuk masak kuetiaw tu.. 

Terima kasih ye Mas untuk resepi yang marbeles ni... first time  akak dengar nama resepi ni.. bila tengok gambar yang Mas dok tayang tu terus terliur & terus print resepi.. cara memasaknya pun mudah.. bahan2 pun mudah.. takde letak bawang bagai.. tapi hasilnya.. memang yummmy!!! Memang boleh dibuat lagi & lagi sebab husband pun sukaaa... minggu ni dia kerja malam.. jadi semalam dapatlah kami bersarapan sama2. Ku buat dua kali resepi terus sebab untuk sarapan & lunch sekali.. dah malas nak masak lunch sebab nak tumpukan pada kerja2 gubahan.. 

Mintak izin ye Mas akak letak kat sini resepi ni.. TQ very much sebab sudi berkongsi rahsia resepi yang mak Mas buat berniaga ni.. bukan senang nak dapat resepi orang niaga ni.. kalau ada pun yg nak bagi biasanya mesti nak kena bayar (nak kena ikut ke kelas.. hihi..). Oh ye.. cakap pasal kelas masakan ni.. hampir terlupa ada sorang reader yang bertanyakan samada MaDiHaA ada buat kelas masakan.. lupa nak jawab.  Untuk pengetahuan.. akak tak buka kelas masakan.  Akak bukanlah pakar memasak.. hehe.. sekadar masak utk family tu boleh la.. Lagipun.. rumah akak yang sempit tu memang tak mengizinkan akak utk buat kelas masakan.. Harap maklum ye.





Kuetiaw Haufan
Resepi : Mas Duniaku
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan A :

    * 500gm kuetiaw
    * 3 sudu besar kicap campur
    * sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :

    * 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh (MaDiHaA letak suku kiub ayam untuk 1 resepi)
    * 1 pokok sawi - basuh dan potong2
    * 12 ekor udang
    * 3 sudu besar tepung jagung
    * 3 sudu besar kicap campur
    * 2 biji telur
    * sedikit lada sulah

Cara memasak :

   1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
   2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
   3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan. (MaDiHaA makan dengan cili hijau jeruk juga.. cili hijau potong + cuka + air panas + garam + gula.. ekspress punya.. hihi.. )
-------------------------------------------------


Untuk resepi kicap campur ni.. MaDiHaA buat separuh resepi je sebab sos ikan tinggal setengah cawan jer.. hihi.. Itupun dapat banyak dah.. boleh simpan peti ais utk guna lain kali..


Kicap Campur
Resepi : Mas Duniaku
Bahan  :

    * 1 cawan kicap pekat
    * 1 cawan kicap cair
    * 1 cawan sos ikan
    * 1cawan sos tiram
    * 1/2 cawan gula
    * 1/2 cawan garam
    * 1/2 cawan ajinamoto

Cara membuatnya :

    * Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
    * Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....


Selamat mencuba!

10 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wo hen hau..xie2 ni :) hehehe Betul tak Madihaa?
Semlm akak pun msk dinner haufan nih byk smpi utk breakfast tadi anak2 mkn. Sedap :P cuma 1st batch buatkan cik hubby termasin sikit sbb tak rasa nk hitam jer...ambik kau!!! Bila buat lagi dah tahu agak2...
Madihaa ltk ajinomoto tak? Akak tak ltk lah coz mmg tak pakai aji ni tapi pada akak lah tetap sedap. Mkn panas2 & pekat2 bersama cili jeruk powerrrr!!!

Unknown said...

as salam....

peberet lia n family ni..k'btlan baru je buat lada jeruk.... :) lia copy resepi yer...tq.

liza said...

Madihaa..rasa dia ada macam char kuetiaw tak?

Mas said...

maceh kak madihah sudi mencuba...
alhamdulillah....akak sekeluarga suka..
seronok mas mendengarnya...

Sheila Shafeareen said...

salam masihah amacam dah cuba jugak yee sdp kan..sy buats emalm seorg sepingan sampai yg lain nak betambah lagi...sekali sekala pekana masakan cina mmg sdp nak pulak mkn besama cili jeruh pehhh

liemaopurut a.k.a ana said...

insyaallah...kalo ada masa nanti nak cube la buat kuetiaw haufan ni...

Zalieda Zaliedana said...

Kak madihaa,nmpk sedap sgt,kicap campur kak mas nih pon mmg da byk lagi bli ritu..Sy suka sgt haufan nih,dlu time kja selalu mkn kat kantin tempat kja,sar ho fan pon best..kNA CARI RCP DLU LAR NANTI YG SAR HO FAN TUH..

Ateh Nour said...

Sallam Madihaa,

Sedap je nampak kuetiaw haufan ni, ala2 char kuetiaw, lama dah cari resipi kuetiaw begini, akak pun nak copy resipi yee..nak cuba buat.

Unknown said...

wahh...memamg mabeles terliur dah ni..dah lama salin resepi masa mas tayang tu tapi lum kesempatan nk buat lagi..nanti nak kena buat juga ni..nieza suka banget ler mee/k.teow gini kak..:)

lena said...

haha! you are so funny! ok, your mandarin boleh tahan juga! YOu cook your kuetiaw better than me!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...