Salam Jumaat semua... Dah petang rupanya... tak sempat nak bersiaran lebih awal... tak kisahlah kan.. asalkan dapat update. Sehari dapat update satu resepi pun kira dah cukup bagus.. hehe..
Ok.. hari nak share resepi Kurau Goreng Berlada Hijau yang sedap ni. Resepi asalnya dinamakan Ikan Goreng Berlada. Resepinya ku cungkil dari dapur Amie yang berada di Sabah bah.. hehe.. Bila tengok ada kelainan dalam resepi Amie ni dengan tambahan budu & belacan.. terus berkenan nak cuba. Tapi masa simpan resepi tu.. kebetulan stok budu dah kehabisan... Bila dah ada stok budu ni.. terus jelah cuba try test.. haha.. Memang tak mengecewakan.. Sambalnya sedap! Oleh kerana penggunaan cili hijau tu MaDiHaA rasa sambal ni mungkin kurang pedas.. jadi untuk bahan cili padi tu... MaDiHaA gunakan cili padi jenis yang paling pedas. So.. sambal ni adalah terasa pedas2nya juga... Tiga beranak yang suka pedas2 ni (suami, aku & anak sulung) memang berseleralah mkn lauk ni....Tambahan pula digandingkan dengan gulai lemak labu... mmg layan sungguh! Untuk 2 beradik yg belum boleh sangat makan pedas2.. hanya makan ikan goreng tanpa sambal dengan sayur lemak labu td.
Pada Amie.. MaDiHaA mohon maaf sebab pandai2 tokok tambah nama resepi ni ye. Bukan apa.. senang nanti nak bezakan dengan sambal2 berlada yang lain. kalau ikutkan.. nak je tambah perkataan 'budu' kat belakang resepi ni.. hehe... tapi takut panjang bebenor namanya nanti.. Ok Amie.. mintak izin ye letak kat sini resepinya & terima kasih berkongsi resepi ni.. bertambah satu lagi resepi sambal yang lazat.. lain kali boleh masak lagi ni.. Sebelum tu.. mintak maaf juga sebab ada derhaka sikit2 kat resepi... jangan marah ye..
Kurau Goreng Berlada Hijau
Resepi : Amie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu - bersihkan (MaDiHaA guna 3 keping isi ikan kurau)
3 helai daun limau purut (tak letak ni.. husband tak suka baunya)
1 batang serai - diketuk
1 sudu budu
1 biji limau nipis - ambil jusnya (MaDiHaA letak separuh saja sbb limau tu besar & byk jus)
1 sudu serbuk pati ikan bilis (tak letak non stock)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
secubit garam
sedikit gula
minyak
Bahan kisar - (kisar kasar-kasar)
7 biji lada hijau
7 biji cili padi
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. (Sebab MaDiHaA guna isi ikan kurau yg sememangnya isinya lembut.. jadi MaDiHaA salut dgn tepong jagung sikit lepas digaul garam & kunyit pada ikan tu then barulah digoreng)
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai, budu dan daun limau purut.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis, sedikit garam dan gula.
5. Akhir sekali perahkan air limau nipis ke atasnya. Gaul sebati.
6. Masak mengikut kepekatan yang diingini.
7. Tuangkan ke atas ikan goreng tadi. (Step ni.. MaDiHaA gaul terus dengan isi ikan tadi)
Selamat mencuba!
Kak Cek dtg nak makan ni....dessert dah kak cek bwk sekali ni...boleh kan kan...:D
ReplyDeleteassalamualaikum....
ReplyDeletekak.. ni feveret nani ngan anak2.. kalau buat masak berlada hijau ni kan.. tak kesah la ikan apa.. ayam ke.. makan nasi sure tak hengattttttt.... ikan pelaling pun nani pernah wat.. sedap sesangat.. kalau mak nani plak takot dia tengok masak camni.. di suruhnya nani tambah kicap kasi gelap sket.. kasi tak brapa nampak sangat cili api tu.. eheheh..
sedapni weh... kalau makan bertambah2 tak jadi diet nanti...
ReplyDeletebila baca mkn nasi ngan ikan berlada ni ngan lemak labu..tiba2 je perutku berbunyi bunyi suh makan hahaha..sedapnyaaa
ReplyDeleteyum yum ikan kurau lama tak makan kak.. sedapnya.. nampak lada tu pun menarik tambah ita suka masakn gini ... nak tumpang makan leh.. hihih
ReplyDeletesedap dan menarik tgk ikan ni kak...hmmm terus rasa laparla..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Madiha,
ReplyDeleteseronoknya ada orang sudi cuba resepi kita.... terima kasih ye Madiha,
he hehhhe tu bukan derhaka namanya, tu kreatif & inovatif serta penambahkesedapan resepi... teringinlah pulak nak rasa air tangan Madiha yang sangat sedap ni..... hu huhuuuu jauhnya ye....
hi madiha, oh gosh, you have so many delicious looking recipes here, i'm salivating looking at your ikan goreng lada! i'm happy to follow you! Have a nice weekend!!
ReplyDelete