Assalamualaikum....
A'ah nak tau jugak... ini Mee Mat Salleh ker? Ohh.. tidakk...! Kat supermarket atau kedai2 runcit di Semenanjung belum ternampak lagi ada jual mee jenama Mat Salleh ni.......... Tapi... dah terliur punya pasal.. aku masak jugaklah mee ala2 Mee Mat Salleh seperti Diana masak baru2 ni... Terliur habis bila tengok mee yang Diana masak tu.. Tambah2 dengan gambar2nya yang cantik tu.. Oleh kerana aku takde stok mee jenama Mat Salleh ni... maka aku gantikan aje dengan mee lidi yang biasa aku gunakan. Mee lidi ni pun aku tak pernah nampak ada terjual kat kedai2 sekitar PJ ni. Mee lidi ni biasanya aku beli bila aku balik kampong ku di Pahang sana.... Mee ni lain rasanya dari mee kuning tu tau.. sesuai dimasak apa saja terutama di masak mee jenis berkuah dengan mencampurkan terus dalam kuah sebab mee lidi ni takkan mengembang macam mee kuning tu. Rasanya pun lebih sedap. Agak2nya.. mee Mat Salleh tu.. sama tak rasanya dengan mee lidi ni yek.. hmmm... kena pegi Labuan dululah gamaknya baru dpt merasa mee jenama Mat Salleh ni.. hehe..
Oklah.. jom kita tengok resepi Mee Goreng cara Diana ni.. yang pasti Diana kerap menggunakan rencah udang kering dalam tiap masakannya. I pun seronok la... hehehe... Sebelum tu.. terima kasih pada Diana untuk resepi ni yer... akak mintak izin copy & paste kat sini pulak resepi ni.. maaf sebab akak ada tukar2 sikit bahan mana2 yang akak takde stok tu... siapa2 yang nak tengok macamana rupa mee Mat Salleh tu boleh klik SINI. Kalau nak tengok pula rupa mee lidi yang MaDiHaA gunakan klik SINI.
Mee Lidi Goreng ala Diana
(resepi asal Mee Mat Salleh Goreng Basah)
Resepi : Diana @skybluemelleymeySumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bhn²
1 bungkus Mee Mat Salleh _ d masak seperti arahan pada bungkusan (MaDiHaA gunakan mee lidi anggaran 300 gm)
1 keping dada ayam _ d hiris kecil (MaDiHaA ganti dengan 20 ekor udang basah)
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
Sedikit kobis ~ dihiris halus (MaDiHaA tambah)
2 biji telur
3 ulas bawang merah _ d cincang
4 ulas bawang putih _ d cincang
1 biji bawang besar _ d hiris
1 tbsp cili kering kisar
Lettuce _ d hiris
Daun bawang _ d potong panjang
minyak untuk menumis
Sedikit air
Bhn² A
1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee (guna jenama lain lupa pulak jenama apa)
2 tsp kicap cair Loon Kee (guna jenama lain.. pun lupa)
2 tbsp sos manis ABC
1 tbsp sos cili Maggi
1 tbsp sos tiram Maggi
2 tsp sos pedas berkicap Agro Mas (takde stok.. tp lebihkan sos tiram & sos cili)
2 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula jika perlu (MaDiHaA tak tambah dah)
Garam secukup rasa (tak tambah garam dah)
Cara²
1. Panaskan sedikit minyak d dalam kuali.. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan tumis lagi hingga wangi.
3. Kemudian masukkan udang kering dan goreng seketika.. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga garing.
4. Setelah itu.. masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
5. Ketepikan sedikit bahan yang telah d tumis tadi dan pecahkan sebiji telur.. Setelah telur separuh masak.. boleh ler d gaul bersama bahan yang d tumis tadi.. Pecahkan lagi sebiji telur dan buat seperti tadi lagi.
6. Masukkan bhn² A dan gaul rata.. biarkan seketika.
7. Masukkan mee dan gaul... tambahkan sedikit air ( mengikut keperluan masing² ).. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. masukkan daun bawang dan gaul rata.
8. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama lettuce.
Selamat mencuba!
huahhhh lapo la camni. lambat lagi nak tunggu lunch hour
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeleteterima kasih sudi mencuba yer akak.. x per guna mee lain pun ok gak kan akak.. tgk pun mee tu lebih kurang jer tu akak.. kalu x bgtau pasti ingat tu mee mat salleh.. ehhehee
owhhh cam spagetti....tak pernah pun beli...
ReplyDeletenampak sodappp kak...leh teraii nnti..
emmm...awal2 sudah tergoda ngan mee mat salleh...
ReplyDeleteSama lagi entry kita Ratna...tayang mee goreng tp berbeza citernya. mee lidi ni mmg tak kembang kalau direbus....dulu masa diBrunei selalu beli buat sbb senang dpt .kat kws Ratnapun susah dpt mee lidi..samalah kat umah sy dulu pun tak jumpa mee lidi ni.puding ais krim kat bawah tupun nampak sedap dan menarik.
ReplyDeleteSyabas Ratna...followers dah 1000...ramai peminat.
erkkk...terus perut rasa berkeroncong..nampak memang sedap kalau mee goreng di goreng basah2 cenggini...
ReplyDeletemee goreng masak basah2 mmg feveret tun.. sedap!
ReplyDeleteKak madihaa nanti cari resepe mee mat jepun le pulak
ReplyDeletetengok je pun dah tau mmng sedap mee yg akak masak ni..kalau dpt rasa bestnya....laporlah tetiba..
ReplyDelete