Assalamualaikum..... syukur dapat bersua lagi di petang nan indah ini.....
Terima kasih kepada semua kawan2 yang memberi ucapan tahniah & kata2 semangat dalam entry yang lepas. Anda semua memang best!
Oklah.. kali ni nak ku kongsikan resepi pencuci mulut yang dibuat baru2 ni. Anak2 dah komplen "ibu asyik buat puding yang orang tempah aje.... buatlah untuk kitorang jugak.." hahahaha.... Ibu bukan takmau buat... tapi kalau buat puding marbel tu untuk makan2... ibu dah tak lalu nak makan sebab terlampau kerap sangat dok godek2... sampaikan terhidu baunya pun dah terasa muak.. hehe.. Hakikatnya masa pertama kali melihat & mencuba puding marbel tu.. itulah satu2nya puding yang paling cantik & sedap sekali...! Tapi dek kerana terlalu kerap membuatnya... terus jadi muak.. sabor jelah...
Ok.. untuk tak menghampakan anak2... maka aku pun buatlah puding untuk dorang juga... Sebenarnya ada resepi puding yang memang teringin nak cuba.. Tapi sayangnya aku tak punya bahan yang mencukupi. Bahan utama iaitu serbuk agar2 memang tak pernah dibeli pun sebelum ni. Kat rumah cuma ada agar2 tali sebab memang ada stok yang banyak sebab selalu terima tempahan puding. Actually aku sedang berfikir nak 'clear'kan stok aiskrim yang dah lama bertapa dalam freezer tu. Jadi dalam kepala ni ligatlah berfikir macamana nak cipta resepi puding ni ikut bahan2 yang ada stok di rumah. Maka terciptalah resepi Puding Aiskrim Pistachio Coklat yang sedap ni... Sedapnya dah tentu datangnya dari aiskrim pistachio yang digandingkan dengan aiskrim coklat... siap tergigit lagi kacang pistachionya tuh.. kalau kat rumah ada lebihan aiskrim ni.. bolehlah cuba buat nanti ye. Kalau takde aiskrim ini pun.. boleh juga ganti dengan aiskrim perisa lain.. & tukar sajalah nama ke nama perisa aiskrim yang digunakan.. tapi dari segi rasa dah tentulah tak sama dengan puding yg ini yer.. hehe... Ada lagi sebekas aiskrim perisa lain dalam freezer tu yang tak habis2.. nanti nak try pulak guna aiskrim yang ada tu... Kalau tak buat macam tu... berbulan2 aiskrim tu dok bertapa dlm freezer...buat semak freezer aje! Budak2 ni kalau beli aiskrim.. masa mula2 beli je dorang makan.. lepas tu dah tak mau usik lagi.. hmm....
Ok jom tengok resepinya yer....
Puding Aiskrim Pistachio Coklat
(MaDiHaA guna loyang 9")
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
15 gm agar2 tali
1 liter air (tinggalkan setengah cawan untuk bancuh tepong kastard)
250 ml air panas
130 gm susu pekat manis (kalau suka lebih manis boleh tambah lagi)
250 gm aiskrim pistachio
250 gm aiskrim coklat
2 sudu besar tepong kastard
1 biji telur
Bahan2 lain
2 sudu besar serbuk coklat + sedikit saja air jadikan pes
Sedikit pewarna hijau (optional ~ MaDiHaA tak letak pun..)
Cara2 menyediakannya
1. Cuci agar2 tali & perahkan airnya. Masak agar2 tali bersama air (jangan lupa tinggalkan setengah cawan ye) dengan api sederhana sehingga agar2 larut sepenuhnya. Sesekali dikacau supaya elok larutnya & tak membuak.
2. Larutkan susu pekat manis bersama air panas & ketepikan.
3. Larutkan tepong kastard bersama dengan setengah cawan air yang diambil dari sukatan air 1 liter tadi. Pecahkan telur ke dalam bancuhan kastard & kacau rata. Campurkan bancuhan kastard bersama bancuhan susu pekat tadi & tapiskan.
4. Bila agar2 yang dimasak tadi dah larut sepenuhnya, tuangkan bancuhan step 3 ke dalam periuk sambil sentiasa di kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan ke dua2 jenis aiskrim tadi ke dalam periuk & biarkan sehingga aiskrim mencair & larutan mendidih.
6. Padamkan api & bahagikan larutan puding kepada 2 bahagian. Satu dicampurkan dengan bancuhan serbuk coklat & satu bahagian lagi dicampurkan dengan pewarna hijau.
7. Tuangkan bancuhan puding bewarna hijau ke dalam loyang. Kemudian tuang pula bancuhan puding berwarna coklat. Corak2kan sedikit supaya menjadi corak marbel. Biarkan puding sejuk & mengeras. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong & dihidang.
Selamat mencuba!
Alahai kretipnyer kak,cantik puding,rasa lak dah tentu sedap kan,cer akak try wat sekelim goreng,mesti budak2 suke,mak budak pon leh tumpang 2kaki,hehe..
ReplyDeletewow kak... sedap nampak.. mesti best je bila masuk tekak ni.. kan..
ReplyDeletesedapnya.kita tak pandai buat agar2 guna agar2 tali tuh. kalau tak betol sukatan air dia mesti tak jadi nnt. guna agar2 serbok je.hihi
ReplyDeletewah sedapnya kak..aiskrim pun boleh dibuat puding...:)
ReplyDeleteSalam Kak...Wahhhh eskrem dah bertukar rupa..mesti sedap ni
ReplyDeleteaiskrim pistachio kak?? tun xpenah jumpa pun. nnti nk gi cari la. tun suka mkn kacang pistachio tu ^^
ReplyDeletekalo guna gajus boleh tak kak?? terbayang2 kesedapan puding eskrim ni..tibe2 je rase lapar..huhu
ReplyDeletewahhhh...sedappnya tengokkk..
ReplyDeleteBestnya kalau ni boleh dipos;-). Sungguh menggoda. Sini pun sama mula-mula ais krim semua beriya-iya makan. Bila tinggal nak nampak dasar bekas je tak makan-makan.
ReplyDeletemadihaaa alaa laaa camner laa K1 x gemuk kan dh berkenan ngan puding aiskrim madihaa pulak .. K1 ambil resipi nyer yaa.. :)
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeleteakakkkkk,...
ReplyDeletesemalams empat jeling je puding ni kat timgkap. tak sempat nak tengok resepinyer. oo ingatkan akak campur kacang tu sekali. rupanya dlm eskrim ye.
sedap nampaknyer tu.
akak, saya dah try buka FP akak, tapi tak leh loading lak. kenapa sekarng ni FP slow giler... kadang2 terung hang pc. atau pun pc saya ni dah nak kena campak lombong. hehe.. nanti saya buka guna enpon la.. teringin gak nak tengok resepi kuih bingka tu.
dan tahniah kakkk.. dah masuk ribu dah follower blog akak. semoga terus maju dan suksess ye kak