Assalamualaikum....
Petang semalam pada 3hb Oktober 2011 genaplah jumlah pengikut blog Dari Dapur MaDiHaA seramai 1,000 orang. Tak sangka blog yang masih bertatih & serba kekurangan ni... ada yang sudi nak follow. Ribuan terima kasih MaDiHaA ucapkan kepada semua followers/members yang sudi mengikuti blog MaDiHaA yang tak seberapa ni. Terima kasih kepada shyta83_hairol yang telah menjadi pengikut yang ke seribu...
Walaupun tiada gambar yang canggih manggih... tp masih ada yg sudi singgah di sini.. Untuk pengetahuan.. gambar yang diambil hanya menggunakan henfon Sony Ericsson saja... & hasilnya.. setakat yang anda lihat selama ni.. Resepi yang dipaparkan pun hanya yang biasa-biasa saja... resepi kampong, resepi yang diambil dari kawan2... & hanya sesekali saja mampu mencuba resepi yang agak 'hebat'. Itupun.. mungkin hebat di mata aku sendiri.. tapi bagi orang lain biasa2 saja.. hihi... Apa2pun.. sangat seronok berblog & dikelilingi kawan2 yang mempunyai minat yang sama.. Bertuah kerana di alam cyber tidak ada erti 'resepi rahsia'.. semua orang bermurah hati & berkongsi resepi yang ada. Dan kepada kalian semua tak kiralah sebagai follower, silent reader atau yang rajin singgah & meninggalkan komen adalah penyebab yang telah menaikkan semangat ku untuk terus mengupdate blog ini. Terima kasih semua. Namun begitu.. MaDiHaA ingin memohon maaf kerana kebanyakan komen2 kalian tidak mampu MaDiHaA reply satu persatu. InsyaAllah.. sekiranya ada sebarang pertanyaan yang diajukan akan MaDiHaA cuba untuk menjawabnya samada di ruangan komen atau dengan melawat blog sesiapa yang bertanya.
Dari Dapur MaDiHaA ini sebenarnya adalah kesinambungan dari Fotopages MaDiHaA yang terdahulu. Bukan niat nak lupakan fotopages.. Tapi ada beberapa masalah yang terpaksa MaDiHaA gunakan blog agar dapat mengupdate resepi dengan lebih mudah & pantas. Syukur alhamdulllah.. sudah hampir 21 bulan blog ini berada di sini... mudah2an.. diberikan kekuatan untuk terus berkarya & berkongsi apa yang termampu...
Terima kasih
tahniah kak madihaa ^^
ReplyDeleteTahniah madiha semoga terus berkarya dengan menyumbang resepi2 yg terbaik..
ReplyDeletetak pe lah madiha camera biasa pun tak pe janji kita ikhlas berkongsi.. semua tu ade ganjarannya di akhirat kelak.. insyaallah..
wahhh...dah 1k follower..tahniah kak =)
ReplyDeletetahniah...
ReplyDeletetak kisah la henpon besa2 je.yang penting, ilmu yg dapat di ceduk kat sini lagi mahal dari kamera DSLR ;p
Kak Tahniah sejuta kali dari sy ya..Moga terus berblog ya..
ReplyDeleteCongrats...selalu seronok tengok resepi dlm blog ni.
ReplyDeletewow tahniah kak. semuoga kak madihaa akan terus sukses dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus berblog
ReplyDeleteSalam Madiha..wah tahniah...dh lebih 1000 follower...pencapaian yg membanggakan juga..jgn jemu berkongsi ilmu lg okey..
ReplyDeletetahniah kak ratna..:)
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yang meninggalkan komen & ucapan tahniah... tahniah kepada anda juga kerana andalah sumber inspirasiku berkarya di blog ini.... :-D
ReplyDeletesalam kak...sy memang suka dgn semua resepi akak,sbb sy org pantai timur,suka yg manis2...ape yg akak masak,memang selera sy...jom ler singgah blog sy..www.jejarihias.blogspot.com
ReplyDeletetahniah..
ReplyDeletemoga akan meningkat lagi..lagi..lagi
Congrates sis!
ReplyDeletemoga akak terus berkongsi resepi2 hebat di alam maya...yang penting keikhlasan, kamera jenis apa bukan bandingannya...serius E-na mmg amat kagum dgn ibu2 bekerjaya yg mampu meneruskan blog masakan...really hardworking women!
Tahniah akak.. moga akan terus berjaya lagi...:)
ReplyDeleteguna blog lbh mudahkan kak compare fp dl
ReplyDelete