Assalamualaikum...
Hari ni letak entry awal sikit sementara kerja belum banyak lagi.. Tapi kejap lagi ada tugasan yang perlu disiapkan... mohon maaf ye sebab tak sempat nak reply komen kawan2 & tak sempat juga nak buat kunjungan balas...
Hari ni berkongsi resepi Kari Ayam Kering yang di ambil dari blog Rahel.... Suka betul tengok gambar2 masakan yang Rahel hasilkan semuanya nampak sedap! Kari Ayam ini pun sedap.. Terima kasih ye Rahel berkongsi resepi yang di ambil dari buku resepi Rasa Malaysia (Betty Saw) ini dengan kawan2 di blog... dapat juga kawan2 lain mencuba walaupun tak beli buku tu.. hehe... Tapi akak mintak maaf sebab ada ejas sedikit dari resepi asal... tak banyak pun.. tulisan italic warna biru antara yang akak tambah...
Minta izin ye Rahel akak letak resepi kat sini pula...
Kari Ayam
Kering
Sumber : Buku
Resepi Rasa Malaysia (Betty Saw)
Dikongsi oleh : Rahel Masak Apa?
Bahan-bahan:
1
ekor, kira-kira 1 kg ayam
2 sudu
teh garam
100ml
minyak masak
250ml
santan daripada 1 biji kelapa parut
Jus lemon
dari 1 biji lemon (MaDiHaA kurangkan)
2 sudu besar rempah kari ayam (MaDiHaA tambah)
2 cawan air (MaDiHaA tambah)
Bahan-bahan
kisar:
10
tangkai cili merah
10
tangkai cili kering,direndam
15 ulas
bawang merah,dikupas
8 ulas
bawang putih,dikupas
2.5 cm
kunyit,dikupas
Cara:
1.Potong
ayam kecil-kecil dan perasakan dengan bahan-bahan yang dikisar dan garam. (MaDiHaA perap dengan separuh sahaja bahan kisar) Perapkan selama 3 jam.
2.Panaskan
minyak masak didalam kuali dan goreng ayam yang diperasakan sehingga
perang. (MaDiHaA angkat ayam & ketepikan dahulu)
3.Campurkan
pati santan dan renihkan di atas api kecil sambil dikacau sekali-sekala
sehingga ayam empuk dan kuah pekat. (MaDiHaA tumiskan lebihan bahan kisar tadi termasuk lebihan bahan kisar yang digunakan untuk memerap ayam di dalam kuali/minyak yang sama untuk menggoreng ayam sehingga berbau harum & agak garing. Kemudian tambahkah serbuk kari & biar seketika. Kemudian baru dicampurkan ayam yang digoreng tadi, santan & air. Masak hingga pekat sambil dikacau sekali sekala)
4.Sebelum
diangkat, bubuh jus lemon & garam secukup rasa.
*Rahel
campurkan sedikit bahan perapan dan kunyit ke dalam santan.
Selamat mencuba!
asslm Kak Madihaa...kak lauk ayam kari kering ni ...QH dh buat jugak...tp sok bru nk buat n3 nya..mkn dh lontong...sedapkan lauk ayam tu...
ReplyDeletePerghh..awal2 lagi dah buat orang kecur liur..jaga-jaga...nanti i balass...hehe..
ReplyDeleteTima kasih geng kerana sudi mencuba n perpanjang lagi resepi kari ayam kering tu...memang menawan la..
aduh mak ai lapar pulak. dah la tak breakfast hari ni. huhu
ReplyDeletesalam Madiha, kari ayam kering belum pernah buat nampak menawan hati makan dengan nasi panas tkyah lauk lain pun ok mesti nak try nnti hehe
ReplyDeleteAs salam madiha...cicah dengan roti pun sedap ni..:))
ReplyDeletesalam kak madihaa.. tun ada tortilla sekeping lagi nih, kalau dpt wat cicah pun sedap nih.
ReplyDeletemcm ayam masak merah pun ada... boleh try makan dengan roti ni...
ReplyDeletesedapnya 1st time dgr kari ayam kering...
ReplyDeletememang nampak sedap...
ReplyDeletesekali tengok macam ayam masak merah pun ada........
sedapnya..ari tuh dh tergoda kat umah rahel..ari ni kat sini pulak..xleh jadi nih..kena dikerjakan jgk..xtahan tgk hahaa..^_^
ReplyDeleteAssalam kak,wah nmpak sedap tuh,da kelainan tuh bila wat kering2 n perap dlu kan,kalo dpt cicah ngan roti benggali ke canai ke mmg best nih..
ReplyDeleteAkak mmg rajin sungguh try pelbagai rcp mna ngan bekerja lagi,mmg tabiklah kat akak..
mmg menjilat jari kari ayam mcm ni, bonda sy mmg jarang guna santan bila masak kari,tp hasilnya tetap sedap n pekat..
ReplyDeleteMadiha, ahad ni nak cuba kalau rajin. Sbnrnya pagi tadi dah masuk blog tp lambat betul loading. Ni dtg balik...hehe..
ReplyDeleteaduh...lapar nasik... sedapnye kak ^^
ReplyDeleteggggg ggggrrrr gggrrrr grruppppp~ (bunyi perut)
ReplyDeleteSalam Kak.. huahh kari ayam kering! tak kering2 airliur sha ni kak.. kecurr sudah.. makan dengan nasi betumis ni sedappPPPP...
ReplyDeletesedapnya tgk kari ayam akak yg bersalut gini ni...lapar lak rasa..hehe
ReplyDeleteSalam Madiha,
ReplyDeleteIsshhh...kalau letak roti ka, capati kat kat tepi dia, fuhhhh....tak dapat nak digambarkan.....
tergudaaa sudaaaaaa...yummy!
ReplyDelete