Assalamualaikum & salam Jumaat semua....
Pagi2 dah letak entry nasi..... ada yang suka bersarapan nasi setiap pagi? Di Selangor ni... antara sarapan nasi yang popular & mudah didapati hanyalah nasi lemak & nasi goreng readymade je. Ada juga yang menjual nasi kerabu & nasi dagang... tapi agak payah juga nak jumpa pagi2. Teringat masa balik ke Kelantan umah ibu saudara suami beberapa tahun yang lalu... menu sarapan yang popular seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk & nasi lemak memang sangat mudah didapati... pilih je mana yang berkenan.. dah lah sedap... murah pulak tu... Kalau malas nak keluar rumah membeli sarapan pagi... ada juga makcik yang datang menjaja dari rumah ke rumah membawa pelbagai jenis sarapan termasuk kuih muih. Pilih saja mana yang suka...
Cerita pasal nasi.. hari ni nak berkongsi dengan kawan2 menu nasi yang belum pernah MaDiHaA dengar sebelum ni... Namanya pun agak unik... Nasi Hue... sepertinya ada unsur2 masakan Cina pula... Tapi entahlah ye... tak berani juga nak bercerita akan asal usul resepi Nasi Hue ni sebab memang tak tau... Resepi ni ku nampak Rahel berkongsi di blognya tak lama dulu. Disebabkan kebanyakan bahan2 yang diperlukan dah tersedia dirumah terutama stok udang kering & bijan memang melambak2 kat rumah tu.... jadi memang teruja juga nak mencuba. Kebetulan pula beras basmathi pun ada lagi lebihan buat Nasi Ayam Bakar Mediteranean tempohari... so.. bolehlah mencuba. Tapi yang bestnya tu... boleh terlupa nak letak bijan walaupun bijan melambak2 kat rumah tu... hahaha...
Nasi ni rasanya umpama kita makan nasi goreng berencah udang kering... tetapi nasi ini tidaklah berminyak macam nasi goreng tu... so maknanya nasi ni lebih sihat dimakan berbanding nasi goreng.. hehehe.. jom cuba! Thanks ye Rahel berkongsi resepi ni... akak kongsi resepi ni di blog akak pula ye.. mana tau ada yg nak mencuba.. halal ye Rahel...
Nasi Hue ku hidangkan dengan Kari Ayam Kering & Cendawan Goreng Rangup
Nasi Hue
Sumber: Buku
Resepi Kompilasi Hidangan Nasi
Dikongsi oleh : Rahel Masak Apa?
Bahan-bahan:
250g
beras wangi----->>>>Rahel guna beras basmati (MaDiHaA pun!)
400ml
air------>>>>Rahel guna air panas (ikut Rahel juga)
1 sudu
makan udang kering- rendam dalam air panas
1 sudu
makan bijan- digoreng dahulu
1 tangkai
serai
2 ulas
bawang merah
2 ulas
bawang putih
2 biji
cili merah
1 sudu
makan gula pasir
2 sudu
makan minyak sayur----->>>>Rahel guna olive oil (guna minyak masak je)
2 sudu
makan pati ayam----->>>>yang ni Rahel letak 1 sk aje (MaDiHaA guna 1/2 kiub je & tambah sedikit garam)
2 sudu
makan sos ikan----->>>>yang ni Rahel letak 1 sdm + 1/4 sk garam (ikut resepi asal)
1 sudu
makan serbuk lada hitam----->>>>yang ni Rahel letak 1 sk aje (letak 1/2 s/k je takut budak2 ni pedas)
sedikit
daun saderi (non stock)
Cara
membuat:
1.Cuci beras & toskan. Kisar
udang kering, serai, bawang merah, bwg putih, cili merah dan gula pasir.
2.Panaskan
minyak sayur dalam kuali (MaDiHaA guna periuk). Tumis bahan yang dikisar hingga berbau wangi.
Masukkan beras dan dikacau rata.
3.Kemudian
masukkan air, pati ayam, sos ikan dan lada hitam (& garam).
Gaul rata dan masak hingga nasi kering. Tutup periuk nasi, kecilkan api & biarkan
nasi masak. Taburkan bijan dan hidang.
Selamat mencuba!
Kalaulah dapat sepinggan untuk buat buka puasa ni, mesti sedap! Dahlah tak yah penat-penat memasak... tinggal ngap je!
ReplyDeletesalam madihaa...klu dah bersarapan ngan nasi.mesti kenyang sampai ptg nih.Nampak sedap...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak madiha...
ReplyDeletenasi hue...
first time dengar...
masuk dalam list..
nanti boleh try...
sedapnya tengokk kak..
Dulu masa mula2 baca 'nasi hue' di blog Rahel, teringat pulak ikan hiu...he he he hh lama Amie tak masak nasi beraroma, kena tunggu ada kelapangan baru nak buat, dah banyaklah resepi pelbagai aroma sedang waiting list untuk diterjemahkan ke dalam periuk...he he hehhh
ReplyDelete1st time dgr nasi hue ni... nampak sedap sgt...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak...
ReplyDeletelama tak masuk blog...
wahhh akak.. nani tumpang makan nasi tengah hari kat sini lah.. tak sempat bawa bekal hari ni.. bangun pagi tadi nasi tak cukup utk bawa bekal.. cuma tinggalkan kat anak2 utk makan waktu balik skolah tengah hari ni je.. kang klu bawa, diorang kena masak dulu.. sian diorang kena tunggu baru leh makan.. so petang ni nani tapau dari luar je la... huhu.. tompang makan sini bleh?
salam madiha,nasi hue pernah tengok kt blog rahel nampak macam sedap dan pastnya sedap kan ada udang kering bijan segala mesti wangi ni kan,nak try jugak lah udang kering dah ada ni..
ReplyDeleteAssalam Madiha,
ReplyDeletewah nasi Hue ni baru ni dengar..
nampak macam sedap lah..ada rasa udang kering lebih kurang mcam nasi goreng tapi tak berminyak ya..wah lagilah sedap ni..boleh masuk list lah ni..
salam madihaa....mmg pelik nama nasi tu kan, Liza pun pestime jugak dgr ni, tp nmpak sedappp...
ReplyDeleteAssalam kak..Bila baca resepi,cam ala2 nasi goreng lak kan bila letak udang kering tuh,nama cam pelik sikit,tapi kekadang yg nama pelik2 nih rasanyer sedap,hehe..
ReplyDeleteKak Madihaa...rupanya lauk semalam tu mkn dgn nsi hue ni yer...mesti sedap tu...QH buat mkn dgn lontong aje...hihi...tp sedap jugak...haha
ReplyDeleteSalam madiha...semuga sihat dan ceria. Lama lah kita tak tinggal jejak walaupun selalu lepak kat sini hehe.
ReplyDelete~Yana dh bt nasi hue ni minggu lepas..mmg sedap ^_^
ReplyDeletesalam kak madiha
ReplyDeletewahh dh ramai yg mencuba ..kita x sempat2 lg kak..asik masak nasi putih jew..h ehhee mesti sedap kan:)
wah akak pun dah cuba juga ye...sy baru try nasik komok hari ni... sedap gak. tak berkesempatan nk posing pun nasik tuuu...ngeee
ReplyDeleteHem...perghhhh..nasi hue dan kari ayam kering dah mari sini...menawan hati...
ReplyDeleteTenkiu geng sudi mencuba dan perpanjang resepi nasik hue ni..sedap.
sedapnya tgk nasi berlauk akak ni,macam-macam nasi yg boleh dipelbagaikan sekrng ni kan..saya suka:)
ReplyDeletesedap ni...!!!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum K.Madihah,
ReplyDeletewaduh2....nmpk sungguh menyelerakan set nasi hue ni, sesekali layan nasi mcm ni mmng sedapkan..taklah asyik nasi putih je..mesti berselera suami dan anak2 kan..
Salam Ratna.citer ttg sarapan di Kel...mmg betul pagi2 dah ada jual mcm2 nasi....nasi berlauk...nasi dagang ...kerabu...belum lagi dgn laksam..lompat tikam...semua rasa nak mkn...harga mmg murah. tengok bahan2 nasi hue ni ada serai.. udang kering...nampak menarik....
ReplyDeletenasi hue pulak.. mcm2 nama nasi yer...
ReplyDelete