Thursday, July 19, 2012

Berpelangi lagi....

Assalamualaikum...

Daku berpelangi lagi hari ni walaupun pelangi yang ku dambakan belum lagi menampakkan dirinya.... 

Pagi tadi masa keluar rumah untuk hantar anak2 ke sekolah suasana begitu gelap seperti baru pukul 6.00 pagi sedangkan waktu itu sudah menunjukkan pukul 7.10 pagi kerana kami sudah lewat 10 minit dari biasa... awan mendung berarak & memang nampak sangat sarat & hujan bakal turun dengan lebat..  Dalam perjalanan akhirnya hujan turun mencurah2 membasahi bumi... syukur alhamdulillah... 

Kebelakangan ini kerap pula hujan turun.. mungkin kasihan dengan nasib orang2 di Selangor, KL & Putrajaya yang digembar-gemburkan  bahawa air akan dicatu... susah juga kalau air dicatu di bulan Ramadhan nanti... (sebenarnya diluar bulan Ramadhan pun tetaplah susah juga kalau air dicatu).  Hmm... Allah tu maha kaya & maha mengasihani... & pastinya empangan2 pun dah dipenuhi air.. & harap2 takde lagi masalah air bagi kami2 di sini...


Oklah.. sekadar update Puding Pelangi yang dibuat baru2 ni untuk makcik ku yang buat majlis kenduri tahlil & jamuan untuk teman2 anak2nya Syikin & Naknie yang dah menamatkan pengajian mereka... Lepas ni mungkin mereka semua dah susah nak jumpa dengan kawan sekuliah masing2 sebab semua dah bawa haluan masing2... Maybe ada yang nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi... & mungkin ada yang akan melamar pekerjaan.. doa buat adik2 sekalian semoga semua akan mendapat kejayaan dalam apa juga yang akan dilakukan... Tumpang seronok tengok adik2 yang bijak pandai ni... semoga anak2ku nanti juga akan dapat melakukan perkara yang sama... amin....

Jumpa lagi...

12 comments:

  1. tetap cun macam tuan yg membuatnya.. semoga adik2 tu dipermudahkan sgala urusannya..

    ReplyDelete
  2. puding ni sesuai untuk berbuka..Selamat menyambut bulan Ramadhan buat Madiha sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. cantik kak madihah..dah lama zila x buat nie..nnt nk buat lg la..rindu pulak nk makan.he hehe:)

    ReplyDelete
  4. salam kak,

    raya thn ni blik keratong tk? sy nak dtg umah akak boleh??? hehehehhe

    ReplyDelete
  5. cantiknya puding..:)

    dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak ratna sekeluarga...:)

    ReplyDelete
  6. cantik sungguh rupa puding pelangi tu...seindah namanya... ^__^

    selamat berpuasa untuk madiha sekeluarga...^__^

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa kak ratna cayang!

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa Kak ratna cayang!

    ReplyDelete