Assalamualaikum....
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung setia & juga semua follower Dari Dapur MaDiHaA. Tak lupa buat ma, adik-adik, saudara-mara, rakan taulan & sahabat handai jauh dan dekat. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik agar dapat melakukan ibadah puasa dan ibadah iringannya dengan lebih sempurna lagi.. amin ya robbal alamin...
Sekejap je masa berlalu kan... esok umat Islam dah pun mula berpuasa... Ramadhan kali ini bermacam2 perasaan bercampur baur ku rasakan.. sukar untuk digambarkan... walau apapun daku bermohon kepada yang Esa semoga segalanya dipermudahkan... amin...
Oklah.. hari ni terpaksa ulangtayang resepi muffin sekali lagi. Sebabnya takut bila dah masuk Ramadhan nanti dah tak sesuai nak letak gambar muffin... mana ada orang yg selera nak berbuka dengan muffin kan?? heee.... Jadi cepat2 letak gambar muffin ni sebelum terlambat. Maaflah ye sebab ini resepi ulang tayang je... bezanya hanyalah penggunaan warna & filling dalam muffin tersebut sahaja yang membezakan antara Muffin Blueberry dengan Muffin Kiwi. Manakala resepi asasnya semuanya sama. Kedua2nya pun sedap!
Ulang buat lagi muffin lagi sebab permintaan kakak Dini yang tak puas lagi mkn muffin... semak resepinya sekali lagi ye....
Muffin Kiwi
Resepi : BlueKey
Self-Raising Flour phamplet
Bahan-bahan :
300g tepung naik sendiri
150 g (2/3 cawan) gula kaster (MaDiHAa guna 140 g)
15g (2 sudu besar) susu tepung
120g (1/2 cawan) mentega/majerin (MaDiHaA campur kedua2nya)
30g (5 sudu besar) madu – MaDiHa
Kurangkan jd 2 sudu besar sahaja
90g (2) telur
165g (3/4 cawan) air
3g (1/2 sudu kecil) esen vanilla
Sedikit pewarna hijau – MaDiHaA tambah
90g Kiwi filling atau secukupnya
Kaedah penyediaan :
1. Panaskan ketuhar kepada 180 C (350 F)
2. Pukul gula, susu tepung, mentega/majerin dan madu hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam adunan, silih berganti dengan
air. Masukkan sedikit pewarna hijau & kacau sebati.
5. Sudukan satu sudu besar bancuhan ke dalam mangkuk muffin. Letakkan
sedikit filling di tengah dan tutupkan dengan satu sudu besar adunan. Bancuhan
haruslah separuh dari mangkuk muffin tersebut. (MaDiHaA letak 2/3 ketinggian muffin cup kemudian paipkan sedikit kiwi filling di atasnya)
6. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba!
selamat berpuasa buat kak madiha sekeluarga =)
ReplyDeleteSalam Ramadhan Madhiha...
ReplyDeleteni bagus standby dalam kereta masa bulan puasa sebab selalu sangkut jem.. hehe..
ReplyDeleteSelamat berpuasa, Kak Madiha. Semoga tabah dgn segala ujian, semoga dipermudahkan.. AMin.
Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..
ReplyDeletekak madiha.. slamat menyambut ramadhan.. sedap nya muffin gini. lama dh tak makan. sya pun ada jugak resepi muffin yg tak pos lagi. agaknya lepas puasa la kan. mcm tk selera je nak tgok muffin bulan puasa. hehe..
ReplyDeleteizahdaut
selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kak..semoga kita semua mendapat keberkatan dan diberikan kesihatan serta pahala yang barakah di bulan mulia ini.
ReplyDeletedulu2 sy suka buat mafin pakai resepi kt pamplet tu...sib bek ada simpan..kotak skrang dh takde resepi..
ReplyDelete** sibuk ngan sekolah le kak ratna...yg kt rmh pon sama gak..hari2 pengsan awei!
Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat Ratna sekeluarga. semoga kita dpt menjalani Ramadan sebaiknya.
ReplyDeletemenarik nampak mufffin tu.....suka tengok corak filing yg melengkar atas tu
Salam Ramadhan...selamat berpuasa....
ReplyDeleteSelamat berpuasa. Seronok kalau anak anak minta dibuatkan kuih. Kalau di rumah saya, puas memujuk, tk ada yg nak makan. Lain lah kalau western food....
ReplyDeleteSelamat berpuasa Madiha.
ReplyDeleteAssalamualaikum Madiha,
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan salam Ramadhan dari ita buat madiha dan keluarga.
Semoga kedatangan Ramadhan pada tahun ini memberikan keberkatan, di berikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani nya dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran..
Selamat menjalani ibadah puasa
Selamat menunaikan ibadah puasa buat madihaa n juga keluarga..
ReplyDeleteslm rindu kak Madihaa...sedapnye tgk mupin kiwi tu...nk cuba jugak nti...slmt mjalani ibadah puasa yer buat akak sekeluarga...
ReplyDeletesalam ratna...
ReplyDeletekak ilah nak mohon kemaafan dan selamat berposa ya nak sikit mufin tuuu pos laju tauuu
salam ramadhan madiha... selamat menjalani ibadah puasa... dan sentiasa dalam rahmat Nya selalu..
ReplyDeleteselamat berpuasa madiha..
ReplyDeleteSlmt berpuasa Madiha.....sedap muffin tu:-)
ReplyDeleteAda masa nak juga cuba.
Selamat menjalankan ibadah puasa ya Madiha...nanti resepnya dicoba deh...
ReplyDelete