Assalamualaikum...
Tayang menu berbuka minggu lepas.. menu kampong jer pun...tapi yang penting sodappp & anak2 pun suka... sesekali sedap juga layan cucur atau cekodok atau jemput-jemput gini... senangkan menu2 berbuka keluarga kitorang ni... bulan puasa tahun ni memang 'takde hati' nak masak grand2... apalah ertinya kami mengadap makanan sedap2 sedangkan insan2 kesayangan kami yang lain sedang diuji Allah S.W.T nun di sana....
Okaylah.. resepi pun main campak2 je... takyah nak sukat2 sgt pun.. gerenti jadi punya...
Bahan2
1 biji kelapa parut putih
500 gm tepong gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
air secukupnya
minyak masak secukupnya
Cara2 menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali minyak masak sehingga rata. Kepekatan batter ikut kesukaan sendiri ye..
2. Panaskan minyak masak & bolehlah digoreng cucur sehingga habis.. Cicah dengan sambal tumis atau sambal sardin.. marbeless... hee... Batter yang sama ni boleh juga kalau nak dibuat lempeng...
Sambal Sardin/Mackerel
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
Okaylah.. resepi pun main campak2 je... takyah nak sukat2 sgt pun.. gerenti jadi punya...
Jemput-Jemput Kelapa
Resepi : MaDiHaA aka. RatnaBahan2
1 biji kelapa parut putih
500 gm tepong gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur
air secukupnya
minyak masak secukupnya
Cara2 menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali minyak masak sehingga rata. Kepekatan batter ikut kesukaan sendiri ye..
2. Panaskan minyak masak & bolehlah digoreng cucur sehingga habis.. Cicah dengan sambal tumis atau sambal sardin.. marbeless... hee... Batter yang sama ni boleh juga kalau nak dibuat lempeng...
Sambal Sardin/Mackerel
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 tin sardin/mackerel saiz besar (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang saiz besar ~ potong dadu
1 biji terung (optional) ~ potong dadu atau ikut suka
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
1 keping asam gelugur
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
½ s/k gula
Cara2
1.
Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan
bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur &
kentang. Biarkan merenih hingga kentang setengah
empuk. Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur. Masukkan terung & biarkan terung agak lembut.
2.
Masukkan mackerel serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum
dihancurkan tulang tengah mesti dibuang). Masukkan garam, aji &
gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk
sepenuhnya.
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.
Selamat memasak!
yg main campak2 tuh la yg sedappp....
ReplyDeleteAssalam kak,huhu tumpang bersimpati walaupun xtau pe problem family akak,moga semuanya kembali seperti dirancangkan..Akak sy xnah lagi wat jmput2 gini,ok gak wat gini kan,selalu wat lempeng jerk,klo utra kata lempeng tuh peknga,hehe..
ReplyDeletekak mak saya baru buat cekodok kelapa ni last week. cicah kuah masak lada. mak aihhh memang berketul2 masuk mulut. sedap lemak2 kelapa tu
ReplyDeletemula2 nak komen dulu bab gambar header yang baru tu, mantaplah!!
ReplyDeletejemput-jemput kelapa cecah sambal sardin membuat saya terkenang semasa dulu kak... uhhhhh, rinduuuuu...
sedapnyer kak.... yg simple2 mcm ni pun dh ckup kak, kadang2 kalu banyak sgt sampai tak tau nk mkn pe
ReplyDeletemeleleh air liur dibuatnya..sedapp tuu..
ReplyDeleteAssalamualaikum Ratna,
ReplyDeleteSekali sekala berbuka dengan jemput2 ni sedap gak yer...hantarlah sini sikit...hik3
memang sedaaaappppp...!!!
ReplyDeleteIngatkan salah masuk rumah tadi... nampak buah strawberry bergantung-gantungan he he he hhh.... kita suka jemput2 Madiha. lagilah kalau ada pencicahnya lepas tu makan ramai-ramai... cepat je licin!
ReplyDeleteCantiknya header baru.
ReplyDeleteBetul tu,yang campak2 tu la yg sedap.Buka puasa makan jemput2 yang garing dan panas mmg sedap.
kenapalah tak pernah terpkir nk cicah jemput2 dgn kuah sardin?
ReplyDeleteKalau bolih biarlah kelapa yg kulit hijau yg isi nya lembut sikit. Muda sangat kang tak jadi buat jemput jemput pulak sebab kelapa tu dah sedap. Kalau kulit coklet dah tua sangat. Kalau kat pasar ada jual, cakap je nak kelapa parut buat jemput memang ada jual. Kalau rm 1,2 pun dah banyak.....resepi yg lain tu ikut je macam puan madiha ajar. Memang lah kalau cicah sambal sardin, org kata lah, kalau mak mentua lalu belakang kita memang tak nampak.

ReplyDelete