Wednesday, July 11, 2012

Julai 2012 tak mungkin kulupakan.....

Assalamualaikum.....

Kesinambungan dari entry semalam.. di bawah ini ku sisipkan gambar2 hanya sekadar kenangan buat kami.....   Musibah yang melanda itu yang telah membawa kami hingga ke bandar Kuala Terengganu.  Sebenarnya sudah bertahun2 aku tidak ke sini... kalau pulang ke Terengganu pun kami hanya setakat di bandar Dungun sahaja kerana saudara mara ramai di situ... Dah lama aku berangan2 untuk melawat bandar Kuala Terengganu yang pesat membangun & banyak tempat2 menarik masih belum sempat aku lawati walaupun aku berstatus anak jati Terengganu.  Tidak langsung ku menyangka aku akan sampai juga ke situ dalam 'sekelip mata'.  Tapi hakikatnya.. pemergian kami kali ini bukan untuk bersuka-ria, jauh sekali untuk bercuti atau bershopping... tapi pemergian kami kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan insan2 yang memerlukan ketika itu.  Walau tidak mampu menyediakan wang ringgit tetapi mungkin dengan sokongan moral & buah fikiran dari kami sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit bebanan & kekalutan mereka2 yang memerlukan diketika itu....  Agak sukar untuk ditelan namun semuanya telah berada di dalam mulut.. mahu tidak mahu kami harus juga 'menelannya' walaupun ianya terasa pahit... 

Di atas tuntutan kerja & anak2 yang bersekolah aku telah kembali semula ke sini walau sebenarnya dugaan demi dugaan masih lagi menunggu & harus kami lalui bersama... harapan ku semoga kami (terutama insan2 yang kukasihi yang masih berada di Kuala Terengganu) dapat mengharungi dugaan demi dugaan yang bakal menanti dengan tenang sekali... 

Jalan di hadapan Pantai Batu Buruk ini menjadi laluan utama kami berulang-alik sepanjang kami di sana...



Sepanjang kami di sana... kami terpaksa menginap di Batu Buruk Beach Resort kerana di Kuala Terengganu tiada sanak saudara yang tinggal berdekatan... Namun selepas 2 malam di situ.. berpindah pula ke Angsana Homestay untuk lebih keselesaan.. (lebih luas & yang penting kami adik beradik boleh berkumpul setempat).



 View Pantai Batu Buruk dari Batu Buruk Beach Resort...



Anak2 yang tidak mengerti kesukaran kami orang2 dewasa pada ketika itu... seronok saja mereka bermandi manda...



Kerana musibah yang melanda itu... anak2 ku & anak2 adikku terpaksa ponteng sekolah selama 3 hari kerana mengikut kami ke Kuala Terengganu....



B.B.B Resort menjadi saksi kehadiran kami.....


p/s: 
mohon maaf kerana daku terpaksa bercerita berkias2 umpama cerita tergantung... ini semua demi privasi keluarga kami.. harap semua memahaminya yer.. Mungkin suatu ketika nanti jika keadaan mengizinkan daku akan bercerita sepenuhnya tanpa perlu anda memerah otak & berteka-teki memikirkan apakah sebenarnya yang sedang berlaku.... terima kasih semua yang sudi meluangkan masa mengikuti blog ini...

Sekian... wassalam...

21 comments:

Suara Hati Ini.... said...

resort tu cam best je...tp kan..nape blog ni byk gmbr makanan..lapaq la plak..huhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Suara Hati Ini: resort tu memang best kalau pergi dalam mood bercuti..hee... cantik tempatnya dik & yang penting berada di tengah2 bandar KT. Blog ni asalnya memang blog masak2.. akak masukkan cerita2 family mana2 yang penting saja dalam ni sebagai kenang-kenangan..

AbbotCottage said...

Sabar Kak Madiha...Allah tau kemampuan hambanya.

Unknown said...

Semoga semuanya di permudahkanNya..Amiinnn :)

makcikmanggis said...

dapat bayangkan kesukaran dan musibah yang berat yang Madiha sekeluarga hadapi.Semoga madiha dapat kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi Ujian itu.Cm doakan agar ianya dapat di atasi dengan tabah...ujian datang bermacam macam cara..kesenangan merupakan ujian..kesusahan pun ujian....Semoga Allah melindungi Madiha sekeluarga..amin..amin.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga Allah mempermudahkan urusan Kak Ratna sekeluarga.. musibah yang melanda semoga ada hikmahnya, insyaAllah kak. Sabar ya..

ibundo said...

semuga tabah menghadapi apa saja dugaan. Insyaallah dipermudahkan.

Sheila Shafeareen said...

As'salamualaikum kak...seronok negok ank2 besuka ria..... apa jua yg di hadapi akn dapat diatasi..dan semua di pemudahkan....bedoa dan besabar ye kak...moga semua baik2 buat akk sekeluarga...amin

Mak anak enam said...

sabar dengan segala ujian insyaallah ada hikmahnya ....sebak membaca walaupun tidak mengetahui butir mungkin menulis dengan emosi sedih...semoga beroleh kelapangan Allah SWT

Ummi said...

Assalam Ratna, aah la bila akak baca sampai habis x jumpa sebab musabab atas apa yg Ratna dan family lalui tu... Xpa la, senang2 nnt boleh kongsikan kan... Apapun akak doakan segalanya dipermudahkan, segala kesusahan berat dihapuskan dan kehidupan Ratna dan family kembali ceria seperti sedia kala....amiiinn. Salam sayang, muaahhh...

EmbunRosaliza said...

Assalam madiha, semoga selesai segala masalah yg menlanda itu

Malay-Kadazan girl said...

Semoga segala urusan dipermudahkan. Tabah dan sabar ya.

Anonymous said...

salam..moga madiha tabah menghadpi dugaan yg melanda..apa2pun doa dari kami semua moga segala kesulitan ALLAH SWT akan permudahkan..insyallah..

zila norazila said...

salam syg kak madihah.
smoga kekusutan itu akan terlerai nnt..sabar dan tabah kak..zila doakan yg terbaik wat akk dan keluarga.

norhidana said...

semoga akak n family bersbr...

Mamasya said...

Moga Ratna sekeluarga diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh dugaan ni....moga diringankan beban ditanggung dan sinar kebahgiaan muncul kembali.

Mulan said...

dugaan tu kerana Allah kasihkan kita.. nak suruh kita lagi kuat & redha kan.. moga sentiasa tabah & sabar..

Ct Lalola said...

Slm K.Ratna, moga sentiasa tabah hati. Allah sentiasa ada ngan kite.... Peace!!!!!

Anonymous said...

salam..moga akak bertabah menghadapinya..erm lari topik sikit...nak tanya kalau nasi dagang tganu tu masak mcm nasi dagang klate yg akak post tu leh ke x ye?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

w'salam.. t.kasih ye dik..
pasal nasi dagang t'ganu tu.. tak sesuai masak cara nasi dagang kelantan cara tanak sebab nasi dagang t'ganu guna beras campuran pulut & beras biasa.. serapan airnya tak sama.. takut pulutnya benyek sgt bila dah kena tanak.. kalau kukus nasinya cantik berbutir2...

Anonymous said...

k tq 4 da info =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...