Assalamualaikum...
Sekarang ni betul2 dah masuk musim hujan kan? Tiap2 hari pun hujan.. kalau tak hujan pagi, hujan sebelah petang, kadang2 tengahari pun hujan... Teringat masa zaman budak2 dulu.. kalau musim2 hujan ni perut memang cepat je lapar. Masak apa aje mesti sedap belaka. Juadah yang femes masa kat kampong time2 hujan selain cekodok ikan bilis dan lempeng mestilah ubi kayu rebus cicah sambal tumis! Kadang2 ubi rebus dimakan dengan kelapa parut yang digaul garam & juga gula. Pun sedap juga! Ala2 getuk cuma tak bergoreng je. Wahh.. memang suka bebenor kalau ma rebus ubi kayu. Ubi kayu biasanya hasil dari kebun kat belakang rumah je. Biasanya musim hujan kerja2 mencabut ubi kayu lebih mudah dilakukan disebabkan tanah yang lembab & lembut. Kata orang Terengganu... "ogeh-ogeh sikit cabbuk selalu!" hehehe...
Bab mencabut ubi kayu ni pun seronok jugak sebenarnya.. part paling seronok dapat ikut arwah ayah cabut ubi kayu sambil main hujan... yang benornya nak main hujan yang lebih. Lepas puas mandi hujan.. tau2 ubi kayu dah siap dah direbus... wallah... sedang molek perut pun dah lapar... sepinggan ubi kayu pun boleh dihabiskan! Indahnya kenangan zaman kanak2 kita dulu.. macam2 boleh explore. Anak2 zaman sekarang dah tak sama macam kita dulu2.. nak merasa cabut ubi kayu macamana sebab pokok ubi kayu pun takde kat tengah2 bandar ni! Nak mandi hujan jauh sekali sebab kita sendiri yang tak bagi.. kekekeke... Anak2 zaman sekarang terutama yang tinggal di bandar dari keluarga berduit kebanyakannya lebih expert dengan bermacam2 jenis gadjet.. gitulah perubahan zaman...
Waktu makan jangan lupa gigit sekali cili padi tu!
Oklah cerita pasal ubi kayu.. hari ni kongsi resepi orang kampong pulak ye. Sebenarnya aku sendiri pun sebelum ni tak pernah terfikir pulak yang ubi kayu boleh dibuat lauk.. hehe.. Sejak2 dah kawin dengan orang yang 'pior' kampong ni barulah tau.. rupanya sedap weeehhh ubi kayu dibuat gulai! Kalau masak pedas2 lagilah sedap! Ratah gitu pun sodap! Tapikan.. kalau yang pentingkan makanan seimbang tu.. memanglah 'sayur' ni tak berapa seimbang sebabnya sayur berubi ni kaya dengan karbohidrat juga lebih kurang macam kita makan nasi juga. Jadi kalau masak lauk ni.. pastikan nasi tu ambik sikit je.. makan 'sayur' nya lebih.. kekekeke.. Untuk pengetahuan kawan2 juga.. selain dibuat gulai lemak macam ni.. ubi kayu pun boleh dibuat asam rebus.. waaa.. dengar asam rebus terus kecur air liur!
Okey inilah ubi kayu yang dibawa balik dari kampong tempohari. Kat bawah tu resepinya.. resepi biasa2 aje pun..
Gulai Lemak Kuning Ubi Kayu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 ketul ubi kayu ~ buang kulit, potong kecil2 & bersihkan
Santan secukupnya dari sebiji kelapa (kena lebihkan santan kerana ubi kayu jenis menyerap cecair. Jika tak cukup santan kuah akan jadi terlalu pekat ~ tapi sedap juga!)
cili padi secukupnya (kalau nak pedas boleh kisar terus bersama bahan kisar ~ kami letak sebiji2 sebab ada budak kecik nak makan!)
2 batang serai ~ diketuk
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur (optional)
Bahan dikisar / tumbuk
4 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
1 gengam ikan bilis ~ dikopek
1 inci kunyit hidup
Cara memasak
Campurkan santan, ubi kayu, bahan2 kisar, serai & garam secukup rasa. Masak hingga ubi kayu empuk. Pastikan kuah secukup rasa & sedia utk dihidangkan.
Mudah kan? Selamat mencuba!

assalamualaikum kak..
ReplyDeletetu la kan.. cuaca skrg kejap panas terik.. kejap hujan lebat2 tu.. ape pun jaga diri tau.. jangan sampai di timpa sakit.. :)
ubi kayu ni nani teringat dulu.. time kecik2 dok umah kg kan.. so akan tanam banyak ubi kayu kat tepi rumah.. asal cabut je.. katam balik batang dia and tanam lagi.. sampai banyak betul2 tu kat tepi rumah.. mak pun suka makan ulam pucuk ubi kayu.. hmmm senang kan dulu.. makan ulam pucuk ubi.. makan ubi kayu rebus.. makan ubi kayu goreng.. mcm2 leh wat.. skrg semua kena beli kan..
>> sedap plak tengok gulai lemak ubi kayu ni.. siap bercili padi tu.. perghhhh tergigit tu.. pedas menyengat.. eheheh sure bestt!
salam kak....aduhh ini betul2 "sesuatu"....saya cuma pernah masak asam je. Insya Allah nak try resipi akak ni.....
ReplyDeletesalam kak.diha....wah!!!terliur plok tgk gulai kuning ubi kayu ni. dok tau pun ubi kayu blh wat gulai kuning. hehe, kreatif k.diha....blh nok try atek ni
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletebetulkan skrg ujan je pagi petang ok jgk sb buah2 kat kg tu perlukan air banyak he he
kesukaan sy ubi kayu tu he he tp nk blk kg lah he he sb mak memang tanam keliling umah je
ingat arwah tok dulu ada la masak lemak ubi kayu ni memang sedap
faa pon pes time taw ubi kayu leh buat lauk..interesting ni..
ReplyDeleteslm kak Madihaa..
ReplyDeletekejakunan kejap..hihi..xpenah tau n tgk ubi kayu bleh digulaikan..
harus dicuba klau mak QH dtg nti ni..mesti dia pon tepanjat juga tgk lauk u..hehe...nmpk sedap..
sedapnyer kak...pertama kali tgk ubi kayu di masak kuning ni...ni kalau makan ngan nasik panas2...ikan tenggiri masam...sambal belacan...perghhhh....kalau mak mentua lalu belakang pun x sedaq ni...ha ha ha...sedap la kak...
ReplyDeletemengamit memori betul lah madiha
ReplyDeleteteringat semasa zaman kecil2 dulu...
ubi - direbus buat sarapan pagi
ubi - direbut, ditumbuk , gaul kelapa dan gula, jadi getok2
ubi- dibuat pengat
ubi digoreng
kalau ubi buat sayur selain dpd masak lemak, arwah bonda juga buat masak bening/masak air, tumbukkan lada kering/cili padi, bawang merah, kunyit, ikan bilis belacan, leburkan dalam periuk berisi ubi kayu, tambah daun kunyit
siapkan sambal gesek, ada ulam jering, ikan masin, nasi panas dimusim hujan...berkeliling kami adik beradik menghadap periuk makan beramai2
Masa kecik2 dulu memang pernah makan sayur ubi kayu, biasanya dibuat asam pedas....
ReplyDeleteSedapnya Madiha!!!dulu dulu mak akak buat kari dgn ubi kayu..masyallah sedap sungguh.
ReplyDeletebila baca tulisan madiha rasanya nak berlari balik kampung nak makan ubi rebus hehe.Sekarang musim hujan atau musim bah kat pantai timur jadi kena gali ubi kayu jika terendam lama dalam air bah nnt rosak ubi tu..jadi pesta makan ubi rebus,kari ubi kayu dan masak poli,lepat,sira ubi kayu..yang bestnya dapat makan putu halba...
Anak-anak sekarang tak merasa main hujan ke..gali ubi kayu ke...dorang dok dalam rumah main Ipad..pesan mc d dan pizza..ruginya...pengalaman yang kita lalui membentuk kekuatan diri dan tak main la manja-manaja kan madiha..
aduhai..kecur sangat tengok gulai ubi kayu ni Kak Ratna...bole mkn nasi byk gak...
ReplyDeleteubi ohhhh ubi... sedap nya.. masak apa2 pon sedap..
ReplyDeletezila x pernah mkan nie kak,satu kelainan..macamana rasanya tu kan..mesti sedap..
ReplyDeletemmg musim hujan nie kak..kat johor dah ada mangsa banjir..
dana asal balik kg msti sibuk tanya mak ada ubi tak, kalu ada mmg cabut sndiri, seronok sgt hehehe... tak malu je pg depan umah siap bwk kereta sorong lg
ReplyDeletedana pun tak penah msk lemak ubi nih, msti sedap kan, maklum lah lemak2 keladi tuh,.. mcm kite bt pengat kan cume versi pedas lah
Sedap lah tu kak
ReplyDelete