Sekejap je dah hari rabu kan.. hanya tinggal beberapa hari je lagi anak-anak cuti sekolah. Ada yang ambik kesempatan untuk bawa anak2 berjalan-jalan atau makan angin atau kata lain cuti-cuti dalam Malaysia maupun luar negara. Ada juga yang hantar anak-anak pulang ke kampong. Bagi MaDiHaA pula, cuti sekolah kali ni kami tidak kemana-mana kerana tiada bajet nak bercuti. Makanya.. anak-anak hanya di rumah saja. Hujung minggu ni masing-masing pasti sibuk ada yang nak kena hantar anak masuk asrama semula. Ada yang nak jemput anak2 di kampong. Kami pun sama juga.. akan balik ke Raub rumah mertua sambil2 hantar anak ke asrama. Kaum Cina pula ramai juga yang akan pulang ke kampong masing-masing untuk sambutan Ching Meng festival. Pendek kata.. perjalanan balik KL hari Ahad nanti pasti jem teruk.. hehe..
Oklah dah tak tau apa yang nak dibebelkan. Jom MaDiHaA kongsikan satu resepi yang MaDiHaA olah ni. Resepi asal adalah dari resepi Apam Keledek yang pernah MaDiHaA buat waktu zaman berfotopages dulu. Wah.. lama gila! Sejak dari tahun 2008 lagi. Resepi Apam Keledek tu pun dah ramai juga yang pernah mencubanya. Resepi ini pun pernah di olah oleh Kak Hajah Ummi Zaihadi menjadi Apam Labu. MaDiHaA sendiri belum pernah cuba lagi.. insyaAllah nanti akan dicuba juga. Tapi kali ni MaDiHaA cuba dulu mengolah resepi Apam Keledek menjadi resepi Apam Jagung Pandan pula untuk menghabiskan stok isi jagung yang hubby beli waktu tu. Owh.. kejadian apam ni dah lama sebenarnya ye.. iaitu hari yang sama waktu MaDiHaA buat Bubur Jagung. tempohari hehehe... Menggunakan isi jagung segar yang dikisar halus maka terhasillah Apam Jagung Pandan yang gebu & sedap ni. Kalau kawan-kawan ada jagung yang tak tau nak dibuat apa tu.. bolehlah cuba buat apam ni buat hidangan minum petang mau pun pagi..
Jom kita semak resepinya..
Apam Jagung Pandan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek
Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam
Bahan B
200 gm isi jagung fresh
160 ml santan sederhana pekat / susu cair
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B
1 sudu teh pes pandan
Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)
Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam
Cara menyediakannya
1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2. Kisar isi jagung dengan santan / susu cair sehingga halus. Tuangkan dalam satu besen yang agak besar. Masukkan gula kastor, telur & pes pandan. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati. Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati. Rehatkan selama 1 jam.
4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik. Panaskan air dalam periuk kukusan.
5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam 3/4 penuh. Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil. Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye). Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.
6. Bolehlah hidang apam jagung pandan dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.
Selamat mencuba!
rajin btl kak madihaa nie..minggu nie mmg sibuk dgn bdk2 yg cuti sek..buat makanan apa pun habis jew kat umah zila nie..
ReplyDeleteapam keledek x pernah buat lg..sedap plk tgok..apam klu buat sarapan pagi mmg kenyang..
as-salam
ReplyDeletesamalah kita hari pun apam..npk gebu apam tu..
wahhh akak.. pandai nye wat resepi sendiri ni... tahniahhhh!! akak berjaya.. nampak sedap.. lembut...
ReplyDeletesama ngan nani kak.. anak2 kat umah.. tambah2 kinah.. jadi BS sbb BS fiyya balik kg seminggu.. so lagi tak kemana2 lah.. tengok ujong minggu ni bawa anak riadah kejap.. tu pun plan kat putrajaya je.. tak jauh pun.. bajet tarakkk.. hihihi
As-salam...
ReplyDeletecantiknya apam...comel2 jer..
teringin nak masak macam2 tapi anak kecik2 lagi...kita dgn suami makan sepotong dua jer...
ReplyDeleteApam pulak dah.. sedap makan ptg hari ni :D
ReplyDeletesedapnyer apammm... pagi td suh hubby g beli xde la pulak apam idaman... Beli tau kak bukan buat... dasar pemalas.. hihihihi
ReplyDeleteAik...versi baru lagi...apam jagung....sedap tu...
ReplyDeleteSalam Kak...kalau kuih2 apam nie mmg fav. saya..kalau ada masa leh cuba nie..
ReplyDeletekalau apam2 ni mmng kegemaranku, kena plk perisa pandan mcm ni..waduhhhhh tak tahan tngk...terliur je dibuatnya...
ReplyDeleteSalam kak madihaa.. semua ada kat umah, sure byk buat kuih kan ^^
ReplyDeletetun dh lama x buat apam, last buat apam dot2 bulan lepas ke 2 bulan lepas dh.. hihi.. mood ke laut skrg.
wow kak, cumel merekah apam ni..
ReplyDeleteSuka betul tgk apam merekah mcm nih..cantik ^^..
ReplyDeleteResepi apam jagung kukus akak dulu pun yana tak terbuat lg..dh timbul apam baru pulak..msk list lg hihiii
Akak anta anak2 ke asrama mesti siap dgn bekal sedap2 kan...untung anak2 akak maknye pakar memasak hehehhehe....
ReplyDeleteApam ni peberet mija ni kak....lagi2 kalo gebus mcm ni...laju je laaa die makan....
sedapnyer tgk apam jgg pandan ni...fiza suka semuanya yg berasaskan jgg...tp malas nak buat apam sbb yg kat dlm umah ni x berapa gemar nak makan...satg fiza juga yg kena habiskan...kalau x pun kena merayu2 suruh depa makan...ha ha ha...
ReplyDeleteassalam k.madiha
ReplyDeletesekejap je cuti kan dahpun nak habis ni he heee xsempat nk kemana lg pun
esk br dpt blk kg
harap2 ahad taklah jem sgt kak hu huuu
sy suker apam tu ada kelapa tak he hee
Oh yang ni pun kesukaan saya. Nak kena ambil kursus masak dari kak Madihah.
ReplyDelete