Wednesday, July 31, 2013

Iftar Day 12 & 13 ~ Lemak Putih Peria Pantai Dengan Keledek & Kerutup Ikan Sumbat ala Johor

Assalamualaikum...



Update iftar yang lepas2 lagi.. saja simpan sini sekadar kenangan.  Takde sikit pun niat nak menunjuk2.. apalah yang nak ditunjukkan sangat.. menu iftar kami ni rasanya yang paling ringkas & jimat.. hihi.. tak macam menu di rumah kawan2.. menu penuh atas meja dengan pelbagai menu yang mewah & sedap2.. Kami berbuka ala kadar je.. yang penting dapat mengisi perut yang kosong seharian berpuasa & tiada pembaziran yang berlaku.  

Iftar kami hari ke 12 hari tu... memang tak dapat ambik gambar sebabnya berbuka dalam kereta balik dari kampong.  Kami bawak bekal dari kampong macam2.  Ma siap masak awal2 lagi sebab nak bekalkan kami.  Katanya nanti tak payah nak menyinggah mana2 untuk beli juadah berbuka..  hari tu ma siap buatkan popia & adik buat cucur udang.. jadi kami berbuka kuih tu je dulu.  Masa kami singgah isi minyak & beli air kat Senawang ngam2 dengar azan maghrib.  Teruslah berbuka kat situ.. pastu teruskan perjalanan.  Lauk pun siap berbekal juga. Kiranya tengahari tu kitorang dah prepare masak2 gara2 ma beria2 suruh kami berbekal.  Kalau jiran2 dengar dah serupa nak makan tenghari pulak.. hehe.. Antara lauk yang kami masak.. sotong goreng kunyit, sambal bilis petai, ayam goreng & sayur peria pantai masak lemak dengan keledek.  Lauk2 tu separuh dimakan bila dah sampai rumah & separuh di makan untuk sahur.  Tinggal masak nasi je..  Alhamdulillah.. terima kasih ma.

Pernah dengar peria pantai? MaDiHaA pun baru pertama kali dengar, melihat & merasa.  Ma petik pucuk peria pantai ni kat rumah arwah besan dia masa hantar kakak ipar adik balik rumah arwah maknya.  Pokoknya jenis pokok renek yang tumbuh sendiri.  Takde siapa yang tanam.  Tak sangka pulak pokok2 tumbuh sendiri macam tu boleh dimakan.. malah sedap pulak tu.. Rasa kesedapannya tu boleh dikategori macam masak lemak pucuk manis atau pucuk cemperai atau pucuk meranti.. tp ia tak pahit.  Sedap.. MaDiHaA suka.. kat bawah tu ada dikongsi gambar sebelum di masak.  Tapi maafla sebab pucuknya dah layu sikit.. jadi susah sikit nak tengok bentuk daunnya hehe..

Masak lemak ni masak lemak biasa2 je.. cuma ditambah keledek sebagai penyedap..





Lemak Putih Peria Pantai dengan Keledek
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

2 cekak Peria Pantai
2 biji keledek
4 cawan santan sederhana pekat
1 biji bawang besar ~ dibelah 8
2 biji cili merah ~ dibelah 2
sejemput ikan bilis
garam & perasa secukupnya

 Sayur Peria Pantai



Cara menyediakan
1. Sayur peria dipetik bahagian muda. Keledek dikupas & potong sederhana besar.
2. Jerang santan bersama keledek, bawang, bilis serta garam & perasa.  Bila keledek hampir empuk masukkan sayur peria pantai yang dah dicuci bersih serta cili merah. Kacau sentiasa supaya santan tak meruap sehingga daunnya lembut & kuah secukup rasa.  Sedia dihidangkan.  

 *****

Ok.. Resepi Kerutup Ikan Sumbat ala Johor ni pulak sempat MaDiHaA sediakan untuk iftar hari ke 13.  Menu berbuka yang lain tak sempat nak ambik gambar sbb dah kesuntukan masa..

Jom MaDiHaA kongsikan resepinya.  Ini baki ikan cencaru giant yang en. suami beli tempohari... besar juga saiznya.. tapi kecil sikit dari yang dulu.  Resepi ni ambil dari blog Noorsha.  Saja nak tukar2 selera orang kata.. apa salahnya kita mempelbagaikan resepi kan.  Terima kasih Noorsha untuk resepinya ye..




KERUTUP IKAN SUMBAT ALA JOHOR
Resepi : Noorsha
Sumber : MaDiHaA aka Ratna


Bahan²

4 ekor ikan cencaru - sederhana besar (MaDiHaA guna sekor saiz besar)

sedikit serbuk kunyit

sedikit garam

30 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

2 biji buah keras

2 batang serai

sedikit belacan

asam jawa - sebesar ibu jari

1/4 cawan air      

garam

gula



Cara²

1. bersihkan ikan cencaru. siang dengan cara belah belakang hingga tembus ke bahagian perutnya. buang isi perut melalui belahan belakang tersebut. jangan belah dari depan cam selalu tu yer...lumur ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam...ketepikan...

2. kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, buah keras, kunyit, serai dan sedikit belacan.

3. tumis bahan yang dikisar hingga garing. masukkan asam jawa yang dilarutkan dengan air dan garam serta gula.

4. tumis sekali lagi hingga garing dan kering.

5. angkat dan ketepikan.

6.ambil seekor ikan yang siap dilumur garam kunyit tadi, masukkan 2-3 sudu sambal kerutup melalui belahan belakang badannya.. padat² kan. buat hingga habis. ketepikan seketika...

7.panaskan minyak.. tak perlu banyak minyak ni... cukup umpama nak goreng sebiji telur je. 

8. masukkan ikan cencaru yang siap disumbat sambal kerutup tadi kedalam kuali  kemudian tutup kuali seketika. biar hingga ikan masak kemudian baru diterbalikkan dan tutup semula kuali. (MaDiHaA guna pemanggang ajaib)

9. sedia dihidang. sambal yg lebih tu jgn ler buang, boleh makan sama ikan ni..:) selamat mencuba :)





Monday, July 29, 2013

Iftar Day 6, 7, 8, 9, 10 & 11 cepat-cepat kasi habis...

Assalamualaikum & salam Ramadhan buat semua sahabat seIslam..


Syukur alhamdulillah.. telah masuk 20 hari kita semua berpuasa... bermakna telah masuk juga fasa ke 3 kita berpuasa iaitu fasa terakhir yang juga disebut sebagai pembebasan dari Neraka.  Bermula dari fasa pertama iaitu rahmat.. fasa kedua pula keampunan... & bila masuk fasa ke 3 ini pula.. kita sepatutnya lebih memperbanyakkan ibadah2 sampingan lain selain hanya berpuasa semata2 sebagai contoh perbanyakkanlah bersedekah, bertarawih, bertadarus & bermacam2 lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan.. dimana di 10 malam terakhir ini dikatakan akan datangnya 1 malam yang menyerupai seribu bulan yang juga dipanggil malam lailatulqadar.  Hanya mereka yang benar2 terpilih saja yang akan bertemu dengan lailatulqadar... marilah kita sama2 merebut peluang yang ada ini... 

Oklah.. entry hari ni sekadar buat kenangan kami sekeluarga.. tiada niat untuk menunjuk2.. bukanlah berbuka yang hebat2 pun.. walaupun gitu.. nak masukkan juga iftar kami yang lepas2 yang serba ringkas & ala kadar ni.   Mujurlah juga anak2 tak merungut meminta macam2 semasa berbuka puasa.  Asalkan ada makanan.. Haziq berbuka saja dengan apa yang kami hidangkan.  Alin yang belum lagi berpuasa pun sama.. makan saja apa yang ada.  Alhamdulillah.. setakat hari ini.. baru 2 kali ke bazar ramadan... itupun bila Haziq sebut teringin nak makan roti john & murtabak.  Hari ke dua ke bazar disebabkan nak balik kampong malamnya.. memang MaDiHaA tak masak untuk berbuka jadi beli sajalah di bazar ramadan serba sikit untuk kami bertiga sementara menunggu ayahnya pulang dari kerja pukul 12 malam.

Iftar day 6 ~ ambil bubur lambuk kat rumah makcik, sampai rumah hanya sempat goreng bihun kunyit.  Jiran bagi agar2 roti & masih ada sikit lagi baki pengat pisang yang dibuat sebelumnya.  Sambal kicap tu memang buat banyak terus sebab buat makan dengan bubur lambuk tu..


Iftar day 7 ~ Tiap2 hari ada baki nasi sahur.. simpan dalam peti sejuk.. jadi buat nasi goreng je.. Bubur lambuk pun ambil juga.. sempat masak ayam masak taucu untuk bekalan sahur suami.. Kali pertama ke bazar permintaan Haziq nak beli murtabak & roti john.  Tepong pelita tu pemberian pengasuh Alin.  Sebenarnya Cik Ani bagi 8 biji.. tapi sempat MaDiHaA bagi pada makcik 4 biji & 4 biji untuk kami.  Tapi 2 biji dah kena balun dengan Alin.. tu yang tinggal 2 je tu.. hehehe.. sabar jelah..


Iftar day 8 ~ Hari ni ringkas je berbuka.. tak tau nak masak apa.. rasa macam semua tak selera.  Tekak teringin nak makan masam2.. jadi masak asam rebus ikan kembong dengan ikan goreng je.  Untuk anak en. suami gorengkan mee.





Iftar day 9 ~ Tak sempat nak ambik gambar.. kesuntukan masa.. hehehe.. tapi untuk bersahur hanya panaskan lauk2 baki dalam peti sejuk lepas tu goreng ikan pekasam... 


Iftar day 10 ~ Malam tu kami nak balik kampong.. nak berbuka puasa dengan family MaDiHaA kat kampong pulak sebab raya tahun ni insyaAllah beraya di kampong mertua di Raub. Jadi memang tak masaklah untuk berbuka malam tu sebab malas nak simpan baki lauk pauk segala.. jadi kami 3 beranak hanya berbuka dengan juadah dari bazar Ramadhan.. Haziq request nasi ayam, ibunya teringin laksa asam & untuk Alin beli murtabak.. 


Iftar Day 11 ~ Dah kat kampong masa ni.. Kebetulan ada sepupu juga yang datang ziarah ma & sambil2 menguruskan sikit urusan di kampong.  Jadi meriahlah ramai kat rumah ma.  So ma masak lebih sikitlah hari tu.. Menu wajib permintaan MaDiHaA bila tiba Ramadhan kalau balik kampong mestilah bubur lambuk versi Terengganu tu.. hehe.. Pastu ma masak juga nasi ayam sebab anak2 tak suka bubur lambuk yang banyak sayur tu.  MaDiHaA sempat juga buat karipap petang tu.. ma buat agar2.. pastu jiran sebelah bagi cucur udang.. dapatlah kami balas dengan karipap tu.. syukur alhamdulillah.. rezeki kami hari tu..

Oklah untuk hari ni MaDiHaA kongsi resepi Ayam Masak Taucu ye... ringkas je.. resepi spontan je ni..



Ayam Masak Taucu
Resepi : MaDiHaA aka Ratana

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dibersihkan, gaul sikit garam & kunyit
8 biji cili padi merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris
2 1/2 sudu besar tauchu
1 1/2 cawan air
1/2 sudu besar asam jawa ~ dicampur air jadikan jus
8 batang kacang panjang ~ potong sesuai selera
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Ayam digoreng 3 suku masak & ketepikan dahulu.
2. Kurangkan minyak dalam kuali.. masih gunakan minyak yang sama.. tumiskan bahan hiris serta cili tumbuk hingga wangi (kecuali cili merah).
3. Masukkan tauchu, air asam jawa, air serta ayam dan biarkan ia merenih.
4. Bila air sedikit surut masukkan kacang panjang dan cili merah hiris.  Gaul2 rata & kemudian bolehlah dihidangkan.  Tak perlu tambah garam kerana masin tauchu dah mencukupi.



Untuk resepi Asam Rebus Ikan Kembong pula boleh klik kat SINI ye.

Selamat mencuba!



Thursday, July 25, 2013

Kek Marble Trio

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Maaf pada semua visitor yang sudi melawat blog MaDiHaA ni ye.. tuan blog ni sibuk betul sekarang lebih2 lagi kat rumah... sampaikan nak transfer gambar pun tak sempat nak buat.  Gambar menu berbuka dah bertambah2 dari sehari ke sehari.. entah bila dpt update ke blog.  Rutin harian kat rumah pun semakin sibuk dari hari biasa... biasalah kan.. terkejar2 balik dari jemput anak kat sekolah.. nak memasak utk berbuka.. nak siapkan keje2 rumah lagi.. nak berterawih lagi..  Bila dah masuk pukul 11 mata pun dah mengantuk..  dah tak ingat apa2 lagi selain bantal.. menggosok baju sekolah anak & baju kerja pun buat lepas sahur.. siap sahur cuci pinggan mangkuk, menggosok terus mandi, solat subuh & bersiap nak hantar anak sekolah & ke opis pulak.. gitulah hari2 kekdahnya selagi mata belum katup.. hehe...  



Untuk tatapan semua.. MaDiHaA kongsikan resepi kek butter yang sedap sangat di tekak MaDiHaA iaitu Kek Marble Trio yang MaDiHaA ambil resepinya dari blog Mas.  Resepi asalnya dari Mat Gebu.  Terima kasih buat Mat & Mas ye... minta izin akak kongsi kat sini pula ye.. Inilah dia kek yang MaDiHaA buat untuk diposkan ke anak kat asrama tempohari.  Kebetulan anak telefon minta belikan 8 naskah folio untuk assigmentnya kat sekolah.  Jadi dah alang2 nak pos barang kat dia.. buatkan sekali kek untuk dia.  Kemain seronok kakak Dini dapat kek... siap memuji2 kek tu sedap.  Memang sedap pun tau.. gebu, lembut & ada campuran rasa coklat & strawberry..




Kek Marble Trio


Sumber : Dapur Mas

Bahan  :
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air* ( *disatukan )
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence



Cara membuatnya :



Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).

Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.


CATATAN MAT GEBU :- 

Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Wednesday, July 24, 2013

WW ~ Tempahan 3 tray Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entry ringkas je hari ni...

Tempahan 3 tray Puding Roti Marble Coklat dari Sheila.  Terima kasih Sheila sudi menempah lagi puding dengan MaDiHaA.. Seperti tahun lepas.. Sheila minta delivery ke KL sebab beliau tak biasa masuk PJ.. jadi meet point kami di hadapan GH.  Emm.. terlupa nak ambik gambar puding masa kat rumah.. jadi ambil jelah gambar puding dok atas bonet kereta buruk kesayangan kami ni.. hehe..

Monday, July 22, 2013

Hati Goreng Kunyit

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sabtu & Ahad kelmarin kami sekeluarga pulang berpuasa di kampong. Seronok bila dapat berpuasa dengan orang tua.  Dapat masak makanan kegemaran dengan ma. Masak beramai2 & berbuka ramai2 memang sesuatu yang sangat dirindui.  Kali ni kami pulang ke kampong MaDiHaA kerana raya kali ni jika dipanjangkan umur kami akan beraya di rumah mertua.  Begitulah rutin kami setiap tahun jika beraya giliran kampong suami.. dalam bulan puasa pasti akan balik berpuasa di kampong isteri.  Begitulah juga jika sebaliknya. 

Bila raya pula.. jika keadaan mengizinkan.. selepas dua, tiga hari beraya dikampong suami.. kami akan balik juga ke kampong isteri.  Tapi jika cuti raya pendek.. tak dapatlah nak balik kedua2 kampong.  Harapnya tiadalah mak2 yang berkecil hati.  Kami suami isteri hanya tinggal mak je kat kampong.. kedua2 ayah dah takde lagi.  Masing2 ditemani oleh adik yang masing2 dah berkeluarga.  Jadi tidaklah ma atau mak keseorangan di kampong.  Risau juga kalau orang tua bersendirian kat kampong... sakit pening tak siapa yang sedar nanti..  Terima kasih pada adik & adik ipar yang sanggup hidup kat kampong temankan ma & mak... jasa kalian menemani orang tua di kampong sangat2 terpuji di sisi Allah s.w.t... Tak ramai orang muda yang sanggup hidup mencari rezeki di kampong kerana kebanyakkannya lebih suka hidup dibandar mencari rezeki & mengejar kesenangan di bandar2 besar.  Wallahualam...

Hari ni MaDiHaA kongsikan resepi Hati Goreng Kunyit yang tak sempat MaDiHaA kongsi tempohari.  Nak kongsi menu berbuka yang lain.. gambar2 belum sempat nak transfer dari handphone.  Malam tadi baru sampai ke rumah.. itupun tak tunggu berbuka.. pukul 5 petang kami dah gerak dari kampong.  Sedang molek singgah Petron Senawang isi petrol azan berkumandang.  Berbukalah kami kat situ dengan milo kotak pastu teruskan perjalanan sambil mkn kuih bekalan yang ma bekalkan dalam kereta sambil hubby memandu.  Kami siap masak awal2 lagi sebab ma suruh berbekal untuk berbuka.. siap buat popia, cucur udang.. berbekal juga lauk pauk antaranya sotong goreng kunyit, sambal petai ikan bilis, terubuk & ayam goreng & juga sayur peria pantai masak lemak campur keledek. Nasinya.. sampai rumah baru masak.. hehe.. Terima kasih ma..!




Hati Goreng Kunyit
Resepi : MaDiHaA's Hubby

Bahan2
400 gm hati lembu ~ potong nipis atau sesuai selera & gaul garam & kunyit
1 biji bawang besar saiz sedang ~ hiris
2 biji cili hijau ~ dibelah 2
1/2 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus dgn 1/2 cwn air
Minyak sikit
garam & aji sikit

Bahan ditumbuk
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
5 biji cili api
2 batang serai (masukkan serai akhir sekali & tumbuk hingga agak lunyai)

Cara menyediakan
1. Panaskan sesendok minyak lalu masukkan hati & goreng sehingga air yang terbit kering & hati nampak pejal & masak. Angkat & ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama.. tambah sikit minyak jika perlu.  Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & nampak garing. Masukkan jus asam jawa & hati. Kacau rata.
3. Masukkan garam, aji, bawang & cili  hijau.  Kacau sehingga bawang layu & sambal kering & bersalut dengan hati.  Angkat  & bolehlah dihidangkan. 

 Selamat memasak!

Friday, July 19, 2013

Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Salam bersua kembali...


Chakkk..! Kan dah janji tadi nak kongsi resepi tauhu sumbat sambal kacang ni.. jadi inilah dia... Hidangan dari tauhu memang kesukaan MaDiHaA.  Suami pun dah mulai suka makan tauhu.. kalau dulu dia tak suka sangat.. hehe..

Resepi sambal kacang ni MaDiHaA ambil dari blog Yatie Memories. Terima kasih Yatie & terima kasih juga pada Mat Gebu empunya resepi. Saja nak cuba resepi kawan2.. padahal sebelum ni pun pernah buat kuah kacang ni.. tp dah tentulah lain orang lain resepinya kan..



TAUHU SUMBAT SAMBAL KACANG

Resepi : Mat Gebu
Sumber : Yatie & MaDiHaA aka Ratna

BAHAN TAUHU SUMBAT :-)
  • 4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam (MaDiHaA guna 6 keping)
  • 3/4 cawan parutan sengkuang (MaDiHaA guna parutan timun dengan carrot)
  • 3/4 cawan hirisan halus timun
  • 3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
BAHAN SAMBAL KACANG :-)
  • 150 g kacang tanah, goreng hingga kuning keemasan, toskan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan*-bakar sebentar
  • 5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar petis @ otak udang
  • 2 sudu besar sos cili (saya tambah)
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Tumbuk kacang tanah hingga hancur tapi jangan terlalu halus. Masukkan dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan sengkuang, taugeh dan timun, kemas kan. Buat proses yang sama untuk baki tauhu tadi.
  3. Hidangkan bersama sambal kacang.....
Cara saya= Goreng kacang tanah dan sejukkan. Bwng besar di kupas dan di belah 6. Bwng besar dan bawang putih di goreng sebentar dan ketepikan. Kisar cili merah, cili padi, belacan, bwng besar dan bwng putih bersama 1/2 cwn air masak. Tuangkan ke dlm mangkuk. Kisar kasar kcng tanah yg telah di goreng tadi bersama 1/2 cwn air masak. Satukan kesemua bahan2 dan gaul sebati. Masukkan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Setelah siap dan cukup rasa, bolehlah di curah kuahnya ke atas tauhu sumbat tadi.

Selamat memasak..

Iftar Day 5 ~ Tamaknya memasak... macam2 teringin..

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Dah petang baru sempat jengok blog.  Sibuk sikit dua tiga hari ni.. takperlah kan.. kerja kena diutamakan... bila keadaan mengizinkan atau ada waktu free barulah boleh layan blog..

Saja nak kongsi iftar kami hari ke 5.. ehh.. hari ni dah masuk 10 hari orang berpuasa baru terhegeh2 nak tayang iftar hari ke 5? hehehe... takperlah.. saja suka2 nak buat kenangan... ini pun nasib baik sempat ambil gambar.. ada juga yang tak sempat nak ambil gambar dah masuk waktu berbuka.. jadi lupakan saja.. hehe..
 


Puasa hari ke 5 kan hari Ahad.  Jadi dalam kepala ni macam2 nak di buat.  Hmmm.. nasib baiklah habis semuanya walaupun ada juga yang kena recyle.  Tapi takpe sebab semua tu memang feberet... yang penting tiada pembaziran.. hehe... Menu berbuka kami petang tu ialah kurma, nasi goreng, tauhu sumbat kuah kacang, pengat pisang & goreng juga karipap yang sempat MaDiHaA frozenkan pada hari Sabtu tu.. tapi goreng sikit je.. sebab Haziq tak suka sangat tauhu sumbat dengan pengat pisang tu... Manakala sambal ikan tongkol & sayur petola tu di masak awal sebab nak buat bekalan sahur en. suami di tempat kerja disamping itu.. itulah juga lauk sahur MaDiHaA & Haziq.. syukur alhamdulillah atas rezeki mu ya Allah...

Jika nak resepi sambal ikan aye atau ikan tongkol (cara orang Terengganu ni..) boleh klik SINI ye.. Biasanya.. kat Terengganu nasi lemak dimakan dengan sambal ikan tongkol (nasi lemak sambal ikan bilis pun ada).. memang superb sedap!  Tak jumpa nak cari kat mana2.. hanya kat sana je ada tau.. my feberets!



Jika nak resepi pengat pisang bersagu ni pula.. boleh klik SINI.  Kalau nak resepi karipap tu boleh klik SINI. Resepi tauhu sumbat tu nanti MaDiHaA update entry lain ye sebab yang tu belum pernah kongsi lagi kat blog rasanya. Yang lain2 tu tak perlu resepi la kot... resepi biasa2 je tu... 

Terima kasih... selamat memasak semua...

Thursday, July 18, 2013

Karipap Kentang Carrot

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Lambat sikit update hari ni.. sibuk sikit tadi.. Now nak sambung masuk resepi yang tertunggak iftar hari ke empat yang lalu.  Termenjadinya karipap ni tanpa dirancang pun.  Memang takde dlm list  menu hari tu pun.  Tiba2 je kul 4 ptg baru kupas kentang. hahaha.. Tapi seronok tau buat kuih yang suami & anak2 suka.. memang cepat je habis..



Kami memang tak buat apa2 persiapan pun nak sambut puasa.  Biasa2 je.  Maksud persiapan tu.. takde pun sibuk nak beli stok lauk2 basah atau sayur mayur atau apa2 barangan makanan kering hatta sebiji kurma pun tak beli.. hehe.. teruk kan? Dok baca status kawan2 dalam facebook masing2 sibuk tanya dah buat persiapan ke utk hari rabu nanti.  Pastu baca plak status sabahat lama ku Cida yang pelik ngapa masing2 tanya pasal persiapan hari rabu.  Rabu tu hari pertama puasa kan? Kalau dah puasa bermakna takleh makan.. tapi kenapa semua asyik cerita pasal makan? MaDiHaA sokong juga pendapat Cida.  Sepatutnya bila berpuasa kita harus bersederhana.. berpuasa dari segala nafsu bukan hanya menahan lapar & dahaga ketika berpuasa.. tapi juga menahan diri dari berlebih2 dari segi hidangan berbuka supaya tidak terjadi pembaziran iaitu perbuatan yang paling dimurkai Allah s.w.t.  MaDiHaA menyampuk la juga..  ku katakan pada Cida.. akak pun tak buat apa2 persiapan.. suami akak cakap.. habiskan je lauk dalam peti ais tu.. ada perut lembu, ada sayur lobak putih, ada peria.. (tu yang first day puasa masak gulai perut lembu campur lobak putih).  Sempoi jer kami.. lauk tu pun bukannya jadi lauk berbuka.. tapi jadi lauk sahur kami sebab berbuka kami berbuka dengan mee goreng bodo je.. hehe.. Owh.. pasal kurma pula.. bukan en. suami taknak ikut sunnah nabi.. tapi dia tak beli kurma sebab dia dok cari2 jenis kurma yang wife dia suka.  Wife dia ni cerewet sikit.. kalau kurma jenis lembut2 atau kurma jenis bermadu tu memang tak suka.. kalau yang jenis bertekstur keras barulah nak mkn.. hehe.. tekak tu memang teringin nak mkn kurma tp kalau jenis lembut memang tak suka.. sampaikan berbuka hari kedua pun belum ada kurma.. masuk hari ke tiga barulah ada kurma.. itupun tak dpat juga kurma jenis keras.. yg bertangkai keras sikit2 je.. hehe.. bolehlah dr tak ada..




Ok cerita pasal karipap ni.. disebabkan memang tak peduli nak beli bahan2 masakan.. rupanya kentang yang ada kat dapur cuma tinggal sebiji yang bersaiz besar.  Oleh kerana dah berangan nak uli karipap.. terpaksalah cari alternatif lain utk banyakkan sikit kuantiti inti.  Yang ada dalam peti sejuk masa tu & yang paling sesuai ialah lobak merah.  Ahh.. bolehlah juga tu.. rencah pula hanya ada udang kering.. daging kisar takde.. ayam pun takde (sbb harga ayam mahal.. dah seminggu puasa baru suami beli ayam.. boikotlah juga kejap kan.. hehe). Udang kering pun okay juga.. disebabkan shortage kentang tu makanya terjadilah Karipap Kentang Carrot. Ehh sedap juga tau.. Dari segi khasiat tu.. lebih sikit dari karipap inti kentang sebab dlm carrot ada vitamin A.  hehe.. Masa berbuka Haziq tanya.. "ibu kenapa ada carrot dalam karipap ni?" ibu jawab "saja ibu letak sebab nak suruh anak2 makan carrot" hehe.. Memang betul pun.. Alin langsung tak kisah makan karipap tu & tak peduli pun ada carrot dalam tu.. kalau masak sayur yang dicampur carrot dia mesti tak suka. Padahal masa kecik dulu suka. Pelik betul!  Sebab tu kalau MaDiHaA masak nasi goreng.. suka sagat carrot dalam nasi goreng tu.  Nak tak nak dia mesti makan juga sbb carrot tu halus2 kan.. tak mampu nak dibuang.. haha..


Karipap dalam gambar ni ialah karipap lebihan yang difrozenkan..

Oklah panjang plak merepek dibulan puasa ni kan.. jom semak resepi Karipap Kentang Carrot.  Kali ni MaDiHaA guna resepi doh dari Tun Telani.  Biasa MaDiHaA buat karipap guna minyak panas sepenuhnya.. kali ni campur sikit marjerin.  Elok sangat kejadian karipap ni... kulitnya lembut & rangup. Terima kasih ye Tun bersusah payah menyukat bahan demi untuk berkongsi resepi dgn kawan2.  Akak kalau buat karipap pun main campak2 je tak pernah bersukat.  Sebab tu malas nak kongsi resepi karipap sendiri.. bukan sebab kedekut resepi.. tapi malas nak sukat bahan.. hehe..




Karipap Kentang Carrot


Bahan Inti

Resepi : MaDiHaA aka Ratna

280 gm kentang ~ kupas & potong dadu
230 gm lobak merah ~ kupas & potong dadu
1 1/2 sudu besar udang kering ~ rendam air panas & tumbuk
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2 sudu besar rempah (penuh) rempah kari ayam /daging
1 sudu kecil serbuk cili
garam & serbuk perasa secukupnya
1 sudu besar gula
minyak secukupnya (tak perlu banyak)
air secukupnya

Cara menyediakan inti
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi.  Masukkan rempah kari, serbuk cili & udang kering & kacau rata.  Masukkan kentang, lobak merah & air sehingga ubian tersebut tenggelam & lebihkan sikit airnya kira2 1 cm dari paras ubian tadi.  Biar mendidih & sesekali dikacau supaya empuk rata.
2. Bila mendidih bolehlah masukkan gula, garam & serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa kacau inti apabila hampir kering supaya inti tidak berkerak & hangit. Biar hingga betul2 kering. Matikan api & sejukkan sebentar.  Sementara tunggu sejuk boleh sediakan doh karipap.

Bahan2 Doh
Resepi : Tun Telani


Doh:
  • 4 cawan tepung gandum
  •  2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak) 
  • 1/2 cawan minyak (panaskan) 
  •   3/4 cawan air
  •   1/2 sudu kecil garam (MaDiHaA larutkan garam dalam air)
Cara menyediakan doh
panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk sikit, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)
Bila dah siap bolehlah dicanai & terap, masukkan inti secukupnya & kelim bahagian tepinya. Cara MaDiHaA.. suka bulat2kan doh.. setiap biji bebola untuk sebiji karipap. dicanai bebola tadi sehingga nipis & masukkan inti.. tutup inti & kelim macam biasa.  Bila dah siap bolehlah digoreng.  Untuk dapatkan karipap yang tak meletop2 kulitnya.. masukkan karipap sebelum minyak panas dengan mengecilkan api.. bila dah masukkan karipap barulah dibesarkan sikit api & gorenglah sehingga perang keemasan. Angkat & tos bolehlah dihidang.

Selamat mencuba!