Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, January 19, 2010

Asam Rebus Ikan Kembung

Masakan yang paling mudah.. tapi menyelerakan apalagi jika ada ulam & sambal belacan. Kalau malas nak tumbuk sambal belacan.. ada budu pun sedapp.. hehe..



ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
Bahan2
2 ekor ikan kembong (hok besor) ~ bersihkan
3 - 4 keping asam gelugur (sukahati nak boh byk mana.. ikut masam yg anda suka)
1 kuntum bunga kantan atau 1 helai kecil daun kunyit
air secukupnya (ku bubuh dlm 3 cawan jer)
bendi atau terung (suka hati nak masukkan sayur apa)
garam, serbuk perasa & sikit gula dlm setengah sudu kecik jer

Bahan2 Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi (ikut suka ler nak pedas macamana )
1 biji cili merah
1 cm kunyit hidup

Cara Memasak (senang banget.. campak2 jekk)
1. Jerang air dan masukkan semua bahan2 kecuali sayur pilihan anda.
2. Bila ikan dah setengah masak baru masukkan sayur dan sesuaikanlah rasanya. Dah siap!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com