Assalamualaikum & salam Ramadhan...
Pejam celik pejam celik dah pun masuk 7 hari kita berpuasa hari ni kan... Syukur alhamdulillah diberikan kesihatan yang membolehkan kita berpuasa penuh setakat ni. Ada sesetengah orang yang betul2 uzur.. tak dapat nak berpuasa walaupun mereka teringin nak berpuasa kan.. Syukurlah kita masih sihat.. masih kuat untuk berpuasa. Teringat dulu waktu MaDiHaA anak dara.. sering diserang gastrik. Tapi hairannya bila bulan puasa tak pula kena gastrik.. Jadi seronoklah dapat berpuasa sama seperti orang lain. Biasanya kena gastrik bila tersilap makan benda2 yang berangin atau sebab sengaja tak nak makan. Maklumlah kan.. anak dara la katakan.. tak habis2 nak berdiet kononnya.. tapi tak slim slim jugak hehehe... Padahnya... sendiri yang merana bila terkena gastrik nak buat apa semua tak boleh.. dok bergulung golek kiri tak kena, golek kanan tak kena.. hehehe...
Kali terakhir diserang gastrik waktu anak sulung MaDiHaA berusia hampir 3 bulan... adalah jiran bagi bubur kacang. Wahh.. sedap aje ku telan sesudu demi sesudu.. tau2 malam tu dah sesak angin sampai ke kerongkong tapi tak sendawa.. rasa nak muntah tapi tak muntah2... perut memulas2.. nak berjalan tak boleh berdiri tegak terpaksa tertunduk2 menekan perut yang sakit.. siksanya Allah je yang tau.. Waktu tu.. usahkan nak jaga baby.. diri sendiri pun tunggang langgang menanggung sakit. Terpaksa suami bawak ke klinik barulah ok.. Haii... sensitif ye orang baru lepas pantang.. tak boleh makan sembarangan... padahal masa tu dah hampir 90 hari dah... lepas peristiwa tu memang sentiasa jaga2 tak berani nak makan sembarangan lagi walaupun dah 100 hari.. itulah pengalaman MaDiHaA di serang gastrik. Kini dah hampir 13 tahun tidak lagi diganggu gastrik... syukur sangat2..

Eh eh.. panjang pula melalut hari ni... Oklah saja nak kongsi menu iftar hari ke 3 yang serba ringkas ni. Syukurlah ada juga rezeki untuk kami sekeluarga walaupun tidak segah hidangan di rumah orang lain. Untuk menu berbuka hari tu kami buat cekodok bawang cicah dengan sambal sardin berkentang. Ada bubur kacang pemberian pengasuh Alin (dah berani la makan bubur kacang tu sebab Alin dah besar.. hihi), ada juga bubur lambuk yang ambil dari rumah makcik MaDiHaA makan dengan sambal kicap. Alhamdulillah... kenyang sampai ke bersahur. Kami memang suka berbuka makan benda2 macam ni selain nasi.. jarang sangat makan nasi waktu berbuka.. Kalau dah tak tau nak masak apa..barulah masak nasi untuk berbuka.. Biasanya lauk dimasak hanya untuk makan waktu bersahur..
Oklah resepi sambal sardin je kongsi ye.. sebab resepi cekodok tu resepi campak2 je.. tak bersukat.. tapi sedap elok lembut.. kata suami bila kita masak dengan penuh kasih sayang sebab tu jadi sedap walaupun hanya cekodok... kekeke...
Sambal Sardin Berkentang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 tin sardin saiz kecil (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang ~ potong dadu
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
4 biji cili padi*
1/2 inci kunyit hidup*
1 batang serai ~ dititik
1 cawan air
1 keping asam gelugur saiz kecil
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
secubit gula

Cara2
1.
Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan
bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur &
kentang. Biarkan merenih hingga kentang setengah
empuk. Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur.
2.
Masukkan sardin serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum
dihancurkan tulang tengah mesti dibuang). Masukkan garam, aji &
gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk
sepenuhnya.
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.
Lauk untuk bersahur pula.. sempat MaDiHaA buat Ikan Cencaru Sumbat Sambal dengan kacang buncis goreng (takde gambar). Ikan cencaru tu husband beli yang bersaiz besar... terkejut juga MaDiHaA tengok. Bila ditimbang seekor tu beratnya hampir 1 kg! Terpaksalah MaDiHaA ubah suai sikit cara memasaknya bimbang ikan tak masak & sambal kurang garing. Lagipun.. kalau digoreng guna minyak terendam.. berapa liter nak guna minyak? hehe.. Jadi sambalnya tu MaDiHaA tumis dulu hingga garing barulah di sumbat ke dalam ikan. Ikan pula MaDiHaA goreng dalam pemanggang ajaib. Alhamdulillah elok masaknya.. Tak ada bahagian yang mentah.. Untuk resepinya.. boleh klik kat SINI ye.
Sambal dalam resepi tu untuk 3 ekor ikan.. tapi oleh sebab ikan ni besar sangat.. cukup2 je untuk sekor ikan...
Bandingkan saiz ikan dengan kotak kurma tu... hampir 1 kg berat ikan tu..
Terpaksa kerat bahagian ekornya sikit sebab tak muat nak masuk dalam pemanggang ajaib saiz besar ni... pemanggang ni memang saiz besar tau.. jenama dessini warna hitam.. muat2 untuk bakar ayam seekor yang dipotong empat.
Ok... selamat berpuasa..
Ok... selamat berpuasa..
sedapnya caru bakar tu nyam2
ReplyDeletetekejut bile lieya bc bahan sambal tu muat tuk 3 ekor ikan...tapi akak buat tuk satu ikan....bile tgk pic ikan tu...mak oii kak besarnye...satu pun dah cukup mkn satu family kan kak...
ReplyDeletethanks kak sebb akak selalu bagi lieya idea nak masak ape....so nanti nak buat cencaru sumbat belakang laa heheheeheh...dah lame tak beli cencaru ni sbb hubby tak suke sgt....
CEKODOK CICAH SADIN PUN FEBERAT TU HIHIHIHI
ReplyDeleteok ls dusmi sksk x kisah wpun x mkn nasi
ReplyDeletekalo en garpil, tetap nk nasi...
kalo wat kuih atau goreng mee...kang kul 10 mlm nak nasik plak..
baik masak je nasi trus..hihi
mmg besra betul ikan tu
kami kami mkn ber2, mesti jenuh nk abiskan
perghhh, cekodok apa pun mmg peberet Liza...
ReplyDeletebesau betul ikan tu kan...
ada sambal buat cekodok, sedapnya kak..
ReplyDeletebesar betul ikan tuh..cicah air asam..tak terkata..
ikan tu kalo ratah jer cam gitu pon dah kenyang kak..kalo umah zee,2hari lom tentu habis tu..
ReplyDeletesaya suka sangat sambal sardin sayangnya seisi rumah ni tak makan sardin, sekali sekala lepas gian saya masak juga makan sorang2, hehehe
ReplyDeletesy suka goreng tawar ikan tu
ReplyDeletecicah ngan kicap potong bawang dn cili
smlt berpuasa ye ;)