Aduh.. pagi ni awal2 pagi dah hujan yer... basah kuyup MaDiHaA walaupun berkereta sebab walaupun berkereta.. terpaksa keluar masuk kereta juga sebab terpaksa payungkan anak hingga ke koridor sekolah & lepas tu hantar anak bongsu ke rumah pengasuh pula. Hujan lebat sangat2 berserta angin.. memang lencun kain MaDiHaA. Masuk ofis pun pakai selipar je.. sementara tunggu kaki kering sikit.. hehe..
Semua ibu bapa yang menghantar anak terpaksa hantar anak hingga ke koridor sekolah sebab kalau tak hantar.. memang basahlah anak2 sebab jalan nak masuk ke pintu pagar sekolah dari laluan tempat ibu bapa berhentikan kenderaan agak jauh. Kesian murid2 yang naik bas.. terpaksa berlari dalam hujan. Tapi pagi tadi MaDiHaA tengok ramai pula ibu bapa yang masuk terus kenderaan mereka hingga dalam pagar sekolah. Rupa2nya barulah MaDiHaA tau jika hujan lebat, ibu bapa dibenarkan hantar anak masuk ke pagar sekolah dengan kenderaan & terus keluar melalui pintu pagar belakang. Waktu MaDiHaA mula2 sampai tu.. hujan tak begitu lebat.. jadi MaDiHaA tak nampak pun ada kereta yang masuk.. bila pertengahan perjalanan barulah nampak kereta berpusu2 masuk pagar sekolah sebab waktu tu hujan semakin lebat. Bila pakcik guard bagitahu boleh masuk sekolah dengan kereta barulah MaDiHaA tahu... yelah.. kan anak MaDiHaA baru tahun pertama bersekolah kat sini.. Sebelum ni kakaknya bersekolah di sekolah lain.. jadi memang MaDiHaA tak tau pintu pagar belakang sekolah akan dibuka bila hujan lebat.. hehehe.. lain kali senanglah..
Oklah panjang plak cerita pasal hujan pagi2 ni kan. Malam tadi MaDiHaA tidor lewat hampir 1.30 pagi menyiapkan tempahan apam polkadot. Alhamdulillah dah selamat bagi pada customer dalam hujan lebat tadi. Meet point kami jumpa kat kawasan parking masjid berhampiran rumah pengasuh anak bongsu MaDiHaA sebab customer ni pun tinggal kat situ juga. hehe.. Bercerita pasal apam.. hari ni nak kongsi resepi Apam Jagung Pandan lagi. Takpelah ekk walaupun dah pernah kongsi dulu... kita share lagi sekali.. hehe..
Apam Jagung Pandan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek
Bahan A
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu besar air suam
Bahan B
200 gm isi jagung fresh
160 ml santan sederhana pekat / susu cair
150 gm gula kastor
1 biji telur A/B
1 sudu teh pes pandan
Bahan C
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)
1 sudu teh double action baking powder (DABP)
Bahan D
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap)
Sedikit garam
Cara menyediakannya
1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.
2.
Kisar isi jagung dengan santan / susu cair sehingga halus. Tuangkan
dalam satu besen yang agak besar. Masukkan gula kastor, telur & pes
pandan. Gaul sebati.
3.
Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati. Masukkan pula tepong
gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati. Rehatkan
selama 1 jam.
4.
Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam
sementara menunggu apam naik. Panaskan air dalam periuk kukusan.
5.
Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam
acuan apam 3/4 penuh. Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan
acuan apam yang kecil. Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama
40 - 50 minit (anggaran je ye). Jangan lupa balut penutup kukusan
supaya wap tak menitik atas apam.
6. Bolehlah hidang apam jagung pandan dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.
Selamat mencuba!
Salam. Kalau guna baking powder yg biasa boleh tak Madiha. Akk dah buang DA tu, expired. Ingat nk buat apam keledek oren.
ReplyDeletekak Zana: tak pasti pulak saya kak samada boleh atau tak. walaupun DA dengan baking powder biasa fungsinya sama.. tp DA tu dia dua kali lebih kuat berbanding baking powder biasa utk menaikkan adunan. bila gunakan bahan yang berat spt keledek, jagung, labu & lain2.. memang kena guna DA baking powder. mungkin boleh.. tapi mungkin hasilnya kurang gebu & kurang lembut..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.....waktu hantar haikal ke kinder dulu pun ada camtu kak... mudah sikit nak turunkan anakkan... nani pulak pagi ni kasut sarung tu habis masuk air hujan... bertakung air dlm kasut... terpaksa pakai kasut lain dlm kete... sib baik ada spare, cuma kasut yg kita jarang pakai ni kan kurang selesa... sakit nanti atas tumit tu... sabar utk 1 hari... hehehehe ok kak... tadi nani bawa bekal nasi konon untuk lunch... tapi breakfast dah sental nasi... sebab sedap pulak tengok panas2 tu... hehehehe terasa cam dok dlm pantang kejap... sebab makan nasi pagi panas2 tu... tengah hari ni nganga la.. hahahaha
ReplyDeleteSalam kak madihaa.. smp ke bintulu hujan niii.. sampai x bangun sahur pagi td sedap ngat tido. cancel nk puasa sunat. huhu..
ReplyDeleterajin akak ambil tempahan. tun tak cukup rajin nk mengedot tu. kalau apam biasa yg xyah ngadap lama2 tu ok la nk buat.. tun pon terasa mcm nk jual kek yg senang2. skrg ni mmg kene ada side income, sbb nmpk gaya harga barang akan naik lagi. haih.. mcm air je duit mengalir, tun yg blom ada anak ni pon terasa kesan harga brg naik, apa lg org anak ramai kan.
salam Madiha , lama tak jenguk daput madiha, ada apam ni, kat sini hujan dapat makan dengn kopi sedap ni.
ReplyDeleteShah Alam pun hujan lebat hari ni, apalagi air naik semua org risau kalau kereta sangkut dalam banjir. Pssttt kalau pekena apam dalam basah kuyup ok juga. hehehehe
ReplyDeleteNur yang duduk kat bus stop pun hampir kuyup..angin kuat juga...basah..
ReplyDeletenasib baik anak2 dah masuk kelas baru hujan turun...lebat juga..
sedapnya kak rasa jagung pula..
kaler hijau..menarik juga
sedapnye kak...terbau2 wangi apam hah....dlm byk2 resepi akak lieya tingin nak try buat apam tapi pengukus lieya bocor...tak beli2 lagi yg baru....nanti nak cube lah ...
ReplyDeleteCantiknya naik apam oandan kak ratna. Akak, bilalah kita blh jmp ye
ReplyDeletewoaahhhh... sedap ni.. bila dapat beraya rmh sis ni..
ReplyDeleteKalo pandai buat sendiri...leh jer nak buat utk menu sampingan masa buat makan2 bersama keluarga ke..kawan2 ke..kan..
ReplyDeleteTp tu laa...mcm mana sy nk buat..anak2 bkn suka kuih cenggini. Somi pulak...makan setakat 2-3 bijik aje...
wahhhh sungguh nyata jelita apam akk nie .. adehaiii jelesss tul !
ReplyDeleteAssalam k madiha
ReplyDeleteSamalah kita basah lenjun he hee sebaik dkt sempat blk umah semua bw baju kering tukar kat Taska. X thn sejukk pagi2
Pastu lapo he hee ada apam ni su're sedappp ni. Gebuss je
kat sini (JB) skang slalu hujan mlm.
ReplyDeleteerkkkk CiM alergic jagung. mmg taklah akn ku mkn jagung walau ia nmpk sgt menyelerakan....huhuhu
Looks interesting, I'll try this recipe soon :)
ReplyDeletevouchers uk http://hot-voucher.co.uk/
sy dh lama tak buat apam kak ratna....dlm hati tu mcm2 nk buat...tp kederat tinggai sejerat je..heheheh...
ReplyDeletemmg minggu ni musim ujan kan...sejuk je...rasa cam kat kemeranhailan pulak!!
Assalamualaikum kak... lama tak apdet blog... bizi lagi yer kak....
ReplyDeleteRestoran stembot tu kat kg melayu subang kak... island stembot namanya... nak gi kena book dulu tau.... 012-6800 041... best kak... ada gril tu yg best kak....
Dah lama kita tak mengapam kak...mood ..masak tetapmasak tp koboi je..
ReplyDelete