Friday, May 30, 2014

Kerabu Mangga

Assalamualaikum... bersua lagi...


Hari ni rajin sikit... so MaDiHaA masukkan resepi Kerabu Mangga buat tatapan semua..  Dapat 4 biji mangga muda dari rumah adik baru2 ni... maka dikerabukan la 2 biji sebelum ia rosak atau lembek... selera pun memang nak makan yang masam2 je sekarang ni... hihihi...


Kerabu Mangga
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji mangga muda saiz besar
5 biji cili padi ~ hiris
4 ulas bawang merah/ 1 biji bawang besar ~ hiris
2 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk halus
1 biji limau nipis ambil jusnya
1/2 cawan kacang goreng ~ ditumbuk kasar
sos ikan secukup rasa
gula secukup rasa

Cara menyediakan
1. Mangga dikupas & sagat kasar (MaDiHaA pula tu guna sagat halus sebab tak jumpa mata sagat yg kasar hari tu.. )
2. Gaulkan mangga dengan semua bahan sehingga secukup rasa.  Hidangkan segera.  Bolah asingkan sedikit kacang tumbuk tu & tabur semasa menghidang.



Selamat mencuba

Pulut Kuning Berhias 3 Tingkat *Tempahan*

Assalamualaikum & salam Jumaat...

Jumaat pertama di bulan Sya'ban...  ya Allah.. sekejap je setahun demi setahun kan... dah tak lama dah kita nak berpuasa lagi.. Mudah2an dipanjangkan umur & dapat melakukan ibadah puasa lagi tahun ni... amin...

Bermula bulan puasa.. MaDiHaA tutup semua order sehingga selepas raya.. hehe... Bulan puasa bulan untuk beribadah.. jadi rehat2lah sikit jangan asyik fikir duit je.. walaupun sebenarnya.. bulan puasa lah banyak pakai duit kan.. nak raya lagi.. Amboi2... belum apa2 dah cerita pasal raya.. 


Okla.. toksah bebel banyak2.. hari ni nak kongsi kejadian yang tak disangka2 ni.  Order ni memang macam tak sangka je tau.. Sebelum ni memang tak pernah buat lagi pulut kuning 3 tingkat.  Paling2 2 tingkat je.  Tak berani.. takut tak sempat & macam2 lagi yang bermain dalam kepala.  Sebenarnya sebelum terima order ni.. ada MaDiHaA terima order lebih awal dari ni untuk pulut tiga tingkat... iaitu 3 bulan sebelum tarikh dikehendaki.  Kemain awal adik kita sorang ni order tau... Kemain fikiran ni risau2 mampu ke buat.. tup2.. rupa2nya.. belum pun sempat MaDiHaA berkarya dengan pulut kuning 3 tingkat tempahan adik yang sorang tu.. MaDiHaA diberi tugas untuk deko pulut kuning untuk sahabat MaDiHaA ni terlebih dulu rupanya.  Ini juga tempahan dari tauke katering yang sama yang pernah MaDiHaA update sebelum ni.  Dua hari berturut2 buat order Puan Fadzilah ni.. classmate MaDiHaA masa sekolah menengah dulu.. memang tak sangka.. Tapi alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga MaDiHaA siapkan.  Lepas ni insyaAllah.. dah berani terima order utk pulut kuning 3 tingkat macam ni... hehehehe....


Oklah.. panjang pulak berceloteh... mudah2an pengantin yang potong pulut kuning ni berpuas hati.  Gambar pulut yang siap stack tu.. gambar ehsan dari Nurinskatering milik Puan Fadzilah... Terima kasih Ilah.. Ilah kata kalaulah MaDiHaA pandai deliver sendiri.. tiap kali org nak pulut kuning sure dia tempah dengan MaDiHaA... apakan daya.. MaDiHaA ni memang fail bab2 cari address.  Katanya staff dia tak cukup semata2 nak dtg collect pulut kat PJ... kalau kebetulan ada job berhampiran PJ barulah dia boleh dtg ambik.. Takpelah Ilah.. ada rezeki Ilah kat PJ ni.. adalah rezeki MaDiHaA kan... 


Terima kasih Ilah sudi tempah denganku.. mudah2an rezeki mu bertambah2 dengan job yang besar2.  Ada sesiapa yang tercari2 katering di sekitar lembah Kelang silalah hubungi MaDiHaA ye. Nanti MaDiHaA perkenalkan padanya.  Apa saja jenis tema pasti akan dapat di tunaikan dari A hingga Z.. Puan Fadzilah juga pakar runding & sentiasa berfikiran luas jika perlukan apa2 pandangan & idea berkenaan kenduri kendara & tema yang u all suka untuk wedding..  InsyaAllah pasti berpuas hati... boleh call 019-3171150 jika berminat.


Wednesday, May 28, 2014

Ayam Vietnam againn....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Nampaknya hari ni resepi ulangan je... Biasalah kalau dah sedap tu mesti ada siaran ulangan.. hihi.. Jadi siapa2 yang belum mencuba tu.. wajiblah cuba ye... memang sedap & jadi kegemaran anak2..


Ayam Vietnam
Resepi:- Sajionline
Sumber Resepi:- KakWattieCT Zaliedana & MaDiHaA


Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam saiz sederhana)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)
3 batang serai (MaDiHaA ketuk je)
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat


Cara Menyediakan:
1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.


Selamat mencuba!


Tuesday, May 27, 2014

Sup Kentang & Brokoli Berkrim

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Selamat menyambut Israk & Mikraj... Selangor kerja seperti biasa... hari ni pun merupakan hari terakhir anak2 bersekolah & mulai esok anak2 dah mula bercuti selama 3 minggu.  Hmm.. lepas ni hari2 kena fikir apa nak masak untuk anak2 sebelum tinggalkan mereka kat rumah tu.  Kakak Dini ayahnya jemput dengan bas je.. kurang sikit kos.. lagipun hanya hubby je ambil cuti.. Cuti sekolah mula hari Rabu.. kalau hari Sabtu tu senanglah boleh balik semua.. MaDiHaA selalu sebut balik bila nak jemput anak kat asrama tu bukan apa.. sebab sekali jemput anak.. balik rumah mertua sekali.. maklum memang tak jauh dari rumah mertua MaDiHaA sekolah & asrama anak tu... hehe..

Oklah.. hari ni kongsi menu sihat pulak ye.. Dah lama juga tak makan yang ringan2 gini untuk dinner.  Kebetulan ada beli brokoli lebih sikit untuk hiasan pulut kuning baru2 ni.. so lebih2 tu MaDiHaA buat sup berkrim gini... anak2 semua suka.. & yang paling penting berkhasiat.  Bagi anak2 yang tak suka makan sayur sangat bagus sediakan sup begini sebab mereka tak sedar pun apa yang mereka makan itu sebenarnya sayur!

Jom semak resepi jom... ringkas saja.. versi lain sikit dari resepi yang ada sebelum ni rasanya.. buat ikut gerak hati je.. malas dah semak resepi dulu..



Sup Kentang & Brokoli Berkrim
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 biji kentang saiz sederhana ~ kopek kulit & potong dadu kasar2 ~ cuci bersih
1 biji brokoli ~ potong kecil2 & cuci bersih
1 biji bawang holland saiz sederhana ~ didadu
1 sudu besar tepong gandum
2 sudu besar mentega
1 liter air
1/2 tin susu cair
1 cawan air (tambahan)
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk oregano

Cara penyediaan
1. Panaskan periuk dengan 2 sudu besar mentega.  Tumiskan bawang holland hingga layu & wangi.  Masukkan tepong gandum & kacau rata.  Masukkan 1 liter air serta kentang dadu & brokoli. Biarkan mendidih sehingga kentang lembut. Padamkan api & tunggu ia suam sedikit.
2. Kisarkan rebusan tadi sehingga berkrim & tuang semula dalam periuk. Masukkan 1/2 tin susu cari, 1 cawan air, kiub ayam & didihkan sekali lagi.  Biarkan ia merenih sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Jangan lupa perasakan dengan garam secukupnya (tak perlu byk sebab kiub ayam pun masin). Masukkan oregano & kacau rata.
3. Hidangkan sup ini dengan roti yang disapu mentega & dibakar atau boleh juga dihidangkan sup ini dengan garlic bread.

Selamat mencuba!

Friday, May 23, 2014

Tempahan apam....

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Petang ni hanya update tempahan apam yang dibuat minggu2 yang lepas.. Terima kasih kepada semua yang tak jemu2 order apam polkadot & apam ladybug dengan MaDiHaA... kebanyakan semuanya repeat order.. alhamdulillah...

Apam polkadot khas untuk hantaran pertunangan order dari Nurulhuda... Nurul dulu pernah order kek harijadi untuk ibunya... terima kasih Nurul.. Nurul minta buat apam warna warni bagi meriah sikit hantaran... 

Ini pula order dari kawan pejabat.. Saras untuk majlis harijadi anaknya.. TQ Saras


Dan ini pula repeat order dari Rosmah.. TQ Rosmah.. sanggup datang jauh2.. terima kasih tak serik order lagi dari akak.. lebih kurang akak minta halal ye....


Terakhir.. repeat order dari Kak Mas jiran setaman dengan MaDiHaA.  Terima kasih banyak2 Kak Mas sokong bisnes kecil saya ni... tak jemu2 akak order dari saya...

Kepada semua yang menempah.. MaDiHaA mohon halalkan segala kekurangan ye.. moga tak serik untuk order lagi.. Jika ada yang teringin untuk menempah.. bolehlah sms/WhatsApp : 019-3171150

Jumpa lagi...

Thursday, May 22, 2014

Asam Pedas Cili Hidup Ikan Tongkol

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Gara-gara terliur sangat bila nampak Anna Qawina update kat FB gambar asam pedas yang Kak Anymz hidangkan padanya waktu beliau berkunjung ke rumah kak Anymz... takleh tunggu2 lagi.. petang itu balik kerja terus buat asam pedas juga.  Nak ke kedai beli daun kesum & bendi dah malas sebab nak cepat.. dok teringat ada daun limau purut & terung bulat... belasah aje guna apa yang ada.  


Masak ekspress sebab en. suami nak kerja malam.. selalunya dia yang masak tapi kebetulan pula petang tu bila MaDiHaA balik kerja dia terlambat bangun gara2 terlalu penat agaknya. Jadi sepantas kilatlah wifenya bersilat kat dapur.  Nak cepat punya pasal... MaDiHaA masak asam pedas kali ni guna cili hidup.  Senang patah2kan terus kisar tak payah nak rebus2 cili kering bagai.. hehe..

Hasilnya.... hmmm.... boleh tahan sedapp!!! Wah.. masuk bakul angkat sendiri nampak! Biarlah orang nak kata riak pun.. dah memang sedap di tekak ku.. hehe... Sebenarnya asam pedas versi pekat2 gini memang kesukaan MaDiHaA!  Sebab tu kena puji sedap.. yelah.. kita masak ikut citarasa sendiri kan.  Kalau kedai punya kadang tu cair lah, tak cukup masamlah.. macam2 nak dikomplen.  Masak sendiri.. hamek kau... siap hirup2 kuahnya lagi... hehe..

Ok dah.. cukup2lah puji diri sendiri tu.. macamlah orang lain tak pandai masak asam pedas.. tehehehehee....

 
Asam Pedas Cili Hidup Ikan Tongkol
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
4 keping ikan tongkol saiz besar
2 sudu besar asam jawa berbiji + 1 cawan air
2 batang serai
2 helai daun limau purut/ secekak daun kesum
1 biji terung bulat ~ belah 4
1 biji tomato ~ belah 4
garam secukup rasa
1 sudu kecil rata gula
2 cawan air
sesendok minyak

Bahan kisar
6 biji cili merah
6 - 8 biji cili padi merah (ikut suka nak pedas boleh tambah)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas (kalau saiz besar letak 1/2 inci je)
1 inci kunyit hidup
secubit belacan

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak & tumis bahan kisar & serai hingga wangi & terbit minyak.
2. Asam jawa ramas dengan 1 cawan air ambil jus.  Masukkan air asam jawa & 2 cawan air lagi & didihkan. Hampir mendidih masukkan ikan tongkol & renihkan sambil dikacau sesekali.
3. Masukkan daun limau purut, garam & gula.  Masukkan terung & biar hingga terung lembut & kuah agak pekat.  Rasakan apa yang kurang boleh ditambah.  Akhir sekali masukkan tomato.. kacau2 sekejap terus padamkan api.  Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, May 21, 2014

Nasi Ayam Basmathi

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Anak-anak memang sangat2 gemar makan nasi ayam.  Hinggakan setiap kali keluar ke Aeon Big Subang untuk beli barang dapur mesti anak2 request nak makan nasi ayam kat food court kat situ.  Kadang2 tu takde tujuan utk beli apa2 pun mereka ajak ke sana nak makan nasi ayam lepas tu singgah main games kat situ. Sabor jelah.. sebulan sekali boleh la... itupun kalau ibu takde order.. hehe...

Ibu ni sesekali je rajin masak nasi ayam.  Kali ni jamu anak2 dengan Nasi Ayam Basmathi pula... pertama kali masak nasi ayam dengan beras basmathi rasanya ni.  Yelah.. beras ni kan mahal.. manalah mampu nak beli selalu2 sangat.  Ini pun beras yang mak bagi masa balik kampong baru2 ni.  Oklah jom layan nasi ayam... suka tengok anak2 berselera makan.  En. suami punya kita tapaukan aje untuk dia makan kat tempat kerjanya kebetulan dia kerja malam masa MaDiHaA masak ni..

Ok resepi kat bawah ye...


Nasi Ayam Basmathi
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Ayam Goreng
1 ekor ayam – dipotong 4 ~ dibersihkan & rebus 3/4 masak dengan air secukupnya (agak2 tenggelam ayam atau lebih sikit ~ ayam tu MaDiHaA suka buang semua kulitnya.. hehe.. nk kurangkan lemak..)



Bahan2 kisar

1 biji bawang besar*
4 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih* Kisar halus bahan2 bertanda *
2 inci halia*
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram

Cara
Perap ayam yang direbus dengan 2/3 bahagian bahan kisar, kicap, madu, gula & sos tiram anggaran 30 minit - 1 jam. (1/3 bahan kisar simpan untuk kegunaan nasi & sup) Kemudian digoreng tetapi jangan terlalu garing nanti isinya keras & tak juicy.. .
Air /kicap perapan jangan dibuang.. simpan utk buat kicapnya
  
Nasi
4 pot beras basmathi
4 1/2 pot air rebusan ayam (gunakan pot yang sama utk sukatan beras)
daun pandan 
1 1/4 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu besar planta/ 3 sudu besar myk masak
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis 
buah pelaga
baki bahan kisar di atas tadi

Cara
1. Basuh beras basmathi dan rendam anggaran 20 minit hingga 30 minit.  Kemudian toskan.  Masukkan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis & setengah dari bahan2 blend tadi. Bila berbau harum masukkan sedikit air rebusan ayam yang siap disukat & kacau sebati.  Tuangkan ke dalam beras yg telah dimasukkan ke dalam rice cooker.  Tuang semua baki air rebusan ayam. Masukkan garam & kacau rata & tutup periuk rice cooker, petik suiznya dan tunggu sehingga nasi masak.
3. Bila nasi masak.. tunggu kira2 10 minit kemudian kareh nasi biar sekata.

Sup
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan
baki bahan kisar di atas tadi

Cara
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia, baki bahan kisar & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.  Tabur dengan daun bwg & daun sup ketika menghidang.

Sambal cili
5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih *
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih. Sedia digunakan.


Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato

Tuesday, May 20, 2014

Tenggiri Berlado

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah petang baru sempat jengah blog.  So takyahla celoteh banyak2... layan resepi mudah ni ye... Resepi sambal macam ni memang kegemaran kami... si kecik bambam pun sekarang dah belajar2 makan pedas... berdesip2 sambil makan.. tapi suap tetap suap... senang ibu dia... hehehe...

Gambar hari ni pelik sikit... terlebih flash!  Ni gara2 telefon kehabisan bateri anak buat main games! Nak ambik gambar tengok2 dah terpadam terus... terpaksa pinjam handphone en. suami.. Takleh tunggu dah sebab en. suami nak pergi kerja shift malam.. nak kena packing lauk pauk semua.. hehe.. jadi guna jela mana yang ada... hahaha.. tak reti nak adjust handphone orang... belasah jelah..


Tenggiri Berlado
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
5 keping ikan tenggiri
garam & serbuk kunyit
2 biji tomato sederhana besar ~ dadu kecil
garam & sedikit gula
Minyak secukupnya

Bahan kisar (blender kering)
3 biji cili merah ~ patah2kan
5 biji cili padi ~ patahkan 2
4 ulas bawang putih ~ hiris kasar
8 ulas bawang merah ~ hiris kasar
1/2 inci kunyit hidup ~ dadu
 (tujuan bahan dihiris & dipatah2kan supaya mudah dikisar guna pengisar kering)

Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan & lumurkan dengan serbuk kunyit & sedikit garam.  Goreng  ikan, angkat & ketepikan dahulu.
2. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali tadi.. tumiskan bahan kisar hingga wangi.  Masukkan tomato dadu & tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan garam & gula secukup rasa.  Bila dah ok.. bolehlah masukkan ikan goreng tadi & gaul mesra.  Siap untuk dihidangkan.

Monday, May 19, 2014

Murtabak Megi Simple

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Seminggu lebih tak update blog.. rindu sangat rasanya.  Tak tau kenapa tiba-tiba takde mood nak update... Malas bebenor nak edit semua gambar2 tu. Adatlah manusia ni kan... pasti ada pasang surutnya.  Harap hari ini permulaan yang baik dan akan membawa kerajinan yang terus menerus buat ku untuk update blog masak-masak ku ini.. hehehe...


Untuk permulaan.. resepi mudah lagi sempoi... pertama kali buat untuk anak2 setelah sekian lama.  Teringat mula2 makan benda ni sorang kakak atendan pam masa zaman kerja dengan Mobil Jalan Selangor dulu... hehehe..  Teringat kenangan kerja kat situ... semuanya manis belaka untuk dikenang.  Sekarang semuanya tinggal kenangan tersemat indah dalam sanubari... hehe...

Oklah dah merapu meraban pulak makcik ni nak jiwang karat... hahaha..... mari tengok resepi mudah ni. Takde letak daging apa2 pun.. hanya guna telur saja.  Tapi sajalah nak guna nama murtabak juga. kikikikii...

Murtabak Megi Simple
by : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 bungkus kecil megi kari
4 biji telur
1/2 biji lobak merah ~ disagat strip
1/2 biji bawang besar ~ didadu
sedikit hirisan daun sup & daun bawang
sebiji cili merah ~ hiris ambil kulitnya sahaja.. buang bahagian biji & dadu halus (optional)

Cara Menyediakan
1. Rebus mee hingga lembut & toskan
2. Pecahkan telur & taburkan 1 1/2 perencah kari megi dalam telur & bancuh rata.
3. Masukkan semua bahan2 lain serta mee yang ditos.  Gaul rata.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick atau kuali biasa.  Sendukkan mee & ratakan mee supaya nipis.  Masak hingga kekuningan kedua2 belahnya.  Masak sehingga habis.
5. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili jika suka.

Selamat mencuba!

Friday, May 9, 2014

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Jumpa lagi kita petang Jumaat yang indah.  Hidangan petang hari ni dengan gambar tempahan pulut kuning pula ye.  Kan hari Jumaat dengan gambar tempahan.  Tapi pagi tadi tu bonus la sebab ada resepi.. hehe... 



Ok dah jom. Tak payah mengomel panjang2.  Jom layan gambar pulut kuning berhias tempahan kawan MaDiHaA ni.  Ilah yang menempah ni merupakan tauke katering kenduri kendara... Tak sangka pula Ilah nak menempah pulut kuning dengan MaDiHaA untuk majlis customernya pada hari Ahad yang lepas.  Selalunya pakej nya ada kek bertingkat.  Tapi kali ni ada pula tambahan pulut kuning berhias.  Alhamdulillah.. pertemuan kami di FB telah menambahkan lagi rezeki bagi MaDiHaA. Kalau dulu Ilah sudi bersahabat dengan MaDiHaA masa zaman bersekolah.. kini Ilah sudi pula berkongsi rezeki dengan MaDiHaA. TQ Ilah.. TQ Allah!



Gambar pengantin baru sedang memotong pulut kuning berhias yang MaDiHaA gubah.  Gambar ni ikhsan dari Nurrinskatering. TQ Ilah...

Chicken Chop.... miskin kentanglah pulak!

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Alhamdulillah.. bertemu kita lagi hari Jumaat yang mulia ini.  Ikut kebiasaan setiap Jumaat MaDiHaA akan update gambar2 order kan?  Tapi takpelah untuk pagi ni ubah sikit dari kebiasaan... MaDiHaA update resepi dulu ye.  hehe.. Sebabnya.. kelmarin MaDiHaA upkan gambar dinner kami kat facebook... lepas tu.. sahabat MaDiHaA yang kenal sejak berfotopages yang sedang peknen dah teringin & minta resepi.  Jadi bila mak buyung yang teringin.. kenalah cepat2 bagi resepi kan.  Mak buyung pula bukan calang2 mak buyung tau.... ada kembar 4 kat dalam!  Tak sabar sangat nak tunggu Imah melahirkan..  Oklah special untuk Imah... akak tuliskan resepinya ya.  Harap2 ianya menepati selera Imah.  Sebenarnya resepi ni pun ambil dari teman FP juga.  Memang dari dulu ikut resepi nya iaitu resepi dari Puan Nabialishad... kebetulan Nabia pun ada sepasang anak kembar juga. Tapi Nabia dah lama sepikan diri di FP maupun di blog.  Macam dah putus hubungan gitu.  Kat FB pun belum bertemu lagi.  Harapnya Nabia sentiasa berhahagia selalu disamping suami & anak2 tersayang ye.  TQ Nabia... akak mohon kongsi resepi kat blog MaDiHaA pula ye...

Oh ya.. sebelum terlupa.. nampak tak tajuk kat atas tu? Kalau sebulan yang lepas kami kaya kentang.... sekarang miskin kentanglah pulak!! Itu sebab Chicken Chop yang MaDiHaA buat kali ni takde kentang... hahaha... belasah jelah ye.. kes terlupa nak beli french fries... Buat ni pun sebab en. abang dok bersungut nak makan CC... jadi kenalah tunaikan permintaan suami walaupun sedikit terlewat dek kesibukan tempahan dihujung minggu.  Buat hari kerja pun boleh... bukan susah sangat.. cuma nak kena rajin sikit je. 

Ok dah jom tengok resepi ye.. versi kami versi sihat sebab takde kentang goreng & lebih sayur! heheheee...

 
Chicken Chop
Resepi : Nabialishad
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2 ayam yg diperap
4 ketul ayam (bahagian isi yg telah dibuang tulangnya (ada jual di pasaraya)
2 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 s/k lada hitam - tumbuk halus
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap cair
garam sket je
tepung jagong secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara Membuat
Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Ambil isi ayam tadi dan terus celupkan dlm tepung jagung hingga seluruh ayam diselaputi oleh tepung jagung. Masukkan dlm minyak yg panas (deep fry). Goreng hingga garing. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.


Bahan2 Black Pepper Sauce
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 s/b tepung jagung - bancuh dlm 1 cawan air
2 1/2 s/b kicap pekat
2 s/b serbuk lada hitam yang siap dikisar halus
2 cawan air
1 kiub ayam 
1/2 tin cendawan butang ~ dihiris nipis
gula secukup rasa
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kicap pekat, lada hitam, 2 cawan air dan kiub ayam.  Masukkan hirisan cendawan butang. Biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat. Rasakan apa2 yg kurang bolehlah ditambah garam/ perasa. Kepekatan kuah bergantung pada anda.. kalau suka pekat.. biarkan hingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.


Bahan2 Untuk Coselow
Kobis - disagat
Carrot - disagat
Mayonese secukupnya
sedikit serbuk kayu manis
Gula

Cara2
Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.


Bahan2 tambahan lain
1 tin baked bean
french fries - digoreng garing (kali ni MaDiHaA tak letak... no stock)
salad
tomato
timun
MaDiHaA tambah cauliflower rebus & cili capsicum

Selamat mencuba! 


Thursday, May 8, 2014

Ayam Sambal Capsicum

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Pagi ni berkongsi resepi lauk pula ye.  Macam dah lama je tak kongsi menu lauk pauk.  Tengok dalam folder bersusun gambar lauk yang belum sempat dikongsi kat blog.  Takpelah kan... slow2 nanti MaDiHaA kongsikan.  Bukan ada resepi2 canggih pun... sekadar resepi2 biasa... koleksi dari Dapur MaDiHaA buat rujukan anak-anak di masa hadapan.  Jika ada pengunjung yang sudi nak mencuba sangat2 dialu2kan.  Semoga ianya dapat memberi idea kepada ibu2 yang ketandusan idea nak memasak untuk keluarga.  Kadang2 MaDiHaA sendiri pun macam tu... sampai dah tak tau nak masak lauk apa untuk keluarga.  Kenalah cari ilham dari blog kawan2 pula.

Ok dah cukup mengomel pagi ni... mari kita tengok resepi pula ya..


Ayam Sambal Capsicum
by MaDiHaA

Bahan-bahan
700 gm ayam ~ dipotong sederhana besar & cuci bersih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 cawan air
1 biji capsium merah / hijau~ potong ikut selera
Minyak secukupnya
 
Bahan kisar
5 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji tomato sederhana besar

Cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & toskan. Gaul bersama sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng ayam hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & kacau sehingga harum & terbit minyak.  Masukkan air, sos tiram, gula & garam secukup rasa.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan ayam goreng serta capsicum yang telah dihiris. Gaul mesra & bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

Wednesday, May 7, 2014

Pizza Sosej (dengan sos dari buah tomato)



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hujung minggu lepas MaDiHaA siapkan tempahan pulut kuning berhias dua hari berturut2.  Maka dengan itu... banyaklah lebihan buah tomato & cili capsicum yang tersadai dalam peti sejuk tu.  Untuk elakkan pembaziran, maka MaDiHaA pun buatlah 2 biji pizza dengan menggunakan buah tomato tanpa kulit tu sebagai sos pizza.  Jadi tak perlulah gunakan sos tomato dengan kuantiti yang banyak bila dah gunakan buah tomato fresh tu.


Ok jom kita tengok resepinya.  Resepi doh pizza MaDiHaA gunakan resepi Dj Dayang Jack & sos pizza menggunakan alternatif sendiri.  TQ Dayang... resepi doh pizza ni sangat best.  Tapi MaDiHaA ada tambah oregano sikit dalam resepi supaya bau dohnya semerbak bau oregano semasa membakar. 

Jom kita buat pizza sendiri!  Jimat belanja & yang penting ianya lebih bersih.

 
Pizza Sosej (dengan sos dari buah tomato)
by MaDiHaA aka Ratna

Resepi Basic Doh Pizza
(MaDiHaA gandakan resepi untuk dapatkan 2 biji pizza )
Sumber : DjDayangJack
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung 
  • 1 sudu kecil serbuk oregano (MaDiHaA tambah ini)
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri (supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos pizza dan bahan-bahan topping yang lain. Taburkan dengan keju mozzarela secukupnya
  9. Bakar selama 18 - 20 minit atau hingga keperangan.
 

Resepi Sos Pizza Cara MaDiHaA 
(resepi ini cukup untuk 2 biji pizza) 
Bahan21/2 tin cendawan butang ~ dihiris nipis
1 labu bawang besar holland ~ didadu kecil
4 ulas bawang putih ~ dicincang
380 gm tomato ranum ~ didadu
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air


Cara menyediakan
1. Panaskan minyak zaitun lalu tumiskan bawang putih & bawang holland hingga wangi. Masukkan tomato dadu & air.  Biarkan ia merenih.
2. Masukkan sos tomato, sos cili & cendawan butang masak hingga sos pekat. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam & gula secukup rasa. Bila dah pekat & secukup rasa bolehlah matikan api.


Bahan2 Topping


Sosej secukupnya ~ direbus & dihiris serong
cili capsium secukupnya ~ dipotong kecil (MaDiHaA guna warna merah & kuning)
jeruk buah zaitun secukupnya ~ dihiris & buang biji tengahnya
Keju mozarella secukupnya


Selamat mencuba!