Assalamualaikum semua...
Bertemu lagi kali ni dengan resepi pula ye. Takmau cakap banyak2 sangat... tapi nak cakap juga bahawa resepi Ayam Vietnam ni sangat sedap di tekak MaDiHaA. MaDiHaA tak pasti adakah betul resepi ini berasal dari Vietnam? Tak tahu juga bagaimana nak membayangkan kesedapan menu ini sebab ramuannya bercampur aduk.. bak kata orang segala moknika ada dicampurkan... tapi yang penting hasil & rasanya sangat sangat lazat. Cuba tengok ramuannya.. pelik sangat dengan campuran serbuk kari, sos ikan, kicap, serai, daun kari, cili padi & macam2 ramuan lagi yang memang ada di dapur kita... tapi lihat hasilnya... wallahhh!! Rugi tak cuba tau.. anak2 MaDiHaA pun suka.. makan bertambah2.
Terima kasih banyak2 pada Kak Wattie yang berkongsi resepi yang ditemuinya dari Sajionline. Tapi MaDiHaA jumpa dari blog sahabat blogger yang sangat rajin memasak ni.. siapa lagi kalau bukan CT Zaliedana. Kat blog je dia kurang aktif sekarang ni.. tapi kalau kat FB tu.. hari2 tayang masakan yang sedap2. Untung anak2 & suami beliau. Terima kasi ye CT...
MaDiHaA share resepi kat sini pula ye... cepat salin & buat sendiri jika nak tau bagaimana rasa menu istimewa ni..
Ayam Vietnam
Resepi:- Sajionline
Sumber Resepi:- KakWattie, CT Zaliedana & MaDiHaA
Resepi:- Sajionline
Sumber Resepi:- KakWattie, CT Zaliedana & MaDiHaA
Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam saiz sederhana)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)
3 batang serai (MaDiHaA ketuk je)
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari
Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Cara Menyediakan:
1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.

Selamat mencuba!
7 comments:
mcm ayam goreng kicap je kan?
hehe
salam kak..
sya x pernah makan tapi nampak sedap kan..
salam kak..
sya x pernah makan tapi nampak sedap kan..
Meleleh air liur...PH suka masakan yang kaler hitam macam masak kicap. Lagi hitam lagi sedap. Kombinasi bahan-bahan nampak macam tak ngam tapi hasilnya sedap pulak.
Kak..terkecur air liur tgk ayam vietnam ni.Walaupun tak pernah cuba tapi macam dah terasa-rasa je kat anak tekak.nanti boleh try ni.Tq sebab share resipinya kak
zila pun dh buat byk kli ayam vietnam nie..mmg sedap kak..ank pun suka btl.
kelihatannya sangat aneh sekali,,, apakai ini sangat lezat???Obat Gagal Ginjal
Post a Comment