Hari ni rajin sikit... so MaDiHaA masukkan resepi Kerabu Mangga buat tatapan semua.. Dapat 4 biji mangga muda dari rumah adik baru2 ni... maka dikerabukan la 2 biji sebelum ia rosak atau lembek... selera pun memang nak makan yang masam2 je sekarang ni... hihihi...
Kerabu Mangga
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 biji mangga muda saiz besar
5 biji cili padi ~ hiris
4 ulas bawang merah/ 1 biji bawang besar ~ hiris
2 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk halus
1 biji limau nipis ambil jusnya
1/2 cawan kacang goreng ~ ditumbuk kasar
sos ikan secukup rasa
gula secukup rasa
Cara menyediakan
1. Mangga dikupas & sagat kasar (MaDiHaA pula tu guna sagat halus sebab tak jumpa mata sagat yg kasar hari tu.. )
2. Gaulkan mangga dengan semua bahan sehingga secukup rasa. Hidangkan segera. Bolah asingkan sedikit kacang tumbuk tu & tabur semasa menghidang.
Selamat mencuba