Thursday, May 28, 2015

Enzim Halia

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Tak tau kenapa mood update blog tiba2 merudum.  Malas betul nak menaip kat blog ni rasanya.  Petang ni gagahkan diri update sikit blog yang dah lama tak berupdate.  Tapi hari ni MaDiHaA nak share resepi untuk kesihatan pula ye.  Asyik makan yang sedap2 je.  Sesekali kita buat sesuatu untuk kesihatan.  Badan pun nak kena jaga juga jangan asyik ikutkan selera aje kan.  Ni bukan cakap kat orang lain.. cakap kat diri sendiri.... hehe...

Enzim halia ni yang dah diperap selama 3 hari dah sedia untuk dimakan. Bila makan nasi tu. bolehlah berulamkan halia ni. Ikutlah nak makan banyak mana sekali makan. MaDiHaA selalunya ambil dalam 10 keping sekali makan. MaDiHaA buat gunakan halia muda sepenuhnya. Kalau nak campur dengan halia tua pun boleh. Bukan saja halianya yang dimakan. Pati yang terhasil selepas diperam tu pun elok di minum campur dengan air suam.  Semuanya ada khasiat yang tersendiri.  Mengamalkan makan enzim halia atau minum enzim halia ni umpama kita buat detox untuk badan kita. Buang segala toksin yang lama terkumpul dalam badan.


Ini halia yang baru je dicampurkan dengan gula perang.  Kena peram selama 3 malam pada suhu bilik. Lepas tu boleh masukkan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama ye. Masa mula2 buat tu.. penuh bekas ni.. lepas semalaman diperam.. halia dah sebati dengan gula perang tinggal separuh balang je.. heheh...


Resepi Enzim Halia boleh rujuk artikel di bawah ye. Terima kasih pada empunya artikel & resepi ini.

Sila klik untuk saiz yang lebih besar.

Pada yang nak mencuba bolehlah mencuba.  Kebaikannya.. boleh baca kat bawah tu MaDiHaA kongsikan khasiat & kebaikan enzim halia ni.. MaDiHaA tau pasal ni pun bila kawan kat facebook yang kongsikan.  Terima kasih Rosemah yang kongsi pasal enzim halia ni.  Bila dah tau kebaikannya untuk kesihatan badan kita.  Tu yang teringin nak buat juga tu.  Sapa2 pun boleh ambil ni.. buat pun takdelah susah sangat. Cuma nak kena rajin kikis halia tu je. 

Sila klik untuk saiz yang lebih besar.


Sila klik untuk saiz yang lebih besar. 

Terima kasih pada yang berkongsi artikel di atas.

Thursday, May 21, 2015

Kurma Telur



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni kongsi resepi hujung bulan plak yer.  Hehehe.. Kadang sampai dah tak tau nak masak lauk apa. Kadang2 bosan juga dengan lauk yang sama je... so tukar ke menu telur pulaklah.  Mudah & murah...


KURMA TELUR

Resepi : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2
5 biji telor rebus ~ dikupas & digoreng sekejap
2 biji ubi kentang ~ dikupas & potong 4
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau dibelah dua atau 6 biji cili padi
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis



Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga



Cara menyediakan

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang & biar hingga wangi. Masukkan pes kurma & kacau rata hingga naik minyak.
  2. Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
  3. Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar & cili padi. Masak sekejap & akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 kejap bolehlah matikan api & hidang.
Selamat memasak!

Tuesday, May 19, 2015

Gubahan Hantaran Untuk Pertunangan Adik Ipar Ku...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jumpa lagi hari ni 1 Syaaban dah ye.. hanya tinggal sebulan lagi nak sambut Ramadhan.. cepat betul masa berlalu.  Yang belum habis ganti puasa tu cepat2lah bagi habis ye... 

Oklah seperti yang dijanjikan.. hari ni nak kongsi hasil gubahan hantaran yang MaDiHaA buat untuk adik ipar masa dia bertunang 2hb Mei 2015 lepas.  Tak banyak pun yang dibuat. Hanya gubahan sirih junjung, sejadah, tuala & puding betik. Pastu susun2 buah & tepek2 reben pada bekas kek, coklat. Coklat ikan tu mak saudara suami yang buat. MaDiHaA cuma hias2 bekas dia je. Manakala pahar tu memang dah siap diletakkan bunga. Pakai pahar recycle je tu... pahar masa adik ipar lelaki kawin aritu. Ni yang bertunang adik ipar perempuan.  Tak baik membazir kan benda dah ada... 

OK jom layan gambar.. Sorry takde step by step utk gubahan2 ni semua.. sekadar kongsi idea je. Ini pun idea2 lama je... maklumla kurang kreatif.. haha..


Gubahan sirih junjung simple je... terlupa nak beli segala aksesori untuk sirih junjung.. so takdelah bunga pinang, gambir & kapur bagai tu... hihi... 



Gubahan sejadah MaDiHaA buat katil ada 2 bantal you... tapi setting kurang center tu nampak tak? kalau tak nampak alhamdulillah.. kalau nampak buat2 tak nampak sudah.. hihihi.... nak buka balik dah malas... haha..




Gubahan tuala... biasanya memang orang buat buah2an je senang keje kan... hihi...



Puding betik ni pun MaDiHaA buat.. takdelah nak gubah2 apa pun... ikat dengan reben & tepek bunga reben tu je... bawah puding tu MaDiHaA letak daun betik tau... tapi kena lapik plastik la atas daun tu.. karang terasa pahit pulak puding tu... hiks!



Inilah semua 7 dulang hantaran yang MaDiHaA siapkan... permintaan adik ipar & mertua ku turutkan sajalah walaupun tangan kurang berseni. Buat kerja yang kita minat ni memang seronok tau.. hihi...

Terima kasih sudi layan... jumpa lagi..


Friday, May 15, 2015

Puding Betik Hantaran *Tempahan*

Assalamualaikum & salam Jumaat...



Hari ni tak sempat nak menaip resepi.  Sibuk sikit. Jadi MaDiHaA kongsi gambar puding betik hantaran tempahan adik ipar yang bertunang baru2 ni.  Memang dia dah lama berkenan dengan puding betik ni sejak MaDiHaA buatkan untuk adik masa dia kahwin dulu.  Permintaan dari adik ipar.. kenalah tunaikan.. takmau beza2kan adik sendiri ke adik ipar ke sama je.. hehehe.. Kira tempahan jugalah ni kan sebab memang dipesan awal2 lagi minta buatkan.  Cuma akak ipar dia ni tolong buatkan je.  Buat puding, buat bunga reben hamper tu.. pastu ikatlah sikit dengan reben tu. Untuk DIY bunga reben hamper tu boleh klik SINI je.. ada MaDiHaA tunjukkan step by step cara buat bunga reben tu.



Sebenarnya.. selain buat puding ni ada juga beberapa gubahan ringkas yang MaDiHaA tolong buatkan masa dia bertunang tempohari. InsyaAllah nanti MaDiHaA kongsi gambarnya untuk kenangan diri sendiri. Mungkin boleh beri idea pada adik2 yang bakal nak bertunang atau berkahwin yang nekad nak cuba buat sendiri hantarannya nanti.  Tapi minta maaflah sebab kali ni MaDiHaA tak sempat nak kongsi 'the making of' atau cara2 menggubah sebab buat tergesa2. Kejar masa.


Oh ya.. jika ada yang berkenan nak menempah Puding Betik ni boleh juga hubungi MaDiHaA untuk tempahan ye.  hehe...

MaDiHaA aka Ratna : 019-3171150

Thursday, May 14, 2015

Acar Rebung... yang marbeless!



Assalamualaikum & salam sejahtera..



Dah lama memendam rasa nak masak acar rebung sendiri.  Sebelum ni beberapa kali MaDiHaA order dari seorang sahabat maya yang tinggal di Perlis.  Ibu mertuanya buat & dia tolong promote jual online. Memang sedap! Jenis tekak MaDiHaA ni mana cukup makan benda sedap sikit2... hihi.. Tapi tulah.. nak order banyak2 tak berbaloi sebab nak kena bayar kos pos lagi. Harga acar rebung 200 gm RM6. Beli 2 bungkus pun boleh abis sekali hadap.. hehe... Tu yang teringin sangat nak cuba masak sendiri. Resepi pulak... off course lah kena google cari sendiri.  Alhamdulillah.. akhirnya jumpa juga dengan resepi yang dikongsi di blog fadelicious. Memang sedap sangat2.  Tapi kena pandai adjust rasa garam, gula & asamnya.  Ribuan terima kasih MaDiHaA ucapkan pada tuan punya blog yang tak lokek ilmu. Semoga tuan punya blog sentiasa dimurahkan rezeki & kesihatan yang baik. Amin..


Rebung madu ni pula MaDiHaA beli dari sahabat maya puan IlahJY yang ada kebun di Melaka.  Syukur sangat2 sebab Kak IlahJY sedia nak jual kat MaDiHaA hingga sanggup kami berjumpa di KL Sentral.  Kak Ilahjy rumahnya di Ampang kalau tak silap. Kiranya kami bertemu dipertengahan jalanlah.  Senang guna perkhidmatan komuter & kami bertemu di KL Sentral.  Berjual belilah kami di situ. hihi.. Sebelum tu kami berurusan melalui facebook. InsyaAllah lepas ni jika ada rezeki pasti akan order lagi rebung madu dari kak IlahJY.  Puas hati rebung madu ni memang fresh.  Buat acar ni tak sesuai gunakan rebung jeruk yang terjual kat pasar sebab rebung jeruk tu berbau & rasanya dah masam.

Oklah di sini MaDiHaA mohon izin dari tuan punya resepi untuk kongsi resepi di blog MaDiHaA pula ye.  Untuk resepi asal.. boleh klik SINI.


Resepi kat bawah ni resepi yang MaDiHaA dah ubah untuk sukatan 1kg rebung.  Sebabnya... resepi asal gunakan 10 batang rebung.. tapi rebung ni ada banyak saiz.. jadi susah nak agak samaada bahan2 lain tu berpadanan atau tidak.  Jadi bila guna sukatan timbang ni mudah sikit nak agak kuantiti sebenar rebung yang perlu digunakan.  

Jom salin resepi bagi yang berminat nak mencuba.  Rasanya resepi acar rebung pun ada banyak versi... mungkin lain kali boleh cuba resepi versi lain pula.  



ACAR REBUNG 

Bahan2  
1kg rebung madu fresh
12 ulas bawang merah
3 inci halia tua
22 tangkai cili kering *
1 1/2 sudu besar Jintan Manis biji*
1 sudu besar belacan
1/3 cawan cuka
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
MaDiHaA tambah 1 cawan air



Bahan Tambahan
2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi 
MaDiHaA tambah 2 inci halia muda dihiris batang mancis


Cara menyediakan

1. Rebung madu direbus sekejap. Toskan airnya & biarkan sejuk. Kemudian potong rebung sepanjang 1" - 1 1/2" & kelar2 rebung tu sehingga ke hujung tapi jangan bagi putus. Boleh kelar memanjang atau melintang, suka hati masing2 ye. Untuk bahagian hujung tak perlu dikelar & dibiarkan macam tu je ye sebab hujung tu lembut.
2. Bahan bertanda**di goreng tanpa minyak hingga garing dan wangi. Goreng berasingan ye.
3. Blend bawang merah, halia, cili kering, jintan manis dan belacan sehingga halus.

4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg di blend tadi hingga pecah minyak, masuk kan rebung, air dan cuka dan renih selama 10-15 minit. Jika suka minyak berladong boleh lebihkan minyak. MaDiHaA guna minyak sederhana je..  tak banyak sangat.. tapi pastikan masa menumis biar sampai rempah2nya pecah minyak.  Masukkan garam & gula secukup rasa.  Sukatan gula tu lebih dari 6 sudu besar ye. Ikut citarasa masing2.

5. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi & halia muda.  Kacau2 dan biarkan sebentar sehingga bawang lembut. Bila acar dah secukup rasa bolehlah matikan apinya.

6. Masukkan dalam mangkok kaca dan taburkan bijan diatas dan simpan at least 6 jam sebelum memakan nyer..ni supaya cuka dan rempah2 tu sebati dengan rebung. Amat lah sedap di makan dengan nasi panas... 


 Selamat mencuba!

Wednesday, May 13, 2015

Avocado Spaghetti

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Musim avocado kembali lagi.  Setiap kali pokok avocado kat rumah maksu Sujah berputik.. setiap kali itulah tak sabar2 nak tunggu untuk mencuba resepi baru dari avocado.  Avocado yang ada kat rumah makcik tu buahnya agak besar berbanding dengan avocado yang ada di pasaran.  Tak silap pokok tu baka dari Indonesia.  Tengok kat supermarket atau hypermarket.. sebiji avocado saiz kecil tu pun ada yang cecah rm5.  Harga berbeza2 mungkin mengikut stok buah yang masuk kot. Tapi bagi MaDiHaA walaupun RM3 sebiji ia tetap mahal. Memang tak belilah kot avocado yang mahal tu.. almaklumlah tiap2 tahun dapat buah percuma... saiz besar lagi... hehe...




Baru2 ni satu dahan avocado kat rumah makcik sekah akibat terlampau berat buahnya.  Bila dah sekah tu.. makcik pun kutiplah buahnya dan isi dalam kotak.  Penuh membumbung satu kotak. Sayang betul tengok sebab ada antara buah2nya yang belum cukup tua.  Masa kami bertandang rumah makcik, makcik bagi kami 5 biji buah avocado. Nak ambik banyak tapi takut membazir pulak sebab esoknya cuti panjang hari buruh & wesak & kami akan pulang ke Raub ada kenduri doa selamat & majlis tunang adik ipar kat rumah mertua. Bila balik KL tengok2 buah avocado dah masak & dah boleh dimakan. 4 biji dah selamat kami makan sebagai dessert. Tak buat apa2 pun.. cuma makan dengan susu pekat manis. Memang lazat! Hanya sebiji yang sempat MaDiHaA simpan untuk mencuba resepi Avocado Spaghetti ni.  Kalau ada yang nak mencuba.. anda kena gunakan 2, 3 biji buah avocado sebab yang terjual kat pasaraya tu buahnya agak kecil berbanding yang MaDiHaA gunakan hanya sebiji sahaja & isinya lebih kurang 300 gm yang MaDiHaA dapat.



Jom tengok resepinya... resepi yang MaDiHaA adaptasi dari internet.. anak2 kata sedap.. syukurlah habis juga dorang makan.



Avocado Spaghetti
Adaptasi dari  : The Comfort of Cooking
Sumber : MaDiHaA akak Ratna

Bahan2
250 gm spagetti
6 batang sosej ~ potong pendek
2 biji avocado ranum ~ skop isinya (lebih kurang 300 gm)
3 sudu besar jus lemon atau lebih (ikut selera sendiri)
2 ulas bawang putih
segengam fresh basil (lebih kurang 1/2 cwn)
1/3 cawan minyak zaitun
1 cawan isi jagung ~ rebus & tos
garam & gula secukup rasa

tomato ceri jika suka

idea cucuk spaghetti ni pun dpt dr tenet jugak.. tp lupa dah sumbernya..

Cara menyediakan
1. Dalam food processor.. kisar halus isi avocado, bawang putih, fresh basil, jus lemon, minyak zaitun, gula & garam sehingga halus. Ketepikan dahulu.
2. Ambil 5 batang spaghetti lalu cucuk pada sosej yang dipotong pendek. Buat sehingga habis sosej seperti dalam gambar.
3. Jerang air dalam periuk sedang bersama 1 sudu kecil garam.  Masukkan spaghetti yang dicucuk tadi. Jika spaghettinya berlebih masukkan je sekali. Rebus hingga lembut. Angkat & toskan.
4. Rebuskan juga isi jagung. Kemudian toskan.
5. Dalam bekas yang besar, masukkan spaghetti, isi jagung serta sos avocado yang siap dikisar halus tadi. Gaulkan sehingga rata.  Jika kurang garam boleh tambah & gaul sebati.
6. Hidang segera selepas siap disediakan.  Taburkan tomato ceri semasa menghidang sekiranya suka.

Nota : Pasta ini tidak sesuai dibiarkan disuhu biasa sekiranya ada berlebih. Ia mesti dimakan segera atau simpan dalam peti sejuk sekiranya tidak habis. Bila nak panaskan.. boleh kukus sekejap.

Selamat mencuba!

Saturday, May 9, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Pagi ni update tempahan pulut kuning la pulak ye. 1 kg pulut kuning ni tempahan dari Zila.  Tempahan yang diterima lebih sebulan awal ni.  Risau gak ambik tempahan terlampau awal ni sebab takut tiba2 ada hal yang mendatang. Alhamdulillah.. mujur segalanya dipermudahkan.  Terima kasih banyak2 ye Zila. Mohon maaf jika ada yang terkurang.



Zila takde contoh deko yang ditunjukkan.  Cuma pesan dia nak capsicum yang ada serunding dalamnya serta sepasang burung.  So.. deko tu kira secara spontan jelah idea yang keluar masa mendeko.  Harap2 Zila puas hati.

Friday, May 8, 2015

Ayam Lada Hitam

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni kongsi resepi lauk kegemaran anak2.  Sebenarnya anak2 ni kalau masak lauk ayam boleh dikatakan semua pun suka.  Bila masak ikan.. ada2 saja komplennya terutama si bujang sorang tu.  Seteru betul dengan ikan.  Kalau masak ayam boleh senyum sampai ke telingalah jawapnya.  Anakkk.. ooo anakk... Sorang pun tak mengikut ibu yang lebih sukakan ikan berbanding ayam.

Pada yang takde idea nak masak apa bolehlah cuba ye..  Ada macam2 versi resepi ayam lada hitam ni. Semua pun sedap!



Ayam Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong ikut selera
garam & serbuk kunyit
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam yg siap dikisar kering
garam jika perlu
3 sudu kecil tepong jagung ~ bancuh dengan 1/2 cawan air
1 cawan air (kalau nampak kering sangat boleh tambah lagi)
minyak masak secukupnya
tomato ceri jika suka

Bahan Tumis
1 inci halia ~ hiris halus batang mancis
2 ~ 3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang

Cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan, tos & lumur dengan garam & serbuk kunyit lalu digoreng 3/4 masak.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan sikit minyak & tumiskan bahan tumisan sehingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, lada hitam & air.  Masukkan ayam goreng tadi & kacau sebati.  Jika perlu boleh tambah sedikit garam.
3. Masukkan air tepong jagung & gaul sebati sehingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato ceri.. kacau2 kejap & matikan api. Dah boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!

Thursday, May 7, 2015

Roti Kentang

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi ni kongsi resepi roti kentang yang dah lama MaDiHaA tak buat.  Roti ni memang sesuai sangat dibuat sebagai sarapan pagi.  Cicah dengan teh o atau teh panas memang sedap!  Minggu lepas sempat juga MaDiHaA uli roti kentang sebanyak 1 kg tepong untuk dibawa pulang ke kampong buat juadah sarapan pagi untuk orang rewang masa kenduri rumah mertua.  Kenduri 2 in 1 gitu.. sambut menantu atau kenduri doa selamat & juga kenduri majlis bertunang yang dibuat serentak. Syukur semuanya berjalan lancar.   Selain roti.. sempat juga MaDiHaA siapkan muffin untuk goodies bag & juga sebiji kek kurma moist.  Alhamdulillah.. semua licin.. hehe..  Berbaloi baking balik dari kerja hari Khamis tu sampai ke pukul 4.30 pagi sebelum bertolak balik ke Raub.. hehe...

Ok jom kita tengok resepi roti kentang ni... harga roti sekarang bukan main mahal lagi harganya kan?  Jom kita buat sendiri roti kentang...


 
ROTI KENTANG
Resepi asal: Ros Onigiri
Diolah penyampaiannya oleh MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan-bahan Doh
(dpt dlm 12 bun kecil)

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang & rebus)
100 ml susu segar

2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula kastor
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard


2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula






Cara Menyediakan
1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer.. MaDiHaA memandai kisar) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit.. kalau uli guna BM takde masalah)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHaA.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik.. ni petua dari Chef Anuar Deraman). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda. (MaDiHaA dapat 12 biji)
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan



Selamat mencuba!