Monday, August 28, 2017

Apple Fritters

Assalamualaikum & salam sejahtera....




Sesekali minum petang ala omputih kata ko... Beli epal hijau sampai 18 biji... konon2 nak sihat bak pepatah Inggeris 'An apple a day, keeps a doctor away' katanya. Tapi yang ko pegi goreng tu mana datang sihatnya??  Sapa nak jawap? hehehe.... Sebenarnya saja nak mencuba sambil2 nak bagi epal cepat habis. Hari tu nampak kawan facebook buat apple fritters ni... so makcik pun menggedik plak teringin nak rasa. Buat jugalah... Bolehla.. sedap juga. Masam2 gitu. Tambah madu atau taburkan gula aising nak bagi seimbang rasanya.. masam2 manis gitu... mujur anak2 suka...

Cubalah sendiri kalau nak rasa... Kali ni versi ringkas aje. Kalau u alls buka web omputih tu lagi macam2 versi diaorang punya apple fritters tau. Yang tu kot ada kerajinan nak eksperimen lain kali kita cuba ye... Apapun, terima kasih pada Sariyusa yang berkongsi resepi. Maaf hakak derhaka sikit kat resepi... hehe...




Apple Fritters
Resepi : Sariyusa

Bahan2

5 biji epal hijau
Air ditambah garam untuk rendam epal.
160 gm tepong gandum
40 gm tepong beras
1 sudu kecil garam
260 ml susu segar
1 biji telur ~ dipukul kembang (resepi ini MaDiHaA dah gandakan dari resepi asal. jika ikut resepi asal untuk 1 resepi guna 1 biji telur. Tapi MaDiHaA guna 1 biji telur sahaja walaupun bahan2 lain digandakan.)
2 sudu besar minyak masak
minyak masak untuk menggoreng
Madu/gula icing/chocolate drizzle/blueberry/strawberry compote (mana2 yang anda suka)

Cara Menyediakan
1. Gaul rata tepong gandum, tepong beras & garam.
2. Masukkan susu segar separuh & diadun rata. Tambahkan selebihnya & kacau rata. Gunakan whisker untuk memudahkan kerja.
3. Masukkan telur & minyak masak & kacau rata.
4. Kopek kulit epal & potong membulat. Buangkan bahagian empulurnya di bahagian tengah. Rendam dalam air garam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Sementara itu, toskan epal. Bila minyak panas, celupkan epal di dalam batter & goreng sehingga garing di kedua2 belah. Angkat & toskan. Hidang bersama madu atau gula icing atau apa saja penambah perisa kesukaan anda.

Selamat mencuba!

Friday, August 25, 2017

Tumis Pedas Pucuk Meranti

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jumaat barokah yang pertama di bulan Zulhijjah.  Minggu hadapan jika dipanjangkan umur dapatlah kita menyambut hari raya Aidiladha pula. MaDiHaA doakan semua sahabat2 yang mengerjakan haji pada tahun ini dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah haji serta didoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Aamin....

Nak cerita sikit pasal sayur nostagia kegemaran MaDiHaA ni.  Sayur ni kalau dulu2 ia banyak tumbuh di kebun sayur & cili yang arwah ayah usahakan. Bila tanah baru dibuka... selain rumput rampai tumbuh di celah2 batas sayur... pokok meranti ni pun sama2 tumbuh. Sememangnya meranti kategori rumput juga, tapi rumput yang boleh dimakan. Memang puaslah makan sayur free waktu tu.  Sedap sangat dimasak lemak putih atau digoreng dengan cili padi rencah ikan bilis.

Waktu ke pasar baru2 ni bila ternampak ada pucuk meranti di jual hati berbunga2 & terus ambil 2 ikat. Dalam hati cakap nampak rimbun & secekak besar pula tu... cukuplah untuk kami sekeluarga 2 ikat ni.  Sesampai je kat rumah teruslah bersiap2 untuk masak. Bila buka ikatan getah pada tangkai meranti ni.... rupanya2 dalam ikatan tersebut dicampur dengan tangkai2 kosong. Maksud MaDiHaA bila dipegang ikatan tu memang nampak besar bila kita cekak dalam ukuran secekak penuh.  Tapi rupa2nya apa yang kita cekak tu bercampur dengan tangkai2 kosong. Tangkai yang dipatahkan dari tangkai asal... kemudian tangkai tanpa daun2 itu dicampur sekali dalam ikatan supaya bila dipegang, ikatannya nampak banyak. Owwhhh... ada juga manusia yang cuba nak guna trik ni ye. Masih ada yang nak menipu. Buat cara tu.. sekali jelah customer beli dari awak... lain kali customer tak beli dah dari awak. Berniaga menipu macam tu tak berkat tau. Itulah sebabnya sayur yang MaDiHaA masak tu nampak bawang berlebih sebab dah siap2 tumbuk rencah rupanya sayurnya dpt hanya sedikit. Tak apalah kan.... rezeki MaDiHaA setakat tu je... 

Jom siapa2 yang belum pernah masak sayur meranti, bolehlah cuba... sedap sangat sayur ni... 



Tumis Pedas Pucuk Meranti

Bahan2
2 ikat pucuk meranti
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
6 - 8 biji cili padi*
sedikit ikan bilis* yang siap dikopek ~ rendam kemudian tos
minyak masak
garam secukup rasa

Cara menyediakan
1. Siangkan pucuk meranti ambil pucuk, daun dan batangnya bahagian yang lembut sahaja. Cuci bersih pucuk meranti dengan merendam seketika & kaup ke dalam penapis. Buat beberapa kali supaya jika ada pasir yang melekat pada daunnya akan hilang & bersih.
2. Didihkan setengah periuk air. Bila mendidih masukkan pucuk meranti & balik2kan ia. Angkat dan tos. (jika kalian suka rasa yang pahit2 tak perlu dicelur, boleh terus gunakan selepas sayur dibersihkan.
3. Tumbuk bahan bertanda*. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan garam secukup rasa & kemudian masukkan pucuk meranti yang dicelur/yang segar. Balik2kan & rasakan garamnya. Bila dah cukup layu bolehlah diangkat & hidangkan.

Selamat mencuba!



Thursday, August 17, 2017

Bubur Sum Sum

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Ini merupakan sajian pemanis mulut yang en. suami paling suka. Pernah MaDiHaA buat kuih lompat tikam, suami cakap lain kali kalau nak buat, buatlah bahagian kepala (bahagian putih yg berlemak) tu lebih dari yang hijau.  MaDiHaA kata kalau macam tu lebih baik buat bubur sum sum aje.... hehehehe.... Yelah kuih lompat tikam tu kan yang warna hijaunya tu takde rasa lemak. Hanya rasa tawar & beraroma daun pandan je. Tapi itulah sebenarnya yang melengkapkan rasa kuih lompat tikam sebab dalam adunan hijau tu kita campurkan dengan sedikit air kapur. Jadi dia ada rasa yang tersendiri di situ.  Lompat tikam versi Kelantan pula pelengkapnya mesti ada pulut warna merah. Versi Terengganu takde ye pulut merah tu. Kalau ikutkan memanglah yang paling sedap tu bahagian putihnya. Jadi kali ni untuk puaskan hati en. suami... rajinkanlah juga MaDiHaA buat bubur sum sum. Kali ni barulah suami senyum sampai telinga. Tapi tak boleh buat selalu sangat ye.... bahaya.... lemak2 santan & air gula yang manis tu semua boleh membawa penyakit. Berpada-padalah kita bila makan sesuatu ye kawan2....

Sebenarnya MaDiHaA buat pemanis mulut ni semasa bulan puasa tempohari waktu bercuti di rumah ma tersayang. Ma pun suka pemanis mulut ni. Ehh!! boleh katakan semua pun sukalah. Buat 2 adunan pun sekejap je licin. Berbaloi buat bila balik kampung ramai2. Seronok tengok semua suka apa yang kita masak.

Jom MaDiHaA kongsi resepi Bubur Sum Sum versi MaDiHaA ni. 




Bubur Sum Sum
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 1/2 cawan tepong beras
1 sudu besar tepong jagung
1/2 sudu kecil garam 

Cara menyediakan
1. Adun semua bahan menggunakan whisker sehingga rata. Tapiskan dalam kuali besar.
2. Kacau adunan menggunakan api sederhana sehingga adunan pekat. Kacau jangan berhenti sehingga adunan nampak berkilat & betul2 masak. (untuk uji adunan dah masak atau belum, ambil sesudu besar adunan letak atas piring & tunggu sejuk. Jika adunan disentuh & lekang dari piring bermakna ia sudah cukup masak. Jika adunan masih melekat2 pada piring teruskan kacau adunan sehingga ia masak & nampak berkilat)
3.Bila diuji & sudah cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas2 kecil yang disukai.
4. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan. Semasa menghidang, sudukan bubur sum sum ke dalam mangkuk hidangan, tuangkan air gula di atasnya & bolehlah dinikmati. 

Air Gula
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Panaskan semua bahan sehingga mendidih & semua gula larut sambil dikacau.
2. Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas yang sesuai untuk menghidang.

Selamat mencuba!

Friday, August 11, 2017

Ikan Talapia Goreng Sambal

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Buat masa sekarang ni, jadilah dapat update blog seminggu sekali. Sibuk sikit. Tengoklah ke depan nanti kot2 ada lebih masa terluang, bolelah update kerap sikit. Rindu wehh lama2 tak update. hihi...

MaDiHaA kongsi resepi ringkas je hari ni. Ini pun dah tak ingat bila masak. Bolehla kan dari tak update langsung. Ada banyak yang nak update, tapi takde masa nak edit2 gambar & nak menaip resepi. Pelan2lah kita kayuh. Rumah lagi satu lagilah lama tak update. Tak tau bila nak sapu habuk2.  Entah2 dah penuh sawang, lipan kala jengking... hikss!





Talapia Goreng Sambal
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ikan talapia saiz besar
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur 
minyak secukupnya
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
1/4 cawan air

1 mangkuk jus asam jawa untuk rendam ikan

Bahan Untuk Sambal
6-8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi hijau*

Cara menyediakan
1. Ikan dicuci bersih dikelar kemudian rendam dengan air asam jawa selama 10 minit. Kemudian cuci bersih & tos.  Lumur garam & serbuk kunyit lalu digoreng garing. Angkat & ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda* hingga lumat. Bawang merah di mayang nipis.

3. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bawang hiris. Kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan tumbuk & tumiskan hingga naik minyak. Sebelum tu.. boleh campaknya asam gelugur. Bila tumisan dah naik minyak, bolehlah masukkan gula, garam serta air.  
4. Kacau2 sekejap kemudian bolehlah masukkan ikan goreng tadi dah balik2kan. supaya sambal melekat pada ikan. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, August 4, 2017

Ketupat Sotong (versi Terengganu)

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Wahh... rindu banget dengan blog sendiri. Kesibukan melanda diri dengan tugasan harian & hakiki. Tapi kerana rindu yang terlampau, MaDiHaA curi2 waktu untuk update blog kesayangan MaDiHaA ni. Harapan MaDiHaA semua pembaca sihat2 semuanya ye! Tak boleh nak celoteh panjang, terus saja dengan resepi ye! Ini ketupat sotong versi negeri Terengganu yang dibuat waktu bulan puasa tempohari di kampung. Sedap sungguh! Versi Tganu hanya manis2 buah tak macam versi Kelantan ye. Ikut citarasa masing2lah ye. Dua2 pun sedap sebenarnya. Tekak orang Pantai Timur boleh terima je mana2 versi... ehehe...



KETUPAT SOTONG (Versi Terengganu) 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 
8 ekor sotong saiz sederhana (terpulang anda kuantitinya) 
1 pot beras pulut – cuci dan rendam 1 jam & tos (kes MaDiHa nak cepat rendam dlm air panas 5 minit) 
1 biji kelapa (ambil & asingkan santan pekat dan santan cair agak lebih) 
2 btg serai – ketuk 
3 ulas bwg merah – hiris 
1 s/k halba 
1 inci halia – hiris 
gula pasir secukupnya (terlupang pd anda suka manis atau kurang manis) 
garam utk melemakkan kuah 
lidi penyucuk sate 

Cara menyediakan 
1. Cuci bersih sotong. Buang dakwatnya, selaput kulit, mata & giginya menggunakan pisau. 
2. Masukkan 1 ½ sudu kecil pulut dlm perut sotong (ini bergantung pd saiz sotong.. sukatannya kira-kira 1/3 dari saiz panjang sotong. (jangan isi lebih dari itu nanti masa merebus beras pulut mengembang) Masukkan semula kepala sotong pada kedudukan asalnya dan cucuk lidi sate utk melekatkan kepala sotong pd bahannya. Fungsi lain adalah utk mengelakkan pulut keluar dari perutnya semasa merebus. 
3. Jerang santan cair dan masukkan sotong dan serai. (santan mesti lebih tinggi dari sotong) Rebus hingga sotong nampak buncit dan tegang dan santan cair hampir kering. 
4. Masukkan santan pekat, halba, halia, bawang, garam dan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat. 
5. Hidangkan panas atau sejuk. Cara makan mestilah sekali dengan kuahnya macam kita macam pengat pisang tu.




Selamat mencuba!