Assalamualaikum...
Tempohari ternampak Kak Yah pos gambar nasi lemak kat blog beliau... terliur habis dibuatnya! Sebabnya aku memang dah lama tak makan nasi lemak. Beli pun tak. Kengkonon nak kurangkan sikit penggunaan santan dalam menu harian atau dengan kata lain... nak healthy conscious sikit.. hehe.. Jadi memang jarang memasak guna santan dah sekarang ni... kalau ada pun dalam sebulan tu tak lebih dari 4 kali termasuk buat kuih muih. Sekarang pun dah jarang2 buat kuih... memang penggunaan santan tu dpt dikurangkan. Tak tau sampai bila boleh bertahan. Kalau datang mood menggodek kuih nanti.. sendiri mau ingatlah! hehe... Oleh kerana dah lama tak masak nasi lemak... teringin pulak nak sarapan nasi lemak.. tp kena tunggu hujung minggulah baru boleh enjoy the food... yelah kalau masak hari kerja agak terkejar2... banyak condiment nak kena siapkan. So decide masak nasi lemak hari Ahad lepas. Nak dijadikan cerita rupa2nya en. hubby pun teringin nak sarapan nasi lemak. Pagi Sabtu dia balik dari kerja malam... dibelinya santan dan bahan2 lain untuk buat nasi lemak... wahhh... macam ada chemistry gitu... Jadi hari Sabtu tu jugaklah projek nasi lemak on terus! hihihiiii....
Jadi hari ni kongsi resepi Nasi Lemak la pulak ye... walaupun semua orang dah pandai masak nasi lemak... letak jugalah resepinya untuk rujukan anak2 terutamanya resepi sambalnya tu kali ni ikut resepi yang ma pernah ajarkan.. kadang2 MaDiHaA guna resepi kakak ipar.. sambalnya agak cair & ikan bilis tak perlu digoreng untuk dimasukkan dalam sambal.. tapi sedap juga tau.. (yg tu MaDiHaA kongsikan di lain kali pulaklah) Ok layan jelah resepi untuk versi yang ini dulu ye...
NASI LEMAK TANAK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3 pot beras
3 1/2 pot santan sederhana pekat
2 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
2 helai daun pandan ~ simpul
garam secukup rasa
Cara menyediakan
1. Beras dicuci bersih kemudian toskan airnya. Terus masukkan santan, bawang merah & halia yang dihiris, daun pandan & garam. Kacau rata. Untuk kaedah rice cooker, tekan saja butang cooking & tunggu sehingga ia masak sepenuhnya. Aggaran selepas 5 - 10 minit butang rice cooker menunjukkan nasi sudah masak, gemburkan nasi lemak kemudian tutup kembali tutup periuknya. Sedia dihidangkan.
2. Untuk kaedah masak di atas dapur gas, selepas dicampurkan semua bahan2 masak seperti biasa sehingga santannya nampak agak kering terus tutup periuk dengan penutupnya & perlahankan api. Biar sehingga nasi tanak. Sejurus sebelum dihidangkan, gemburkan dahulu nasinya.
3. Hidang nasi lemak bersama sambal tumis, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur dadar/telur rebus/telur mata kerbau ikut kesukaan masing2.
SAMBAL TUMIS NASI LEMAK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
Segendam besar ikan bilis ~ dikopek bersih
4 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu besar rata asam jawa biji ~ campur sikit air ambil jus
2 biji bawang besar ~ dimayang
Gula, garam & aji (jika suka) secukup rasa
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar
Sejemput ikan bilis ~ dikopek bersih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil rata belacan (agak2 jelah ye)
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing & ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama (ini boleh menambah kesedapan sambal tumis) tumiskan bahan2 kisar & cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa, gula, garam & aji (jika suka). Masukkan air & biar mendidih. Bila nampak sambal terbit minyak bolehlah masukkan hirisan bawang besar. Ikan bilis yang digoreng tadi boleh jugak dimasukkan ke dalam sambal bersekali semasa masukkan bawang. Boleh juga kalau tak dimasukkan bilis goreng & hidang bilis yang garing tadi berasingan semasa makan. Terpulang pada citarasa masing2.
Kami makan nasi lemak dengan Sambal Sotong Kembang Berkacang, Sambal Tumis Nasi Lemak, Telur Dadar, Timun, Kacang Tanah Goreng & Ikan Bilis Goreng. Yummeh!
Selamat memasak!
Assalamualaikum....
ReplyDeleteasben akak pun sangat2 prihatin dan memahami kan.. nak makan, tapi dia beli bahan siap2.. so senang nak buat.. kalau cukup bahan semua, kejap je siap kan.. :) sedap nye nasi lemak akak ni.. macam2 ada.. nani plak kalu nasi lemak.. wajib ada ikan kering.. heheheh goreng garing punya.. :)
aduhai kak...betl betul menggugat selera saya..mmmg dah lama tak jamah nasi lemak..
ReplyDeletePeberet koi..nyummehh jgk kak
ReplyDeletesat lagi kami sampai naaaaa... nak tumpang makan sama...
ReplyDeleteish sedap tengok sambal tu. kecur saya kak !
ReplyDeleteSalam harap sihat
ReplyDeletebetul tu sjak pas raya saya pun x mkn lg nasi emak dan beli....kena sambal yg sdp lg betambah selera...
dulu arwah mak selalu mcm sambal mcm tu lah bilis masuk terus dlm sambal..sedappp...
ReplyDeletenmpk nasi lmk madihah mcm teringin pulak nk msk nasi lmk..! ni kes terliurlah ni jwbnya ya..! heee..
ReplyDeleteAssalam Madiha.
ReplyDeleteSedapnya buat sarapan pagi.
uwaaaa....nangis tgk nasi lemak ni...dah la tengah lapar...ikat perut sikit, mulut ni asyik nk mengunyah jer...
ReplyDeletedah lama x buat..rindunya nk mkn nasi lemak..ltk sambal tumis byk2..pastu buh ikn bilis gorengg byk2..he hehee kecurr:))))
ReplyDeletesy pun lama x menikmati nasi lemak he he kalu buat baru makan sb suka sambal tumis yg sedap. Beli ni jarang menepati citarasa kan
ReplyDeletemakan nasi lemak ni mesti ngam dengan sambal. kalau sambal tak sedap otomatik nasi lemak jadi tak sedap. Bundo kalau makan nasi lemak sambal mesti banyak baru ummph..
ReplyDeletesedap nya kak madi nasi tu...tang sambal yang menggoda..tu ada lg ckit tmpt kosong kak dapat letak kangkung grg belacan..p picnic kt sungai...adoooyyyy xleh tahan itu macam..
ReplyDeleteterliur dgn nasi lemak akak...ikutkan lunch smlm dh mkn nasi lemak..
ReplyDeleteMeletup resepi ni... Bab2 sambal nampak sgt best n meletop!
ReplyDeletearitu try resepi nasi ayam akak..arini nak try menu nasi lemak pulak...
ReplyDeletethanks!
fuhh memang terbaik resepi nasi lemak akak ni.
ReplyDeleteNak tanya admin, bolehkah masak sambal dulu kemudian letak kat dalam peti sejuk, esok baru ambil keluar panaskan?
ReplyDelete