Wednesday, April 30, 2014

Sambal Belacan Mangga

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Sekarang ni musim mangga agaknya kan.  Banyak betul mangga sana sini.  Rezeki MaDiHaA baru2 ni bila makcik beri 4 biji mangga yang diambil dari kampong rakannya.  Lupa la pulak kat mana... ada makcik dok sebut... haha.. nampak sangatlah MaDiHaA ni dah tua kan.. banyak benda yang lupa.  Adoiii... Tapi memang dah tua pun... sebab hari ni hari tua kita.. hihihi....

Oklah.. jom tengok resepi Sambal Belacan Mangga yang menyelerakan ni jom...



Sambal Belacan Mangga
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji cili merah
6 biji cili padi
2 inci belacan ~ dibakar sekejap
1 biji tomato saiz sederhana
2 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar air masak
gula secukup rasa
garam secukup rasa


Bahan2 hiris
1/2 biji mangga saiz spt dlm gambar..

Cara menyediakan
1. Segala cili & tomato dibersihkan & tos. Patah2kan cili merah & masukkan dalam blender basah. Campurkan dengan cili padi, belacan, tomato yang didadu, jus limau nipis, air serta garam & gula secukup rasa.
2. Kisar sehingga hancur.  Masukkan dalam mangkuk.
3. Mangga dikopek kulitnya & cincang2 dengan pisau di atas isinya. Hiris isi yang dicincang & masukkan dalam sambal yang dikisar tadi. Kuantiti mangga ikut selera masing2 ye.  Kacau sebati & rasa jika perlu tambah apa2 yang kurang silalah tambah sendiri ye.
4. Sedia dihidangkan bersama ulaman yang digemari atau dengan ikan bakar.

Selamat mencuba!

Monday, April 28, 2014

Ayam Kalio yang marbelesss...



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Badan masih kepenatan... malam tadi baru je balik dari kampong ada kenduri kahwin sepupu belah suami.  Penat tu bukan sebab kena buat kerja lebih.. tapi sebab tak cukup tidor & penat travel.. hehe.. Jumaat balik kerja berkemas pakaian untuk balik kampong sambil2 tunggu laundry 2 mesin kain baju sebab baru ada air hari tu sementara tunggu en. suami balik dari kerja pukul 12.30 awal pagi. Bila En. suami balik pun sempat lagi cuci baju2 keje dia sebelum kami bertolak pulang ke kampong hampir 2 pagi.  Yelah.. kenalah cuci dulu uniform kerja dia... sementara air ada kan.  Maklumlah sejak2 catuan air ni kerja2 mendobi pun kena ikut jadual air jugak.  Sampai Raub 4 pagi... Mata memang tak boleh nak celik dah rasanya. Itu yang buat badan penat sebab tidor yang tak cukup & perjalanan yang jauh (walaupun takdela jauh sangat..) tapi badan ni memang lemau kalau jalan2 ni... maklumla dah tua.. hehehehhh...  Tapi en. suami lagi la kesian.. langsung tak tidor.. sampai2 je terus tolong sepupu2nya mesin kelapa & lain2 kerja sehinggalah majlis kenduri selesai.  MaDiHaA hanya bantu menghias hidangan pengantin aje.  Yang memasak sepupu yang lain tau.. hehe.. kita cuma ambil bidang hias menghias aje.. Pastu adalah tolong kutip2 pinggan kotor atas meja sebab tetamu datang serbu mengejut kelam kabut juga dibuatnya.  Mujurlah kerahan tenaga dari Geng Baju Merah Salam Generasi sangat2 bersatu hati menyelesaikan tugasan hingga selesai. Itulah untungnya ramai sepupu sepapat yang bersatu hati.
Oklah nak kongsi resepi marbeles ni dengan kawan2.  Adik Alin beberapa kali ambil hati ibu dok puji ibu masak sedap.. hehehe... yolah tu dik.. memang sedap pun.. ada iras2 macam rasa kuah percik.  Memang best.. Terima kasih LiNa Pg berkongsi resepi tempohari ye... sumber asalnya diambil dari Wana Potret Kasih.  Thanks buat kedua2nya.  Jangan marah ye sebab MaDiHaA ada adjust sikit bahan2 lain kes nak perabis buah tomato yg tak berkulit lebihan deko pulut kuning tempohari.

AYAM KALIO
By :
LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-Bahan
  • 400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam saiz kecil )
  • 4-5 ulas bawang merah ( kisar )
  • 3 ulas bawang putih ( kisar )
  • 2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
  • 4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde (MaDiHaA tambah 2 biji je + 6 biji cili padi + 2 biji buah tomato kisar sekali)
  • 1 inci halia ( kisar )
  • 1 inci lengkuas ( kisar )
  • 2 batang serai ( kisar )
  • 2 cm kunyit hidup ( kisar )
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
  • 1 batang karot (potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 keping asam keping (MaDiHaA tak letak asam keping dah sebab dah guna 2 biji tomato kisar)
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Air dan minyak
Cara penyediaan
1.     Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2.     Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
3.     Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
4.     Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
5.     Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.

Selamat mencuba!

Sunday, April 27, 2014

Taugeh & Tauhu Kacau Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari minggu dengan resepi sayor yang sempoi.  Sayur taugeh ni memang kegemaranku.  Kalau goreng bihun atau mee memang suka letak taugeh banyak2 (jika kebetulan ke kedai ler.. kalau takde taugeh letak je hirisan kobis).  Bermusuh plak dengan anak2 sebab tak suka taugeh.. hahaha.. nasiblah.  Memang ibu sengaja campur banyak nak suruh kamu semua makan.  Haziq & kakak Dini redho je terpaksa makan.. tapi adik Alin masih berusaha untuk kutip taugeh2 tu & letak tepi sebelum makan... hehe...



Ok dah jom takyah nak banyak bebel... nak letak resepi sayur taugeh je pun... hehe.. Taugeh ni sebenarnya gu dengan gulai ketam hari tu... tempek jelah resepi buat meriahkan blog di hari minggu...

Taugeh & Tauhu Kacau Goreng

Bahan2
1 mangkuk sederhana taugeh (60 sen) ~ buang kepala hitamnya & akarnya (kalau rajin ler.. MaDiHaA malas buang akar tu... kontot2 je tak kuasa)
5 ~ 6 pokok sayur kuchai (bukan 5 ~ 6 helai tau) ~ potong 1 inci
2 keping tauhu ~ goreng & hiris
1 biji cili merah ~ hiris
1/2 kiub bilis
sedikit garam (kiub bilis dah masin)
Minyak secukupnya
Sedikit air dlm 1/3 cawan
 
Bahan tumis
2 ulas bawang putih ~ ketuk & cincang / dihiris
3 ulas bawang merah ~ hiris

Caranya
1. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumis hingga layu.  Masukkan cili merah & kiub bilis kacau rata.
2. Masukkan taugeh, kuchai & tauhu goreng serta sedikit garam lalu kacau rata.  Agak2 sebelum taugeh layu dah boleh angkat.

Selamat memasak untuk famili.....

Friday, April 25, 2014

Pulut Kuning Hantaran *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Jumaat kembali lagi.. Alhamdulillah aku bersyukur kepada mu ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi MU ini ya Allah...



Pagi Jumaat yang mulia ini seperti biasa MaDiHaA kongsikan dahulu tempahan baru2 ni ye.  Tempahan Pulut Kuning Berhias untuk hantaran yang ditempah oleh Lala dari Kajang.  Sanggup mak & abang Lala datang jauh2 ambil pulut kuning ni.  Awal pagi dah sampai.. ye lah.. banyak lagi perkara yang perlu diuruskan di rumah untuk majlis pertunangan tu kan.  MaDiHaA sedia maklum dan memang MaDiHaA akan siapkan sebelum customer datang.  Terima kasih tak terhingga di atas kesudian puan (ibu Lala) yang sudi menempah pulut kuning ni dengan MaDiHaA.  Jika ada yang terkurang mohon dihalalkan dunia & akhirat ye.



Lala inginkan deko yang sama seperti deko yang pernah MaDiHaA buat terdahulu.  Senanglah MaDiHaA tak payah pening2 fikir nak deko macamana bila dah ada contoh diberikan.. hehe... Cuma macam biasalah setiap kali mendeko pasti ada sikit kelainan bergantung pada bahan yang ada pada hari tu.. 


Pada yang teringin nak menempah bolehlah hubungi MaDiHaA di talian yang tertera di sebelah kanan tu ye.

Terima kasih..

Thursday, April 24, 2014

Bilis Goreng Cili Hijau

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni kongsi menu hujung bulan plak ye... hehe.. Menu poket kering namanya.  Selalunya terjadi bila dalam peti sejuk kehabisan stok lauk basah, maka ikan bilis & telur lah yang jadi penyelamat keadaan.  Walaupun lauk kering2 macam ni.. tapi makan dengan nasi panas2 memang terangkat.  Kalau ada bubur nasi pun sedap juga layan dengan lauk kering2 macam ni.  Kadang2 tu.. bukan sebab kehabisan lauk dalam peti sejuk je masak lauk macam ni.. jika dah takde selera nak makan ayam atau daging... ikan bilis masak macam ni memang boleh bangkitkan selera.  Nak pulak masa kita nak bersahur...



Ok dah... layan jelah resepi sempoi lagi pagi ni ye...

Bilis Goreng Cili Hijau
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Segengam penuh ikan bilis ~ bersihkan perut & buang kepalanya
5 biji cili hijau ~ dihiris serong
1 biji bawang besar ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
secubit garam

1/2 sudu kecil gula atau secukup rasa
1 sudu kecil perahan limau nipis 
minyak secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak (jangan byk sgt) Goreng ikan bilis hingga garing angkat & toskan dahulu.
2. Dalam kuali yang sama tumiskan bawang besar, bang putih & cili hijau yang dihiris hingga layu.
3. Masukkan gula, garam & perahan limau nipis. Masukkan bilis goreng tadi & kacau rata.
4. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!




Wednesday, April 23, 2014

Sambal Kering Paru

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jumpa sekali lagi hari ni... Ada sedikit masa terluang jadi apalagi... update la kejap blog kesayangan ni.  Lagipun naik risau bila banyak sangat gambar2 yang tertunggak.  Nak kata rajin sangat memasak tidak juga.  Masak pun hanya untuk dinner dihari bekerja.  Hanya hujung minggu je kalau pun masak untuk lunch & dinner.  Tapi yang pasti lauk hanya 2 jenis sekali masak termasuk sayur.  Sesekali je terbabas jadi 3 jenis.. itupun kalau dah dikenal pasti yang anak2 tak reti makan lauk utama tu.. jadi kenalah tambah sejenis lagi lauk.  Tahap kerajinan untuk bereksperimen di dapur pula takdelah begitu bagus... hanya sesekali.  Tapi apa nak hairan.. update pun bukanlah resepi2 canggih... hehe.. hanya resepi2 biasa saja.  Takpelah kan.. janji update.  Yang penting sekali supaya Nuffnang rajin singgah.. hehehe... 

Sesekali je layan benda sedap ni.  Tak boleh selalu.. bahaya wooo... organ dalaman ni memang sangat tak sihat jika dimakan terlalu kerap.  Sesekali bolehla... melayan tekak yang sesekali dok teringin...



Sambal Kering Paru
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
700 gm paru (ni MaDiHaA agak2 je ye... lupa sungguh nak timbang masa msk tu)
2 senduk nasi penuh cili + bawang besar + bawang putih kisar (bahan2 ni MaDiHaA dah siap kisar sukatan cili & bawang tu agak2la ye..)
1 biji tomato masak ~ dipotong dadu
2 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara menyediakan
1. Paru dibersihkan & rebus dengan air secukupnya hingga masak. Tos & biarkan sejuk. Hiris paru nipis2 atau ikut selera.  Goreng paru sehingga garing, angkat & toskan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis cili + bawang kisar hingga wangi. Masukkan tomato dadu & tumis lagi sehingga sambal terbit minyak.
3. Perasakan sambal dengan gula, sos tiram & garam secukup rasa. Bila dah secukup rasa masukkan paru yang dah digoreng garing tadi. Gaul sehingga mesra & bolehlah dihidangkan.

Nota: MaDiHaA tak letak air asam jawa tetapi gantikan dengan tomato yang didadu.  

Selamat mencuba!

French Toast (cara Lieya Latif)

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah bersarapan ke semua? Ini sarapan ringkas yang sempat dibuat untuk anak2 & suami pagi ni.  Nampak roti sandwich yang dibeli lambat je luak.  Lebih baik digoreng macam ni.. tentu habis.  Anak-anak & suami memang tak suka makan roti dengan jem atau kaya pagi-pagi.  Selera mereka memang tak boleh terima sarapan manis2 di pagi hari.  Kalau nak buat makanan manis atau kuih2 versi manis... wajib ada sarapan yang tak manis juga... Kalau buat untuk minum petang barulah mereka makan.  Kalau dah hari bekerja & bersekolah.. bila masa pula nak minum petang di rumah.  Balik kerja je dah sibuk nak memasak untuk makan malam... hihihi....



Oklah dah selamat dah roti tu MaDiHaA buat French Toast pagi tadi.  Alin pun berbekal roti ni juga ke sekolah.  Cuma Haziq tak taulah selera makan atau tidak.  Dah 2 hari tak ke sekolah sebab demam, pening & tak selesa perutnya.  Selera pun kurang.  Mujur ayahnya kerja shift malam minggu ni.. dapatlah tinggalkan Haziq dengan ayah dia.  Harap2 esok dah boleh ke sekolah.

French toast kali ni MaDiHaA buat berlainan sikit caranya.  Bahan2 asas yang lain sama je.. cuma penggunaan susu je berbeza.  Biasanya MaDiHaA campurkan dengan susu tepong dalam bancuhan telur.  Tapi kali ni dicampurkan dengan susu segar idea yang dikongsi oleh Lieya Latif tak lama dulu.  Senang nak bancuh berbanding susu serbuk sebab guna susu segar susu mudah bercampur dengan telur.  Kalau susu serbuk tu kadang2 masih ada yang berketul2 tak larut betul.... Apa pun terima kasih pada Lieya kongsi idea & tips yang bagus ni ye... Akak minta halal kongsi idea Lieya ni kat blog akak pula... TQ dear... 



French Toast (cara Lieya Latif)
Sumber : Lieya Latif
By MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
Roti sandwich secukupnya
Butter/ marjerin secukupnya
5 biji telur A
Garam secukup rasa
1 sudu kecil rata serbuk lada sulah atau secukupnya
3 sudu besar susu segar 

Cara menyediakan
1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Campurkan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah & susu segar.  Kacau rata.
2. Panaskan non stick pan. Masukkan sedikit butter/marjerin.
3. Roti dipotong 3 segi atau ikut suka. Nak letak sekeping pun boleh. Celupkan roti dalam bancuhan telur tadi dan masukkan dalam pan tadi hingga memenuhi pan. 
4. Goreng hingga agak garing kedua2 belah.
5. Siap dihidangkan begitu saja atau dengan sos kegemaran.

Selamat mencuba!

Tuesday, April 22, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Nismilan Ketam dengan Timun Tua

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Panjangnya nama resepi... Semua nak bagi masuk belaka... gasakk... hehe... Selera kami kalau masak lemak cili padi lebih suka masak gaya Negeri Sembilan yang tak guna bawang.  Hanya menggunakan cilipadi & kunyit hidup semata2.  Dahla jimat belanja... rasa pulak sedap sangat!  Biasanya bila masakan berasaskan lauk memang masak macam ni.  Tapi kalau berasaskan sayuran barulah letak bawang bagai.  Ma MaDiHaA belajar masak ni dengan kawannya masa mula2 masuk Felda dulu.. masa tu MaDiHaA masih sekolah rendah lagi.  Kat Terengganu memang takde masak gini.. kalau masak lemak biasanya gunakan lada hitam jarang guna cili padi.  Bila dah kawin rupanya mertua pun masak gaya gini juga.  Rupanya orang Pahang pun pandai masak style gini.  Biasanya mertua masak cara ni bila menggulai ayam, daging atau siput sedut.  Memang sedap!


Ni lauk hujung minggu beberapa minggu lepas ni.. Kebetulan suami cuti minggu tu & MaDiHaA pula takde tempahan.  Dapatlah pergi ke pasar besar PJ.  Dah berbulan2 entah2 dah setahun lebih tak pegi ke pasar besar tu maklumlah jarak pun jauh sikit dari rumah.. Bila dah ke pasar  barulah dapat beli lauk2 yang jarang beli sebab biasanya suami beli lauk kat kedai runcit berhampiran rumah je.  Tak banyak pilihan sangat.   Bila nampak ketam ni belilah sekilo menghilangkan rasa teringin.  Dapat 4 ekor.. ngam2 sekor sorang.  (masa ni kakak Dini kat asrama tak balik PJ). 

Oklah kongsi jugalah resepi mudah ni buat koleksi di blog kesayangan MaDiHaA ni....

Gulai Lemak Cili Padi Nismilan Ketam dengan Timun Tua
by MaDiHaA

Bahan2
1kg ketam bunga ~ disiang & dibersihkan (boleh potong dua jika suka)
1/2 biji timun tua ~ dibelah, buang biji & hiris tebal (optional)
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 batang serai ~ diketuk
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur

Bahan tumbuk halus
15 biji cili padi (nak pedas lagi boleh lebihkan)
2 inci kunyit hidup

Cara menyediakan
1. Campurkan santan dengan bahan tumbuk, serai & ketam. Jerang hingga mendidih sambil dikacau2 supaya santan tidak membuak.
2. Masukkan asam gelugur, timun tua & garam secukup rasa.
3. Bila timun dah lembut sikit bolehlah matikan api & sedia dihidangkan.

Selamat memasak...

 

Friday, April 18, 2014

Jumbo Platter

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Tajuk tu amboiii... kemain lagi Jumbo Platter konon.. Sebenarnya takdelah jumbo sangat.  Cuma sosej & kentang wedges tu je yang jumbo.  Kentang wedges tu dah berapa kali ulang buat... kan dah kata haritu jangan jemu dengan menu dari kentang russet tu.  Ye kentang russet tu memang bersaiz jumbo.  Panjangnya saja lebih dari sejengkal tangan MaDiHaA yang gedabak ni.  Bayangkan!  Sosej tu pula bersaiz besar dari saiz sosej yang biasa tu.  Masa meronda dengan anak2 kat Eon Big ada promosi sosej tu kat sana.  Terus rembat 2 pek.  Satu pek perasa lada hitam & satu pek lagi bercheese.  Ni semua si Haziq la punya pasal... nak juga yang cheese tu.  Bahaya bawak budak ni gi pasaraya.. kena standby duit lebih kalau tidak haru.... hehe...


Oklah ye.. takde resepi sangat... cuma main rebus & grill2 je.  Yang kena rajin  sikit cuma si Cheesy Wedges tu je.  Bolehlah tengok resepi yang terdahulu kat SINI ye.

Kenyang sangat makan benda ni walaupun takde nasi.  Tapi tengoklah... saladnya sepinggan besar! Anak2 confirm tak makan punya sayur mentah tu... brokoli je yang mereka makan.  Wedges pun sepinggan penuh (ada yg tak masuk dlm gambor..hehe). Mana tak kenyangnya kan.. 

Jumbo Platter

Bahan2 yang perlu disediakan :

Cheesy Wedges
Jumbo sosej secukupnya (digrill dalam pemanggang ajaib ~ MaDiHaA guna jumbo sosej perasa black pepper + jumbo sosej bercheese)
Salad (tomato ceri, brokoli celur, timun jepun & capsicum merah / ikut sayur kesukaan anda)
Thousand island sos


Oklah pada yang takde idea nak memasak lauk pauk.. bolehlah ubah makan ala western yang simple macam ni... 

Selamat mencuba..

Tempahan Kuih Muih...

Assalamualaikum & salam Jumaat semua....


Pagi Jumaat selit gambar2 tempahan dulu ye.  Kalau ada masa & kerajinan boleh update resepi pula.  Itu pun kalau berkesempatan la ye.. almaklumlah... bukan boleh ngadap blog lama2... keje wajib diutamakan...

Oklah takmau bebel panjang2... layan je gambar2 order yang lepas ni ye... Order terpaksa dihadkan bergantung pada jadual catuan air.  Harap semua customer memahami ye.. Maaf pada customer yang terpaksa MaDiHaA tolak order2nya tu...

Order dari Kak Mas yang tinggal satu taman dengan MaDiHaA.. Ada dua orang customer nama kak Mas ni.. hehe.. yang baru2 ni Kak Mas dari Puchong.. yang ni Kak Mas yang rajin dok order apam polkadot untuk kawan2 opisnya tu.. hehe.. TQ Kak... rajin order dari saya.. jika ada yang terkurang saya mohon dihalalkan ye...


Order dari Mastura.. 2nd time order apam.. kali ni order 200 apam baby polkadot pula untuk besday anak daranya... terima kasih Mastura..


Order dari dari Siti.. 50 apam polkadot warna merah permintaan dari Siti.  Filling campur2 katanya... TQ dik untuk tempahannya ya..


Repeat order dari Iezah Azizam... tapi kali ni order 50 kuih cara berlauk & 50 apam gula hangus pula.  TQ Iezah.. harap dihalalkan jika ada yang terkurang ye..

Terima kasih buat semua customer...

Thursday, April 17, 2014

Kek Pisang Marble Cappuccino



Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Kawan MaDiHaA iaitu tuan tempat transit anak MaDiHaA si Haziq ada bagi  sesikat pisang.  Masa dia bagi tu pisang tu sedang elok boleh digoreng.  Hajat dihati nak buat pisang goreng cheese.  Tapi stok cheddar cheese plak takde. Dok tunda2 beli cheese sampai pisang pun dah naik lebam dok dalam peti sejuk.  Minggu ni giliran en. suami memasak sebab dia kerja malam... jadi keraplah dia buka peti sejuk tu.. maka selalulah ternampak pisang dalam tu... en. husband dah perli2 katanya "aiii... dari secantik2 pisang sampai dah naik lebam kulit pisang ni..." hahahaha... Kesian pisang tu terbiar disebabkan kesibukan pun ye juga.  Aduiii... sekarang ni memang semakin hari semakin sibuk rutin harian MaDiHaA. Nak cuba resepi2 baru pun selalu je tertunda2.. tunggu hujung minggu konon... tapi sibuk pula dengan tempahan.. hehe..

Disebabkan pisang dah lebu kata orang Terengganu... tak sesuai dah la nak digoreng atau dipengat.  MaDiHaA buat kek jelah sebagai penyelamat walaupun tak sure sesuai atau tak pisang jenis tu dibuat kek.  Alhamdulillah.. elok je kek & sedap.  Tapi tulah.. ingatkan dah selamat.. rupanya cuma luak 2 biji aje pun.. pisang tu besar, kuantiti pisang yang digunakan dalam kek pulak tak banyak... jadi masih ada lagilah pisang dalam peti sejuk tu... nanti kita fikir2 nak godek apa pula ye.. hehehe...

Terima kasih pada Mat Gebu untuk resepi kek ni ye.  Memang sedap & gebu yang amat. Manis pun sedang2 je... cuma pisangnya tak begitu terasa sangat sebab hanya guna 2 biji je kan.  MaDiHaA terpaksa ubah nama kek ni jadi Kek Pisang Marble Cappuccino.  Nama resepi asal ialah Banana Mocha Marble Cake.  Rupanya kat rumah dah kehabisan perisa mocha. Yang ada hanya cappuccino... so kita belasah jelah... Untuk resepi asal boleh tengok kat blog Mat Gebu kat link kat bawah tu ye.  MaDiHaA ada ubah2 sikit dari resepi asal ikut bahan yang ada kat rumah MaDiHaA... Harap Mat tak marah ye..


Kek Pisang Marble Cappuccino

By : MaDiHaA aka Ratna



BAHAN-BAHANNYA 
250 gram tepung gandum* 
1 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
5 biji telur gred A
15 gram ovallate
100 gram mentega, dicairkan
125 gram minyak jagung
250 gram pisang, dilecek halus
120 gram gula kastor (nak manis sikit boleh tambah sikit lagi gula ye)
1 1/2 camca teh perisa cappuccino

1 camca teh pewarna perang/brown colour




CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser acuan bunt pan dengan mentega. Taburkan tepong pada acuan hingga rata kemudian tepuk2 acuan & buangkan lebihan tepong. Ketepikan. Putar gula kastor, ovallate & telur dengan kelajuan tinggi hingga pekat seperti adunan kuih baulu. 

2. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang yang telah dilecek, putar rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga sebati. Tuang mentega cair dan minyak jagung, gaul rata dengan spatula hingga sebati. 

3. Cedok keluar 2 cawan adunan kek dan masukkan perisa cappuccino dan pewarna perang. Kacau hingga rata. Tuang adunan pisang ke dalam acuan kek, kemudian sudukan adunan perisa cappuccino, lorekkan dengan cop stick untuk mendapat kesan marble. 

4. Bakar selama 35 - 45 minit atau hingga masak, bergantung pada oven anda. Bila masak, sejukkan kek sekejap, kemudian keluarkan dari acuan dan biar sejuk sepenuhnya atas redai. Boleh hidangkan untuk minum petang dan sebagainya..


Selamat mencuba!