Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Kawan MaDiHaA iaitu tuan tempat transit anak MaDiHaA si Haziq ada bagi sesikat pisang. Masa dia bagi tu pisang tu sedang elok boleh digoreng. Hajat dihati nak buat pisang goreng cheese. Tapi stok cheddar cheese plak takde. Dok tunda2 beli cheese sampai pisang pun dah naik lebam dok dalam peti sejuk. Minggu ni giliran en. suami memasak sebab dia kerja malam... jadi keraplah dia buka peti sejuk tu.. maka selalulah ternampak pisang dalam tu... en. husband dah perli2 katanya "aiii... dari secantik2 pisang sampai dah naik lebam kulit pisang ni..." hahahaha... Kesian pisang tu terbiar disebabkan kesibukan pun ye juga. Aduiii... sekarang ni memang semakin hari semakin sibuk rutin harian MaDiHaA. Nak cuba resepi2 baru pun selalu je tertunda2.. tunggu hujung minggu konon... tapi sibuk pula dengan tempahan.. hehe..
Disebabkan pisang dah lebu kata orang Terengganu... tak sesuai dah la nak digoreng atau dipengat. MaDiHaA buat kek jelah sebagai penyelamat walaupun tak sure sesuai atau tak pisang jenis tu dibuat kek. Alhamdulillah.. elok je kek & sedap. Tapi tulah.. ingatkan dah selamat.. rupanya cuma luak 2 biji aje pun.. pisang tu besar, kuantiti pisang yang digunakan dalam kek pulak tak banyak... jadi masih ada lagilah pisang dalam peti sejuk tu... nanti kita fikir2 nak godek apa pula ye.. hehehe...
Terima kasih pada Mat Gebu untuk resepi kek ni ye. Memang sedap & gebu yang amat. Manis pun sedang2 je... cuma pisangnya tak begitu terasa sangat sebab hanya guna 2 biji je kan. MaDiHaA terpaksa ubah nama kek ni jadi Kek Pisang Marble Cappuccino. Nama resepi asal ialah Banana Mocha Marble Cake. Rupanya kat rumah dah kehabisan perisa mocha. Yang ada hanya cappuccino... so kita belasah jelah... Untuk resepi asal boleh tengok kat blog Mat Gebu kat link kat bawah tu ye. MaDiHaA ada ubah2 sikit dari resepi asal ikut bahan yang ada kat rumah MaDiHaA... Harap Mat tak marah ye..
Kek Pisang Marble Cappuccino
By : MaDiHaA aka Ratna
BAHAN-BAHANNYA
250 gram
tepung gandum*
1 camca
teh soda bicarbonate*
1/4 camca
teh garam halus*(*digaul
rata dan diayak)
5 biji
telur gred A
15 gram
ovallate
100 gram
mentega, dicairkan
125 gram
minyak jagung
250 gram
pisang, dilecek halus
120 gram
gula kastor (nak manis sikit boleh tambah sikit lagi gula ye)
1 1/2 camca
teh perisa cappuccino
1 camca teh pewarna perang/brown colour
CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan oven pada suhu 170C,
lenser acuan bunt pan dengan mentega. Taburkan tepong pada acuan hingga rata kemudian tepuk2 acuan & buangkan lebihan tepong. Ketepikan. Putar gula kastor,
ovallate & telur dengan kelajuan tinggi hingga
pekat seperti adunan kuih baulu.
2. Perlahankan kelajuan, masukkan
pisang yang telah dilecek, putar rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
hingga habis, putar hingga sebati. Tuang mentega cair dan minyak jagung, gaul
rata dengan spatula hingga sebati.
3. Cedok keluar 2 cawan adunan kek
dan masukkan perisa cappuccino dan pewarna perang. Kacau hingga rata.
Tuang adunan
pisang ke dalam acuan kek, kemudian sudukan adunan perisa cappuccino, lorekkan dengan cop
stick untuk mendapat kesan marble.
4. Bakar selama 35 - 45 minit atau hingga
masak, bergantung pada oven anda. Bila masak, sejukkan kek sekejap, kemudian
keluarkan dari acuan dan biar sejuk sepenuhnya atas redai. Boleh hidangkan
untuk minum petang dan sebagainya..
Selamat mencuba!