Wednesday, April 16, 2014

Homemade Cheesy Wedges

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kesinambungan dari kisah kentang russet murah yang MaDiHaA beli tempohari.. Kali ni buat Homemade Cheesy Wedges pulak.  Kalau makan kat KFC ni memang wajib beli satu sorang hok besar plak tu.  Kalau suruh share memang takmau punya. Sebekas sorang pun ada yang komplen tak cukup. Anak2 sememangnya suka sesangat. "Mahal nak oiii nak beli banyak2... ayah ibu kamu ni bukan org kaya..." hehe.. Bila buat sendiri ni memang anak2 puas makan.  Jimat yang paling penting. Tambah jimat bila dapat beli kentang russet separuh harga tempohari... dasar kedekut berjimat cermat kan... hehehe...

Resepi kentang wedges masih sama macam yang MaDiHaA buat tempohari... cuma dulu cicah sos cili & mayonis... kali ni kita letak sos keju sama mcm KFC punya tu... buat sendiri tau... bukan beli jalapeno serbuk tu.... tapi kalau malas.. boleh je beli serbuk jalapeno tu tinggal bancuh dengan air panas jer... rasa pun lebih kurang aje...


Homemade Cheesy Wedges 
by MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Kentang Wedges
6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & lonjong2 tu
1 ¼ cawan tepong beras
¼ cawan tepong jagung
¾ cawan + 2 - 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu... sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji. (kalau kentang kecil.. potong 6 bahagian je)
2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam.  Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
4. Sediakan sos keju seperti resepi di bawah.  Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian paipkan pula mayonis secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.

Nota MaDiHaA : sekiranya ada lebihan batter/bancuhan tepong tersebut jangan dibuang.. boleh disimpan & digunakan utk menggoreng bahan yang lain seperti keledek, sukun atau ayam.   



Bahan Sos Cheese

Resepi : Kak Amal Hayati

Bahan2
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (MaDiHaA ganti dengan cheese slices..yang warna oren jugak guna 10 keping)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar (MaDiHaA tambah lagi sebab agak pekat)
2 sudu besar sour cream (MaDiHaA ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Panaskan non-stick pan. (MaDiHaA guna kuali biasa jer). Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
2. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
3. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
4. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. (Masa ni MaDiHaA tambah lg susu segar sebab nampak agak pekat)
5. Sedia digunakan.


Selamat mencuba!

10 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

wah, bestnya makan homemade cheezy wedges..sya pun suka makan ni..nak juga try buat satu hari nanti..heheh..

LiNa_Pg said...

Assalam kak madihaA...sedap ni makan cizy wedges..tambah lak time panas2 tu..nnt boleh la cube..selalu main tunjuk2 ajer kat kepci

rahel said...

Sedapnya...terliur makcik nengok..

Gee® said...

Wah! sedapnya... anak2 pon memang suka cheesy wedges...

GK Arusuvai said...

iisshhhh sedap...my boys sure will love this

zila norazila said...

fav zil ne kak.nnt nk cuba sos tu..tq kak.

Yatie said...

wah best ni ada resepi buatan sendiri, pasni takyah beli sbb dah boleh buat sendiri...mekasih ya kongsi resepinya..

zainatul shahiza said...

Assalamualaikum kak. Nak tnye, x payah buang kulit ke kentang tu?

obat alami tanpa efek samping said...

penampilan kue - kue nya sangat menarik dan keliatannya sangat enak . jadi pengen nyoba !!

http://bit.ly/210LBmH

Kelepek 96 said...

tak jadi pun hmmm :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...