Assalamualaikum....
Bersua lagi dipagi Rabu yang dingin... awal2 pagi lagi hujan dah turun membasahi bumi... alhamdulillah... segarlah sikit pokok2 kat taman bukan kepunyaan aku tu... hihi..
Pagi ni nak share resepi yang dah lama juga terpendam nak buat. Pertama kali nampak di blog Rahel hati terus berkenan. Tak tau kenapa bila nampak kuih-muih berasaskan pulut hitam selalu aje buat hati tak keruan nak mencuba. Adakah kerana hitam itu menawan? hehehe....
Alkisah kenapa resepi ini terperap lama adalah disebabkan hajat terbantut lantaran kehabisan tepong pulut hitam tanpa ku sangka2. Mula2 masa salin resepi memang yakin tepong pulut hitam masih berbaki lebihan buat Kuih Bom Pulut Hitam & Chiffon Pulut Hitam tempohari... rupa2nya sangkaan ku meleset sebab semua tepong dah digunakan untuk membuat Bubur Candil Pulut Hitam kesukaan hubby. Rasanya beberapa kali juga buat bubur tu (atas permintaan hubby) sampaikan dah tak lalu nak ambik gambar... hehe... Entah macamana aku boleh terlupa tepong tu dah kehabisan.. Lantaran dah kehabisan tepong pulut hitam itulah maka terjadinya resepi Pau Kastard yang comel tempohari... hihi.. Orang kata.. ada hikmah juga di atas apa yang terjadi kann...
Baru2 ni sempat ke kedai bakeri mencari bahan2 kuih yang dah banyak kehabisan setelah berjaya menahan diri selama dua bulan untuk tidak ke kedai bakeri. Bila ternampak tepong ini terus la ku rembat juga sepeket.. hihi.... Bukan apa tau menahan diri pegi kedai bakeri tu... sebabnya kalau ku pergi ke situ setiap bulan selalu tak sedar dok ambik macam2 yang berkenan di hati... pokoknya.. dalam purse mesti ada kurang2 RM100! Sebab tulah aku nekad utk stop dulu ke kedai bakeri selama 2 bulan! Alhamdulillah.... berjaya juga akhirnya... Tapikan... bila dah lama tak ke situ.. lagi kemaruk dibuatnya.. macam2 pula yang berkenan di hati... hahaha.. alahaiiii MaDiHaA.....
Oklah jom semak resepi Pau Pulut Hitam ni... lain dari yang lain warna pau ni kan... sekali tengok macam ngeri la pulak haha.. Tapi rasanya tetap menten rasa pau.. Cik abang ku lepas keluar je pau dari pengukus terus dia hentam 3 ketul.. hahaha.. Dia memang suka makan apa2 kuih atau kek masa panas2.. bila dah sejuk dia dah tak berapa nak layan. Minta izin ye Rahel akak kongsikan kat sini resepinya... akhirnya berjaya jugak akak menguli pau pulut hitam idaman hati ni walau tidak secantik pau dari air tangan Rahel.. hihi... Terima kasih Rahel!
Pau Pulut
Hitam
Sumber: Majalah
Sedap
Sumber :
Rahel
Bahan:
225g
tepung pau
50g
tepung pulut hitam
1 1/2
sudu teh yis segera
15g
tepung susu
50g gula
kastor
1 putih
telur
115ml air
sejuk dari peti sejuk
20g
shortening
Bahan
Inti:
Inti
Kacang Hitam secukupnya (MaDiHaA guna inti kacang merah)
Cara:
1.Campur
tepung pau, tepung pulut hitam, yis, tepung susu dan gula kastor. Gaul rata.
Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga
sebati.
Tambahkan
shortening. Uli sehingga elastik (gue uli selama 15 minit tau).
Diamkan selama 30 minit (tutup doh).
2.Kempiskan
adunan. Timbang masing-masing 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit.
Canai nipis. Beri inti. Bentuk bulat.
3.Alas
dengan kertas minyak atau cawan kertas. Diamkan lagi selama 30 minit.
4.Kukus
selama 8 minit.
Selamat mencuba!
wah sesuatu yg baru ni. biasa makan pau putih tu je
ReplyDeletesedapnye...gebuss sesgt tu...xsempat nk mgepau lg...hrtu nk buat tp tepung pau lak dh expire...hehehe...kne beli tepung pau yg baru dlu
ReplyDeletesalam kak madiha....oooohhh akak plak yg goda kite..nasib ade tepung pulut hitam sepaket...nnti nk try laa
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Kak Madiha, pertama kali nampak pau warna ni. Memang lain dari yg lain..
ReplyDeletewow!! menarik la kak...lain dari yang lain...pes time lieya tgk nie.....en laki suke gile mkn pau....tapi bini tak reti nak buat haahahah....
ReplyDeleteversi pau akak ni mmg menarik....comel plak tgk kaler gitu kan....
Salam madiha,wah madiha lak buat pau pulut itam,ari tu nengok dapur Rahel,teringin nak buat,jangan kata pulut itam,yg putih tu pun x terbuat lagi.
ReplyDeletesalam kak madihaa.. pau tu nmpk sgt gebus!! dh lama tun x buat pau.. bahaya nih, nnti sekali start menge-pau, seminggu 2-3 kali buat pau. hihi
ReplyDeletesalam Madiha,cantknya pau tu first time akak tengok ni mesti sedap ni best tu boleh try nanti..
ReplyDeletesalam kak, mmg seyes nmpk gebu dan cantik sgt kejadian pau tu...boleh tengok je dari kejauhan sbb rupa pulut hitam pun tak penah nmpk kat nihon apatah lagi tepung pulut hitam...huhuhu
ReplyDeleteMadiha..kak ros tak pernah cuba ni..makan pau ni dengan secawan teh pasti sedapkan???
ReplyDeleteSalam Ratna.nampak gebus pau tu...biasa tengok pau putih kali ni pau hitam tp wpun hitam tampak manis dipandangkan...
ReplyDeleteSalam Kak Ratna..pau pulut hitam sudah mari...rupa tak penting..yang penting rasanya..emm..bila nampak pau pulut itam kat sini rasa2nya nak buat lagi..kat dapur masih ada 3 paket tepung pulut itam..ari tu en laling yang belikan..en laling pun dah suka mkn pau hitam manis ni.
ReplyDeletetima kasih geng dah perpanjang resepi pau pulut itam..
Assalamualaikum K.Madihah,
ReplyDeletemenarik lerrrr pau pulut hitam ni, lama tak mengepau..teruja plk nak wat yg mcm ni....