Saturday, April 14, 2012

Bubur Candil Pulut Hitam

Assalamualaikum & selamat petang...

Hari ni sempat on lappy sekejap sementara tunggu Dini habis kelas tuisyen pukul 5 nanti.  Minggu ni cuma ada 1 kelas tambahan aje.. kalau tidak biasa ada 2 sessi kelas tambahan... Cadangnya lepas jemput Dini nak ke Klang rumah adik sebab baju yang di tempah aritu dah siap katanya.. Minggu ni hubby cuti, jadi dialah yang hantar & jemput Dini.. takdelah aku kelam kabut sangat hari ni.. hehe..


Pernah makan bubur candil? Bubur macam ni kegemaran en suami. Buat ni pun sebab ada permintaan.. hehe.. kurang rajin sebenarnya nak menggentel tu. Sebab kalau gentel kena buat kecik2.. kalau gentel besar2 bila direbus tu ia makin besar... tak elok pulak rupanya nanti.  Tapi bila suami minta tu tak sampai hati pulak tak dibuat.  Biasa buat guna tepong pulut biasa atau dicampur dengan keledek lecek sikit. Tapi kali ni cuba kelainan sikit dengan campurkan dengan sedikit tepong pulut hitam. Kebetulan ada lebih sikit tepong lebihan buat Kuih Bom Pulut Hitam aritu.

Jom tengok resepinya!  Senang je kuih2 tradisi ni takdelah susah mana nak sediakan...


Bubur Candil Pulut Hitam
Resepi: MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Doh
2 cawan tepong pulut
3/4 cawan tepong pulut hitam
1/4 cawan tepong gandum
240 ml air (kurangkan atau tambah ikut lembut doh)
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kfc rata garam

Bahan2 Kuah Santan
6 cawan santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
1 cawan gula merah (boleh tambah lagi kalau suka lebih manis)
2 helai daun pandan
2 sudu besar sagu biji halus (cuci dalam tapis)


Bahan Tambahan
1/2 cawan santan pekat + sedikit garam ~ dikacau rata

Cara Menyediakan
1. Campurkan bahan2 doh & uli hingga menjadi doh yang lembut. Jangan habiskan air. Guna ikut keperluan. Jika doh terlembik boleh tambah sedikit tepong gandum & uli lagi.
2. Gentel doh dan jadikan bentuk lonjong agak2 sebesar biji rambutan (ikut suka nak gentel apa2 bentuk).

3. Sementara itu jerang air dalam periuk yang sesuai. Bila air mendidih masukkan doh yang digentel (sebahagian demi sebahagian) dan biar hingga ia timbul. Sauk doh yang timbul & masukkan dalam bekas berisi air biasa (air paip). Buat hingga habis. Tos bila nak digunakan.
4. Masak 1 cawan santan sederhana pekat dengan 1 cawan gula merah hingga larut. Tapiskan.
5. Dalam periuk yang lain jerang baki santan tadi hingga mendidih bersama daun pandan. Masukkan biji sagu dan biar hingga biji sagu jernih sambil sentiasa dikacau supaya santan tak meluap. Masukkan air gula merah, biji candil yang telah ditos dan masak lagi sekejap. Jika kurang manis boleh tambah beberapa sudu gula pasir. Biar sekejap kemudian bolehlah padamkan api.
6. Hidang panas atau sejuk bersama dengan sedikit santan pekat yang ditambah sedikit garam.


Selamat mencuba!

12 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Madiha,petang ni makan bubur pun sedap juga kan??

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Madiha... mesti sedap bubur tu kan... tak pernah makan bubur candil tu dengan pulut hitam.. wahh mesti lemak dan kenyal.. kecur dah ni adoiii..

HomeKreation said...

Aslmkm Madiha cayang. Tak pernah rasa tapi dah boleh bayangkan kesedapan nya. Nak buat pun hari dah petang sangat ni... meh semangkuk boley...hehe.

Yatie said...

uwaaaa lain dari yg lain ni...leh cuba resepi ni..yatie mmng suka makan bubur mcm ni..

MiZi said...

kesilapan yang besar!! masuk ke blog ini ketika perut sedang meraung kelaparan... silap2 ngan skrin2 kena geget ni..

Percutian Solo Yang RARE

Ilhamkreatif said...

Salam kak madiha...nama tak pernah dengar,
tapi rasa pernah makan,mungkin setengah tempat panggil nama lain kot.Sedap..ooo

hazila said...

Cuaca mendung dan sejuk cam sekarang ni mdmang sedap pekena bubur. Betul tu bab nak mengentel yg malas.

Nur-nba said...

Sedapnya bubur ni.. Saya tergoda.. ;)

tun_telani said...

xpernah makan! nmpk mcm bubur butir nangka, tp kaler hitam. hihi.. dh lama x makan bubur2 camni.

Qasey Honey said...

sedapnya bubur candil tu...teringin la pulak tetiba...bleh la semangkuk tu utk QH yer...hihi

ieda said...

alamakkkkkkkkkkkkk ahkakkkkkkkkkkkkkkkkk
sedap nyeee
huhuhuh kena rajin nie .. kenapalahhhh saya x serajin akk bab2 kuih nie huhuhu

Asmah Yusof said...

menarik la kak...xpenah try makan lg bubur nie...bg rase sesudu :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...