Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, December 19, 2011

Chiffon Durian Pulut Hitam

Assalamualaikum..

Luangkan sedikit masa untuk update gambar yang dah lama ni walaupun sedikit sibuk hari ni. Terima kasih kepada semua pengunjung Dapur MaDiHaA & terima kasih buat semua follower yang lama atau yang baru. Ampun & maaf kerana tak mampu nak jejaki anda semua. Terima kasih juga kepada semua yang meninggalkan komen.. Jom ku kongsikan resepi Kek Chiffon Durian Pulut Hitam yang sangat2 sedap & lembut umpama kapas... hehe..  Kalau dah namanya chiffon mestilah lembut kan.. 





Gandingan durian, pulut & santan sememangnya serasi.  Menu orang2 lama pun kerap gandingkan durian, pulut & santan umpamanya Pulut Serawa Durian.  Memang best! Resepi kali  ini agak berlainan sedikit kerana dipersembahkan dalam bentuk kek! Untuk mendapat efek warna yang lebih menarik digunakan pula tepong pulut hitam. Resepinya adalah adaptasi dari SajianSedap.com. Kuantiti bahan2 telah MaDiHaA ubahsuai kerana nak dapatkan kek yang lebih besar sebab acuan chiffon ku agak besar.  Tapi sayangnya.. masih belum cukup rupanya walaupun dah gunakan resepi 6 biji telur berbanding resepi asal yang hanya gunakan 4 biji telur.. Haishhh.. nak kena beli acuan chiffon kecik sikitlah gamaknya ni barulah dapat chiffon yang tinggi & cun.. Oleh kerana acuan terlalu besar.. keknya jadi rendah & kurang cun.. Walau apapun.. tetap berpuas hati dengan teksturnya.. lembut & yang penting lebih halus & lubang2 pun tak macam Kek Chiffon Tapai Ubi tempohari yang berlubang2 kasar.. hehe... TQ Sajiansedap untuk resepinya ya!




Chiffon Durian Pulut Hitam 
Adaptasi dari : sajiansedap.com
by: MaDiHaA

bahan-bahan :
75 gram tepung gandum
75 gram tepung pulut hitam
3/4 sudu teh baking powder
75 gram minyak masak
75 gram isi durian
100 gram santan pekat
20 gram gula kastor A (MaDiHaA guna gula perang)
6 kuning telur gred A ~ dipukul sedikit
4 titis esen durian (optional)
6 putih telur
1/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh cream of tartar
60 gram gula kastor B (kalau suka manis tambah lagi 20 gm) (MaDiHaA guna gula perang 60 gm je)


Cara2 Menyediakan :

1. Blender isi durian, santan pekat & minyak masak hingga halus.
2. Ayak tepung gandum dan tepung pulut hitam. Tambahkan gula kastor A A/perang. Kacau rata. Masukkan campuran isi durian blender sedikit – sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan kuning telur dan esens durian. Kacau rata. Ketepikan dahulu.
3. Pukul putih telur, gula kastor B/perang, garam, dan cream of tartar sampai kembang & bertanduk. (diterbalikkan ia tak tumpah)
4. Ambil sedikit bancuhan putih telur tadi & kacau ke campuran tepung sedikit – sedikit sehingga habis dengan menggunakan whisker atau spatula (MaDiHaA guna whisker).
5. Tuang ke dalam loyang chiffon tanpa disapu marjerin.
6. Bakar kek dengan suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C  & sambung bakar lagi sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar bergantung oven masing2). Segera tangkupkan loyang dan biarkan kek sejuk sebelum disisipkan & dipotong.


Selamat mencuba!

12 comments:

Lya Colours said...

wahhh mesti sedap ni!!

CT Delima said...

As'salam Ratna

wahhh...sedapnya chiffon cake. ct pun pantang menolak kalau ada chiffon ni. cantik jer kaler dia Ratna.

kat rumah ct pun acuan tu agak besar 23CM dah cari juga acuan yang kecil masih tak jumpa. kena cari juga sampai dapat lah kan..hehehe

liza said...

salam madihaa....1st time dgr n tgk ciffon yg ada pulut hitam ni...mmg nmpk gebu sgt..

rahel said...

Salam Ratna..resepi kat Sajiansedap Indonesia memang sedap2 dan best giler...mantap dan cantek je kejadian kek sifon ketan hitam ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bau dia mesti harum...pertama kali tgk resipe camni..bestnyer kak ratna

HaSue said...

baru semalam dpt resepi cipon pulut hitam tp kat sini susah nk cari pulut hitam kak..huhuu.. ni ada rasa durian lg sedap nih..nampak gebus laa kek kak ratna tuu

izahdaut said...

assalamualaikum kak ..
cantiknya kek ni. lagi cantik sebab ada dua warne kat situ. cemana la rasa kek ni kan. nama nya sangat best je ku bayangkan. hehe

norhidana said...

halamak... cun nyer kak... kaler dia tu..msti sedap.... bestnyer kalu dpt mkn heheheh

WarisanBonda said...

wahhh menariknyerrr...musti best kan...

tun_telani said...

wah2.. jakun tun nengok nyer.. 1st time dgr2 nih. mula2 tgk kot tingkap dashboard ingatkn wujud durian yg inti kaler hitam. haha.. xjumpa lg durian nih.. hujan2 malas pulak nk kuar menjejaki dorian.

cik cek said...

Sana sini menu durian...wah! besnya ada chiffon durian lak kat sini...

Hassan said...

Salam Sejahtera
Blog yang menarik ~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com