Friday, March 28, 2014

Rezeki yang tak pernah putus... Alhamdulillah.. Terima kasih..

Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370.....


Lama rasanya tak update blog ni.. Perasaan tiba2 rasa down sangat gara-gara berita pasal MH370.  Sedih tak terkata hingga tiada mood untuk update blog.  Tak sampai hati nak berkongsi kegembiraan (kongsi resepi atau kongsi gambar yg lain) sedangkan ada insan2 yang sedang bersedih.  Marilah kita sama2 mendoakan moga misi pencarian kotak hitam & bukti2 yang lain dipermudahkan... Amin...

Minggu lepas tak sempat nak update tempahan.. Tak sempat nak edit gambar2nya.  Biasanya MaDiHaA update tempahan setiap hari Jumaat kan... Tak kisahlah tu kan.. Hari ni pun Jumaat juga.. baru ada kerajinan sikit & baru rasa rindu nak update blog walaupun hati masih bersedih.  

Kat bawah ni ada beberapa order atau tempahan yang telah MaDiHaA siapkan untuk customer2 yang sudi menempah dengan MaDiHaA. Alhamdulillah... syukur sangat2 dengan rezeki yang tak pernah putus ini.  Allah permudahkan segalanya.  Terima kasih buat semua yang sudi menempah.

Tempahan dari Kak Mas. Memberanikan diri & cabar diri sendiri ambil tempahan yang agak banyak ni walaupun tau semua kerja memang buat sendiri semuanya dari A sampai Z. hehehe....  Alhamdulillah dapat siapkan sebelum customer datang ambil kat rumah. Terima kasih banyak2 pada Kak Mas yang sudi order.  Kak Mas minta buatkan 2kg pulut kuning, 2 ekor rendang ayam, 2 loyang puding roti & 50 biji kuih cara berlauk.... Syukur Kak Mas berpuas hati..


Terima kasih Kak Mas...


Tempahan dari Jamilah.. Kek Coklat Moist dengan deko simple2 je...  itu je yang mampu dibuat sebab masa terhad ada hal yang nak diuruskan.. hehe... TQ Jamilah sebab repeat order lagi... dulu pernah tempah Kek Coklat Moist deko Minnie Mouse utk anak sulungnya.. kali ni utk anak yg no 3 pulak... tapi memang dah cakap awal2.. tak sempat nak deko beria2.. Dia pun tak kisah.. katanya janji kek coklat tu sedap pun dah cukup.. hehe..
 

Ini pula tempahan dari Kak Yaty 50 pcs apam polkadot...  50 pcs lagi tu tempahan dari Maria.. tapi sayangnya bukan rezeki Maria sebab dia ada masalah sikit nak datang ambil.  Janji asalnya memang dia cakap boleh datang.. tapi keadaan pulak tak mengizinkan.. Memang takde rezeki Maria & keluarganya yang datang hantar pengantin nak merasa.. Maria suruh sedekah je apam ni pada sapa2.. akak minta halal ye Maria..


300 apam ladybug merah tempahan Maheran & kawan2nya.  Maheran dah beberapa kali juga menempah kuih sebelum ni.  Terima kasih Maheran repeat order..

Ini pula tempahan kali ke dua dari Syida.. Kali ni nak bawak balik ke rumah mertua.  Alhamdulillah lega dapat feedback positif dari Syida...

T.kasih banyak2 Syida yang baik hati... :-)

Terima kasih pada semua yang sudi menempah dengan MaDiHaA...

Friday, March 21, 2014

Muffin Pisang Gebu



Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370

Lama sungguh rasanya kami tak beli pisang kat rumah tu.  Masa MaDiHaA ke rumah adik di Klang tempohari untuk menempah baju (uniform Puteri Islam) untuk anak dara MaDiHaA yang sulung tu... adik bagi 2 sikat pisang berangan yang ma kirimkan dari kampong.  Semuanya dah masak ranum sebab dia bawa balik pun dah seminggu awal dari tu.  Sebahagian dah kena makan dengan anak2... & sebahagian MaDiHaA jadikan muffin ni.  Anak2 memang suka sangat makan muffin pisang.  Memang tak membazir kalau buat.  Lagipun suka buat muffin sebab kerjanya mudah!  Tambah pula.. memang dah tak sabar nak gunakan muffin paper pemberian Gert tempohari... hehehe.. TQ Gert... i like it very much!

Resepi ni MaDiHaA ambil dari Allrecipes & telah diubahsuai mengikut selera MaDiHaA.  Resepi asal tu sebenarnya ada letakkan crumb... tapi MaDiHaA kurang rajin pula nak letakkan.  MaDiHaA guna nama Muffin Pisang Gebu je sebab muffin ni memang sangat2 gebu.  Kalau ada pisang yang dah ranum tu.. bolehlah cuba resepi mudah ni ye.  Kali ni muffin tak gunakan langsung susu segar... tapi tetap sedap di tekak kami..

Muffin Pisang Gebu

Resepi asal : All recipes
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna
(resepi asal dpt 10 biji muffin saiz sederhana)

Bahan2 
1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda (soda bikarbonat)
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
3 biji pisang (MaDiHaA guna 270 gm)~ dilecek
3/4 cawan gula kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan gula perang sebab pisang yg digunakan dah masak ranum & sangat manis!)
1 biji telur ~ dipukul ringan
1/3 cawan mentega cair (MaDiHaA guna minyak sayuran)
 
Cara menyediakan
1. Panaskan oven 190 C (MaDiHaA guna 180C). Aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lecek, telur & mentega cair. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan kering (tepong) dan gaul sebati menggunakan whisker atau senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin.  Atau jika mau muffin naik membumbung seperti muffin MaDiHaA tu.. sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. (tinggalkan ruang lebih kurang 0.5 cm).
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit bergantung suhu & jenis oven yang digunakan. (MaDiHaA guna 180C & bakar selama 22 minit sebab acuan muffin tu besar... 1 adunan hanya dpt 7 biji muffin). Boleh uji muffin dengan lidi penguji untuk test samada muffin dan masak atau belum.


Selamat mencuba!

Thursday, March 20, 2014

Gathering Dengan Kakak-kakak Blogger Hebat..


Assalamualaikum & salam sejahtera...
KEEP PRAYING FOR MH370...



Alhamdulillah.. seronok sangat dapat jumpa dengan mereka semua.  Pertemuan kami ini diatur seawal beberapa bulan sebelum pertemuan.  Sempena kepulangan & percutian Gert@Mykitchensnippets untuk menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia... beliau menyatakan untuk bertemu dengan Kak Nor@Secubitgaramnor67 & juga beberapa blogger lain.  Tapi nampaknya.. hanya kami berempat saja yang berkelapangan & berpeluang bertemu mata.  Kak Jun tak dapat nak ikut serta kerana ada hal yang tak dapat nak dielakkan.  Terima kasih Gert sudi nak berjumpa dengan MaDiHaA.  Terima kasih juga pada Kak Nor yang war2kan pada MaDiHaA. Terima kasih pada semua yang sudi datang hari tu termasuk Kak Nah@Makcik Manggis.  Seronok dapat berbual2 dengan kakak2 semua. Bukan senang nak berjumpa macam ni tau...


The Mines saksi pertemuan kami pada 16 Feb 2014... walaupun baru pertama kali bersua muka.. tapi berborak macam dah kenal bertahun2... hehehe..


Tak lepaskan peluang bergambar dengan kak Nor Secubit Garam.  Sapa yang tak kenal dengan Kak Nor kan... handal & sangat rajin memasak... Comel sangat orangnya.. hehehe..
Alhamdulillah.. sanggup turun dari Terengganu utk pertemuan ini.. TQ Kak Nor.. Sekarang Kak Nor sedang sibuk dengan persiapan majlis menyambut menantu sulung beliau pada Sabtu ini.  MaDiHaA doakan majlis berjalan dengan lancar.. Maaf sangat2 sebab tak dapat datang kenduri kak Nor.. keadaan tak mengizinkan..


Gert pun salah sorang yang MaDiHaA kagumi.. Suka intai2 blog beliau..  sesekali tinggalkan juga komen & kadang2 bertegur dalam FB.. mesra sangat orangnya.  hehe... Gert memang handal memasak macam2..  Memang tak sangka sangat2 dapat jumpa dengan Gert yang jauh merantau di Northern California, USA mengikut suaminya di sana.. Thanks for everything Gert..


Kak Nah@Makcik Manggis orang terakhir sampai.. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga jumpa dengan Kak Nah.  Dah lama kenal Kak Nah di alam maya sejak dari MaDiHaA aktif berfotopages hinggalah MaDiHaA ada blog sendiri.  Tetapi baru kini dapat bersua muka.  Blog Kak Nah pun jadi salah satu blog rujukan MaDiHaA juga.. Kak Nah sangat pentingkan kesihatan dalam penyediaan makanan kepada keluarganya... salute sangat dengan akak... Ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye kak..

Kepada semua kakak2 yang MaDiHaA sayangi & amat kagumi.. terima kasih untuk pertemuan ini.  Terima kasih juga untuk semua buah tangan dari kalian.  Semuanya MaDiHaA suka..  Ada rezeki insyaAllah pasti dapat bersua lagi..

Wednesday, March 19, 2014

Gulai Lemak Lambuk Dengan Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370...


Lama dah rasanya MaDiHaA tak masak guna santan.  Kali ni kita ternak lemak pulak ye.. hehe.. takper... sesekali je... janji sebulan tak lebih dari 4 kali guna santan.. janji ye Puan MaDiHaA... jangan mengelat.. hehe..


Gulai Lambuk Dengan Sardin ni sebenarnya.. dah biasa sangat dimasak.  Maklumlah kegemaran en. suami.  Kalau suami beli batang lambuk... takde menu lain dalam kepala.. mesti kena gandingkan dengan sardin atau mackerel dalam tin.  Agak2... lambuk ni sedap tak masak asam macam batang keladi tu ye?  Kalau tengok dari rupa paras lambuk dengan keladi nampak macam sama.. tapi teksturnya sangat2 jauh berbeza.  Batang keladi teksturnya lembik bila dimasak tetapi batang lambuk ni walaupun selepas dimasak.. teksturnya lembut tetapi masih terasa rangup bila dikunyah.  Kalau kawan2 nak tau.. batang lambuk ni tak gatal seperti keladi.  Malah kata en. suami.. batang lambuk boleh dibuat ulam mentah cicah sambal tempoyak atau sambal belacan.  Sebab tu nak masak lambuk ni tak perlu nak celur dulu batangnya macam kita masak batang keladi tu (untuk buang air gatalnya... ehh.. bahasa I.. entah apa2.. hehe.. ) Kalau ada yang tak kenal macamana rupa batang lambuk... boleh tengok kat SINI.  Besar dan subur lambuk dari kampung mertua... tapi lambuk yang en. suami beli baru2 ni kecik2 halus je batangnya... mungkin ditanam kat tanah kurang subur kot.. hehehe... Tak kisahlah tu.. janji lepas mengidam ye dok?


Ok dah jom tengok resepi ulangan ni ye... bezanya resepi kali ni ada dicampurkan sekali dengan daun kunyit... Apa2 pun bolehlah... kita yang buat dia kan...!




Gulai Lemak Lambuk Bersama Sardin
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 atau 2 batang lambuk saiz besar (kalau kecik.. letak le seperdu) ~ disiat kulit luarnya & potong kecil & rendam dlm air.
1 tin besar ikan sardin/mackerel
2 batang serai ~ diketuk 

1 helai daun kunyit ~ disiat2
1 keping asam gelugur
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 ditumbuk lumat
20 - 30 biji cili padi (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
1 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah

Cara Memasak
1. Dalam periuk.. jerangkan santan, bahan2 tumbuk, serai, asam gelugur & garam sambil dikacau2 sentiasa supaya tak membuak.
2. Masukkan daun kunyit & batang lambuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan isi sardin serta sosnya sekali dan kacau rata. (kadang2 MaDiHaA sengaja pecah2kan sikit isi sardin supaya hancur sikit sebab nak bagi kuah jadi pekat.. hubby suka sardin yg hancur2 sikit)

4. Masak hingga agak2 pekat. Tambah perasa (aji) jika suka dan sesuaikan rasanya.
5. Bila dah sesedap rasa.. tutupkan api & bolehlah dihidangkan. Sedap makan dengan nasi panas & ikan masin.

Selamat mencuba!

Tuesday, March 18, 2014

Jagung Manis Rebus... sedapnyerr...

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Kerat 3 setiap tongkol.. senang anak2 nak makan...

Sebenarnya takde resepi istimewa pun hari ni.. saja2 nak upload gambar jagung rebus yang kami rebus masa balik kampung kelmarin.  Ternampak jagung segar orang berjualan kat tepi jalan.. terus ma (mak MaDiHaA) berhenti & beli dua longgok.  6 biji rm10.. beli rm20 dia bagi 13 biji.  Puas hati le anak cucu makan jagung rebus fresh yang manis ni... Orang yang petik jagung ni memang pro... tak muda sangat & takde setongkol pun yang tua... sedang2 sedap dimakan... TQ ma...


Teringat satu ketika dahulu... masa arwah ayah masih ada.. memang arwah ada juga menanam jagung.  Tanam & jual sendiri samada jagung mentah atau jagung rebus kat pasar malam.  Bila musim tanam jagung memang puaslah anak2 makan jagung.  Maklumlah.. tanah bekas tanam cili tak boleh terus diulang tanam cili... mesti tanam pokok lain dulu.. dah habis pokok jagung barulah boleh tanam cili semula.. kalau tidak penyakit susah nak kawal.  Selain jagung arwah ayah tanam juga tembikai yang memang sengaja dihitung hari penuaiannya pada musin bulan puasa... alhamdulillah.. puaslah kami berbuka puasa dengan tembikai tiap hari.  Sayur2 lain pun arwah tanam juga. Sekarang semua tu hanya tinggal kenangan... Sekarang ni.. nak makan jagung ke, tembikai ke, cili atau sayur2 semua kena beli... Kalau dulu semua petik je kat pokok... hehehe...


Jom makan jagung rebus!

Saturday, March 15, 2014

Sambal Sotong Kembang Dengan Kacang Tanah

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Jarang-jarang2 dapat update hari Sabtu.. Hari ni entry autopublish aje.. hehe..  Masa entry ini ke udara... insyaAllah kami dalam perjalanan ke JB untuk bertemu dengan adik bongsu ku di sana. Doakan perjalanan kami selamat ye...

MaDiHaA suka sangat buat sambal kering2 macam ni.  Biasanya.. tempe, ikan bilis & kacang tanah yang jadi mangsa.  Kali ni kita tukar selera pula... gunakan sotong kembang pulak.  Sebenarnya sotong kembang ni lebihan ada tinggal banyak tu je dalam freezer.  Tak tau nak masak apa sebab sikit sangat.  Sebab tu dicampur dengan kacang tnah.  Dah dimasak tu... aii.. sedap pulak.. tambah2 ada kacang tanah goreng tu.. memang feberet!

Jom jamu mata... resepi biasa2 aje kat Dapur MaDiHaA ni.. pernah masak sambal sotong campur kacang tanah yang dikisar.. kali ni cuba dengan kacang tanah sebiji-sebiji pula.. hihi...



Sambal Sotong Kembang Dengan Kacang Tanah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
180 gm sotong kembang (yg siap direndam)
150 gm kacang tanah ~ digoreng garing dgn minyak
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis
1/2 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa
garam secukup rasa

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulang bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
secubit belacan

Cara menyediakan 
1. Rebus sotong kembang hingga masak & toskan. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar sehingga wangi & terbit minyak.  Masukkan gula, serbuk perasa & garam secukup rasa.
2. Masukkan sotong kembang yang telah direbus & asam gelugur & masak sebentar.  Bila kuah nampak pekat bolehlah masukkan kacang tanah yang digoren garing tadi.
3. Gaul rata & siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, March 14, 2014

Tempahan Apam Pilihan Ramai..

Assalamualaikum & salam sejahtera...
KEEP PRAYING FOR MH370

Masih bersedih dengan nasib penumpang & kru pesawat MH370.  Hari Jumaat yang mulia ini marilah kita bersungguh2 berdoa & terus berdoa semoga Allah s.w.t berikan petunjuk & permudahkanlah segala usaha pihak yang terbabit dengan pencarian MH370.  Semoga yang hilang dijumpai semula.  Semoga semua penumpang & kru yang terbabit ditemui selamat semuanya.  Amin.. amin ya Rabbal alamin..

Seperti biasa hari Jumaat dengan koleksi tempahan ye.  Alhamdulillah.. rezeki yang tak putus dariMu ya Allah.  Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi membuat tempahan dengan MaDiHaA.  Segala kekurangan mohon di halalkan dunia & akhirat.

Tempahan dari Rosmah... collect kat ofis MaDiHaA di Taman Sri Manja. 100 apam polkadot & 50 apam ladybug biru & merah. TQVM Rosmah..


Tempahan dari Syida.  Syida pun collect kat ofis MaDiHaA juga. 50 apam ladybug merah inti coklat & 50 creampuff.  TQVM Syida sudi order dengan akak.
 
WhatsApp dari Syida... TQ Syida.... terharu akak membacanya..



Tempahan dari Ita 150 apam polkadot inti campur2.  MaDiHaA deliver kat rumah Ita sebab rumahnya satu blok dengan rumah pengasuh anak MaDiHaA.. jadi senanglah ketuk pintu rumah dia je.. hehe.. TQVM Ita...



Ini pula tempahan dari Norhidayah 50 apam ladybug, 50 apam bee & 50 apam polkadot.  Inti campur2.  TQVM Hidayah... pagi2 dah datang ambil apam kat rumah Sabtu lepas..



Dan yang terakhir... tempahan dari Mastura 25 apam ladybug & 25 apam bee.. inti campur2.  Terima kasih Mas..


Untuk tempahan & pertanyaan.. boleh hubungi MaDiHaA 019-3171150.

Thursday, March 13, 2014

Bihun Goreng Seafood



Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370....


Bila air takde... banyak kerja terbengkalai.. Nak membasuh tak boleh, nak mandi pun kena jimat2... nak masak kena yang ringkas2 saja.  Mujur dalam peti sejuk dah siap dibersihkan segala lauk2 basah.  Tinggal defrost & masak saja.

Menu mudah tak perlu nak masak banyak2 jenis lauk... yang penting sedap & mengenyangkan semua rakyat dalam rumahku.  Alhamdulillah...

Bihun Goreng Seafood
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 
1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
200 gm udang ~ buang kepala & kulit
200 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk hirisan kubis
1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)
¼  biji cili capsicum merah ~ didadu
¼ biji cili capsicum hijau ~ didadu
1 cawan air 
minyak secukupnya
3 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah* 
3 ulas bawang putih* (tumbuk bahan2 bertanda*)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
 

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.

2. Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa.. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.
3. Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.


Selamat memasak...

Wednesday, March 12, 2014

Sup Cendawan Hirisan Daging

Assalamualaikum & salam sejahtera...
KEEP PRAYING FOR MH370...

Nampaknya.. tempias catuan air terkena juga kat kami.  Mula pagi ini... kat ofis air dah takde.. kat rumah pula sudah ada notis dari pejabat maintanance suruh simpan air secukupnya kerana sudah disahkan kawasan rumah kami akan dicatu juga airnya.  Sebenarnya dah lama pun kami bersiap sedia dengan menyimpan air.  Tapi... Ya Allah.. hati tetap berdebar2 juga... Yang paling dirisaukan... macamana nak siapkan order customer?  Yang kedua pula... risau macamana nak cuci baju sekolah anak2?  Cukupkah simpanan air tu untuk 2 hari?  Bab lain boleh difikirkan & cari alternatif lain.. tapi bab tempahan customer & baju sekolah anak2 memang bikin hati gelisah.  Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.

Oklah sekadar berkongsi resepi ringkas kegemaran anak2.  Haziq & kakak Dini paling suka dengan cendawan tiram ni... kalau masak sebungkus 500 gm tu memang sekali hadap je habis kami kerjakan.. hehe.. Cuma si bambam Alin je tak reti lagi makan cendawan ni. Sebenarnya... tempohari en. suami beli 2 pek cendawan tiram ni.. sebungkus MaDiHaA hanya tumis letak rencah bilis je.. yang sepeket yang ini.. campur dengan hirisan daging pula..

Ok dah jom tengok resepi ringkas ni ye..



Sup Cendawan Hirisan Daging
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
300 gm daging ~ dihiris nipis
500 gm cendawan tiram ~ disiat, cuci & toskan
750 ml air atau secukupnya untuk empukkan daging
1 kiub daging/ayam
garam secukupnya
5 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih~hiris
1 sudu kecil lada hitam yang siap dikisar
minyak untuk menumis

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan hiris hingga wangi & kekuningan.  Terus masukkan air & daging.  Renihkan sehingga daging empuk secukupnya. Jika guna daging batang pinang.. sila kurangkan air ke 500 ml sahaja.
2. Bila daging empuk, masukkan kiub daging/ kiub ayam, lada hitam yang dikisar, cendawan & garam sekadar perlu.
3. Masak sehingga cendawan layu & kuah secukup rasa.  Siap untuk dihidangkan.




Selamat mencuba!