Thursday, June 16, 2011

Gulai Lambuk Bersama Sardin

Salam....

Sambung lagi entry masak2 hari ni..... tengah mood rajin & tengah free sikit.. so kita kasi cepat sikit update... kesian banyak sangat gambar dok Q...


Kita layan menu kampung kali ni ye.  Ok inilah dia masakan dari batang lambuk yang aku bawak balik dari kampong tempohari.  Actually masa kat kampong pun dah masak gulai ni.. tapi sebab tak puas makan.. bawak balik jugak batang lambuk tu sebab nak masak kat sini pulak...

Rasanya ramai yang tak kenal batang lambuk kan? Kalau sekali imbas tengok memang ramai yang akan kata batang keladi. Hakikatnya lambuk dengan keladi 'rasa' & 'sifat'nya sangat berbeza.  Rupa fizikal memang nampak sama.. (mungkin dari family yang sama) tapi beza keladi dengan lambuk antaranya ialah.. batang keladi punyai getah yang kadang kala boleh buat tangan kita gatal2 & kekuningan bila menyiangnya.  Kadang kala ada jugak keladi yang terasa gatal ditekak bila di makan (kena pandai2 pilih).  Nak memasak keladi pun kena celur dulu.. manakala batang lambuk tak perlu dicelur kerana azalinya batang lambuk sememangnya tak gatal langsung. Mengikut kata hubby & mertua.. batang lambuk boleh dibuat ulam mentah lagi! Tekstur batang lambuk pun lain dari keladi kerana batang lambuk berlubang2 macam span.  Bila dimasak & dimakan.. batang lambuk  terasa rangup2 sikit berbeza dengan batang keladi yang lembik2 saja bila dimakan.  Apa2pun.. aku suka kedua2nya.. tapi batang lambuk lebih sesuai dimasak lemak.. (tak pasti kalau boleh masak lain sebab selalu nampak MIL gulai lemak samada dengan sardin atau daging.. nanti kita cuba pelbagaikan masakan dari lambuk ni yer.. atau kalau ada kawan2 yang boleh berkongsi idea.. jomlah kongsi2..) manakala kalau batang keladi aku suka masak asam rebus.. 

Ok kepada yang tak kenal rupa lambuk.. sini ada sikit gambar2nya...
Cer tengok saiznya tu... pokok lambuk yang subur memang besar & tinggi... 
Kalau menggulai.. 1 atau 2 batang pun dah penuh satu periuk..
Nama lain bagi Lambuk ialah Kemumu dengan nama saintifiknya.. Colocasia gigantea cv.
 
Batang lambuk yang dah disiang... tekstur dalamannya berlubang2 mcm span.. saling tak tumpah macam pelepah pisang yg kita main chop2 kat lukisan masa sekolah rendah dulu..
Nak masak tak perlu dicelur sebab batang lambuk tak gatal macam keladi..

Ok... kita tengok macamana nak masak lambuk ni yer..

Gulai Lambuk Bersama Sardin
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2
1 atau 2 batang lambuk (agak2 untuk sekali menggulai) ~ disiat kulit luarnya & potong kecil & rendam dlm air.
1 tin besar ikan sardin/mackerel
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
garam secukup rasa

Bahan2 ditumbuk lumat
20 - 30 biji cili padi (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
1 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah

Cara Memasak
1. Dalam periuk.. jerangkan santan, bahan2 tumbuk, serai, asam gelugur & garam sambil dikacau2 sentiasa supaya tak membuak.
2. Masukkan batang lambuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan isi sardin serta sosnya sekali dan kacau rata. (kadang2 MaDiHaA sengaja pecah2kan sikit isi sardin supaya hancur sikit sebab nak bagi kuah jadi pekat.. hubby suka sardin yg hancur2 sikit)

4. Masak hingga agak2 pekat. Tambah perasa (aji) jika suka dan sesuaikan rasanya.
5. Bila dah sesedap rasa.. tutupkan api & bolehlah dihidangkan. Sedap makan dengan nasi panas & ikan masin.


Uniknya lambuk ni.. terasa rangup2 sikit bila digigit..


Selamat mencuba!

32 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam madiha..klu belah2 atie ,lambuk nie di masak rendang ngan kerang...buat kering2!.Sedapnya....Dulu Arwah mak selalu msk camtu...

Mylady said...

Nih first time mylady baru sedar kewujudan batang lambuk..selama nih yang mylady tahu, bubur lambuk jek...thanks madiha for the info...:-)

Yok singgah sini :-
IBUNDA's DELIGHT

izahdaut said...

aduii sedap nye kak..mak masak gulai masam tempoyak jugak batang lambuk ni... sedap

Mak Qis said...

akak suka sangat lambuk neh...tapi kat sini x pernah jumpa lagi..selalu kat kampung la dapat makan...akak suka makan mentah cicah sambal belacan...sedappp

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Azatiesayang: terima kasih berkongsi idea.. nnt bolehlah cuba masak mcm tu pulak.. tak sangka pulak lambuk boleh dibuat rendang yek. tapi logik juga sebab lambuk tak lembek macam keladi & tak mudah hancur.. thanks ye Azatie..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MyLady: hehe.. sama2... saya pun sama gak dulu.. lepas kawin baru tahu ujudnya lambuk yg boleh dibuat gulai ni.. selain Pahang.. kat Perak pun femes gak lambuk ni rasanya..

Sheila Shafeareen said...

ye mmg sdp ni masak lemak cili api btg lambuk ni or masak asam pedas...seleraje okak lauk ni ooohh teguat,leeee

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Izahdaut: oohh... boleh gak yer wat gulai tempoyak.. dapat lagi satu idea.. macihh!! tp masalah pulak sbb akak tak gemor gulai tempoyak.. hehe.. mungkin boleh cuba versi gulai tempoyak Mariam.. yg versi tu akak boleh makan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Mak Qis: tulah husband sy pun ckp boleh wat ulam.. tp belum pernah try lagi.. hehe.. ada sekali dulu husband ada jumpa org jual btg lambuk ni kat pasar pagi kat Taman Medan.. tp tak subur sgt.. batangnya kecik2 aje.. jadilah kan lepaskan rindu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sheila Shafeareen: Memang sedap kan? masak asam pedas pun boleh yer? rampaikan dengan ikan kot ye... tq berkongsi idea..

K.Nor said...

baca citer ratna ni buat k.nor teringin nak merasa lambuk ni.. adehhhh.. :)

cik cek said...

He he ...tetiba kak cek tegelak sensorang...btg lambuk ni kak cek ingat dulu cam btg keladi....selalu jumpa kat pasar malam...mesti sedap masak gulai sardin cam gini kan...amik resepi lagi....tq Madiha...jakun tul kak cek ni....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Kak Nor: hehe.. cian lak kat kakak ku sorang ni.. agak2 kat Pasar Payang takde jual ke kak?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cik Cek: ohh.. akak pernah nampak ye kat pasar malam? tp kena tanya betul2 lambuk atau keladi.. hehehe.. try ler kak.. sedap tauu.. rangup2 gitu..

cikmanggis said...

lamanya tak makan batang lambuk ni..masak asam pedas pun sedap.Kawannya ikan masin..terkenang ...

Wanieyra said...

Pertama kali dengar nama lambuk ni..... teruk betul kita ni

AZLITA AZIZ said...

ita pun baru dengar..
waaaa... seronok lah masuk blog akak ni tau banyak benda baru yg ita belajar.. sekurang2 dapat jugak tambahkan ilmu... TQ dear..

Cendana Kasih said...

kalo akak, suka masak lemak lambuk dengan udang..tp kan, dengan apa2 pun sedap..lauk2 kampung lah katakan..hari2 makan ayam pun boring gak :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

CM: nnt sy try versi asam pulak.. kalau asam btg keladi mmg sy suka.. lawan ngan ikan masin.. mmg mertua lalu pun tak sedar CM..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Wanieyra: ehh.. biasalah tu Ira.. akak dulu b4 kawin pun tak tau gak lambuk ni. dah kawin ngan org kampong ni byk benda baru yg akak tau.. so.. share kat sini ngan kawan2 pulak..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Azlita: sama2 Ita.. saya pun byk belajar bila masuk blog Ita terutama bab2 'menembak' hehe.. kita sama2 kongsi apa yg kita tau..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Cendana Kasih: masak dgn udang lagilah sedap CK.. kat kg MIL tu payah nak dpt udang kak.. yg ada pun kat pasar pagi yg ada seminggu sekali.. tp harganya masyaAllah..!! sedang dpt kat sana 'ikan kurung' tulah agaknya kat sana org biasa msk lambuk ni dgn 'ikan kurung' tu aje.. hehe..

Sizuka said...

k.madihaa,

my mom selalu jugak masak lambuk dulu. tapi i tak penah masak. tak reti nak masak, same goes with keladi :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Sizuka: ikutkan hati mmg rasa mcm tak reti gak nak masak benda2 mcm ni.. tp dah suka punya pasal + suami pulak jenis suka mkn kat rumah + gemar lauk pauk kg.. jd akak terpaksalah merajinkan & membiasakan diri dengan lauk2 kg ni.. hehe..

Rinna said...

Tak penah plak wat gulai sardin ngan lambuk..dan tak penah makan lambuk..kalau org nogori wat masak lemak sardin cam gini laa cuma tak de bawang jerk.. gulai pun ngan kentang.. sedap nyum2 :)

Nieza said...

wahh sedapnya! menyelerakan:)

Juwita Jamaludin said...

salam kak madiha.. sedapnya lambuk.. nak juga... lama tak makan jepun tak de lambuk.. huhuuhhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Rinna: akak jarang buat gulai sardin ni kecuali ngn lambuk ni aje.. biasa sardin masak sambal aje..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Nieza: sardin ni kalau lama tak mkn mmg sedap.. tp kalau kerap sgt pun jemu jugak.. tapikan.. gulai sardin dgn lambuk ni tak jemu lak mkn... mungkin sbb jrg2 jumpa lambuk agaknya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Juwita: salam Juwita.. pandai ye makan lambuk? kalau biasa mkn mesti rindu nak mkn betul tak?

chevy said...

Salam. Selama ni jadi tetamu senyap. kali ni nak komen sket. dulu selalu makan bende ni tak plak tau nama dia lambuk.Susah nak dapat sekarang ni.Tapi dulu mak selalu masak asam rebus je macam masak asam rebus batang keladi..memang sedap ada rasa rangup. Boleh letak ikan lagi sedap.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Chevy: Salam Chevy.. t.kasih jd silent reader blog akak yg tak seberapa ni.. pernah mkn ehh lambuk ni? Sedap kan? mmg susah nak dpt kat bandar.. tp kat kg suami akak byk lagi lambuk ni.. ramai yg kata sedap lambuk masak asam rebus.. nnt leh akak mencuba pulak.. t.kasih berkongsi idea ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...