Friday, April 29, 2011

Kek Pisang Goreng


Assalamualaikum... bertemu lagi kita yer dalam n3 masak2 pulak untuk hari ni...

Tak mau ketinggalan... nak juga merasa Kek Pisang Goreng yang kawan2 tayang kat blog masing2... Lagipun.. nak menghabiskan pisang yang dah agak nazak dalam esbox tu.. hehehe.. Orang kata tak baik membazir. Kalau tengok rupa pisang tu memang takde sapa dah nak makan.. Tapi bila dah jadi kek macam ni.. habis jugak akhirnya.. hehe.. Ok.. ini kek yang dibuat minggu lepas ok...

Dah ramai juga kawan2 yang mencuba kek ni.. Antaranya di dapur Kak Sofea, Hasue, Annaqawina, Mas & kemudian menular pula ke dapur Azlita atau lebih mesra ku panggil Ita yang selalu tayang gambar2 yang mantap!   Bukan saja gambarnya mantap.. tapi 'presentation'nya malatop!  Ok.. hari ni barulah Dapur MaDiHaA pulak tayang kek yang sama... cuma.. kek yang aku buat ni naik membumbung dah memang macam bumbung atau atap rumah pun ha.. bukan salah resepi.. tapi salah sendiri sebab memandai tambah baking powder.. haa.. tulahh... derhaka lagi..! hehehe.. Actually.. bukan apa aku tambah tu.. sebab selama aku buat kek.. aku rasa.. kek aku macam tak berapa cantik naiknya.. aku takutla sebab baking powder aku kurang aktif.  Macam yg pernah aku ceritakan dulu... baking powder aku tu aku simpan dalam peti ais sebab aku beli dalam kuantiti yg banyak!! Macamlah rajin sangat buat kek.. hehehe...

Kek ni baru2 masak boleh tahan gebu.  Bila dibiarkan esoknya.. nampak agak kering sikit seperti kata Ita.. tak boleh biarkan terdedah kena simpan dalam bekas bertutup. (bukan bermakna aku tak tutup.. tapi aku tutup dengan tudung saji jer sebab buat pun dah malam... kek pun masih suam2 lagi..)

Ok... nak ucapkan terima kasih pada yang berkongsi resepi.. Khazaini..  tapi resepi ni aku copy dari dapur Mas. Mas pulak copy dari dapur Hasue.. haa.. biasalah kan.. berjangkit2 gitu.. meriah! hehe

Jom tengok resepi.. 


Kek Pisang Goreng
Resepi Asal : Kha Mytaste
Sumber : Mas Duniaku

Bahan :

    * 250g pisang emas@ lain2 pisang (MaDiHaA guna pisang berangan)
    * 4 biji telur
    * 3/4 cawan gula castor (MaDiHa guna gula perang)
    * 2 cawan tepung gandum ~ diayak
    * 1 sudu kecil baking powder
    * 1 sudu kecil soda bikarbonate
    * 1 cawan minyak suam ~ guna minyak goreng pisang tadi.
    * 1/2 sudu teh esen vanila
    * Sedikit hirisan badam untuk taburan (ini MaDiHaA tambah)

Cara membuatnya :

   1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar.  Blend bersama minyak masak suam tadi.
   2. Sementara itu, putar telur dan gula hingga kembang & putih.
   3. Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
   4. Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.
   5. Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet.  Taburkan dengan hirisan badam dan bakar 160'c  selama 40 min @ sehingga masak (bergantung jenis oven). -Mas dan HaSue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama. MaDiHaA bakar lebih sedikit masa kerana MaDiHaA guna loyang loaf & kek agak tinggi.


Ok selamat mencuba!

Award dari Saza Haiza & Tahniah buat Antan Bertingkah

Assalamualaikum...

Kali ni ku nak update dulu award & juga bunga dari rakan2 blogger yang telah sudi memberikannya pada aku & juga kawan2 yang lain.

Ok.. nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Saza Haiza yang sudi bagi award ni katanya khusus kepada blogger yang banyak memberi maklumat & ilmu masakan.. tak sangka pulak blog setahun jagung Mamawandiha ni turut terpilih.. terima kasih banyak2 ye Saza.. 



Dan kat bawah ni pula ialah award kepada semua follower blog beliau. termasuklah aku salah seorang darinya.  Untuk pengetahuan kawan-kawan semua.. Blog Saza juga penuh dengan maklumat berinformasi serta pelbagai petua yang dikongsikan.. Tak rugi kalau rajin jenguk2 blog Saza sebab banyak betul ilmu & petua yang boleh kita ambil & amalkan.. Thanks ye Saza untuk 2 award ni...




Di bawah ini pula... pemberian dari Antan Bertingkah kepada semua sahabat mayanya sempena ulang tahun pertama blog beliau.. Tahniah diucapkan pada Antan Bertingkah... semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya dan sama2lah kita teruskan minat yang sama berkongsi resepi2 buat semua kawan2 yang sudi bertandang ke blog kita... semoga ilmu yang sedikit itu akan memberi manafaat kepada semua.. amin...




Semoga bertemu lagi & terima kasih.

Thursday, April 28, 2011

Kerabu Mangga & Carrot


Assalamualaikum...

Bersua lagi di pagi Khamis yang ceria.... tiada mendung, tiada hujan.. cerah secerah2nya... harap biarlah cerah sampai ke petang hendaknya..

Pagi ni nak pos dulu resepi Kerabu Mangga & Carrot yang ku buat malam tadi untuk dinner.  Sedap sungguh ku dok meratah... sedang molek selera pun tengah dok mencari benda yang masam2 je sekarang ni.. haii.. apa lagi..  tak habis dimakan dengan nasi jadi aku habiskan meratah kerabunya aje. Sampai cik abang ku kata.. jangan sampai sakit perut malam ni sudah.. hehehe..  

Petang semalam terliur tengok kerabu  mangga dengan daging yang Kak Nor pos ke blog beliau.. tapi aku tak dapat nak buat menu yang Kak Nor kongsikan tu sebab kat rumah takde stok daging kebetulan baru je dimasak utk dinner bersama2 dengan ma & adik2 malam sebelumnya.. Takmo ler hari2 asyik makan daging kan... bahaya.. hehehe.. jadi aku buat jelah kerabu mangga campur carrot yang sempoi ni...

Jom meratah kerabu!!

Kerabu Mangga & Carrot 
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 biji mangga muda (jika mangga besar.. letak 3 biji) ~ disagat kasar
1 batang carrot (kuantitinya mesti lebihkan mangga dari carrot!) ~ disagat kasar
2 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk kasar
2 ~ 3 gengam kacang tanah ~ digoreng, buang kulit & tumbuk kasar
1 gengam kacang gajus ~ digoreng
1 biji bawang besar ~ mayang nipis
6 biji cili padi ~ hiris halus (nak pedas lebihkan!)
3 ~ 4 sudu besar sos ikan nampla (ikut terasa masin masing2... x perlu tambah garam)
2 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis/ cuka makan

Cara2 menyediakannya
Gaulkan kesemua bahan2 di atas kecuali kacang gajus.  Biarkan secukup rasa masam, masin & manis.. akhir sekali semasa menghidang.. taburkan kacang gajus sebagai penyedap rasa.  


Selamat mencuba!

Wednesday, April 27, 2011

Lemak Rebung Dengan Perut


Assalamualaikum....

Jamu mata dengan Gulai Lemak Rebung Dengan Perut yang sangat sedap ni yer.  Walaupun mungkin ada dikalangan teman2 yang kurang sukakan rebung sebabkan baunya tu.. tapi bagi aku.. rebung salah satu sayur kegemaran.  Selalunya kat sini hanya jumpa dua jenis rebung iaitu rebung yang dijeruk macam yang aku masak ni & lagi satu rebung yang berbentuk panjang2 tetapi saiz diameternya lebih kecil gitu.  Yang itu aku belum pernah cuba masak lagi.. kalau di kampong pula... ada sejenis rebung yang boleh dimasak terus tanpa dijeruk terlebih dulu.  Sangat sedap & manis rasanya.. masak tumis air pun dah cukup sedap tak perlu dibuat gulai.. Aku pun baru sekali merasa masa MIL masak tak lama dulu.. tapi agak susah nak dapat... maklumlah rebung dari hutan.. kira nasib sapa cepat dialah yang dapat..

Teringat pulak satu ketika semasa melawat Cameron Highland... berhenti di gerai orang asli ternampak rebung segar yang dijual disusun berderet2. Bila di tanya katanya rebung manis. Aku pun percayalah bila dia cakap rebung tu mereka dah pernah masak dulu & memang manis barulah mereka jual.  Malangnya bila dibawa pulang & dimasak... rasanya agak pahit! Sebelum masak tu aku dah rasa sikit yang mentah memang dah terasa pahit.. terus aku celur dulu buang airnya.. bila masak masih terasa pahit.. tapi masih boleh dimakanlah.. Kecewa sungguh rasa.. ingatkan sama macam rebung manis yang MIL pernah masak dulu.. serik dah rasanya nak beli lagi kalau ke Cameron Highland.. huhuhu...

Oklah dah panjang benar merapu.. hehe.. untuk resepi kali ni.. aku mencuba resepi gulai lemak rebung yang aku ambil dari fotopages seorang yang aku kenali semasa aktif berfotopages dulu.. Kak Jie Jie seorang guru yang sangat peramah & periang orangnya.. kalau berborak tak kering gusi asyik gelak aje.. walaupun tak pernah jumpa tapi kemesraan beliau sangat terserlah.  Terima kasih Kak Jie berkongsi resepi ini ye.. resepinya agak lain sikit dari resepi gulai lemak yang biasa aku masak... bolehlah kalau kawan2 teringin nak mencuba ye... memang sedapp!

Lemak Rebung dengan Perut
Resepi : Kak Jie Jie
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan-bahannya

1 perdu rebung segar ~ dicincang halus dan direbus & tos (MaDiHaA guna rebung jeruk 600 gm ~ direbus & tos juga ye utk buang bau masam)
1/2 kilo perut lembu (MaDiHa guna 600 gm) ~ dihiris nipis dan 3 inci panjang ~ direbus hingga empuk
santan dari 1 biji kelapa (MaDiHaA guna 3 cawan santan sederhana pekat)
asam keping (MaDiHa letak sekeping jer sebab dah guna rebung jeruk)
garam secukupnya
sedikit gula

Bahan untuk dikisar halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
9 biji cili kering
1 1/2 inci kunyit hidup ( kunyit serbuk pun boleh)
1 inci lengkuas
2 batang serai (yang ini MaDiHaA ketuk aje)
sejemput biji ketumbar (MaDiHaA letak 1 sudu besar)
sejemput udang kering ~direndam hingga lembut (MaDiHaA letak 1 sudu besar)
1 biji tomato
2 biji cili merah
7 biji cili api

Cara Penyediaannya 
1. Dalam periuk, satukan santan, bahan yang diblend dan asam keping, masak hingga kuah mendidih.
2. Masukkan garam, rebung dan perut yang telah direbus. Masak hingga sedikit pekat dan keluar minyak.  Biarkan secukup rasa & bolehlah ditutupkan apinya. 





Selamat mencuba!

Tuesday, April 26, 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake



Assalamualaikum.....

Tengahari2 gini... kalau dapat peluk bantal sedap nih.. tambah2 bila perut dah kenyang... adeeiii... sangap2 je kejenya.. hehehe... Oklah.. nak mencerahkan  sikit biji mata yang dah mula nak tertutup ni.. kenalah buat sesuatu yg menarik & tertarik.. antaranya tak lain tak bukan mestilah update blog kesayangan aku nih.. hehehe.... 


Ok... inilah dia kek yang ku buat satu hari dengan  Kek Durian Lembab Marbel Coklat hari tu.... entah apa mimpi boleh siapkan 2 jenis kek dalam masa satu malam... alkisahnya.. minggu tu cik abangku kerja shift malam... so macam biasalah.. balik2 kerja cik abang dah siap masak lauk dah petang tu... ha.. itulah rahsianya aku boleh buat kek sampai 2 jenis tu.. tambah2 kek coklat ni sangat2 mudah dibuat.. semudah ABC gitu... mana tak rajinnya kan?

Oklah... bagi aku kek ni terlalu istimewa sebab tak memerlukan telur malah rasanya sama sedap seperti kek choc moist yg gunakan telur.. memang akan dibuat lagi & lagi... senang & sedap!  Terima kasih banyak2 pada Dayangjack untuk resepi yang dikongsikan.  Izinkan akak letak resepi kat sini pulak ye..

Dah ramai yg cuba kek ni... dan salah sorang yang terawal mencuba ialah  Kak Nor Secubit Garam.  Pastu.. ramailah lagi kengkawan lain yg dah buat.. seperti Ita, Mas, Izah, CT Zaliedana &  ramailah lagi.. maaf kalau ada yang tertinggal ye.. Aku yang sentiasa ketinggalan.. dahlah buat lewat dari orang.. update ke blog pun lambat juga.. lepas 2 minggu baru nak update.. jadilah double ketinggalan.. hehe..



Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : Dayang Jack

Source : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan : loyang 6-7 inci (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan & gunakan loyang loaf)

    * 1 cawan tepung gandum
    * 1 sudu kecil baking powder
    * 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    * 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
    * 2 sudu besar susu tepung
    * 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
    * 1 cawan gula perang
    * 1 sudu kecil esen vanilla
    * 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
    * secubit garam
    * 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
    * 1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara membuatnya :

   1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
   2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
   3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
   4. Masukkan air sejuk dari peti ais, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco @ chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
   5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
   6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
   7. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.  MaDiHaA curah choc ganache & white choc aje..


 Selamat mencuba!

Monday, April 25, 2011

Cucur Udang Rangup


Assalamualaikum....

Sarapan kami pagi Sabtu yg lalu... Nak menghabiskan daun kuchai yang masih berbaki dalam esbox tu.. sayang pulak kalau tak digunakan.. daun kuchai tu  yang ku ambil dari pasu ma masa balik Keratong tempohari.. punyalah dah lama kan? Tapi alhamdulillah.. masih ada yang elok lagi setelah dipilih2.. Sebenarnya dah gunakan sebelum ni buat cucur udang juga masa mak, ma & adik2 datang masa mak bawak durian aritu... tapi masih ada baki lagi.. so.. buat lagi cucur udang yang sama... yang buat dulu tak sempat ambik gambar maklumlah.. dah ramai2 tu... mana sempat nak diposing2kan.. segan pun ye jugak.. hehe...

Selain gemarkan cucur udang biasa yang montok tu... aku suka juga buat cucur udang versi rangup gini... bila makan masa panas2/suam2 tu.. krup krap krup krap aje... memang best! Rangup diluar.. tapi di dalamnya lembut! Even bila dah sejuk sikit pun still rangup lagi... tapi kalau dibiarkan sampai ke petang.. hilanglah rangupnya tu yer...  iyerlah kan.. dah nama pun cucur udang.. bukannya kerepek udang.. hihihiiii... apa2pun..jom tengok resepi mudah ni... 


Cucur Udang Rangup

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng


Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)

Selamat mencuba!



Friday, April 22, 2011

Ikan Sambal Wangi Daun Kesum


Assalamualaikum & selamat petanggg.... 

Dapat jugak bersiaran lagi petang ni seperti yang dijanjikan pagi tadi... Ok.. kalau tadi tayang lauk ayam.. kali ni lauk ikan la pulak ye... Resepi ni aku ambil dari dapur Kak Ummi yang hebat mereka cipta resepi masakan tu... Memang sejak tengok K.Ummi dok tayang tu terus simpan niat nak buat sebab bahan2 pun mudah carik... tambah2 kalau ikan2 bersambal memang feberet sokmo...

Ternyata sememangnya sedap bagai dikata oleh Kak Ummi... tak rugi daku mencuba.. semestinya akan dibuat lagi dalam masa terdekat ni sbb daun kesum masih banyak lagi tu yg aku petik dari kampong.. hehehe.. Thanks ye Kak Ummi berkongsi resepi yang sedap ni.. Memang best... sambal bau harum & wangi jer sebab letak hirisan daun kesum tu.. rasanya pun sedap.. Mintak izin ye kak sy C&P resepi kat sini pulak utk rujukan akan datang..  Maaf ada MaDiHaA tambah2 sikit kat resepi tu.. bukan derhaka.. sebab takde penambahan bahan2 lain pun.. cuma tambah kasi extra aje.. thanks ye kak..
Ikan Sambal Wangi Daun Kesum
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar (atau apa2 ikan pilihan ~ MaDiHaA guna ikan kembong)
  • 15 - 20 helai daun kesum - dihiris halus
  • 2 - 3 biji limau kasturi - diperah airnya
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (optional)
  • 4 sudu besar minyak masak
Bahan Dikisar Kasar/Tumbuk:-
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji cili padi (MaDiHaA letak 8 biji)
  • 1/2 labu bawang besar (MaDiHaA tambah 1/2 lagi tapi tak kisar cuma dihiris & tumis sekali)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan yg dibakar
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
Cara Memasak:-
  1. Ikan yang telah dibersihkan, dikelar, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tuang bahan kisar/tumbuk tadi. Perlahankan sikit api dan masak hingga naik minyak sambil dikacau sekali. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul balik biar rata dan mesra.
  5. Masukkan daun kesum yang dihiris dan jus limau kasturi, gaul rata sekejap. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Sungguh membuka selera..

Selamat mencuba!

Kerutuk Ayam Adabi

Assalamualaikum....
Salam penghulu segala hari... sekejap jer masa berlalu skrg ni kan.. dah pun nak habis seminggu... 

Oklah.. takleh celoteh panjang2 pepagi ni.. ada kerja yg nak dibereskan.. menyelit kejap sbb keje tak byk sangat hari ni.. hehe.. ada masa ptg2 nanti sambung lagi yer... nak bagi cepat2 surut gambor2 yang lama ni.. hehe..

Untuk resepi pagi ni.. resepi yang mudah saja nak dikongsikan... ambil dari paket rempah Kerutuk Adabi.  Actually dah lama dah masak lauk ni... dah berbulan2 rasanya.. Cuma masalah nak menaip resepi tu aje yang buat delay berbulan2 sebab selalu je aku terlupa nak bawak paket rempah tu  ke opis (masih ada sebungkus lagi yg belum digunakan). Ehhh..! yelah jugak kan.... dah namanya datang ke opis nak kerja... apa ke hal ko nak angkut rempah2 ke opis.. hahahahaha...

Oklah sebabkan asyik selalu sangat lupa.. aku pun google2 ler kot2 ada resepi kerutuk adabi ni dalam tenet... akhirnya terjumpa kat periuktanah.blogspot yang pernah pos resepinya kat blog beliau.. Jadi.. nak mintak izin dengan  K.Ann saya nak copy & paste resepi yang K.Ann taip ni ye... terima kasih beribu2 lemon ye sebab saya ni ambik jalan mudah jer... main C&P jer resepi... takpelah kan.. at least dapat gak pahala utk K.Ann.. hehe..

Oh ye.. lauk ni tak pedas tau.. anak2 kecik boleh makan.  Berselera Haziq & Alin makan lauk ni... nanti nak buat lagi ni sebab nak habiskan rempah yang masih ada sepeket lagi tu.  Menurut K.Ann.. kalau nak terasa pedas sikit.. bolehlah ketuk2 cili padi atau rasanya boleh jugak tambahkan sikit cili serbuk nak bagi ummphhh! Tapi kalau ikut resepi original Kerutuk sememanglah tak pedas...

Kerutuk Ayam Adabi
Resepi : Dari paket rempah Kerutuk Abadi

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 peket rempah kerutuk Adabi
800 gm ayam dipotong kecil
2 sudu makan kerisik
1 1/4 cawan santan pekat- daripada 1 biji kelapa
2 batang serai diketuk
80 gm gula merah/ gula melaka
1 sudu teh pati asam jawa Adabi (MaDiHaA guna asam jawa biasa je)
2 cawan air
garam secukup rasa
Bahan A: (dikisar)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Bahan B:( dikisar)
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
1/4 inci lengkuas
Cara Menyediakannya

1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dengan sedikit air.
2 Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan B bersama serai hingga wangi. Masukkan Campuran rempah dan tumis hingga pecah minyak. (gunakan api perlahan dan gaul sekali-sekala)
3.Kemudian masukkan ayam, kerisik, santan pekat, asam jawa, air dan gula merah. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan cili padi yang diketuk. Gaul rata. Jika cukup rasa, bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

Nota MaDiHaA : MaDiHaA kisar campur sekali je bahan A & B tu... tumis pun sekali arong je.
 Kepekatan kuah... ikut citarasa sendiri ye...

Selamat mencuba!

Nota Kaki : Salam takziah buat K.Ann yang baru saja kehilangan puteri kesayangan beliau arwah baby Munirah Huda yang telah pulang kerahmatullah pada 1 April 2011 yang lalu.  Al-Fatihah...

Thursday, April 21, 2011

Kek Durian Lembab Marbel Coklat


Ada banyak masa pulak hari ni.. jadi updatelah lagi yer...  Lagipun.. big-bis boss tengah meeting.. hehe.. Banyak lagi gambar2 tertunda yang perlu diupdate.  Apa nak buat.. masa terlalu cemburukan ku... tak boleh nak update n3 laju2 macam orang lain... OKlah... nak tayang menu durian lagi... actually kek ni dah lama dah buat ni... buat sehari sebelum kami pulang ke Raub minggu lepas memandangkan isi durian  frozen ada lagi... so baik perabis dulu sebelum ambil stok durian baru.. hihihi... Selain kek ini.. buat jugak kek lain... jadi dapatlah bawak balik kg sebahagian dari kedua2 kek yang aku buat tu...

Kek durian ni sememangnya lembab!! Sangat2 lembab tak macam kek yang biasa yang gebus tu...  serupa macam kek coklat lembab kot dia punya tekstur... boleh tahan sedap.. rasanya kalau letak topping coklat lagi masyukkk.. hehe... 

Apa2pun.. terima kasih banyak pada Hanaz yang kreatif mencipta resepi kek durian lembab ni ye...  dah lama benar akak simpan resepi Hanaz ni... sekarang barulah sempat cuba.. maaflah akak dah tukar sikit namanya sebab akak tambah coklat emulco untuk marbelkan kek tu... tak banyak perubahan pun yang akak buat... boleh dikatakan ikut resepi yang asal juga..   Terima kasih Hanaz.  Halal ye akak letak sini resepi yang akak dah edit2 sikit ni ye...

 
Kek Durian Lembab Marbel Coklat
Adaptasi dari resepi Kek Durian Lembab Hanaz Manis
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan2nya

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega cair
3 butir telur gred A
1 cawan gula kastor (MaDiHaA kurangkan 2 sudu besar sebab nak kurangkan manis)
2 cawan tepung gandum
¾ teaspoon soda bikarbonat (resepi asal 1 teaspoon)
1½ teaspoon baking powder (resepi asal 1 teaspoon)
2 teaspoon coklat emulco

Pewarna kuning secukupnya
Sedikit marjerin & tepong gandum utk menggris loyang

Cara2 Menyediakan

1. Ayak tepong, soda bikarbonat & baking powder sebanyak 3 kali.  Ketepikan.

2. Kisar isi durian, susu segar & mentega cair sehingga halus.  Panaskan oven 170C & griskan loyang dengan marjerin & taburkan tepong sehingga rata. Buang lebihan tepong.
3. Pukul telur dengan gula sehingga benar2 kembang & gebu.
4. Masukkan sebahagian bahan2 yang dikisar halus & kacau rata.  Masukan lebihannya dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula sehingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.  Satu bahagian dicampurkan dengan coklat emulco & kacau rata.  Satu bahagian lagi dimasukkan dengan pewarna kuning & kacau rata.
7. Sudukan 3 sudu besar adunan warna coklat.  Sudukan 3 sudu besar adunan warna kuning di atasnya.  Sudukan lagi 3 sudu & diikuti dengan 3 sudu lagi adunan secara bergilir2.  Ulangi sekali lagi proses yang sama.  Step yang ke empat.. sudukan pula 2 sudu besar adunan seterusnya & ulangi sehingga 3 kali ulangan.  sudukan 1 sudu besar untuk pusingan yang seterusnya sehingga adunan habis.  Hentak2kan sedikit loyang supaya adunan turun & rata.
8. Bakar (api atas bawah) dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak (suhu & masa membakar kek bergantung oven masing2). Untuk menguji kek sudah masak.. cucukkan ditengah2 kek dengan lidi penguji sekiranya lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.


Selamat mencuba!

Ikan Tenggiri Lemak Cili Padi Dengan Terung Telunjuk


Assalamualaikum...
Pagi ni masukkan resepi lauk yang dah lama dimasak ni... Resepi ni biasa2 je sebab semua orang mesti pandai masak lauk ni kan..? Tapi takperlah.. untuk rujukan anak2 nanti kan...  Bagi family aku.. kalau masak lemak cili padi.. lebih suka guna resepi yang takde menggunakan bawang.  Lebih sedapp!!  Resepi ni pertama kali aku belajar masa masih sekolah2 dulu... itupun kawan2 ma yang ajarkan ma masa baru2 masuk Felda dulu... Biasalah kan.. peneroka Felda datangnya dari pelbagai negeri... Dari situlah mereka bertukar2 resepi masakan sesama mereka.  Masa baru2 masuk Felda dulu pun.. isteri2 peneroka semuanya masih muda2 belaka... masing2 baru ada anak sorang, dua & ada jugak yang baru berkahwin.. Kiranya masa tu.. masing2 saling bertukar2 resepi masakan dari negeri masing2... Dari situlah mereka belajar masakan dari pelbagai negeri termasuklah ma aku sendiri.  Jika kebiasaannya kami masak lemak cili padi mesti masukkan jugak bawang.  Tapi bila ma cuba masak lemak yang hanya gunakan 2 bahan asas cili padi & kunyit hidup ni ternyata ianya ada kelainan & kena dengan selera kami sekeluarga.  Bila aku dah kawin... rupa2nya mertua aku pun guna resepi yang sama jugak.. hihihi... Tapi bukannya beerti kami tak suka menu masak lemak yang ada  bawang tu.. dua2 pun boleh aje.. cuma ikut cita rasa kami resepi ini yang lebih best! 

Ikan Tenggiri Lemak Cili Padi Dengan Terung Telunjuk
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
3 keping isi ikan tenggiri - dicuci bersih
8 biji terung telunjuk ~ dibelah dua & direndam
1 inci kunyit hidup*
20 ~ 25 biji cili padi* (ikut kepedasan yg disukai) ~ *ditumbuk halus bersama kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan / secukupnya
garam & perasa
1- 2 keping asam gelugur

Cara Menyediakan
1. Dengan api sederhana... jerang santan, bahan tumbuk, serai, asam keping serta garam dan perasa... biar hingga mendidih sambil dikacau selalu agar santan tak berketul2.
2. Masukkan isi ikan tenggiri sambil kacau kuah berhati2 agar isi ikan tak pecah.
3. Masukkan terung telunjuk dan biar seketika hingga ikan masak & terung empuk.
4. Rasakan garamnya.. bila dah secukup rasa bolehla diangkat & dihidang. 

 Comot je pinggan tu... nak cepat masa ni sebab semua orang dah kelaparan.. 
ambik gambar pun ala kadar jer... hehe..

Jemput makan!

Wednesday, April 20, 2011

Chocolate Bottom Banana Square


Assalamualaikum....
Wordless Wednesday ? Letih dah tadi kat SINI.


Chocolate Bottom Banana Square
Recipe owner : Tammys Recipes
1st source : Rima@ bisousatoi
(thanks to all!)

Ingredients
1/2 cup butter - 113g
1 cup sugar ~ (MaDiHaA used brown sugar) dari 1 cup tu MaDiHaA buangkan 3 sudu besar
1 egg
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1/4 cup baking cocoa
1 cup chocolate chips - (MaDiHaA used 1/2 cup only don't want too sweet!)
*tabur almond nibs - ni K.Nor tambah ~ MaDiHaA follow K.Nor



Method
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares


Thumb up!

Tuesday, April 19, 2011

Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai

Assalamualaikum & selamat petang semua...


Hari ni sekali lagi nak kongsikan menu kampong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.  Kalau dapat sambal ni.. takde lauk lain pun takper dah... berselera makan nasi dibuatnyer.. terlupa kejap segala diet2... hehehe...  Memandangkan durian & tempoyak yang baru (tempoyak yang belum masam) kat rumah tu tengah banyak... apalagi kan... kita masak ler sambal tempoyak yang marbeles ni....... Selain durian & tempoyak import dari kampong... petai tu pun dari kampong jugak... Ohya... weekend minggu lepas kami dah balik ke kampong mertua... jenguk2 mertua sambil jenguk2 buah doyan.. hehe.. mekasih ye mak untuk semua2 tu.... sayanggggg makk!!

Kalau u all takde isi durian atau tempoyak yang baru (cuma ada tempoyak yang lama yg dah masam) pun boleh jugak nak masak gini... cuma lebihkan sikit lagi tempoyak  anggaran 2 sudu besar menggantikan isi durian & then.. kenalah tambah gula sebagai penambah rasa... kalau idak nanti sambalnya masam sangat tak syok pulak..  Yang ku masak ni tempoyaknya tak masam lagi.. memang bestttt!!  Feberet kakak Dini jugak ni walaupun dia tak makan petai.. Cuma 2 beradik yg kecik tu je tak makan lagi sambal ni sebab tak tahan pedassssssss...!

JOM masakk jommmm... !


Sambal Tumis Tempoyak Bilis & Petai 
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 papan petai ~ kopek kulit & belah 2 atau 4
secekak besar ikan bilis dibersihkan
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (jika guna tempoyak yg lama/masam)
Minyak masak secukupnya

Bahan2 ditumbuk
20-30 biji cili padi (ikut pedas masing2.. MaDiHaA guna cilipadi merah/masak.. kalau guna cilipadi hijau.. warna sambalnya akan jd warna kuning2 sikit)
1 cm kunyit hidup
3 ulas isi durian (kalau takde.. lebihkan sikit tempoyak)
3 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg baru ~ yang tak masam)
1 cawan air (untuk bancuh ramuan tumbuk tadi)

Cara2 Membuatnya
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan isi durian & tempoyak. Bancuh dengan 1 cawan air hingga menjadi pes yg pekat.
2. Panaskan minyak dlm 1 cawan. Goreng ikan bilis hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar hingga layu kemudian angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yg sama.. tumiskan bahan2 tumbuk/pes tadi hingga masak.
5. Masukkan 1 cawan air / lebih jika perlu (jika suka sambal cair). Masukkan petai dan masak hingga petai lembut/masak. Masukkan bwg & ikan bilis dan masak lagi.
6. Perasakan dengan garam, perasa & gula (jika perlu).
7. Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi.. rasakan biar secukup rasa. angkat & bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas2.  Boleh jugak dicicah dengan jemput2 bawang/bilis & juga lempeng. Memang sedapp!!!


Selamat mencuba!

Monday, April 18, 2011

Kiwi Fruit Muffins


Assalamualaikum....
Kejap je yer dah pun petang... belum sempat lagi nak BW jenguk dapur kawan2... biasalah.. orang bekerja macam aku ni... nak berblog kenalah pandai2 bahagi2kan masa... Kalau 8 jam asyik nak mengadap kerja pun boleh pecah kepala tau... kalau nak tau..  berblogging ni salah satu terapi jugak.. untuk mereleased tension yg ado... hehe.. tapi aku takdelah tension2 kat ofis ni.... relax ajer... almaklum.. dapat bos pun baik... kalau org Tregganu kata.. 'baik macam collek!' kikiki.... Tapi janganlah kata aku ambik kesempatan pulak mentang2 bos baik.. tidaklah begitu... Berblog ni hanya bila rasa2 ada masa terluang taklah sampai kerja yg wajib diabaikan betul tak? 

Hmm.. oklah.. skrg ni baru je rasa free sikit... so lepas ni nak pegi gak ler jenjalan ke dapur kawan2... 2 hari tak jenguk dapur kawan2 macam ada yang tak kena jer.. hehe.. Tapi sebelum tu... jom pekena Muffin Buah Kiwi ni... buat minum petang pun best jugak tauu... Anak2 pun suka muffin ni.. ada rasa manis & masam2 tu. yg buat sedap tu. makan pun tak muak... sekejap jer selamat muffin ni dihabiskan dek anak2... lagipun satu adunan tu dpt tak byk sgt... 

Ok jom tengok resepinya.  Resepi ni dah lama aku ambil dari fotopages MamaFaMi...  dok simpan2 tak terbuat2 jugak padahal mudah yg amat.  Kat source tu aku link ke blog mama ajelah memandangkan kat sini pun ramai blogger aje.. takde yg aktif kat fotopages tu.. (kecuali aku & sebilangan kecil yg lain) hehehe... resepi asal dari Tim Fink allrecipes... thanks to both of u... mama.. saya salin terus je dari fp mama ni ye...

Kiwi Fruit Muffins
Resepi : Tim Fink of AllRecipes dot Com
Source : Mamafami

Ingredients :

1 cup all-purpose flour
1/2 cup sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon ground cinnamon (MaDiHaA letak suku je)
1/4 teaspoon ground allspice (takde.. MaDiHaA ganti dengan serbuk buah pala/nutmeg powder)
Dash salt
1 egg
1/2 cup milk (guna fresh milk)
2 tablespoons butter or margarine, melted
2 kiwifruit, peeled and chopped
1/2 cup raisins (guna sikit je)

Method :

1. In a bowl, combine the dry ingredients.
2. In another bowl, beat the egg, milk and butter. Stir into dry ingredients just until moistened.
3. Fold in kiwi and raisins.
4. Fill paper-lined muffin cups three-fourths full.
5. Bake at 425 degrees F for 15-18 minutes or until a toothpick comes out clean.
6. Cool for 5 minutes before removing from pan to a wire rack.


Selamat minum petang....

Friday, April 15, 2011

Cendawan Sisir Goreng Pedas Bertauhu


Assalamualaikum & salam Jumaat semua...
Maaf kalau ada yang singgah sini tapi tuan rumah asyik dok hidang dengan serimuka doyan tu aje yer.. hehe.. Hari ni terlalu sibuk sikit dengan kerja2 kat ofis ni.. nak BW pun tak sempat.  Pegi mana2 yg dan jer... oleh sebab tu... terus ajelah ke resepi yer..

Resepi kali ni masakan kampong yang jadi kegemaran en. suami ku.  Sebelum kawin memang jarang masak Cendawan Sisir atau nama lainnya Cendawan Kukur ni.. memang jarang jumpa pun.. sekarang sejak suami dah ajar macamana nak masak barulah reti sikit2.. hehe.. Kat PJ ni senang jugak nak dapatkan cendawan sisir ni terutama kat pasar pagi ataupun kat pasar besar PJ kat bahagian sayur kampong.  Selain di masak lemak cili padi.. sedap jugak digoreng pedas macam ni.  Tauhu dicampur tu sekadar nak menghabiskan stok tauhu dalam peti ais... tak letak pun takpe sebenarnya.. oklah.. jom layan resepi sayur kampong ni yer...


Cendawan Sisir Goreng Pedas Bertauhu
Bahan2
3 cawan cendawan sisir 
1keping tauhu ~ goreng & potong kecil
5 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
13 biji cili padi*
1 cm kunyit hidup*
segengam ikan bilis ~ dibersihkan
2 batang serai ~ ketuk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Cara Menyediakan
1. Cendawan dibersihkan. Kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. Rendam cendawan dalam sebesen air.. sauk cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 jatuh ke bawah. Buat 2 atau 3 kali.. kemudian jirus air lalu dan tos. Tumbuk cendawan separa lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan bilis dan tumbuk lagi separa lumat bilis tersebut.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati.
4. Masukkan cendawan & tauhu goreng dan goreng / kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih & ikan masin.... memang menyelerakan..