Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, April 22, 2011

Ikan Sambal Wangi Daun Kesum


Assalamualaikum & selamat petanggg.... 

Dapat jugak bersiaran lagi petang ni seperti yang dijanjikan pagi tadi... Ok.. kalau tadi tayang lauk ayam.. kali ni lauk ikan la pulak ye... Resepi ni aku ambil dari dapur Kak Ummi yang hebat mereka cipta resepi masakan tu... Memang sejak tengok K.Ummi dok tayang tu terus simpan niat nak buat sebab bahan2 pun mudah carik... tambah2 kalau ikan2 bersambal memang feberet sokmo...

Ternyata sememangnya sedap bagai dikata oleh Kak Ummi... tak rugi daku mencuba.. semestinya akan dibuat lagi dalam masa terdekat ni sbb daun kesum masih banyak lagi tu yg aku petik dari kampong.. hehehe.. Thanks ye Kak Ummi berkongsi resepi yang sedap ni.. Memang best... sambal bau harum & wangi jer sebab letak hirisan daun kesum tu.. rasanya pun sedap.. Mintak izin ye kak sy C&P resepi kat sini pulak utk rujukan akan datang..  Maaf ada MaDiHaA tambah2 sikit kat resepi tu.. bukan derhaka.. sebab takde penambahan bahan2 lain pun.. cuma tambah kasi extra aje.. thanks ye kak..
Ikan Sambal Wangi Daun Kesum
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar (atau apa2 ikan pilihan ~ MaDiHaA guna ikan kembong)
  • 15 - 20 helai daun kesum - dihiris halus
  • 2 - 3 biji limau kasturi - diperah airnya
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (optional)
  • 4 sudu besar minyak masak
Bahan Dikisar Kasar/Tumbuk:-
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji cili padi (MaDiHaA letak 8 biji)
  • 1/2 labu bawang besar (MaDiHaA tambah 1/2 lagi tapi tak kisar cuma dihiris & tumis sekali)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan yg dibakar
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
Cara Memasak:-
  1. Ikan yang telah dibersihkan, dikelar, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tuang bahan kisar/tumbuk tadi. Perlahankan sikit api dan masak hingga naik minyak sambil dikacau sekali. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul balik biar rata dan mesra.
  5. Masukkan daun kesum yang dihiris dan jus limau kasturi, gaul rata sekejap. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Sungguh membuka selera..

Selamat mencuba!

10 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak,lauk akak nih wat sy terliur lah..Wangi dun kesum tuh yg best tu..

Cendana Kasih said...

akak suka daun kesum..kengkadang buat masak lemak pun letak daun kesum..best..wangi jer..

Lya Colours said...

fuhhh sedap ni. lately blogger masak2 ramai yg masak ni. nak try la weekend ni. hihi

izahdaut said...

akak..saya baca je tajuk dah terbayanng2 wangi n kesedapannya..
geram nengok lauk tu

cik cek said...

Salam Madiha...

Wah! sume org pun masak2 ikan.... menu ni nampak menyelerakan...kak cek amik resepi dulu ya ....tq kongsi2 resepi....kechur tgk sambal tu...

Ummi said...

Ratna, terima kasih sebab sudi mencubanya dan promot baik punyerrrr....hehehe...harap2 yang lain pun akan cuba dan suka dgn resepi nih...amboiii nak buat lg eh..ya laaa..mentang2 byk daun kesum tu eh..seblm layu..kan..kan..Thanks sekali lg Ratna..muaahhh

Citarasa Rinduan said...

ayu hari2 guna daun kesum kat citarasa rinduan
nampaknya daku kena try nie... resepi kak ummi mmg kena try..

PS: kak ratna, selamat berhujung minggu...jalan2 ambil mood berblog

Mamasya said...

Tertinggal beberapa entry Ratna...kena maraton ni..
nengok kek coklat durian tu...nampak moist..ada coklat durian..yummm. kerutuk ayam mmg sedap apatah kalau mkn dgn pulut kuning.
ikan tu letak daun kesum...ada limau..masam2 sikit...membuka selera.
re; kg traditional Morten ni terletak di dlm bandar Melaka dan dijaga keasliannya,rumah2 kat situ semua tak berpagar dan semua rumah traditional...tak da yg moden.mrk tinggal di situ, mana2 rumah yg cantik mcm sy singgah tu mmg dihias utk tujuan pelancong berkunjung dan mrk juga masih tinggal di rumah tersebut.

Sari Yusa Ibrahim said...

amboiiii.. kan main bselimut lagi ikan tu yek.. hik2

Mama Gee said...

ades kak...dpt gak idea nk masak utk ari minggu ni..nnti nk wat kak...heheee simple je tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com