Friday, December 30, 2011

Rose Apple Muffin

Assalamualaikum...




Alhamdulillah bersua lagi kita di hari Jumaat yang terakhir dalam tahun 2011.  Syukur alhamdulillah kerana dipanjangkan umur & memberi peluang lagi untuk kita tempuhi lagi cabaran tahun 2012 yang bakal menjelang tak lama lagi.... Pelbagai suka & duka yang mungkin telah kita lalui sepanjang tahun 2011 ini.. semoga yang suka itu memberi kita kenangan yang indah dalam hidup kita untuk dikenang & disimpan dalam lipatan memori kita sampai bila-bila... manakala jika terdapat kenangan duka & pahit pula... biarlah ia berlalu pergi & semoga ianya dijadikan pengajaran bagi mengharungi tahun2 yang mendatang... Mungkin ada rahmat di sebalik segala kejadian & redhalah atas apa yang terjadi.. Segala yang baik itu semuanya datang dari Allah S.W.T & yang serba kekurangan itu datang dari diri kita sendiri.. Wallahualam..


Oklah meneruskan entry pada hari ini yang mungkin juga entry penutup bagi tahun 2011 ini.. aku nak share resepi ringkas saja... akan tetapi ianya agak menarik perhatian ku.... Pertama kali nampak Rose Apple Muffin dalam blog Umm Mymoonah@ Taste Of Pearl City tempohari.. hati dah teruja nak mencuba.  Bertambah semangat nak mencuba bila muffin ini ada campuran pisang & epal.. mesti unik rasanya. Akan tetapi daya penarik utama muffin ini mestilah bunga rose yang dibentuk dari buah epal yang sangat cantik tu... Suka betul menengoknya.. hehe.. Tapi biasalahkan tangan orang kurang berseni buat... hasilnya tidaklah begitu cantik berbanding muffin yang dihasilkan oleh Umm Mymoonah... hehe.. Apa2pun.. muffin ni rasanya memanglah sedap lebih2 bagi penggemar pisang macam aku.. mestilah kata sedap.. hehe... Gandingan pisang & epal serasi jugak rupanya..

Thanks to Umm Mymoonah for sharing this adorable muffin recipe... arranged the apple slices roses are a bit tough for me... but it was so fun! But mine is not so pretty like yours... hehehe... Ok Umm.. hope you don't mind I share the recipe here for my record & may be there are somebody interested to try it... Thanks again!



Rose Apple Muffin
Recipe: Umm Mymoonah @Taste Of Pearl City
Source: MaDiHaA a.k.a Ratna

Ingredients:
All purpose flour- 150 g
Sugar- 50 g
Egg- 1
Banana- 1(mashed)
Apple- 1 1/2
Vanilla essence- 1 tsp
Butter- 50 g (melted)
Baking Powder- 1 tsp
Bicarbonate of soda- 1/4 tsp
Lemon juice- a squeeze



Method:
Take half of the apple, peel and chop it.  Add a knob of butter in a pan, add the chop apples and cook it until softened. Let it cool down for a while.  Take the whole apple and slice it finely with skin.  Add a knob of butter to the pan, add the sliced apples and cook until it looks soft, add a squeeze of lemon juice and take it off from heat.
Sift the flour, baking powder and soda in a large bowl, add the sugar to this mixture and mix well. Add the chopped and cooked apples to the flour mixture and mix it well to coat the apples with flour mixture. Beat the eggs, vanilla essence and banana.  Add the melted butter to it and mix it again.  Add the dry ingredients to the wet ingredients and stir just to combine, do not overmix it, you might result in hard texture muffin.
Preheat the oven to 180 degree Celsius.  Grease the muffin tray with butter.  Spoon the mixture into the tray.  Now comes the fun part, start making the floral shapes on top.  You can either make the floralshapes separately in a plate and then keep it on top of the muffin mixture or start arranging them in the mixture itself.  If you arrange them in the mixture itself, it bind well with the texture , but your hands get messy and bit tough.  When you arrange it on the plate and then if you fix it, it's quite easy job, but it stands out separately.
Right to make it, just take the sliced and cooked apples and start forming it like rose petals by gently folding them.  Place it on top of the mixture.  Bake the muffins in the preheated oven for 20- 25 minutes.  Carefully insert a skewer on the side to check if it's cooked.  Remove it from the oven, let it cool down for 5 minutes in the cooling rack.  Serve it while they are still warm.

Note:
If you find the floral shapes on top are bit tough, you can skip that process and make just the muffin, which is delicious on it's own.

Nota MaDiHaA: Sekiranya perlu MaDiHaA alih bahasakan resepi di atas.. sila beritahu ye. Thanks!.



Selamat mencuba!

Thursday, December 29, 2011

Tempahan Puding Lagi.. alhamdulillah..

Assalamualaikum...

Pagi ni tiada resepi ye.. sekadar update tempahan 2 tray puding marbel baru-baru ni.  Sebenarnya tuan yang menempah nak puding ni pada 25hb Disember... tapi aku terpaksa hantar cepat sehari sebab tiba2 je cik abang ajak bercuti ke Melaka.. adeeiiii..... kitorang ni memang selalu je last minute kalau nak kemana2.. Nasib baik puding ni jenis kuih tahan lama (kalau simpan dlm peti ais la) jadi takde masalah walau buat awal sehari dua... puding masih elok... Jadi.. sampai jugaklah hajat tuan rumah yang nak hidang puding marbel ni pada tetamu untuk jamuan kat rumahnya sebab tuan rumah taknak tukar ke menu lain (yang boleh ditempah melalui orang lain). Dan alhamdulillah... lepas hantar puding ni pagi 24hb Disember Sabtu lepas.. kami terus meneruskan perjalanan ke Melaka.... adeeiii... jalan jem teruk betul selepas tol Sungai Besi.. ingatkan sebab ramai orang balik kampong.. tapi rupa2nya ada kemalangan teruk antara 2 bas, kereta (tak pasti berapa biji) di jalan bersebelahan. Tak pastilah ada melibatkan kematian atau tak.. tapi aku nampak kereta proton tu terperosok bawah bas dibahagian depan.. dah jadi macam sandwich.. takutnya! Hmmm.. eksiden di jalan sebelah.. tapi jalan sebelah kami pun jem teruk juga... hehehe.. biasalahkan rakyat Malaysia sangat prihatin.. tak dapat turun untuk menolong pun takpe asalkan dapat melihat dengan penuh rasa simpati... & then yang penting lepas tengok kemalangan itu.. tentu masing2 akan memandu kereta penuh berhemah & berhati2....

Oklah.. panjang pulak menceceh... kat bawah ni puding yang ditempah tu... 



2 loyang aje... Terima kasih Kak Bibah yang mengorder melalui Sujah...

Jumpa lagi...

Wednesday, December 28, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang

Assalamualaikum...


Menu yang ringkas tetapi sangat sedap! Resepi ni memang nampak berjela2.. tapi hakikatnya ianya sangat mudah nak sediakan.. kalau taknak pening2kan kepala.. sila rujuk resepi yang MaDiHaA dah ringkaskan di sebelah bawah tu ye... Resepi yang agak panjang & lengkap dengan segala penerangan tu adalah dari tulisan tuan punya asal resepi iaitu saudara Mamak Haji. Terima kasih banyak2 ye tuan haji kerana berkongsi resepi yang sedap ni.. Minta izin letak resepi kat sini... Terima kasih juga pada Kak Wattie & Kak Ayu yang terlebih dulu mencuba resepi ni.




AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG

Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes & Kak Ayu Singapore

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 .
Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.

3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.

Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.

1 tsp serbuk lada hitam.

3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.

1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).-(Ayu tak letak ni)
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin). -(Ayu gunakan cili kisar)
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.

 Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.

2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.


Dibawah ini adalah resepi yang MaDiHaA ringkaskan untuk memudahkan puan2 semasa memasak.


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes, Kak Ayu & MaDiHaA

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok)
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes)
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah)


Bahan kisar

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU.

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!

Tuesday, December 27, 2011

Creamy Chicken Soup.... yang diganding dengan G.R...

Assalamualaikum...

Ahaaa... inilah dia Creamy Chicken Soup yang digandingkan dengan Garlic Rolls dalam entry pagi tadi! Gandingan yang sangat mantap! Thanks pada Tun Telani dengan perkongsian resepi ini yer. Thanks juga pada owner of the recipe... but rasanya resepi ni Tun ada ubah sikit sana sini... I just follow apa yang Tun tulis.. & hasilnya memang bestlah! Anak2 & husband semua puji & order lagi... hehe...

Minta izin ye Tun letak resepi kat sini... TQ dear!

Creamy Chicken Soup
Adapted from: Mohammad Roslan
Sumber: Tun Telani


Bahan2:

    * 50 g butter/margerine
    * 1 bj bawang besar- dadu
    * 2 ulas bawang putih- tumbuk
    * 1/2 cawan tepung gandum
    * 1 keping dada ayam- hiris nipis
    * 2 kiub ayam
    * 1 liter air
    * 1/2 tin susu sejat
    * 1 sk dried oregano
    * garam


Cara2:

    * Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
    * masukkan bawang putih dan tumis lagi.
    * masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kiub ayam. masak sampai kiub ayam larut.
    * kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
    * masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
    * masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
    * perasakan garam dan masukkan oregano.
    * siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread.


Selamat mencuba!

Garlic Rolls (without egg) againnn.......

Assalamualaikum.....
Entry ringkas je pagi ni... Tayang Garlic Rolls yang enak banget nih lagi....... harap tak jemu yer sebagaimana kami yang belum jemu2 bersarapan dengan Garlic Rolls yang memang best ni... haha... Kalau dulu gunakan garlic spread ready made yang beli dari kedai... kali ni aku gunakan garlic spread buat sendiri seperti dalam resepi cuma digantikan daun ketumbar dengan parsley flakes kering yang dibeli dari kedai bakeri.. memang mantopp!!


Untuk resepi silalah klik di SINI yer... Dah ramai juga yang dah mencuba... & ada juga yang belum teringin nak mencuba.. Pada yang dah mencuba pasti akan buat lagi dan lagi... hehe... Seadunan gerenti tak cukup punya!


Sekarang kalau nak buat Garlic Rolls kena buat 2 adunan terus.... kalau tidak ada yang merungut tak cukup.. hahaha...


Roti ni dah jadi menu feveret kami khasnya utk breakfast... hehe... Thanks Suhaina for this lovely recipe... my kids love it very much!

Jumpa lagi..

Monday, December 26, 2011

Maltesers Square

Assalamualaikum...


Bersua lagi... 




Sebelum meneruskan coretan..  MaDiHaA nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan sekalong tahniah kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR baru2 ni. Semoga terus berjuang & terus sukses di masa mendatang yer adik2..
 
Oklah takmau membebel panjang2... masih ada tugasan yang menunggu. Kali ni nak kongsikan eksperimen terbaru yang dibuat hari selasa (mlm) baru2 ni.  Sebenarnya pertama kali nampak Maltesers Square (MS) ni di blog Ita Masam Manis hati dah mula terpaut... terpegun betul!  Selang beberapa hari terus mencari bahan2nya di Giant & kalau boleh nak mulakan eksperimen secepat mungkin... tapi apakan daya ada saja halangannya. Last2 bahan2 yang disimpan dalam almari terperap berbulan jadinya disebabkan terlupa.. hahaha... Pastu baru2 ni nampak Kak Ummi pulak dok tayang. Terus tersentap & barulah teringat balik kat bahan2 yang ku beli masih belum terusik dlm almari tu.. Mujur anak2 tak perasan.. kalau tak dah lama dah benda2 tu dikerjakan dek anak2... hahaha.. Jadi sebelum anak2 kerjakan.. malam tu juga aku kerja2kan!  Maka kali ni tertunailah juga hajat hati nak membuat Maltesers Square ni... alhamdulillah.

Sebenarnya.. tarikan utama nak membuat MS ni bukan sebab nak tau rasanya macamana. Sebab aku sendiri dah boleh agak dah benda ni mesti manis punya! Seriau! Ita pun ada sebut pasal benda ni memang manis.. Kak Ummi pun ada sebut juga... (Memang manis meleting MS ni walaupun aku dah kurangkan sukatan golden syrup tu.) Tapi sebab utama aku nak buat sangat MS ni sebab rupanya yang sangat comel tu.. sooooo cute! Apa2pun.. dinasihatkan terlebih dulu yang MS ni sangatlah tak sesuai terutama bagi yg mengidap diabetes mellitus memang dilarang mencuba yer.. Kalau nak cuba juga.. try at your own risk! hehe.. MS ni pun anak2 berkongsi dengan anak2 jiran masa dorang keluar main kat depan rumah tu.. Bagi juga kat baby sitter so dapatlah budak2 kat rumah baby sitter tu merasa sorang sikit.. hehe.. Tak berani nak makan sangat & anak2 pun kurang juga benda2 yang terlampau manis ni..

Mintak izin ye Ita akak letak resepinya kat sini.. Thanks also to Dailydelicious for sharing this cute sweets titbits. Oh ya.. sebelum terlupa.. apa yang terjadi pada kak Ummi aritu sama gak jadi pada ku.. hehe.. iaitu maltesers hiasan sebanyak 100 gm tu memang tak cukup nak penuhkan loyang 8 inci. Jadi hanya separuh saja yang ada hiasan MS kat atasnya & selebihnya MaDiHaA cuma paipkan dengan coklat masakan perisa strawberry tu aje.. cun juga.. tapi yang ada hiasan MS tu lagi cun! hehe...


MALTESERS SQUARE
By : Home Bake by Eric Lanlard
Sumber 1 : Dailydelicious
Sumber 2 : Azlita Masam Manis

Bahan2
100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan (MaDiHaA guna 2 s/b saja)
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers (rasanya guna 200 gm baru cukup utk hias semua permukaan loyang 8 inci)
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan (yang ni MaDiHaA tak guna)


Cara2 menyediakan
1. Kisarkan biskut hingga halus.
2. Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hingga rata.  Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.  Tuangkan dalam loyang & ratakan. Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hingga beku.
5. Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan. Potong kecil dan siap untuk di hidangkan..


Nota MaDiHaA: untuk pastikan penggunaan MS mencukupi.. sila beli MS sebanyak 3 peket besar. (150 gm x 3) 


Selamat mencuba!

Thursday, December 22, 2011

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum...

Bersua lagi... Hari ni mendung jer dari pagi sampai ke tengahari.. sebentar tadi pun hujan juga & cuaca masih lagi mendung kat luar sana.. sejuk2 ni sedapnyer kalau dapat dating dengan bantal & selimut kan? kekekeke... Oklah.. takmau bebel panjang2 sebab masih banyak tugasan lain yg perlu disiapkan... Kali ni sekadar berkongsi resepi yang simple masak untuk anak-anak 2 hari lepas.  Kebetulan batang celery lebihan masak Daging Lompap ada lagi.. jadi terus teringat nak masak spagetti ni sebab bahan2 lain pun memang dah ada kat rumah tu. Anak2 minggu ni tak hantar ke baby sitter & kerap ditinggalkan kat rumah sebab ayahnya kerja shift malam.. Jadi pagi2 kenalah bangun awal masakkan sesuatu untuk mereka kat rumah sebelum bersiap ke tempat kerja.. 


Spagetti Bolognese ni memang kegemaran semua anak2 sebab tak pedas.  Tapi ayahnya kurang suka pulak... katanya terlampau masam & tak pedas jadi tak berapa kena dengan seleranya.. hehe..  Jadi untuk memikat selera suami & supaya anak2 masih boleh makan... terpaksalah MaDiHaA ubahsuai sikit resepi asal mengikut citarasa keluarga dengan sedikit penambahan bahan2 yang mungkin tak sepatutnya ada dalam resepi asli sos bolognese ni... Takperlah kan.. janji orang Itali tak marah sudahlah.. Yang penting family kita suka & dapat menjamu selera... hehe...

Ok jom tengok resepi campak2 ni... rasanya semua orang pun dah pandai masak sos ni kan.. Lagipun.. sekarang semua benda pun dah ada yang segera macam sos spagetti tu.. lebih memudahkan kerja.. cuma tambah2 bahan lain je terus siap sos ni.. memang simple.  Tapi takperlah.. sekadar berkongsi cara masing2 & juga untuk rujukan anak2 nanti... letak jugaklah resepi kat sini..


Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan
500 gm spagetti
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak biasa
1 sudu kecil garam
air secukupnya
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggaul selepas spagetti direbus

Bahan Sos
1 biji bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu kecil serbuk paprika
400 gm daging kisar ~ dicerai2/ dihancur2kan sebab ia berbuku dlm bungkusan tu
3 cawan air
1 kiub ayam/lembu/1 sudu kecil Tumix (salah satu je)
1 tin sos spagetti prego tradisional
2 biji tomato ranum saiz BESAR ~ didadu
1 ~ 2 batang celery ~ didadu halus 
1 tin cendawan butang/straw (MaDihaA guna straw mushroom) ~ dihiris
2 helai bay leaves
½ sudu kecil oregano
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri/ 3 sudu besar sos tomato (MaDiHaA guna sos tomato sebab taknak masam sangat... takut husband tak suka.. hehe..)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak & sedikit butter untuk menumis

Bahan tambahan
Serbuk parmesan cheese secukupnya

Cara menyediakan
1. Dalam periuk yang sesuai rebus spagetti bersama semua bahan lain hingga lembut. Toskan sebentar kemudian gaulkan dengan beberapa sudu minyak zaitun lalu gaulkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak & butter kemudian masukkan bawang putih & bawang besar. Kacau2 hingga wangi & nampak layu. Masukkan serbuk paprika & kacau lagi.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata sehingga berubah warna. Masukkan sos spagetti & air didihkan sebentar hingga daging masak.
4. Tambahkan tomato, celery & cendawan. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam, tomato puri/sos tomato, sos cili, bay leaves & oregano. Biar mendidih & kuah agak pekat sedikit. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.  
5. Hidangkan spagetti dengan sosnya & taburkan dengan serbuk parmesan cheese semasa menghidang.


Selamat mencuba!

Daging Lompap lagi....

Assalamualaikum...


Sebelum sibuk... quick update dululah.  Pepagi ni.. layan menu ulangan dululah ye... menu Daging Lompap ni dah menjadi menu kegemaran kami sekeluarga kecuali si kecik bam-bam tu jer yang belum boleh makan pedas-pedas. Haziq sekarang macam dah boleh makan pedas sikit2.  Senang sikit kerja ibu.

Terima kasih pada Kak Chek untuk resepi yang marbeles ni yer... Suami memang berkenan sangat dengan resepi ni almaklum ada campuran cili padi... Digandingkan pulak dengan hirisan celery tu... memang elok sangatlah kan sebab boleh seimbangkan zat yang kita ambil.  Daging merah memanglah tak elok sangat di makan sebab ikut kajian boleh buat tekanan darah kita naik (kalau ambil berlebihan). Celery pula... mujarab untuk merendahkan kadar tekanan darah dalam badan kita.. haa... kan seimbang tu.. hehehe... 

Dulu2 cik abang memang kurang suka dengan celery... lepas suatu ketika dulu bila tekanan darahnya naik sikit masa berjumpa doktor... doktor sarankan suami minum jus berkhasiat yang menggunakan peria, celery & epal hijau. Ada pula sorang aso masa hubby beli celery banyak2 cakap boleh campurkan dengan buah kundur untuk menambahkan khasiat dlm jus tu (fungsi kundur kurang pasti pula elok untuk apa).  Alhamdulillah selepas amalkan beberapa ketika... tekanan darah suami dah normal.  Seboleh2nya suami taknak makan ubat.. sebab tu dia sanggup minum jus yang tak berapa nak sedap tu.. kikiki... jus tu pun dia sendiri yang buat.. mek dia bukan taknak tolong.. tapi mek dia ni kalau kat rumah tugasan lain pun dah melambak2 menunggu.. jadi apa salahnya suami buat sendiri kan... tu juga namanya saling bekerjasama...

Ok resepi Daging Lompap ni ku letakkan sekali lagi mudah untuk rujukan kawan2 nanti... TQ Kak Chek cayang.... hehe..

DAGING LOMPAP 
Resepi : Kak Chek
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
BAHAN-BAHANNYA
 
     500 - 600 grams...dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan.. (guna 500 gm je sebab nak lebihkan celery)
     13 biji cili padi* (MaDiHaA lebihkan sikit)
     3 biji cili hijau*
     1 biji bawang besar*
     1 inci halia*
     2 ulas bawang putih*
     1 batang serai dititik...
     2 biji cili merah dipotong serong2.. (MaDiHaA tak letak)
     1 batang celery dihiris2... (MaDiHaA letak 3 batang..)
     1 ketul chicken cube (ganti dengan Tumix 1 sudu kecil)
     Garam...sedikit gula secukup rasa
     1 keping asam keping...
     Minyak secukupnya untuk menumis
     Sedikit air....


CARA-CARA PENYEDIAANNYA
1. Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
2. Panaskan minyak... tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
3. Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
4. Masukkan chicken cube, garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....
Selamat mencuba!

Wednesday, December 21, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread

Assalamualaikum..


Tiba2 jer rajin meroti sekarang ni.  Belum pun kebah demam garlic rolls (yang dah 2 kali buat & ada permintaan lagi tu..).. sekarang ni demam Cinnamon Pull Apart Bread pulak.. Ramai yang dah mencuba roti yang sedap & wangi ni bila ia disebarkan oleh Shidah & Kak Nor. Bila nampak Tun Telani buat & tunjukan step by step... terus rasa tak sabar nak buat.. actually resepi memang dah print siap2 & masuk list.  Menunggu masa jer.. hehe.. Tapi tulah.... anak2 agak kurang gemar pulak  dengan roti ni berbanding dengan Garlic Rolls tu.. Makan jugalah.. tapi kurang laju.. Ibu dia jer yg suka dengan cinnamon ni... Takperlah.. boleh ibu dia pulun lebih sikit! haha.. Tengah sedap2 bersarapan dengan CPAB kat opis aritu.. tiba2 nampak Izah tayang roti dia pulak... hehehe.. Pastu virus ni terbang pulak ke Finland.. sapa lagi kalau bukan si Nieza yang rajin mencuba macam2 resepi tu.. memang cepat betul merebak virus bawaan Kak Nor ni kan... Tapi takper virus yang baik2 ni memang elok merebak ke sana sini biar semua orang tau kesedapannya...

Oklah.. aku macam biasalah.. walaupun dah buat lama.. sokmo terhegeh2 nak update... Terima kasih ye Kak Nor & Shidah untuk resepi ni... TQ jugak pada Tun Telani sebab tunjukkan gambar step by step... Pada kengkawan yang terlibat mintak izin letakkan resepi CPAB kat sini pulak yer... Terima kasih semua!





CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah, K.Nor & Tun Telani

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung (MaDiHaA tambah lagi 2 sudu besar)
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar (MaDiHaA guna 1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) (MaDiHaA guna 1 1/2 sudu kecil je)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
Note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu doh naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

Doh yang telah naik ditumbuk2 untuk membuang angin. Kemudian dicanai (MaDiHaA bahagikan kepada 2). Sapukan dengan butter cair. Tabur gula campuran tadi. Kerat kepada 6 bahagian.

Susunkan ke enam2 kepingan tadi berlapis2. Potong lagi kepada 6 bahagian.

Susun di dalam acuan yang telah disapu butter seperti dalam gambar. Tunggu lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.

*boleh juga rujuk kaedah membentuk roti di link Joy OF Baker atau Shidah


Bila doh dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan. Bakar selama 30 - 35 minit suhu 175C sehingga atasnya kelihatan perang keemasan. Boleh tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil jika taknak nampak hangus sangat bahagian atasnya kira2 selepas 20 minit di bakar.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.


Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.


Selamat mencuba!

Tuesday, December 20, 2011

Tart Kentang

Assalamualaikum...


Alahaii.. hujung2 tahun ni sibuk betul kat ofis ni.... terpaksa curi2 masa update blog kesayangan ni.. idak nanti kang berhabuk pulak.. hehe...

Oklah.. takmau bebel panjang2.. masa pun terbatas.. jadi terus ajelah dengan resepi untuk dikongsikan hari ni yer.. Resepi yang aku cuba ni diambil dari blog Puan Ros ni telah menjadi kegemaran anak-anak.  Dapat agak banyak & puaslah anak2 berangkut.. Maklum sajalah musim2 hujan anak2 semua kelaparan kat rumah tu... Sebenarnya anak2 memang sukakan makanan jenis2 macam ni.. kalau kuih2 manis tu.. dorang pilih2 sikit.. Tu yang seronok buat kuih2 gini sebab kejap aje licin.. Bukan setakat anak2 aje suka.. ayahnya pun sama jugak.. ibu dia jer yg malas sikit nak prepare kuih2 gini.. maklumlah byk keje sikit berbanding kuih2 manis yg boleh masak 'bedebok' kata orang Terengganu.. hehe.. Bedebok tu maknanya masak seketul besar gitu macam kita kukus kuih seloyang tulah... tak perlu nak buat satu2 atau sebutir2 mcm kuih2 savoury.. kan ke remeh kerjanya tu.. ehh.. byk lak menceceh.. ok layanlah gambar & resepinya yer..


Terima kasih ye Puan Ros untuk resepi Tart Kentang yang sedap dan mengenyangkan ni.  Saya minta izin letak kat sini pula resepinya.. Ada sikit ubah suai sebab saya gunakan kentang yang agak besar saiznya jadi terpaksa tambah lagi kuantiti bahan2 terpilih untuk seimbangkan resepi. Saya juga menambah sedikit tepong sebagaimana saranan Puan Ros tempohari.. Yelahkan.. Puan Ros buat dulu tu rasanya eksperimen pertama kali jadi tentulah ada kekurangan di mana2.. Alhamdulillah bila dah tambah tepong tu.. elok tartnya tak melekat pada acuan.. Senang nak keluarkan.. Terima kasih banyak2 ye kak...


Tart Kentang
Resepi : Puan Ros
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
(MaDiHaA dapat 24 biji tart saiz muffin pan yg besar)

Bahan-bahannya
5 biji kentang ~ dikupas, basuh bersih dan diparut halus (MaDiHaA guna 4 biji saja sebab kentang kat rumah bersaiz besar kira2 700 gm plus berat semuanya)
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut (letak sebiji didadu halus)
Sedikit potongan daun bawang (takde stok!)
2 batang crab stick dipotong kecil (MaDiHaA letak 5 batang.. anak2 suka)
1/4 cawan susu segar (dilebihkan sikit)
3 biji telur (MaDiHaA guna gred A & tambah sebiji lagi jadi total 4 biji)
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk ladaputih ajishio secukup rasa
2 sudu besar tepong jagung (yang ni MaDiHaA tambah ikut saranan Puan Ros kat bawah tu)


Nota Puan Ros: boleh tambah sedikit tepong

Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan. (Yang ni bergantung oven masing2 ye.. MaDiHaA guna suhu 180C) Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja. 


Selamat mencuba!

Monday, December 19, 2011

Asam Pedas Ikan - Kak Anymz... sedapnyerrrr....!

Assalamualaikum...

Bersua lagi.. quick entry aje yer.. tapi nak kabor jugak yang lauk Asam Pedas Ikan resepi Kak Anymz ni memang best!! Sedap giler hirup kuahnya tu... makan ngan nasi pulak pastikan kuahnya banjir.. barulah heaven! Kalau ada kuah lebih boleh simpan dan buat cicah dengan lempeng atau cekodok bilis.. Terus meleleh air liur mengenangkan kesedapan asam pedas ni.... alahaiii.. sabor jelah...



Mekasih banyak ye Kak Anymz untuk resepi yang best ni.. Sememangnya lauk asam pedas kegemaran aku.. Ada bermacam2 versi & resepi Kak Anymz ni salah satu yang paling sedap! Kelainannya kerana serai dalam resepi asam pedas ni dikisar sekali ngan ramuan yang lain.. Memang sedaplah! Mintak halal ye kak letak resepi kat sini..

Asam Pedas Ikan Jenahak
Resepi : Kak Anymz

bahan2

1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan (MaDiHaA gunakan ikan jenahak bahagian isi & kepalanya dlm setengah ekor jugak sbb ikan tak besar sgt..)
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar (MaDiHaA takde stok sayuran yg sesuai.. just letak tomato aje)
15 tangkai cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
2 batang serai-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya
2 batang bunga kantan-di belah dua
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le (MaDiHaA gunakan 1 sudu besar asam jawa biji & ramas dalam 1 mangkuk air & tapis)
1 st serbuk kunyit
minyak untuk menumis

cara

Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Setelah terbit minyak, masukkan serbuk kunyit, garam dan kiub ikan bilis.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan juga ikan dan daun kesum.
Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan.
Jerang hingga terung masak.
Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api.
Sedia untuk di hidangkan. 


Selamat mencuba!

Chiffon Durian Pulut Hitam

Assalamualaikum..

Luangkan sedikit masa untuk update gambar yang dah lama ni walaupun sedikit sibuk hari ni. Terima kasih kepada semua pengunjung Dapur MaDiHaA & terima kasih buat semua follower yang lama atau yang baru. Ampun & maaf kerana tak mampu nak jejaki anda semua. Terima kasih juga kepada semua yang meninggalkan komen.. Jom ku kongsikan resepi Kek Chiffon Durian Pulut Hitam yang sangat2 sedap & lembut umpama kapas... hehe..  Kalau dah namanya chiffon mestilah lembut kan.. 





Gandingan durian, pulut & santan sememangnya serasi.  Menu orang2 lama pun kerap gandingkan durian, pulut & santan umpamanya Pulut Serawa Durian.  Memang best! Resepi kali  ini agak berlainan sedikit kerana dipersembahkan dalam bentuk kek! Untuk mendapat efek warna yang lebih menarik digunakan pula tepong pulut hitam. Resepinya adalah adaptasi dari SajianSedap.com. Kuantiti bahan2 telah MaDiHaA ubahsuai kerana nak dapatkan kek yang lebih besar sebab acuan chiffon ku agak besar.  Tapi sayangnya.. masih belum cukup rupanya walaupun dah gunakan resepi 6 biji telur berbanding resepi asal yang hanya gunakan 4 biji telur.. Haishhh.. nak kena beli acuan chiffon kecik sikitlah gamaknya ni barulah dapat chiffon yang tinggi & cun.. Oleh kerana acuan terlalu besar.. keknya jadi rendah & kurang cun.. Walau apapun.. tetap berpuas hati dengan teksturnya.. lembut & yang penting lebih halus & lubang2 pun tak macam Kek Chiffon Tapai Ubi tempohari yang berlubang2 kasar.. hehe... TQ Sajiansedap untuk resepinya ya!




Chiffon Durian Pulut Hitam 
Adaptasi dari : sajiansedap.com
by: MaDiHaA

bahan-bahan :
75 gram tepung gandum
75 gram tepung pulut hitam
3/4 sudu teh baking powder
75 gram minyak masak
75 gram isi durian
100 gram santan pekat
20 gram gula kastor A (MaDiHaA guna gula perang)
6 kuning telur gred A ~ dipukul sedikit
4 titis esen durian (optional)
6 putih telur
1/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh cream of tartar
60 gram gula kastor B (kalau suka manis tambah lagi 20 gm) (MaDiHaA guna gula perang 60 gm je)


Cara2 Menyediakan :

1. Blender isi durian, santan pekat & minyak masak hingga halus.
2. Ayak tepung gandum dan tepung pulut hitam. Tambahkan gula kastor A A/perang. Kacau rata. Masukkan campuran isi durian blender sedikit – sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan kuning telur dan esens durian. Kacau rata. Ketepikan dahulu.
3. Pukul putih telur, gula kastor B/perang, garam, dan cream of tartar sampai kembang & bertanduk. (diterbalikkan ia tak tumpah)
4. Ambil sedikit bancuhan putih telur tadi & kacau ke campuran tepung sedikit – sedikit sehingga habis dengan menggunakan whisker atau spatula (MaDiHaA guna whisker).
5. Tuang ke dalam loyang chiffon tanpa disapu marjerin.
6. Bakar kek dengan suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C  & sambung bakar lagi sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar bergantung oven masing2). Segera tangkupkan loyang dan biarkan kek sejuk sebelum disisipkan & dipotong.


Selamat mencuba!