Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, November 21, 2011

Chiffon Tapai Ubi.. alahaii......... kenapa begini?

Assalamualaikum...
Selamat petang... terlambat mengupdate hari ni.. Pagi tadi tak masuk ofis sebab keretaku tak dapat dihidupkan enjin. Ohhh.. rupanya bateri kereta kong. Waduh2... Nasib baiklah tak terkena semasa anak2 exam hari tu..Kalau tak.. mesti kelam kabutlah aku nak hantar anak2 ke sekolah.. Hari ni pun mujur en. husband ada kat rumah sebab minggu ni dia masih bekerja shift malam. Jadi terpaksalah aku ambil halfday sementara tunggu kedai jual bateri kereta buka dan en husband pegi beli dengan motor kapcainya. Jadi kami semua naik lah ke rumah dulu untuk bersarapan & buat apa2 yang patut.. Tengahari barulah aku masuk kerja.. Kebetulan pula hari ni bos kena pegi ke warehouse.. jadi.. idaklah sibuk sangat aku petang ni...

Oklah.. meh tengok kek chiffon ku yang hudoh ni...... alahaiii.. kenapa jadi begini??


Frust betul dengan kejadian kek chiffon ku kali ni... Kenapa kau merekah & berlobang2?  Kan dah tak cantik nak diposingkan... kekeke....  Walaupun kau tak cantik... aku posingkanlah juga... Yelah.. takkan nak tunjuk sini yang elok2 jerkan.. Takkan nak bajet hebat sokmo.. sesekali kena juga tunjuk eksperimen yang tak menjadi.. aku hanya insan biasa.. budak baru belajar.. hehe.. Tapi syukur.... hati sedikit terubat kerana  ku rasa kek chiffon ni.. WOW! sangatlah  gebusss & sedap! Lain dari yang lain... Nak kata rasa tapai ubi pun takdelah terasa sangat.. tapi yang pasti.. memang sedaplah!

Dalam perkiraanku.. rasa2nya aku tau kenapa chiffon ku jadi begini.. aku catatkan di sini utk rujukan ku dimasa akan datang & supaya aku tak ulangi lagi kesilapan yang sama.

1. Semasa mencampurkan meringue ke dalam adunan tapai ubi.. aku menggunakan spatula. Jadi aku rasa adunan tu tak tercampur dengan elok ataupun kurang rata sebab masa buat kek ni aku dalam keadaan tergesa2.. hehe. Sebaiknya campurkan adunan menggunakan whisker barulah adunan putih telur betul2 rata. Bila adunan putih telur tak rata.. maka jadilah kek chiffon yang berlubang2 macam dalam gambar tu.. 

2. Semasa membakar.. aku panaskan oven menggunakan suhu 170C & rasanya suhu tu terlalu panas utk oven aku. (kalau ikut saranan dlm resepi asal menggunakan suhu 180C.. huhu..) Aku rasa.. sebaiknya lain kali gunakan suhu 150C sahaja utk oven aku semasa membakar kek chiffon. Oleh kerana suhu terlalu panas.. makanya kek chiffon ku cepat hangus & jadi merekah di bahagian atasnya. Dalam resepi ku edit ikut cara aku bakar kak chiffon pisang yang pernah aku buat dulu.

3. Kek ni agak rendah sebab aku gunakan loyang yang akak besar & tak sepadan dengan saiz adunan. Mengikut  saranan resepi gunakan loyang saiz 20cm tapi aku gunakan loyang saiz 24 cm sebab itu je yang aku ada.

Kalau kawan2 ada sebarang idea & nasihat berkenaan kek chiffon ku yang tak menjadi ni sila2lah berkongsi ye... Terima kasih..

Ok.. jom semak resepi! Resepi ni yang telah aku ubah dari apa yang aku buat hari tu supaya tak ulangi kesilapan lagi.  InsyaAllah.. ada kesempatan di lain hari aku akan buat lagi kek ni sebab tak puas hati dengan hasilnya kali ni. Nanti kita tengok kalau2 masih berlaku apa2 yang menyalah. hehe.. Lagipun tak puas  juga makan hari tu.. biasalah.. aku kalau buat apa2.. mesti bawak juga ke rumah pengasuh atau ke rumah makcik...(tp kali ni tak dpt nak bg makcik sbb tak cukup coz kakak Dini pun bawak ke sekolahnya bagi kat kawan2 dia hari tu... huhu) sharing & caring... hehe..


Chiffon Tapai Ubi
Olahan MaDiHaA a.k.a Ratna dari resepi di SINI.


Bahan2 A
150 gm tapai ubi kayu (MaDiHaA guna tapai ubi warna kuning)
75 ml minyak masak
150 ml susu cair
6 biji kuning telur (gred A)
120 gm tepong gandum ~ diayak
25 gm gula kastor (MaDiHaA guna gula perang)

Bahan2 B
6 biji putih telur (gred A)
secubit garam
½ sudu teh cream of tartar
75 gm gula kastor (MaDiHaA guna 60 gm gula perang)

Cara menyediakan
1. Tapai ubi dibuang urat tengahnya. Kisar tapai ubi bersama2 minyak masak, susu cair, kuning telur dan gula pasir hingga halus.  Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
2. Ayak tepong gandum dan campurkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tapai ubi tadi dan kacau rata menggunakan whisker.  Ketepikan dahulu.
3. Panaskan oven 150C.
4. Pukul kesemua bahan2 B sehingga menjadi meringue & bertanduk. (sehingga diterbalikkan ia tak tumpah).
5. Masukkan sedikit meringue (adunan putih telur) ke dalam bancuhan tapai ubi tadi & kacau rata dengan satu arah sahaja menggunakan whisker. Tambahkan lagi sikit demi sikit adunan telur & kacau rata sehingga habis.
6. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon (MaDiHaA guna acuan saiz 24 cm) yang TIDAK disapu marjerin & bakar selama 55 minit dengan suhu 150C bergantung oven masing2. (Sebaiknya bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar bergantung oven masing2.)
7. Bila chiffon masak.. segera terbalikkan acuan kek chiffon & biarkan ia  begitu sehingga kek sejuk.
8. Sisipkan bahagian tepi & tengah kek dengan spatula dengan berhati2. Tanggalkan dari acuan & sisip pula bahagian bawah kek & letakkan kek di atas pinggan yang sesuai. Sedia utk dihidangkan sebagai minum petang.


Selamat mencuba!

11 comments:

Amie said...

ha ha haaaa.... kelakarlah Madiha... bagi Amie yang tak pandai buat kek memang bila nampak rasa okey aje... he he heh memang betul tu ,sesekali kena gak masukkan resepi yang kurang menjadi supaya rakan-rakan yang lain boleh belajar... belajar dari kesilapanlah tu... apa pun biar Madiha kata kek tu hodoh, pada pandangan Amie kek itu nampak cantik, gebu sebab cantik itu subjektif ye Madiha... hanya pada pandangan masing-masing...

Cendana Kasih said...

kalo dh pakar, buat apapun mesti menjadi...kalo saya? ermmm.... lebih teruk gamaknyer...

Mamasya said...

Aslmkum Ratna.tengok kek chiffon ni elok je hasilnya.....letak tapai....belum pernah rasa...satu kelainan. sy lagilah tak pernah langsung buat kek chiffon...belum confiden nak membuatnya...

ady said...

AS-SALAM MaDiHaA
dah cantik tu madihaa..berlobang2 pun tak apa yg penting kesedapannye...

RynaHakimi said...

Tak nampak pon kekurangan kek chiffon tu kak.. kalo sy yang buat dpt kek mcm tu, kire perfect dah tu. Tak pernah lg buat kek, naik mcm yang akak buat.. Takdop skill btol la..heheh

Cheq Sue said...

betul kata akak tu, sesekali yang x berapa nak jadi tu kita ambil jadi pengajaran, lain kali boleh buat penambahbaikan. saya ni nengok ok aje kek tu pun.. :)

Yatie said...

uwaaaa satu kelainan tu kek chiffon tapai ubi...rasanya cantik gebu je, takde cacat celanya..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
mmg kelam kabut jika kereta x bole nak idup kan akak.. tambah2 lg masa nak antar anak2 p sek.. nasib baik skg dah cuti sek...
ermm.. cantik n gebu jer tu diana tgk kek tu akak.. diana x perna lg buat kek nie.. menarik sungguh ..

Juwita Jamaludin said...

salam kak .. nampak cantik je chiffon akak ni... tapi bagus juga tips yang akak bagi tu buat peringatan

rahel said...

Salam Ratna..
hem2..sebetulnya kek sifon yg berjaya adalah yg menghasilkan lobang2 besar mcm kek sifon yg Ratna buat ni dan yg merekah tu disebabkan kerana terlebih masak dan api terlalu kuat.Adunan meringue dikaup balikkan guna spatula getah/senduk kayu bukan guna handwhisk utk mengekalkan udara dlm adunan tersebut.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAWAN2 YANG SUDI KOMEN.. KOMEN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI... MOHON MAAF KERNA TAK DPT NAK REPLY SATU PERSATU. KEPADA RAHEL.. TQ VERY MUCH UNTUK PERKONGSIAN ILMU.. HEHE.. THE OTHER WAY PULAK YE.. INGATKAN YG BERLOBANG2 TU TAK JADI SBB NAMPAK BURUKLAH.. HEHE.. BY THE WAY.. PASAL API TERLALU KUAT TU MMG TEPAT SEKALI.. NNT RATNA CUBA LAGI BEREKSPERIMEN YE.. TQ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com