Wednesday, December 28, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang

Assalamualaikum...


Menu yang ringkas tetapi sangat sedap! Resepi ni memang nampak berjela2.. tapi hakikatnya ianya sangat mudah nak sediakan.. kalau taknak pening2kan kepala.. sila rujuk resepi yang MaDiHaA dah ringkaskan di sebelah bawah tu ye... Resepi yang agak panjang & lengkap dengan segala penerangan tu adalah dari tulisan tuan punya asal resepi iaitu saudara Mamak Haji. Terima kasih banyak2 ye tuan haji kerana berkongsi resepi yang sedap ni.. Minta izin letak resepi kat sini... Terima kasih juga pada Kak Wattie & Kak Ayu yang terlebih dulu mencuba resepi ni.




AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG

Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes & Kak Ayu Singapore

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 .
Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.

3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.

Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.

1 tsp serbuk lada hitam.

3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.

1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).-(Ayu tak letak ni)
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin). -(Ayu gunakan cili kisar)
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.

 Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.

2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.


Dibawah ini adalah resepi yang MaDiHaA ringkaskan untuk memudahkan puan2 semasa memasak.


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes, Kak Ayu & MaDiHaA

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp Jintan manis
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok)
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes)
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah)


Bahan kisar

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU.

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!

5 comments:

Unknown said...

kalau selera mamak......
ayu dapat rasa kelazatannya.

thanks kak ratna.. sebab syer resepi.. i like

Anna Qawina said...

aduhai..lapar nasik teina tgk lauk akka nih..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Madiha...laku betul resipi mamak haji..mee goreng..mee rebus dan ini masak kicap..memang sedap nampaknya

Azlita Aziz said...

alahai... sedapnya madiha..
Anak2 bujang ita cukup suka makan ayam.. lagi2 lauk ayam yang berempah
nanti boleh cuba lah resepi ni nampak macam menyelerakan aje..

Cida de' Nuanza said...

erm...nampak kena ngan selera ni...
leh masuk list...sbb en garpil suka masakan gini..
dia x suka yg berkuah sgt...thanx kak kongsi resepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...