Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri dari MaDiHaA sekeluarga...

Assalamualaikum semua....

Hari ni rasanya dah ramai yang dah berada di kampong halaman masing2.  Tak kurang juga yang masih berada di jalan raya menuju ke destinasi masing2.  Kami masih lagi berada di PJ kerana suami masih lagi kena bertugas 4 petang ni hingga 12 tengah malam nanti.  Cadang2 kami akan bertolak pulang esok ke kampong MIL di Raub. Cuma belum pasti nak balik pukul berapa. Biasanya kami aim sampai bandar Raub dan sempat beli sikit juadah berbuka di bazar Ramadan di sana... maklumlakan.. lain bazar lain jenis2 juadahnya... hehe.. 

Oklah di kesempatan ini MaDiHaA ingin mengucapkan Salam Aidilfitri & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung di Dapur MaDiHaA ni... Maaf jika ada terkasar bahasa selama berblog atau meninggalkan komen di blog kengkawan ye.  Andai dipanjangkan umur.. bertemu lagi selepas raya nanti.  Tapi tak pastilah kalau2 boleh online dari kampong sebab kat kampong line tak berapa bagus sangat.  

Apa2 pun.. ini adalah sticky post... sila scroll ke bawah untuk n3 seterusnya...


Friday, August 26, 2011

Choc Oats Crisp Cookies

Assalamualaikum... 

Agak lewat masuk entry hari ni... dek kesibukan di pejabat yang perlu disetelkan sebelum bercuti raya... alhamdulillah.. semuanya dah setel & ini masa untuk berpoya2 di blog.. hehehe.. Teman2 dah ramai yang tayang biskut raya masing2. Bermacam2 jenis, bermacam2 rasa & bermacam2 nama ada... teruja betul tengok kerajinan kawan2.  Aku aje yang ketinggalan.. Sebenarnya kukis ni dah buat seminggu yang lalu..  cuma tak sempat nak ambik gambar.. rasa macam malas pulak nak posingkan kukis ni.. hmm... malam tadi sebelum tidor paksa diri untuk ambik gambar kukis ni sebagai kenang-kenangan & untuk koleksi resepi dalam blog ni... 

Resepi kukis ni dah lama aku simpan dari zaman berfotopages dulu lagi.. antara yang terawal membuatnya ialah Maklang Azie & Kak Ida Bakery... cuma aku jer yang tak terbuat2 lagi sampailah zaman kegemilangan fotopages dah semakin malap.. hihihi... Bila tengok Kak Ummi buat tempohari terus terasa nak buat jugak.. Aku ingat tulisan nota kat bawah tu memang sama dengan resepi yang pernah aku print dulu.. tapi entah kemana peginya resepi tu.. Jadi aku copy semula resepi dari dapur Kak Ummi.. T.kasih Kak Ummi.. Terima kasih juga pada Maklang & yang lain2 terlibat.  Resepi asal kurang pasti dari siapa.. kalau anda tuan empunya resepi sila2lah bagitau yer..

Berbaloi2 buat kukis ni sebab sangat2 sedap, rangup & secukup rasa...


Biskut Choc Oats Crisp
Resepi : Penyulawa @ Maklang @ Ida Bakery (sori x jumpa link dah)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan :-

    * 130g tepung gandum *
    * 30g tepung jagung *
    * 20g serbuk koko *
    * ½ sk serbuk penaik *
    * ¼ sk serbuk kulit kayu manis * (bahan bertanda * diayak bersama)
    * ¼ sk garam
    * 90 g Quaker Oat Segera
    * 200g mentega
    * 120g brown sugar (MaDiHaA letak 100 g)
    * ½ sk esen vanilla

Cara :-

   1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
   2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
   3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
   4. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
   5. Potong atau terap dan letak atas dulang. (*akak just ketul-ketulkan, letak atas dulang dan tekan dengan garfu kasi leper sikit)
   6. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau hingga masak.

Nota:-
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15 minit. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D (# akak pun just wat bulat2 dan letak atas dulang, tekan sikit dengan garfu sblm dibakar) ~ MaDiHaA pun ikut sama macam kak Ummi..



Selamat mencuba!

Thursday, August 25, 2011

Talam Lapis Lumut lagi....

Assalamualaikum....


Bertemu lagi...




Ini kuih yang dibuat hari yang sama dengan Ayam Ala Kenny Rogers kat entry kat bawah tu... Tak puas makan Talam Lapis Lumut yang dibuat dulu tu.. jadi kali ni buat lagi.. tapi kali ni buat setengah adunan aje & kukus gunakan acuan kecik2 tu.. sebab adunan ni dapat agak banyak.. buat hari tu pun sebahagian sedekah kat pengasuh & jugak makcik..

Oklah.. letak lagi resepinya senang kawan2 nak rujuk... TQ kepada penyumbang resepi..


Talam Lapis Lumut
Resipi : Puan Azimah Mansor
Sumber : Kak Nur & MaDiHaA


Bahan-Bahan

Bahan A
300gm kacang hijau (direbus hingga kembang & agak kering airnya)
60gm tepung hoen kwe (MaDiHaA guna 85 gm/1 pek)
150gm tepung gandum
250gm gula pasir (kalau suka manis.. sila tambah gula lagi ye... bagi MaDiHaA sedang elok dah manis dia ni.. tp bg yg kuat manis mesti kata kuih ni tawar..)
1500 mlm santan
50gm tepung beras
1 biji telur

Bahan B
70gm gula merah
Pewarna hijau dan coklat

Cara-Cara
1. Kisar semua bahan A dan bahagikan kepada 2 bahagian.
2. Satu bahagian dicampur dengan gula merah dan bubuh warna
coklat dan satu lagi dibubuh warna hijau.
3. Kukus selapis demi selapis selama 10 minit bagi setiap lapis.
4. Setiap lapis lebih kurang 400ml. (MaDiHaA kukus dalam acuan kecik2 kali ni)



Nota MaDiHaA: utk satu adunan ini sesuai menggunakan loyang 10 inci. 






Selamat mencuba!

Ayam Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Jangan marah yer.. masih ada n3 tertunda... & jangan bosan pulak sebab masih lagi dengan menu ayam.. hihihi... 

Masak Ayam Ala Kenny Rogers ni sempena cuti Nuzul Quran tempohari.  Kalau harap hari bekerja memang tak sempat nak masak yang beria2 ni... paling canggih pon mee goreng, nasi goreng, mee sup.. kikiki... tapi takperlah.. itupun rezeki jugak kan.. 

Cakap pasal ayam ala KRR ni... teringat kami berbuka puasa di restoren KRR sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun 2 tahun lepas..  punyalah ramai orang.. hmm.. nampaknya tahun ni tak berkesempatan langsung berbuka diluar.. en. suami sibuk betul kebelakangan ni.. ada cuti pulak.. ambil kesempatan untuk balik kg.. jadi.. apa2 yang teringin nak makan.. kita buat sendiri ajelah yer.. jimat pun jimat.. yang penting.. kena rajin sikitlah.. hahaha...

Oklah.. resepi ni dah ambil lama dari dapur Kak Ayu yang berada di Singapura tu.. hanya sekarang berkesempatan mencuba. Terima kasih Kak Ayu & terima kasih juga pada penyumbang resepi sharm1969@myresepi.  Betul2 macam ayam KRR bila digandingkan dengan side dish yang juga ala2 KRR seperti bake bean, kentang putar & salad.. apalagi ada sos cendawan yang dicurahkan ke atas ayam tu.. cuma yang tak lengkapnya.. takde sos kentang putar & juga muffin.. tp alhamdulillah.. kenyang seadanya... Ok jom semak resepi pulak...


Ayam Ala Kenny Rogers 
Resepi : From sharm1969@myresipi.com
Sumber : Ayu

Bahan2

    * 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) (MaDiHaA potong 4 & buang kulit)
    * Bahan-2 untuk make up ayam :
    * 3 biji bawang besar
    * 4 biji bawang putih
    * 1 inci halia
    * 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (jika takde gula lada hitam serbuk)
    * 2 sudu besar madu
    * 1 ketul kiub ayam Knorr
    * 2 sudu besar gula pasir
    * 2 sudu besar herba campuran (mixed herb) (MaDiHaA tambah herba cajun 1 sudu kecil)
    * 1 1/2 sudu teh garam halus + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
    * Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
    * Sedikit mentega

Cara-cara

   1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
   2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
   3. Perap selama 1 1/2 jam.-(Ayu perap semalaman)
   4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
   5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita). (MaDiHaA hidang dengan Sos Cendawan seperti resepi di bawah yer)
   6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini).  

Nota : MaDiHaA hidang bersama sos cendawan, kentang putar, baked bean & salad



MUSHROOM SAUCE/SOS CENDAWAN (MaDiHaA's Style) 

Bahan2
1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)
1 tin cendawan butang ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna hoisin sos)
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. (kalau terpekat.. boleh tambah air sikit) Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan steak kesukaan anda.


Selamat mencuba.

Wednesday, August 24, 2011

Ayam Bumbu Bali

Assalamualaikum & salam sejahtera.....




Ada lagi n3 tertunda ni.. alahaii.. biasalahkan.. memang tak sempat nak buat n3 up~to~date mcm Kak Nor & kawan2 yang lain.  Salute betul dengan kawan2 yang sangat cargas panas2 update n3.. huhu.. Aku ni.. almaklum.. dah namanya berkerja... buat n3 pun bila ada kelapangan... kat rumah lagilah teruk.. mcm2 kerja nak kena settle yang tak membolehkan mengadap lappy macam kat opis.. nama jer masuk line tenet.. tp.. jarang2 gak dpt on lappy... dok bayor bulan2 jer.. hehe... 

Oklah.. tah apa2 membebel.. jom kita tengok resepi ni.  Salah satu resepi yang rasanya ramai jugak yang dah mencuba ni. Resepi asal dari daging dari Cindai Biru@MyR, tapi dah diolah semula oleh Kak Nor & ditukar kepada ayam.  Boleh tahan jugak sedap.. ada iras2 mcm masakan ma & adik2  ku kat kampong bila diaorang buat masak merah ikan... memang akan ditambahkan kicap sikit.. Cuma bezanya.. resepi ma & adik2 lebih ringkas bahan2nya.. tp dari segi rasa.. sama jer.. Mungkin sebab aku tak letak daun limau purut tu kot.. kalau letak rasanya resepi ni mungkin rasa lain sikit kot.. almaklum la.. cik abang ada.. daun limau tu musuh dia.. hehe..

Apa2pun.. terima kasih kepada semua yang terlibat yer.. resepi aku ambil dari rumah Mama Hawa... TQ semuanya ya.. mintak izin letak sikit pulak resepi..


Ayam Bumbu Bali
Olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
Resipi : Kak Nor
Sumber : Mama Hawa

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil - mama gunakan ayam seekor  ~ 1.2kg
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah * (MaDiHaA tambahkan 2 sudu besar cili kering kisar)
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair (MaDiHaA ganti dengan santan)
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong (MaDiHaA tak letak)
Daun limau purut ~ (MaDiHaA tak letak)
garam
gula
minyak

Cara:
1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
3. Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
4. Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi. Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
5. Padamkan api dan sedia utk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

Tuesday, August 23, 2011

Cucur Udang

Assalamualaikum & salam sejahtera......


Orang lain dah sibuk tayang sekuk raya.. yang aku tak abis2 dengan menu2 berbuka.. hehehe.... alhamdulillah.. dah siap dua jenis kukis buat weekend yg lepas.. cuma tak sempat lagi nak diposingkan.... tp kukis2 semua dah tinggal 2/3 dari balang dikerjakan dek anak2.. hehehe..... takperlah.. buat pun untuk dorang jugakk... tak cukup nak buat raya nanti kita tunjuk2 jelah... hehe.. ni statement org yang 'rajin' le ni.. kih kih kih.. seronoknyer kalau jadi suri rumah sepenuh masa............ boleh wat sekuk raya byk2 sebab ada byk masa kat rumah.... sabor jelahh...

Oklah.. Cucur Udang ni juadah yang digandingkan dengan menu Nasi Dagang semalam untuk berbuka hari Ahad yang lepas.. walaupun semua orang pandai buat cucur udang... kita masukkan jugak resepinya yer untuk rujukan anak2 nanti...


Cucur Udang
(ini versi lembut.. kalau nak versi rangup klik kat SINI)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
2 biji telur 
1 biji bawang besar ~ potong dadu
10 tangkai daun kuchai - dipotong 1 inci
1 mangkuk taugeh - buang kepalanya.. ekor tak buang pun takper (org malas )
(boleh campur sayuran lain kesukaan anda spt carrot parut, kobis atau apa2 jer)
2 sudu kecil garam ~ di bancuh dlm air suam
air suam/ air biasa secukupnya hingga dapat batter yg sesuai (biar cair sikit dari bancuhan cekodok biasa.. tapi pekat sikit dari bancuhan roti jala)
udang secukupnya - dibersihkan buang sesungut dia tu..
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan
1. Masukkan tepung, serbuk kunyit dlm bekas yg sesuai. Masukkan bawang dadu, taugeh & daun kuchai dan kacau rata. Tuangkan air suam bergaram tadi dan kacau sambil masukkan telur dan kacau lagi.  Tambah lagi air & kacau hingga bancuhan rata dan sederhana pekat.
2. Panaskan minyak dlm kuali.. letakkan senduk yg tahan panas dlm minyak panas.. agak2 dah panas sikit.. angkat senduk tu dengan kain pengalas periukk (MaDiHaA guna senduk pesen lama yang takde penebat tu.. takut panas tangan).. Pastikan dalam senduk diisi dengan sedikit minyak panas.
3. Masukkan batter tadi ke dalam senduk yg panas tu menggunakan senduk yang lain.. (maknanya.. jangan cedok guna senduk yg sama.. nanti melekat2 plak bila menggoreng) Letakkan udang sekor atas batter yg berada dlm senduk tu.. dan letak dlm kuali.. biarkan kejap.. pastu bolehlah cungkilkan guna garfu atau chopstick. 
4. Ulangi proses yang sama sambil2 menggoreng hingga cucur yang pertama nampak garing & masak. (jangan lupa balikkan). Goreng sehingga habis. 
5. Hidangkan dengan sos kegemaran atau kuah kacang.  (MaDiHaA hidang dengan sos lebihan buat nasi ayam hari sebelumnya tuh... sedap!)





Nota MaDiHaA : Senduk tak perlu dipanaskan setiap kali nak menggoreng.. memadai biarkan terendam tanpa batter sesekali je jika cucur nampak melekat sangat. Biasanya.. boleh terus sambung menggoreng tak perlu panaskan pun takpe sebab masa kita menggoreng tu pun kita rendam sekali dengan senduk.


Ok.. selamat berpuasa semua & selamat mencuba...

Monday, August 22, 2011

Nasi Dagang

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Teringin benor nak makan nasi dagang. Dah lama teringin.  Kebetulan balik dari jemput Dini di kelas tuisyen hari Sabtu baru ni.. singgah kedai runcit (yg ada jual barang2 basah juga) ternampak pulak ikan tongkol hitam yang agak besar & segar.  Terus rembat 2 ekor dalam hati berkobar2 nak masak nasi dagang.. hihihi.. Balik je rumah terus siang & rebus dulu ikan.. Tapi projek tunda ke hari Ahad sebab hari Sabtu tu cadang nak buat Nasi Ayam dulu.. (n3 kemudian ye) Lagipun.. nak buat gulai nasi dagang ni.. lebih sedap guna ikan rebus yg bermalam atau yg dipanaskan dua kali barulah isinya jelira (mesra) dengan garam & asam.  

Ok jom tengok resepinya.. Masih menggunakan resepi ma tersayang.. Dah kena dengan tekak.. jadi masak jelah resepi yang dah biasa dimasak ni.. Mekasih ma resepinya.. kaklong akan simpan resepi ni baik2.. sampai anak cucu nanti.. hehe..

Nasi Dagang sebenarnya ada 2 versi.  Nasi Dagang Terengganu berwarna putih.. & Nasi Dagang Kelantan berwarna merah/meroon2 sikit sebab menggunakan beras khas nasi dagang tak perlu dicampur dengan pulut dah.  Nasi Dagang Terengganu biasanya menggunakan beras biasa dicampur dengan beras pulut dengan nisbah 3:1.  Kalau guna beras wangi.. boleh kurangkan lagi pulut sebab takut terlembik nanti rasa muak pulak.. Ok jom tengok resepinya yer.. tapi maaflah sebab sukatan ni agak banyak ye sebab ini sukatan yang biasa dimasak bila panggil family2 lain datang ke rumah.. kalau nak buat sikit jer.. boleh gunakan sukatan beras biasa 3 pot + beras pulut 1 pot. Bahan2 lain tu agak2 sendiri yer..

NASI DAGANG 
(versi Terengganu)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air/santan cair utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ jala bersih/daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa/santan cair sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Nota MaDiHaA: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.




Lazimnya di pantai timur.. nasi dagang digandingkan dengan gulai ikan tongkol atau lebih dikenali sebagai ikan aye di Terengganu. Elok pilih ikan tongkol hitam (yg siripnya lebih panjang berbanding tongkol putih) kerana isinya lebih lembut & sedap. Ikan tongkol putih tak berapa sedap sebab isinya keras. Jika tak suka ikan tongkol boleh juga digantikan dengan ayam atau ikan tenggiri. Tapi macam tak berapa sesuai ler gitu.. Ok kita tengok resepi gulainya pulak ye..



GULAI NASI DAGANG 
(kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Resepi: MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 3 sudu kecil garam dan 6 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1~2 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 biji cili hijau
15 biji cili api
10 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
(MaDiHaA tambah bendi sikit sebab ada stok dlm esbox)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
8 ulas bawang merah
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2)
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 ~ 20 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja.
2. Masukkan kulit kayu manis, ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, garam, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2) dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan  sesuaikan rasanya bolehlah di angkat.


Ok ni pulak pelengkapnya.. mesti ada acar timun barulah ngam...


Acar Timun
Bahan2 agak2 lah sendiri yer..
Timun
Lobak merah
bawang besar
cili merah
cuka
gula & garam

Cara2
Hiris memanjang timun (buangkan empulurnya) dan lobak merah. Cuci bersih.
Mayang bawang besar & hiris cili merah. Gaulkan timun, lobak merah, bawang besar, cili dengan semua bahan2 lain. Adjust sendiri rasa acar ikut selera masing2.

 Ok.. selamat mencuba!

Sunday, August 21, 2011

Ikan Tongkol Tumis Tomyam

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah lewat malam rupanya... mencelah kejap wat n3 ni... dah lama sangat gambar ni tertunda2... Ni sebenarnya lauk bersahur pd minggu pertama dulu.. entah ngapa selera mula2 puasa dulu nak lauk yg masam2 jer.. Oklah.. ni resepi campak2.. bolehlah kalau takde idea nak masak apa... cuba2 lauk sempoi ni.. hehe... masa ni en. abang bersahur ditempat kerja.. jadi bolehlah masak lauk yg ada daun limau purut ni...

Ikan Tongkol Tumis Tomyam
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
6 keping ikan tongkol ~ gaul garam, goreng & ketepikan
1 biji tomato ~ dibelah 6
2 pokok daun bawang ~ potong 1 inci
1 inci halia ~ hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
(bahan2 bertanda* dimayang)
7 biji cili padi ~ diketuk
3 helai daun limau purut
1 batang serai ~ diketuk
3 cawan air atau lebih
1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
2 sudu besar pes tomyam + sikit air panas dibancuh
garam, aji & gula secukupnya
minyak masak

Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak.  Tumiskan bahan2 yang dihiris & halia hingga layu & wangi.  Masukkan air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau & cili padi. 
2. Bila mendidih masukkan ikan, daun bawang & tomato. Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula & perasa. Padamkan api & bolehlah dihidang.



Selamat mencuba!

Friday, August 19, 2011

Daging Masak Hitam Ala Mamak

Assalamualaikum.... Bersua lagi di petang hari... 


Ok takleh ngomel panjang2... ada kerja sikit.. terus ke resepi yang nak dikongsikan lagi petang ni yer... Resepi yang ditukil dari anak mami Penang  dan pandai masak macam2 tu... Tiap2 hari CT dok masak sedap2... Untung suaminya.. thanks ye CT Zaliedana berkongsi resepi ni.  Sedap ditekak akak.. mintak izin kongsi resepi kat sini pula yer.. maaf sebab akak ada edit2 sikit resepi tu.. mintak halal yer.. Akak buat 2 kali resepi ni utk family akak... boleh wat berbuka & bersahur sekali.. hehe..



Daging Masak Hitam Ala Mamak
Resepi : CT Zaliedana
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan Utama
400 gm daging ~ dipotong nipis
1 biji kentang di potong 6
Minyak Masak
Rempah 4 sekawan

Bahan A
6 tangkai Cili Kering Dibelah 2, buang biji n Direndam seketika supaya lembut ~ MaDiHaA rebus kejap (Nak Pedas,leh letak lebih)
2 ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
6 ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1 Inci Halia Dihiris Nipis
1 Sdt Jintan Manis(Biji)
1Sdt Ketumbar(Biji)

Bahan B
1 Batang Serai Diketuk
2 Sdb Tomato Soup Kimball (MaDiHaA takde stok.. so ganti dengan tomato puree 1 sb & sos tomato 1 sb)
1 Sdb Tomato Puree
6 Sdb Kicap Masin Cap kipas Udang
5 Sdb kicap Manis Cap Kipas Udang
1 Sdb kicap ABC
Garam Gula n perasa jika perlu. tapi aku xletak dah.. (MaDiHaA pun tak letak dah)

Bahan C
1 Sdb Minyak
2 Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis
1 Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
Daun Kari

Cara-cara menyediakan

1. Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu n naik bau, sejukkan seketika & blend hingga halus dengan menggunakan sedikit air n minyak gorengan tadi.
2. Dalam mangkuk @bekas yg sesuai, perapkan seketika bahan kisar n sedikit daun kari bersama daging yg dipotong nipis.
3. Panaskan kuali, masukkan daging yg diperap tadi, kentang n semua bahan B. (MaDiHaA tumis dulu rempah 4 sekawan tadi baru masukkan daging dll.) Biarkan masak dalam api perlahan supaya pecah minyak. Tambah air jika perlu. Masak hingga agak kering sedikit.
4. Setelah daging n kentang empuk, tutup api letakkan dalam pinggan yg sesuai, ketepikan dahulu.
5. Dalam kuali yg lain masukkan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan, masukkan daun kari kacau2 kejap & terus tuang ke dalam pinggan daging tadi. (part ni MaDiHaA tak buat sebab dah kelam kabut nak berbuka) Bolehlah dihidangkan bersama nasi@roti..


Selamat mencuba!

Serimuka Pandan

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....

Bersua lagi di pagi yang cerah & ceria ini... Tapi pagi ini hati ku tidak begitu ceria kerana mendapat tau teman sekerja ku sedang bertarung nyawa di Hospital Besar Kuala Terengganu.  Beliau jatuh sakit sejak awal bulan Ramadan yang lalu & kini berada di wad CCU (kalau tak salah) kerana mengalami pelbagai komplikasi & masalah kesihatan.  Ku panjatkan doa buat mu Watie semoga dikau diberikan kekuatan agar pulih sepenuhnya & sihat ceria kembali seperti selalu.  Sangat bersimpati dengan anak2 & suami beliau.. dibulan puasa yang mulia ini... tidak dapat menikmati sajian berbuka & bersahur air tangan ibu & isteri tersayang... Harap2.. beliau segera sembuh dan dapat meraikan Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi...  Amin..

Oklah.. kita teruskan dengan resepi untuk hari ni yer.. Kali ni share resepi Serimuka Pandan yang aku buat hari Ahad yang lalu.  Dah lama simpan resepi ni untuk dicuba.. baru ni je sempat mencuba.  Saja nak mencuba resepi lain dari yang biasa aku buat.  Alhamdulillah.. rasa serimuka ni sangat sedap & sama seperti resepi Serimuka yang biasa aku buat sebelum ni jugak.. Aku ni kalau kuih serimuka yang dijual.. tengok2 juga sebelum dibeli.. Kalau tengok bahagian atasnya tu macam lebih tepong aje.. memang takkan beli punya.. hehehe.. aku suka serimuka yang jenis lembut & semestinya adunan lapisan atas tu nak kena ada telur baru sedap.. al-maklumla kannn...  orang Terengganu ni kalau buat kuih memang kaya dengan telur... sampaikan kalau aku buat kuih lapis pun aku letak telur jugak walaupun orang lain buat tak letak telur.. kikiki...

Oklah.. pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Kak Ayu Singapore kerana sudi berkongsi resepi rahsia yang diperolehi dari Kelas Chef Asma (dapat bila beli periuk pengukus dari Chef Asma kalau tak silap). Bukan senang tau orang nak berkongsi resepi yang kena bayar ni.. Tapi Kak Ayu dengan ikhlasnya tak lokek berkongsi.. Alhamdulillah..  Terima kasih jugak pada Chef Asma untuk resepi yang sedap ni.  Mintak izin ye kak nak letak sini resepinya untuk rujukan dimasa akan datang.. & mana tau kalau2 ada yang nak mencuba pula resepi ni..

Serimuka Pandan
Resepi asal : Kelas Baking Chef Asma
Sumber perkongsian : Kak Ayu

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang (Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain ~ MaDiHaA pun kukus terus dalam loyang 10" & takde tukar2 loyang lain.)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan ~ MaDiHaA pun sama gak)
pewarna hijau- secukupnya (MaDiHaA tak letak sebab air pandan dah cukup hijau)

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.  


Selamat mencuba!

Thursday, August 18, 2011

Mee Lidi Sup Sos Tiram

Assalamualaikum....

Diam tak diam dah pun 18 hari kita berpuasa.  Lagu raya pun dah mula berkumandang di corong2 radio... Seronok pulak drive kereta pagi2 bila terdengar lagu2 raya.. Terus mood nak beraya seperti memanggil2 hihi... 

Dah ramai juga kawan2 yang dah mula buat kukis raya.  Alahaiii... aku jer yang belum buat apa2. Entah bila nak mula buat kuih raya ni.... adeeiii...


Oklah.. terus dengan resepi untuk hari ni yer.. Ini sebenarnya adaptasi dari resepi Mee Calong resepi ma (my mum).  Sepatutnya Mee Calong  yang ma buat menggunakan bebola ikan buatan sendiri.. Tapi anaknya ini tak berapa rajin nak menggentel bebola ikan sendiri jadi ambil jalan mudah dengan gunakan bebola ikan ready made.. hihi.. (tak sempat sebenornya..  balik kerja sokmo lewat). Resepi ni pun adalah aku ubah sikit dengan penambahan bahan2 lain seperti sos tiram & lada hitam tu.. jadi aku pun ubah jugaklah nama resepinya.. tengok bila2 kalau datang angin rajin bolehlah aku masukkan resepi Mee Calong pulak.. tapi  Mee Calong ma tak sama dengan Mee Calong yang femes kat Beserah tu..  resepi ma resepi simple jer.. bahan wajib ada mestilah bebola ikan buatan sendiri & juga sayur sawi.

Ok jom tengok resepi hari ni.. dalam bulan puasa ni aje.. dah dua kali aku buat atas permintaan anak2.  Kakak Dini yang paling suka.. sampaikan siap pesan simpan mee yang lebih tu untuk dia bersahur pulak.. sanggup tak makan nasi.. hehe.. Sebenarnya.. bukan anak2 je suka.. maknya pun suka jugak.. lagi2 bila letak banyak sayur terutama sayur sawi tu.. tambah pulak dengan sambal kicap.. fuhhh!! memang best!!  Sampaikan kakak Dini kata sedap betul lah mee ni.. kenapa ibu taknak jual? Kalau ibu jual mesti hari2 kakak boleh makan mee ni.. kehkehkeh...


Mee Lidi Sup Sos Tiram
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
(hidangan 8 ~ 10 orang)

Bahan2
1 ½ peket mee lidi
½  biji kubis sederhana besar/secekak sawi ~ potong jangan halus sangat
1 biji kubis bunga ~ potong floret
2 batang carrot (optional) ~ potong ikut suka
500 gm bebola ikan (MaDiHaA guna jenama Figo ~ sedap & lembut!)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
minyak untuk menumis secukupnya (anggaran 2 senduk kecil)
1 biji bawang besar ~ dikisar
4 ulas bawang merah ~ dikisar
1 labu bawang putih (sederhana besar) ~ setengah dikisar & setengah ditumbuk jangan halus sangat
2 liter air (atau lebih ikut keperluan)
Garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan tambahan
Sambal kicap secukupnya

Sambal kicap wajib ada... baru syok!

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau.  Masukkan bawang yang dikisar & tumis hingga wangi & masak. Biar bawang betul2 masak & naik minyak.
2. Masukkan 2 liter air, bebola ikan, sos tiram, serbuk lada hitam, garam & serbuk perasa secukupnya & biarkan mendidih.
3. Bila kuah dah mendidih terus masukkan mee lidi (masukkan terus tanpa direbus) & semua sayuran yang sudah dipotong & dicuci tadi. Kacau2 & biar sehingga mee nampak lembut & kembang sedikit.  Terus padamkan api.  Hidang mee ini bersama sambal kicap.  

Nota MaDiHaA: Istimewanya mee lidi ini tak mengembang seperti mee kuning atau bihun walaupun dimasukkan terus ke dalam kuah.  Rasanya pun lebih sedap dari mee kuning. Jika anda tiada mee lidi dan nak gunakan mee kuning.. sila jangan campurkan terus mee kuning ke dalam kuah. Campur mee dengan kuah hanya apabila sedia nak dimakan.

Ini mee yang dimasak kali ke dua.. baru puas hati sebab ada sayur sawi... 

Selamat mencuba!

Tuesday, August 16, 2011

Ayam Mayonis

Assalamualaikum.....


Sambung dengan entry seterusnya untuk hari ni yer... sementara ada masa ni.. cepat2 update... byk sangat entry masak2 yang tertunda nih... 


Ok.. ni resepi yang di masak dlm minggu ke dua puasa.. dah lupa bila masak.. sebab dah lama kan.. Resepi ni ambil dari rumah Kak Nor Secubit Garam.. resepi asalnya dari SajiOnline... Bila kazenku Ida Marlida masak sampai 2 kali  & rekemen kata sedap tu yg aku cuba tu. Actually resepi memang dah lama print.. tinggal nak mencuba aje.. hehe..  Pada selera aku.. resepi ni lebih sedap kalau tak masukkan cendawan kering tuh.. sebab cendawan kering ni ada sikit bau & rasanya yang agak maung.  Masak cendawan nih kalau tak kena dengan gandingannya tuh.. rasa dia lain macam sikit.  Padahal aku ok jer makan cendawan ni tp gandingan cendawan dalam resepi ni agak kurang sesuai (ini pendapat & selera akulah ye.. maaf pd empunya resepi!)... tp kalau makan ayam saja tanpa mkn cendawan rasa dia ok.. sedaplah jugak.. Mungkin selera kita tak sama.. jadi siapa2 nak mencuba tu bolehlah try yer.. kebetulan memang ada stok cendawan kering lebihan buat Pot Chicken Rice dulu tu... (makan cendawan dalam resepi Pot Chicken Rice tu sedap!) jadi aku masukkan jelah ikut resepi...

Apa2pun.. terima kasih ye Kak Nor kerana rajin dok cuba macam2 resepi dari macam2 sumber.. sy tukang tiru jer.. hehehe..




Ayam Mayonis
Resepi : SajiOnline
Sumber: Kak Nor @Secubit Garam

Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm (MaDiHaA tak letak)
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah (MaDiHaA tak letak)

Cara Menyediakan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi. 


Selamat mencuba!

Buah Melaka

Assalamualaikum....


Buah Melaka ni antara menu wajib ada setiap kali bulan Ramadan... buat kali ni atas permintaan anak dara ku yang sulung tu... walaupun ibunya dah buah kuih Talam Suhun hari Sabtu baru ni... terpaksalah buat jugak kuih permintaan dia ni.... dah jadi ada 2 jenis kuih dalam satu hari... dua2 lak kuih manis.. tapi takperlah sebab Buah Melaka ni jugak kuih kegemaran abang tersayang...  Talam Suhun tu.. dapatlah sedekahkan kat jiran2 jugak.. jadi takdelah membazir...

Masukkan jugalah resepi Buah Melaka ni walaupun semua orang pandai membuatnya... kuih ni aku suka guna nama Buah Melaka kalau ianya dibuat dari tepong pulut (ikut resepi asal). Tapi kalau dah dicampur dengan keledek, labu or benda2 lain.. terus nama kuih ni aku tukar jadi Onde-onde (dan disambung bahan apa yg kita campur). Contohnya.. Onde-onde keledek kalau dicampur keledek.. onde-onde labu kalau doh dicampur labu.. hehe.. apa2pun.. pada aku.. lebih sedap bila doh dicampur bahan lain sebab doh jadi lebih lembut.. tapi abang aku pulak lebih suka kuih yg tak dicampur benda lain.. dia suka yg ori.. hehe.. 

Oklah.. resepi takde sukatan sebab ini kuih paling senang nak buat.. agak2 sendirilah yer ikut kelembutan doh...

Buah Melaka

Bahan2
Tepong pulut secukupnya
sedikit air kapur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
air atau santan cair secukupnya 

Bahan2 lain
Gula melaka/nisan kerek secukupnya ~ dipotong dadu kecil
Kelapa parut putih dari kelapa kulit hidup (kelapa yg sedikit muda)
sedikit garam

Cara2 menyediakan
1. Tepong pulut diuli dengan air kapur, garam, pewarna hijau dan air/santan cair secukupnya hingga menjadi doh yang lembut.
2. Jerang seperiuk air.  Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Sambil menunggu air mendidih.. ambil sejemput doh & isikan dengan kiub nisan kerek/gula melaka secukupnya. Susun di atas dulang yang ditabur tepong gandum. Buat hingga habis. Bila air mendidih masukkan bebola tadi & rebus hingga  bebola timbul.  Sauk & tapis bebola yang timbul & terus masukkan ke dalam kelapa parut yang digaul garam. Golek2kan & susunkan ke pinggan hidangan.  Siap untuk disajikan.


Selamat memasak!

Monday, August 15, 2011

Kari Kepala Ikan Ala Mamak............ terbaikkkk!!

Assalamualaikum......


Bersiaran lagi petang ni... Kali ni pos resepi lauk pulak ye.. Ini pun juadah berbuka hari Sabtu baru ni jugak.. Rezeki di bulan puasa agaknya... adalah hamba Allah beri 3 ekor ikan jenahak yang di pancing di laut kat makcik...  makcik pulak hari2 sibuk dok buat bubur lambuk masjid.. takut tak sempat habis ikan yang banyak tu.. jadi seekor dari ikan2 tu dah jadi rezeki aku... Alhamdulillah... Makcik bagi yang paling besar pulak tu... balik2 aku timbang.. ikan tu beratnya hampir 1.4 kg.. itupun ikan dah siap buang perut & sisik.. aku tinggal kena potong aje. Jenuh jugaklah nak potong ikan ni..  (abang lak kerja Sabtu baru ni.. tu yg kena potong sendiri) siap kena ketuk2 dengan anak lesung lagi.. hehehe.. yelah tulang tengahnya tu kan ke keras... dah guna pisau daging tu pun kena ketuk2 baru lut.. 

Kalau dah ada ikan besar gini.. kepalanya tu sedap dibuat kari atau gulai cili padi aje.  Isinya pulak biasa aku goreng garam kunyit je.. Sebab dah lama tak makan kari ikan.. aku pun masak ler kari kepala & ekornya tu.. kari ala2 mamak style yang tak gunakan santan.  Resepi dari Ana (tauke kek kat Penang tu) ni memang terangkat! Terima kasih Ana untuk resepi ni... memang resepi ni akak digunakan sampai bila2.. sebab sedap sangat2.. Yang penting.. kari ni tak gunakan santan... so.. boleh ler hirup kuahnya tu tanpa rasa bersalah.. kekekeke...

Mintak izin sekali lagi ye Ana.. kita nak letak sekali lagi resepi kat sini.. dulu pun dah pernah masukkan resepinya kat sini.  Resepi ulangan yang sememangnya sedap!


KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK
Resepi : Ana Elianas FP (TQ Ana!)
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Kepala ikan merah yg siap dipotong (MaDiHaA guna kepala ikan jenahak & sekeping ekornya (jd bahan2 lain MaDiHaA dah lebihkan sikit dari resepi yg dulu sebab dah lebihkan ikannya)
5 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHaA guna kari ikan Baba's)
3 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh (MaDiHaA guna serbuk cili)

Bahan2 Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (MaDiHaA guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
air secukupnya utk kuah

Bahan Rampai
Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je)
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

Selamat mencuba!