Assalamualaikum....
Ini N3 pertama selepas blog bermasalah minggu lepas.. Nasib baik N3 yang hilang tu 'dipulangkan' semula.. Tapi nampaknya komen2 tak dikembalikan.. huhu.. Maaf ye kepada yang meninggalkan komen dalam N3 yang lepas.. bukan tuan blog yang 'delete' semua komen2 tu tau.. Harap2 hari ni dah ok blog.. tengok kawan2 pun semua dah meriah dengan n3 terbaru belaka... hehe...
Ok.. kita layan Pot Chicken Rice pula kali ni ye... Resepinya aku ambil dari blog Mama Hawa di Singapore yang rajin mencuba pelbagai resepi. Resepi asalnya dari Try Masak. Thanks to both of U! Sedap pada tekak kami sekeluarga... Nasi ni rasanya ada sikit persamaan dengan Clay Pot Rice yang biasa dijual kat food court.. Suami memang suka masakan gini... aku pun okay aje.. cuma utk budak2 agak terasa kepedasan lada hitam tu.. (kena kurangkan sikit kalau budak2 nak makan) bagi kita tekak orang tua memang sedaplah... pada empunya resepi mintak izin ye letak resepi kat sini.. Thanks.
Ini cendawan kering yang MaDiHaA guna
Pot Chicken Rice
Resepi : Try Masak
Sumber : Mama Hawa
Bahan2
200 gm beras
250 ml Air (atau secukupnya utk masak nasi putih biasa)
200 gm Isi Ayam - dipotong kasar
4 biji Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar
1/2 biji Cili Merah - dihiris nipis (MaDiHaA buang bijinya & potong kiub kecil)
10 hirisan Halia
2 ulang Bawang Putih - dicincang
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar
1/2 biji Cili Merah - dihiris nipis (MaDiHaA buang bijinya & potong kiub kecil)
10 hirisan Halia
2 ulang Bawang Putih - dicincang
2 sudu besar Gula
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Pekat
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu besar Minyak Bijan
1 sudu besar Jus Halia (halia diparut ambil jus)
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Kicap Pekat
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu besar Minyak Bijan
1 sudu besar Jus Halia (halia diparut ambil jus)
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa
Cara memasak
1) Perap isi ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
2. Masak nasi bersama air secukupnya. (MaDiHaA guna rice cooker)
3. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk. (MaDiHaA tambah sikit air supaya tumisan tak cepat kering & ayam betul2 masak)
4. Apabila nasi masak, masukkan ayam yang dimasak diatasnya. Tutup periuk nasi semula & biarkan hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
5. Taburkan daun bawang sebelum dihidang.

(MaDiHaA hidang bersama cili nasi ayam, timun serta sup sawi sebagai tambahan)
Sebelum terlupa.. Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2 / pendidik walau dimana saja anda berada... Terima kasih di atas segala jasa & ilmu yang dicurahkan kepada anak bangsa..
Selamat mencuba!
4 comments:
As salam madiha....nasi nie ala ala claypot chicken rice kan. Sedap nasi nih mkan panas panas. Last week mmg blogspot hadapi server breakdowm beberapa kali tak dpt sign on pon. Serangan malware kot....
Salam Windu madihaa...
Terima kaseh kerana sudi cuba resipi.. Kadang2 kite ni dah tak ada idea nak masak...bila cuba sesuatu baru kurang pulak sambutan nyer... anyway pot chicken rice ni mmg sedap dimkn ketika panas & enak dimkn bersama cili nasi ayam :P Kecur plak tgk pot chicken rice Madihaa pulak..hehehe tak pe sabar2 sesungguh nyer hamba berpuasa :)
kak madihaa..
nampak pun mcm set kat food court.. fuhh best tuu
Assalam Madiha..
Nampak sedap nyer.. Pot chicken Rice tu..
anak2 akak klu bab chicken Rice mmg suke sesangat.. akak copy resepi yer.. klua ada masa nanti akak nak cuba buat lak... thankss madihaa..
Post a Comment