Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, August 15, 2011

Talam Suhun

Assalamualaikum...
Bersua lagi di Ramadan yang ke 15.  Sekejap je masa berlalu... hari ini kita sudah pun berada di pertengahan Ramadan.. Syukur padaNYA kerana masih diberi peluang hingga ke hari ini untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.. 

Terima kasih kepada kawan2 yang meninggalkan komen di entry yang lepas.  U all semua sangat prihatin & baik hati.. terima kasih semua ye.  Alhamdulillah.. MaDiHaA dah pun sihat & telah kembali seperti rutin asal.. hehe..... Terima kasih juga pada semua follower & juga follower baru yang sudi ke sini.. kehadiran kalian semua sangat bermakna buat MaDiHaA..

Oklah.. tak tau nak celoteh apa lagi.. semalam cuti 2 hari pun tak sempat nak jenguk2 blog.  Mula2 cadang nak update lah jugak.. tapi.. sampai ke sudah tak berkesempatan nak on lappy... betul punya sibuk ke sana, ke sini... 


Oklah.. jomlah kita tengok resepi yang ku cuba Sabtu baru2 ni untuk juadah berbuka puasa.  Resepi ni asalnya dari satu majalah kompilasi resepi yang aku photostate dari majalah jiran depan rumah.  Tapi betul punya lupa majalah apa sebab dok photostate resepi aje.. nama majalah tu lupa pulak nak photostate. hehehe.. Rasanya dah bertahun jugak aku simpan resepi2  dari majalah kompilasi tu.. ini resepi pertama yang aku terasa nak mencuba kerana tertarik dengan penggunaan suhun dalam kuih talam ni... hehehe.. Rasa kuih ni macam kuih talam biasa jugak.. Cuma ada terasa kacang hijau sikit sebab lapisan bawah tu ada campuran tepong kacang hijau.  Rasanya kalau nak gantikan dengan tepong hunkwee pun boleh kot.. tentu lagi sedap..


Talam Suhun
(loyang 9 inci)
Resepi : Majalah
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan Lapisan Bawah
110 gm suhun (direndam air dan pewarna hijau secukupnya sehingga lembut)
pewarna hijau


140 gm tepong beras
60 gm tepong green pea
1 sudu teh garam
200 ml santan pekat
800 ml air
110 gm gula pasir

Bahan Lapisan Tengah & Atas
3 biji telur
55 gm tepong jagung
55 gm tepong beras
200 ml santan pekat
400 ml air
110 gm gula pasir 
Pewarna & perasa oren (MaDiHaA guna pewarna pink & tak letak perasa)
Sedikit perasa pandan & pewarna hijau (MaDiHaA tak gunakan)


Cara2 Menyediakan
1. Untuk lapisan bawah.  Suhun dicuci bersih tapi jangan sampai hilang warnanya.  Tos & ketepikan.  Bancuh tepong beras, tepong green pea, garam, santan pekat & air sehingga rata. Tapis ke dalam periuk/kuali. Masukkan gula & dimasak dengan api sederhana hingga naik wap.  Kemudian masukkan suhun & kacau sekejap. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
2. Untuk lapisan tengah & atas. Campurkan tepong jagung, tepong beras & gula. Kacau rata. Masukkan santan pekat, air & telur & kacau rata. Tapiskan & bahagikan kepada 2 bahagian.  
3. Bahagian pertama masukkan pewarna oren/pink & perasa & kacau atas api perlahan hingga naik wap. Terus tuang ke loyang atas lapisan pertama tadi & kukus hingga lapisan mengeras.
4. Untuk lapisan atas sekali masukkan pewarna hijau & perisa pandan (MaDiHaA tak letak apa2 perisa & pewarna) & kacau atas api perlahan hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan tengah tadi & kukus lagi sehingga 25 minit. Pastikan tutup loyang dengan aluminium foil atau jika tiada.. balut tutup pengukus dengan kain yang bersih supaya wap tak jatuh atas kuih.
5. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong.




Selamat mencuba!

11 comments:

chikadakbiru said...

wah pestaim dgr talam suun ni...kreatif dan rajin la akak nih...rasa dia mcm mana yer?sbb ade buh tepung kacang peas tuh..mesti sedapp

Yatie said...

uwaaa sesuatu yg baru lerrrr...leh cuba ni talam suuhuunn...menarik sngt...

Yana Shaiful said...

xsangka yee suun pun bleh jd kuih talam..sesuatu yg br dan harus dicuba hehee..

ilahjy said...

ratna... cantek warna tu..lembut gitu.. kak ilah dah print ya resepi.t.kasih

Lya Colours said...

wah sedapnya. kita x pandai la buat kuih talam ni. beli je kat param.huhu

Hanie AbadieY said...

sedapnya.... akak.. mintak resepi nie ek.. n hanie mntak kbenqaran letak link akak neh kat blog hanie... :)

Ummi said...

salam Ratna,nampak menarik lah kuih talam ni...mesti best eh letak suhun...tp anak2 akak tu bkn boleh yg pelik2, terus wat deeqq jek...huhu

Acik Erna said...

assalam madiha..tengok tajuk tadi pun dah teruja..suhun boleh dibuat talam..
cantik pulak tu rupa dia.

Ayu said...

Assalam ratna..
macam kuih talam tokyo ada letak suun ya didalmnya tu...nampak menarik..ni ratna..tentu sedap juga kan?..

cikmanggis said...

salam madiha..sementara bunyi azam berbuka sempat komen ni hehe.Rasanya talam suun ni sama dengan Talam Tokyo..betul taj?

tun_telani said...

wahhh.. jakun! jakun!! tun baru 1st time nengok suhun jd talam nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com