Monday, August 22, 2011

Nasi Dagang

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Teringin benor nak makan nasi dagang. Dah lama teringin.  Kebetulan balik dari jemput Dini di kelas tuisyen hari Sabtu baru ni.. singgah kedai runcit (yg ada jual barang2 basah juga) ternampak pulak ikan tongkol hitam yang agak besar & segar.  Terus rembat 2 ekor dalam hati berkobar2 nak masak nasi dagang.. hihihi.. Balik je rumah terus siang & rebus dulu ikan.. Tapi projek tunda ke hari Ahad sebab hari Sabtu tu cadang nak buat Nasi Ayam dulu.. (n3 kemudian ye) Lagipun.. nak buat gulai nasi dagang ni.. lebih sedap guna ikan rebus yg bermalam atau yg dipanaskan dua kali barulah isinya jelira (mesra) dengan garam & asam.  

Ok jom tengok resepinya.. Masih menggunakan resepi ma tersayang.. Dah kena dengan tekak.. jadi masak jelah resepi yang dah biasa dimasak ni.. Mekasih ma resepinya.. kaklong akan simpan resepi ni baik2.. sampai anak cucu nanti.. hehe..

Nasi Dagang sebenarnya ada 2 versi.  Nasi Dagang Terengganu berwarna putih.. & Nasi Dagang Kelantan berwarna merah/meroon2 sikit sebab menggunakan beras khas nasi dagang tak perlu dicampur dengan pulut dah.  Nasi Dagang Terengganu biasanya menggunakan beras biasa dicampur dengan beras pulut dengan nisbah 3:1.  Kalau guna beras wangi.. boleh kurangkan lagi pulut sebab takut terlembik nanti rasa muak pulak.. Ok jom tengok resepinya yer.. tapi maaflah sebab sukatan ni agak banyak ye sebab ini sukatan yang biasa dimasak bila panggil family2 lain datang ke rumah.. kalau nak buat sikit jer.. boleh gunakan sukatan beras biasa 3 pot + beras pulut 1 pot. Bahan2 lain tu agak2 sendiri yer..

NASI DAGANG 
(versi Terengganu)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air/santan cair utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan
1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ jala bersih/daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa/santan cair sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Nota MaDiHaA: Santan tadi boleh juga dimasakkan sebentar diatas api sederhana sebelum diarong dengan nasi. Kaedah ini untuk membuatkan nasi dagang lebih tahan lama.. tapi jika tidak masak pun.. memadai perahkan santan guna air masak.. insyaAllah nasi dagang boleh bertahan dari pagi hingga ke malam.




Lazimnya di pantai timur.. nasi dagang digandingkan dengan gulai ikan tongkol atau lebih dikenali sebagai ikan aye di Terengganu. Elok pilih ikan tongkol hitam (yg siripnya lebih panjang berbanding tongkol putih) kerana isinya lebih lembut & sedap. Ikan tongkol putih tak berapa sedap sebab isinya keras. Jika tak suka ikan tongkol boleh juga digantikan dengan ayam atau ikan tenggiri. Tapi macam tak berapa sesuai ler gitu.. Ok kita tengok resepi gulainya pulak ye..



GULAI NASI DAGANG 
(kuantitinya dianggarkan cukup utk nasi dagang diatas )
Resepi: MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 3 sudu kecil garam dan 6 keping asam gelugur)
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1~2 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 biji cili hijau
15 biji cili api
10 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe)
(MaDiHaA tambah bendi sikit sebab ada stok dlm esbox)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
8 ulas bawang merah
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2)
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 ~ 20 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan
1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja.
2. Masukkan kulit kayu manis, ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, garam, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2) dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan  sesuaikan rasanya bolehlah di angkat.


Ok ni pulak pelengkapnya.. mesti ada acar timun barulah ngam...


Acar Timun
Bahan2 agak2 lah sendiri yer..
Timun
Lobak merah
bawang besar
cili merah
cuka
gula & garam

Cara2
Hiris memanjang timun (buangkan empulurnya) dan lobak merah. Cuci bersih.
Mayang bawang besar & hiris cili merah. Gaulkan timun, lobak merah, bawang besar, cili dengan semua bahan2 lain. Adjust sendiri rasa acar ikut selera masing2.

 Ok.. selamat mencuba!

14 comments:

-Sara- said...

lamanya xmakan ns dagang..nnt blk raya nak suruh mak buatlah..hehe

mizwa said...

akkkkkkk sedapnyer...
dah lama xbuat last buat raya tahun lepas kat umah hubby guna resepi akk jgk mmg besttt...skrg stok rempah gulai dgn masak tuh dah abes,member yg dok ganu dah pindah dah xdapat nk oda...

Fazleyatul Aini said...

uwarghhh boleh nganga mulut tgk nasi dagang. tsk tsk tsk

Mamasya said...

Sedapnya set nasi dagang Ganu Ratna tu...dgn lauk ikan aye mmg sepadan. Teringat kalau balik Ganu...mkn nasi dagang Ganu...lauk ikan aye yg dibeli siap dicubit isi sikit sbb guna ikan aye besar.

Anna Qawina said...

nok bli nasik dage 2 ringgit..hehe..lama gak tak makn nasi dagang nih

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
rinduuunya nak makan nasi dagang.... biasanya makan masa p sjung jer.. nnt kena cuba resipi akak nie... sedapnya... teringin plak nak makan..

tun_telani said...

kak madihaa!!!! sedap! sedap!! x sabar nk mkn nasi dagang raya nnti.. eh, lupa lak raya kt johor. adoi..

Juwita Jamaludin said...

salam kak madiha.. nasi dagang dulu tak pandai makan kawan dengan orang pantai timur jadi pandai makan.. hihihihih sedap suami ita pun suka...

cikmanggis said...

meleleh air liur akak ni madiha..fvrt ni..raya ni boleh buat ni:)

::Azura Rahman:: said...

sedapnyer nasi dagang ni kak madiha.. zura pernah sekali aritu cuba buat.. tp guna rempah puteri ayu aje.. x berapa menjadik la kak.. huhuh.. sedih sgt.. nnti nk cuba lg guna resepi akak nie.. harap jadik... TQ kak

Fazlinil Irma said...

aduhh.. terliur sy bila baca resepi ni. sy pernah cuba sekali je buat nasi dagang. bila tengok akak buat ni. rasa nak je cuba lagi sekali.

saya simpan dulu resepi akak ni. :)

Acik Erna said...

Assalam madiha..izinkan akak ambik resepi ye..anak2 suka makan nasi dagang..

Faiz said...

sedapnya kak madihaa..saya nak makan tapi tak tahu nak cari mana

Unknown said...

tahun ni tok laki kita minta wat nasi dagag...alahai.. payah je.. selama ni tau minta je dr mak mertua...alahaiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...