Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Friday, May 3, 2013

Menang Tun Telani's 1st Give Away & Award dari Dapur Nasya

Assalamualaikum & selamat pagi...


Awal2 pagi dah hujan kat PJ ni.. mujurlah masa nak keluar pagi tadi hujan tak bersekali dengan angin. Kalau tidak.. haruslah basah kuyup baju kami tiga beranak walaupun dah berpayung.  Jalan sedikit sesak.. tapi alhamdulillah.. tidaklah sampai anak lewat masuk kelas... ada lagi 5 minit.. hehe...

Ok hari ni nak kongsi kegembiraan MaDiHaA bila diumumkan sebagai salah seorang dari pemenang Tun Telani's 1st Give Away pada bulan March yang lalu... umakk aihhh... lama dah kan..hehe.. biasalah.. entry Dapur MaDiHaA ni memang banyak entry tertunda.  Kat rumah asyik sangat ambil gambar makanan yang dimasak.. tapi payah benor nak snap gambar2 hadiah.  Apa tidaknya.. setiap kali snap gambar dalam keadaan tergesa2 sebab suami & anak2 dah menunggu untuk makan. Lepas makan bergegas sambung kerja2 rumah yang lain pula.. sebab tu selalu terlupa nak ambik gambar hadiah ni.  Akak minta maaf ye Tun... Apa2pun.. akak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengadakan 1st Give Away tempohari.  Hadiahnya berupa 2 buah buku resepi memang menjadi idaman ramai blogger2 masakan termasukla MaDiHaA. Tak sangka pula menjadi salah seorang pemenang.  Lagi tak sangka pemenang yang seorang lagi ialah CT Zaliedana yang mana dulu pun kami berdua pernah sama2 menang dalam Giveaway dari Lizahanum... memang ada chemistry gamaknya ye... hehehehe...

Ok jom nak tayang hadiahnya! Suka sangat2 dapat buku resepi ni.  Berganda-ganda suka bila Tun bermurah hati hadiahkan juga spatula & brush dari silicon yang sangat2 berguna tu.  Kedua2nya sudah pun MaDiHaA rasmikan setiap kali buat kek atau kuih muih.  Brush tu MaDiHaA pernah guna masa buat Kare Pan dulu... senang kerja.. hehe... TQ so much ye Tun.  Moga Tun dimurahkan rezeki selalu hendaknya. Amin...

Buku resepi Cupcakes, Cookies & Coffee Cakes hadiah dari Tun Telani's 1st Giveaway



Bertambah suka bila Tun bermurah hati berikan juga spatula & brush dari silikon.  Sangat2 berguna dalam menyediakan kek atau kuih muih.  TQ Tun!



Ok sekali harung MaDiHaA angkut juga award dari Nasya yang dah lama juga dia suruh ambik ni.  So MaDiHaA gabungkan terus dalam entry ni... sesuaila kan.. hehe... Terima kasih ye Nasya sudi bagi akak award ni... Best Blog lagi tu... ye ke best blog? Ramai lagi blog lain yang lebih best sebenarnya.. Blog MaDiHaA biasa2 je... hehe...


Award dari Nasya

Terima kasih!

Thursday, July 21, 2011

Stylish Blogger Award dari Cik Cek, Nurul, Zaliedana & NoorSafone & Thank You Card dari Kak Ham

Assalamualaikum semua............


Dah petang barulah sempat menjenguk blog hari ni.... Pagi tadi aku tak masuk ofis sebab pergi ke sekolah kakak Dini yang mengadakan Hari Sukaneka kali ke 51.  Kakak Dini masuk acara perbarisan.. tapi ibu tak sempat nak tengok dorang buat persembahan pun sebab sampai terlewat sikit... Lepas hantar kakak Dini ke sekolah awal2 paginya.. hantar pula adik2nya ke sekolah tadika & ke rumah baby sitter...lepas tu ibu pusing balik nak ke sekolah kakak... melalui jalan Klang Lama tu jalan bukan main jem lagi... dah tiba sekolah.. cari2 parking yang dekat2 semua penuh... terpaksalah parking jauh & menapak.. hmmm... katanya dorang menari Chicken Dance kali ni... melepas ibu nak tengok... cuma dapat dengar musicnya aje dari jauh masa ibu tengah menapak menuju ke sekolah.. Elok aku nak sampai ke tepi pagar sekolah.. dorang dah abis menari.. cuma sempat tengok tengok berbaris nak keluar padang aje.. Tahun lepas pun gitu jugakk... dorang menari poco2 itupun ibu sampai lewat jugak... melepassss ler jugakkkk... hmmm.. dah macam lagu S.M Salim ler pulak.. hahahaha... Tapi apa2pun.. enjoy jugak tengok pasukan sorak bagi rumah sukan masing2 membuat persembahan lepas tu.. then barulah acara sukaneka diadakan... Itu yang dah petang baru dpt jenguk blog.. sebab masuk kerja half day aje... aishhh.. panjang lebar lak bercerita... 

Oklah.. tujuan sebenar entry ni sebab nak letak award yang kawan2 berikan... dah beberapa hari kawan2 bagi award ni.. rasanya hari ni sesuailah aku update award ni sebab nak update masak2 pun rasa takde mood pulak nak edit2 gambar... so... layan award jelah yer...

Terima kasih kepada ketiga2 sahabat blogger yang sudi memberikan award2 ni yer... Ketiga2 mereka memberikan award yang sama semuanya..

Award Stylish Blogger yang pertama ni pemberian dari  Cik Cek



Yang kedua pula dari Nurul




Dan yang ke tiga ini dari CT Zaliedana
  




Dan yang terakhir dari NoorSafone... atau lebih mesra ku panggil mama... terima kasih buat ke empat2 orang yang sudi bagi award ni yer...

Mengikut syaratnya... award ni mesti diberikan pula kepada 8 orang blogger2 yang lain.. yang ni KIV dulu yer.. nanti kalau sempat BW aku tengok sapa yang layak menerima & belum dapat lagi award ni yer.. 


Ok... dan terakhir sebelum terlupa... aku angkut sekali kad tanda terima kasih dari Kak Ham kepada kawan2nya yang telah mengucapkan hepi besday buat beliau semalam.... aku hanya sempat SMS aje.... Thanks ye Kak Ham. Saya doakan semoga akak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa sihat & ceria2 selalu bersama family tersayang...

Tuesday, July 12, 2011

Award & TAG dari Azlita Masam Manis, Mama Hawa & Kak Ayu Singapore

Assalamualaikum...

Hari Sabtu kelmarin jiran sebelah rumah ada buat majlis sikit.  Majlis pertunangan anak perempuannya.  Jadi secara tak langsung aku pun sibuklah jugak.. walaupun taklah sibuk sangat sebab makanan semua order dari catering.. (almaklum.. rumah apartment gini.. mana ada tempat yang sesuai nak masak untuk kenduri) tapi sebagai jiran haruslah menyibukkan diri betul tak? hehee... Alhamdulillah.. malam sebelum majlis.. sempat jugak tolong gubahkan bakul cookies untuk hantaran sebab Kak Ina & Nana anaknya yang nak bertunang tu tak berapa mahir bab2 menggubah ni.. Gubahan yg lain semua dah disiapkan oleh sedara maranya.. hanya cookies tu aje yang belum bergubah.  Alahh.. pada aku takdelah susah sangat.. cucuk cucuk aje cookies dengan bunga2 yang ada kat dalam bakul tu... Kak Ina kata dia memang tak reti langsung bab2 menggubah ni & alat2 pun memang takde sebab bukan ahli (menggubah).

Disebabkan tak cukup peralatan.. jadi.. aku pun baliklah rumah semula ambil playar, dawai & span hijau yang tak mencukupi utk kemas2kan bakul sebelum meneruskan gubahan.  Dah siap gubah.. Kak Ina kata... haaa.. tengok tangan orang kalau dah berseni.. cucuk2 dah jadi lawa ha.. kikikiiki... Hmm.. pada aku biasa2 aje.. sebab gubah2 macam tu ikut basic macam nak gubah bunga aje..  takdelah special sangat pun.. Oklah.. ni sebenarnya nak bagitau disebabkan kesibukan tu.. tak sempat nak buka blog. Hari Ahad pun tak sempat jugak nak berblog sebab byk kerja yg terbengkalai tak sempat siapkan hari Sabtu.. jadi hari Ahad tu teramatlah sibuk ngan macam2 kerja.

Pagi Isnin barulah dapat tau yang aku dapat award & TAG dari kawan2 yang sangat baik hati ni.. Terima kasih Azlita Masam Manis , Mama Hawa , dan Kak Ayu  yang sudi bagi award & TAG ni yer.. 



Sebagai memenuhi syarat.. MaDiHaA kena menulis  7 perkara yang orang belum tahu tentang diri kita ni.  Apalah yang nak dituliskan ni yer.. ? Rasanya masa berfotopages dulu dah banyak kali juga dah tulis tentang diri sendiri.  Mungkin ada yang dituliskan kat sini nanti sama seperti di fotopages dulu tu mintak maaflah yer. Tapi rasanya mungkin kawan2 di blog belum pernah baca kot ye. Yelah.. mungkin dulu2 tak ramai yg mengikuti fotopages MaDiHaA sebab fotopages ni tak sepopular blogger.  Oklah.. kita teruskan dengan syarat2 yang diminta ye...

1. MaDiHaA adalah singkatan dari perkataan ini :
Ma = Mama / ma (sebenarnya aku membahasakan diri dengan anak2 sebagai ibu!)
Di = Dini (nama anak perempuan sulung). 
Ha = Haziq (nama anak lelaki no. 2) & 
huruf A besar di belakang sekali tu A = Alin... (nama anak yang paling kecil/bongsu)

singkatan dari perkataan di atas.. maka jadilah MaDiHaA yang sengaja ditulis bercampur2 huruf besar & kecil mewakili panggilan ibu/mama & dituruti oleh nama anak2 ku yang bertiga itu.  Nama sebenar MaDiHaA ialah Ratna Husna binti Ismail. Campuran nama India/Indonesia/Arab... Daku tak kisah samada teman2 nak panggil MaDiHaA atau Ratna... semuanya diterima pakai...hehe..

2. Dari lahir lagi aku ni dikategorikan BESAR! Ma kata berat ku semasa lahir ialah 9 pound = 4.09 kg! Besarkan? Aku terus membesar dengan saiz yang  besar dari kanak2 yang sebaya usiaku.  Ditambah dengan rangka besar & agak tinggi ikut arwah ayah & to'ki.. sememangnya aku menjadi orang yang paling besar dalam kelas bermula dari darjah 1 hingga ke menengah tingkatan 5.. akulah yang paling besar dalam kelas! Ma kata semasa kecik.. aku hanya membesar dengan susu.. menyusu badan sampai umur dah 2 tahun lebih.  Tak reti nak makan benda lain sampai susu ma pun dah cair badan aku agak susut.  Ma beri aku susu Dumex pulak lepas tu... lepas tu badan terus kembali sihat.   Agaknya sebab tu yang aku jadi sihat bebenor sampai sekarang.. hehe.. Sampai dah tua2 ni pun.. aku tak jelak2 minum susu.. susu yang aku ambil sekarang tentulah Anlene! Ohh.. kalau kawan2 nak tau.. seumur hidup aku tak pernah merasai badan slim melim macam orang lain.  Dari baby hingga ke sekolah rendah, naik menengah & jadi anak dara hingga abis  sekolah, mula bekerja dapat pakwe hinggalah kawin & dapat anak 3.. aku tak pernah merasa slim!! Berat badan paling ringan atau paling slim yang pernah aku merasa sebelum kawin ialah 70kg!  (sila bayangkan dengan ketinggian 166cm.. berat 70 kg... layakkah dipanggil slim??? hahahaha..)  itupun macam orang nazak berdiet sebab nak naik pelamin & takut baju kebaya songket tak muat punya pasal.. wakakakaka... Sekarang bila dah beranak 3.. badan kembali BESAR & GEMUK seperti azali... pandai cik abang jaga kan kan kan.. hehe..

3. Minat memasak sejak bersekolah lagi.  Masuk sekolah menengah.. dah mula berjinak2 mencuba pelbagai kuih muih.  Tiada siapa yang menggalakkan. Tapi memang minat datang dari dalam diri sendiri di samping memang suka makan.. hehe..  Kalau masa sekolah dulu.. hari cuti mesti nak buat kuih utk minum petang utk ayah & ma.  Ayah & ma masa tu memang sibuk dengan berkebun.  Yang jadi mangsa kena pegi kedai beli bahan2 mestilah adik2. hahaha.. Yang kelakarnya.. tiap kali adik balik dari kedai mesti akan keluar dialog begini: Kak Ngah! / Bie...! (merujuk adik no. 2 atau adik no. 3) kat kedai tadi makcik tu (merujuk makcik tuan kedai runcit) tak tanya ke nak buat apa dengan tepong ni? ataupun.. makcik tu tak tanya ke beras pulut ni nak masak apa? Sampai satu tahap.. adik2 pun dah naik boring + bengang.. pastu adik sound (adik masa tu masih bersekolah rendah lagi): Kaklong ni kalau orang balik kedai mesti sibuk tanya itu tanya ni.. lain kali taknak dah pegi kedai.. Hah.. ko.. padan muka.. wakakakakaka.....Motif dok tanya itu & ini tu bukan apa.. taulah kan budak2.. kononnya kalau org tanya tu.. rasa banggalah bila adik jawab kaklong nak buat kuih... wakakaka...

4. Haa... cerita pasal saiz badan besar ni.. actually bukan setakat badan je yg besar.  Tapi kaki pun besar jugak. Sampai ke tahap susah nak cari saiz kasut. Masa tinggal kat Felda kat Pahang dulu masa dah meningkat remaja.. selalu time nak raya ayah & ma selalu bawak gi shopping kat Segamat sebab itu bandar yang paling dekat.  Biasanya memang takkan berjumpa dengan kedai yang menjual kasut bersaiz besar.  Kiranya memang tak merasalah nak pakai kasut lawa2 & bertumit sikit macam anak2 dara lain. Yang biasa merasa pun setakat pakai selipar/sandal Bata aje.. itupun saiz besar setakat saiz 8 je kot.  Bila dah lepas sekolah & saiz kaki makin membesar..(dah tak muat sandal Bata yang biasa beli tu) biasanya sandal yang orang lelaki selalu dok pakai tu yang biasa jadi pilihan.. pilihan bukan sebab suka.. tapi sebab terpaksa! Kadang2 kalau arwah Ayah ada duit lebih.. dapatlah merasa pakai kasut Scholl tu.. Nasib badanlah tak dpt merasa pakai kasut wanita yang cantik2... apa nak buat kan.. dah anugerah tuhan mcm tu.  Tapi bila dah berhijrah ke KL ni.. alhamdulillah.. kat sini ada kedai yang menjual kasut dengan extra size. Biasanya aku dpt cari kasut bersaiz besar di kedai kasut Princess.  Selain tu.. dulu2 ada satu kedai yang jual kasut bersaiz besar dekat Pertama Kompleks.  Sekarang ni tak taulah kedai tu masih ada atau tak.  Sebab dah jarang pegi situ.  Sebab kat PJ ni aku dah jumpa satu kedai yang ada jual kasut bersaiz besar di State PJ. Nama kedai tu Meiko.. berhadapan dengan Menara MBPJ.  Jadi hanya kedai Meiko atau kedai Princess jer yang biasa aku pegi utk beli kasut extra size utk kaki aku yg memang besar sejak azali lagi ni.. hehehe.. memang betul2 ikut saiz kaki arwah ayah.. hahah..

5. Oh ya.. walaupun badan besar & segalanya besar.. jangan tak percaya aku aktif jugak dalam bersukan ni tau.  Masa sekolah rendah aku  pernah mewakili sekolah dalam acara bola jaring.  Bila masuk sekolah menengah.. aktif main bola jaring dengan bola tampar.. selain tu.. sesuai dengan badan org yang besar.. apalagi kan.. mestilah terpilih masuk acara lontar peluru  dengan cakera tu.. kekekek... tapi semua2 acara tu.. setakat mewakili 'rumah' sukan ajelah.. bola jaring pulak.. selalunya hanya jadi GD atau GK.. kekeke... uikk.. teringat pulak kat anak sulung aku tu.. dia  pun wakil sekolah jugak tu.. boleh pulak jadi GS?? wahh.. kalah ibunya!! hahaha..

6. Aku sudah 3 kali masuk dewan bedah dengan 3 kes yang berlainan.. pertama kali lepas bersalin  anak sulung.  Disebabkan kecuaian pihak hospital (lebih tepat lagi budak yg menjahit tu) jahitan masa bersalin tak sembuh2.. rupa2nya ada bahagian yang tak berjahit ditengah2 jahitan.  Patutlah masa berjalan rasa sakit2 aje dari awal bersalin sampai ke habis pantang...  sampai anak dah umur 3 bulan lebih.. Sampai ma pun hairan.. dah masuk 2 minggu takkan rasa sakit sangat2 lagi kan.. masa tu adik no. 2 pun sama2 pantang.. dia lepas seminggu pun kat tempat jahit tu dah kurang sakit.. yang aku ni masih rasa pedih2 lagi tiap kali berjalan.. bila check.. rupanya ada bahagian yg terbuka kat tengah2 barisan jahitan tu.. apalagi.. terpaksalah masuk dewan bedah utk jahit semula selepas 3 bulan lebih umur baby sulung aku masa tu.. nasib baik dibius pengsan terus.. kalau idak memang maluuuu.. hahaha.. yelah.. kalau time bersalin tu memang dah terlupa malu sebab sakit sgt kan.. tp kes aku ni kiranya badan dah sihat.. cuma kat tutt je yg sakit.. wakakaka..  disebabkan kena jahit tu.. hahh.. dapat MC panjang lagi walaupun baru je lepas MC 2 bulan... kawan2 ofis semua hairan.. hehe.. Ok.. kali ke dua masuk dewan bedah sebab nak kena operation appendix. Pun bius sepenuhnya. Kali ke 3 masuk dewan bedah sebab bersalinkan anak no. 3.. pengalaman pertama bersalin kena bedah.. bius separuh badan.. kenangan yang sangat2 berharga.. hehe..

7. Uihhh.. dah masuk 7 eikk.. Oklah.. nak perkenalkan asal usul diri ku yang sebenarnya.. Aku dilahirkan & dibesarkan di Terengganu.. Ayah & ma memang asal dari Terengganu.  Masuk darjah satu.. kami berhijah ke Pahang kerana parents masuk FELDA. (actually dorang dah pegi dulu ke Pahang & aku bersekolah di Dungun tinggal dengan tok & mak sedara sebab masa tu Felda baru buka & banyak kemudahan yg masih belum begitu lengkap.. bila keadaan dah stabil barulah aku dok dengan ayah & ma) Tu sebab aku ada 2 kampung. Kadang2 balik Trengganu & kadang2 balik Pahang..  hehe.. Arwah ayah dulu minat berkebun.  Bukan setakat berkebun utk makan sendiri tapi untuk komersial.  Kami adik beradik boleh dikatakan semua ada pengalaman membantu arwah ayah & ma berkebun.  Kiranya taulah jugak macamana buat kerja kebun. Antara kerja kebun yang pernah aku lakukan ialah.. membuat batas (batas ditutup dengan plastik berkilat (aku panggil plastik marching) untuk mengelakkan rumput tumbuh & juga untuk pembalikan cahaya matahari bagi mengurangkan serangga perosak pada tanaman), menanam cili & sayuran (ada jenis2 sayur yang dibesarkan dalam polibag terlebih dahulu dan ada jenis sayur yang ditanam terus pada batas), membaja sayur, menyiram (guna hos/getah panjang tu), meracun rumput atau meracun sayuran/cili, memetik sayur,  mengred sayuran & bermacam2 lagi kerja2 kebun yang lain. Antara tanaman yg biasa arwah ayah tanam untuk komersial ialah cili besar, tembikai, kobis, labu kuning, jagung, kacang panjang, timun, terung, bendi & peria.  Hasil dari kebun biasanya dijual kepada peraih di pasar besar Segamat.  Ada juga sayur dijual pada pekedai2 kecil kat kampong.. tapi yang dalam jumlah besar semua hantar ke Segamat.  Cili besar tu sekali hantar ke pasar Segamat kadang2 hingga mencecah 10 guni besar & mencecah beratus2 kg! Seronok sangat sebab tiap kali lepas hantar sayur ke Segamat.. arwah ayah akan bawa balik macam2 makanan.. yelah sebab dapat payment cash! hehehe.. yang ditunggu2 masa tu tentulah Ayamas.. kekeke.. Kat kampong.. nama arwah ayah & ma dah lekat dengan nama  gelaran Mail Sayur & Zai Sayur.. hehehe.. Sekarang sejak arwah ayah dah takde.. tanah kebun dipenuhi dengan kelapa sawit aje.. sesekali kami balik kampong.. adalah jugak bawak anak2 masuk kebun sawit ma tu..


Okaylah.. dah panjang lebar menulis.. aku kalau dah mula menulis memang akan berjela2.. hehee.. Ok harap pada Ita, Kak Ayu & mama Hawa berpuas hati ye dengan apa yang dituliskan.. Jangan sampai boring pulak membacanya.. tulisan ni ambil masa 2 hari untuk disiapkan ni tau... 2 hari tapi berhenti2 buat kerja lainlah.. hehe.. sekadar berkongsi apa yang orang lain tak tau tentang diri ku.. yelah.. selama ni orang hanya tau aku minat masak2 jekan.. haha.. Oklah.. cukup sampai sini dulu & thanks pada yg memberikan award & TAG ni ye..

Alamakk...!! kena cari 5 orang yang perlu di TAG? Boleh tak kalau nak KIV dulu? rasa2 dah ramai teman2 yang dah kena ni.. tak tau nak TAG sapa lagi.. nanti kalau dah ada senarainya baru MaDiHaA letakkan nama mereka kat sini yer... nanti kita tengok sapa yang kena... hehe.. nak kena BW dulu check sapa yg belum kena...

Updated : Okay.. setelah ku BW sebentar tadi.. inilah senarai 5 orang rakan2 yang kurasakan belum kena TAG lagi.. hehe.. harap kawan2 jangan marah yer... & buat bila rasa free...

1. Sizuka
3. Kak Rose
4. Zana Blog Surirumah
5. Ana Abdullah

Okay.. jumpa lagi...

Thursday, May 5, 2011

Mother's Day Cake dari Puan Ros & Goldcard dari CT Delima

Assalamualaikum...

Kali ni.. MaDiHaA update dahulu pemberian teman2 blogger sekalian... Terharu rasanya hati menerima pemberian hadiah dari teman2 blogger yang dikasihi lagi disayangi... 


Sempena Mother's Day yang bakal tiba... Puan Ros dengan bermurah hati telah memberikan kek coklat yang nampak sangat2 lazat ini kepada ku & teman2 yg lain... Amboii.. nampak sangat2 menggiurkan.. coklatnya berkilat2 gitu..  deco pun begitu cantik sekali.. tentu sedap kek ni... kalaulah boleh dipotong & dirasa tentu lagi sedapp.. hehehe... terima kasih banyak2 ye Puan Ros kerana sudi menghadiahkannya kepada saya.. Saya jugak ingin mengucapkan Happy Mother's Day buat Puan Ros juga.. bukan saja menjadi ibu kepada anak2 beliau.. tapi juga menjadi ibu kepada 'anak2 angkatnya' yang sangat ramai di Tadika Sinaran Intelek di Putra Heights, Subang Jaya.  Semoga segala jasa & ilmu yang diberikan kepada anak2 kecil tersebut akan menjadi pencetus kejayaan anak2 kecil di masa akan datang.  

Kepada teman2 yang lain yang bergelar ibu.. MaDiHaA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Mother's Day buat kalian semua...Semoga tak jemu2 menjaga, membesarkan & mendidik anak2 menjadi insan yang berguna & berjaya dalam hidup mereka.. Sesungguhnya Ibu adalah seorang yang HEBAT!!






Dan ini pula... pemberian Che CT Delima kepada semua follower blog beliau... Goldcard yang diidam2kan... bukan senang nak dapat goldcard macam ni kalau gaji kecik memang tak merasa la nak pegang.. hihihi... Terima kasih ye CT sudi bagi MaDiHaA Goldcard ni..... nanti kita gunakan  kad ni untuk beli segala peralatan baking yang diidam2kan yer... hehehe..



Kepada Puan Ros & CT MaDiHaA ucapkan terima kasih daun keladi.. kalau ada bagilah lagi.. hehe...


Jumpa lagi..

Friday, April 29, 2011

Award dari Saza Haiza & Tahniah buat Antan Bertingkah

Assalamualaikum...

Kali ni ku nak update dulu award & juga bunga dari rakan2 blogger yang telah sudi memberikannya pada aku & juga kawan2 yang lain.

Ok.. nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Saza Haiza yang sudi bagi award ni katanya khusus kepada blogger yang banyak memberi maklumat & ilmu masakan.. tak sangka pulak blog setahun jagung Mamawandiha ni turut terpilih.. terima kasih banyak2 ye Saza.. 



Dan kat bawah ni pula ialah award kepada semua follower blog beliau. termasuklah aku salah seorang darinya.  Untuk pengetahuan kawan-kawan semua.. Blog Saza juga penuh dengan maklumat berinformasi serta pelbagai petua yang dikongsikan.. Tak rugi kalau rajin jenguk2 blog Saza sebab banyak betul ilmu & petua yang boleh kita ambil & amalkan.. Thanks ye Saza untuk 2 award ni...




Di bawah ini pula... pemberian dari Antan Bertingkah kepada semua sahabat mayanya sempena ulang tahun pertama blog beliau.. Tahniah diucapkan pada Antan Bertingkah... semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya dan sama2lah kita teruskan minat yang sama berkongsi resepi2 buat semua kawan2 yang sudi bertandang ke blog kita... semoga ilmu yang sedikit itu akan memberi manafaat kepada semua.. amin...




Semoga bertemu lagi & terima kasih.

Wednesday, April 13, 2011

Award & Ole2 dari Kak Jee, Niezza, Mas Duniaku, Izah & Norsafone

Assalamualaikum semua....
Hari ni... hari mengumpul award & ole2... Terima kasih kepada semua yang sudi memberi ole2 & award ni yer...

Ole2 dari Kak Jee yang menghargai semua follower & pengunjung di blog beliau.. thanks Kak Jee..


Seterusnya ole2 dari Niezza yang berada di Finland sempena 1st anniversary blognya... tahniah dik & thanks untuk buah tangan yg cantik ni yer... semoga terus berblog & sama2 berkongsi ilmu masak2 dengan semua...


Sahabat blogger ini pun baru saya menyambut 1st anniversary blognya... Mas yang sangat rajin mencuba pelbagai masakan.  Thanks ye Mas...  akak suka bunga tu... semoga terus rajin berkarya, masak2 & berkongsi resepi sesama kita...


Ini pula... award yang cute dikongsikan oleh Izah. Thanks ye Izah.. terselit jugak nama akak dlm list mu.. hehe... maaf terlambat ambil... hehe...



Dan yang terakhir buah tangan dari Norsafone kepada semua followernya... thanks kak...







Terima kasih kepada semua teman2 & sahabat blogger yang sudi memberi award & ole2 yang sangat cute ni ye... semoga persahabatan kita di alam maya ini akan terus mekar mewangi hendaknya...

Monday, April 11, 2011

Award dari LOVE !

Assalamualaikum & selamat petang semua...

Hari ni terbantut nak pos resepi gara2 dok melepak kat mukabuku.. hehehe.. Bukan sehari suntuk kat sana... tp biasalah kan.. sambil kerja sambil bermukabuku.. sudahnya blog tak berupdate la... hehe.. takpelah.. untuk hari ni.. aku nak pos award yang diterima dari love2cookPertama kali dapat award dari LOVE...  Thanks ye LOVE sebab ingat juga U kat I ni ye... 

Suka sangat dengan award yang sangat cute ni.... LOVE... I ambil award yg berkaitan dengan dunia masakan ye... Thanks again LOVE!




Thank you very much LOVE!

Thursday, April 7, 2011

One Lovely Blog Award dari Kak Jee & Azlita

award dari Kak Jee

Assalamualaikum...

Pagi tadi bila check komen kat entry terbaru sangat2 teruja bila dapat komen dari Kak Jee suruh aku ke blog beliau ambik award. Wahh!!! Terharu! Teruja sungguh!  Kak Jee yang aku anggap sebagai seorang selebriti (yang sememangnya seorang selebriti suatu waktu dulu waktu berlakon dalam sitcom Santan Berlada kalau tak silap) sudi juga menyapa aku dalam blog aku yang tak seberapa nih.  Lebih lagi terharu bila Kak Jee sudi bagi award pada aku sebagai One Lovely Blog... hehehe.. lovely ke blog saya ni Kak Jee? hehe... Thanks ye kak Jee... Tak sangka terpilih. Bila dah dapat tu.. dalam fikiran ni terus ler bekerja & berfikir sapalah yang aku nak bagi award ni yer... ramai tu.. 15 orang!  Semestinya kepada blog yang baru aku kenal & yang aku suka.  (yang tak terpilih tu tidak bermakna aku tak suka blog kalian okey!)  Dalam fikiran tu dah terfikir Azlita adalah salah sorang darinya.  Tiba2! belum pun sempat aku pos entry award ni... rupa2nya Azlita dah terlebih dulu tinggalkan komen kat shoutbox suruh aku ambil award kat blog beliau pulak... wawawawaaa.... nampaknya tinggal angan2 jelah nak bagi Ita award ni... hehehe... Untuk Ita actually kita sangat2 admire dengan blog Ita... tp takpelah nampaknya kali ni tak sempat nak bagi Ita award sebab Ita dah lebih awal bagi kat kita dulu... hehehe.. Apa2pun.. thanks jugak untuk Ita yang sudi bagi award ni ye... Oleh kerana dua award ini adalah award yang sama... jadi MaDiHaA jawab 2 in 1 ajelah ye....

award dari Azlita

Ops... sebelum tu harus diingat.... rezeki tidak datang bergolek.. ada sedikit homework yang perlu dipenuhi.. insyaAllah..  MaDiHaA cuba ye... jom tengok apa syarat2nya...



1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini. (ok siap!)

2. Berkongsi apa jua mengenai diri anda dengan semua (ok... dah!)
  • Dilahirkan di Trengganu Darul Iman & sempat membesar di sana sehingga umur 7 tahun.. kemudian berpindah ke Pahang bersama ibu bapa sehingga habis SPM... Ibu masih di Pahang sehingga kini (hanya ibu kerana ayah dah takde) Pernah bekerja di Pasir Gudang Johor selama 7 bulan selepas SPM.. sambung belajar di Selangor & bekerja pun di Selangor & akhirnya bertemu jodoh & bermastautin di Selangor juga sehingga kini... hehe..
  • Isteri & ibu kepada 3 orang cahaya mata. Yang sulung 11 tahun, kedua 5 tahun & yang bongsu 2 tahun.

  • Wanita yang cukup sederhana dalam penampilan & kehidupannya.

  • Wanita berkerja & sibuk di pejabat di siang hari... namun bila malam.. rutin ku sama seperti suri rumah yang lain menyiapkan hidangan untuk keluarga disamping kerja2 rumah yang perlu dibereskan..   
  • Sejak dari anak dara lagi memang minat & suka mencuba resepi-resepi yang berkenan di hati.  Sehingga kini hobi tu tetap ada apalagi bila ada blog yang boleh diabagikan hasil masakan bertambah rajin nak mencuba pelbagai resepi baru.  Kalau dulu masak untuk parents & adik-adik... kini untuk suami & anak2 pula.

  • Seorang wanita yang berperwatakan lembut... namun jangan tak tau.. aku sangat garang dengan anak2..(bila diaorang degil lah kan..) hehe..

  • Penyayang kepada haiwan terutama haiwan yang comel2... especially kucing.  Malah dulu2 anak kambing yang ayah bela pun aku sayang sangat siap dukung2 lagi... jinak jadinya kambing2 ayah tu kena main ngan aku... hehe... sah2 aku (kami sekeluarga) takkan makan kambing2 yang kami bela tu..
  • Macam kak Jee jugak.. badan je besar.. tapi penakut terutama bab2 nak suruh belajar berenang atau bab2 nak kena pegi tempat2 yg sunyi sorang2.. lagi2 kalau tau tempat tu keras sikit. hehe...
3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui. (ok sudah!)


  1. SARI YUSA IBRAHIM http://sariyusa.blogspot.com/
  2. MR. MAMA http://resepihidupku.blogspot.com/
  3. ZALIEDANA http://ummiesya.blogspot.com/
  4. CIK CEK http://cekvisionhomes.blogspot.com/
  5. DIANA http://skybluemelleymey.blogspot.com/
  6. SOFEA http://after6am.blogspot.com/
  7. HANI http://rohaniramli.blogspot.com/
  8. NOORSHA http://noorsha.blogspot.com/
  9. NORSAFONE http://storyofmama.blogspot.com/
  10. MAMA GEE http://kisahseorangogy.blogspot.com/
  11. PAUTAN KASIH RABIATUN ADAWYAH http://rabiatunsweettouch.blogspot.com/
  12. KHAZAINI KHALID http://kha-mytaste.blogspot.com/
  13. MAWADDAH http://mwdah.blogspot.com/
  14. ANYMZ http://anymz-mykitchen.blogspot.com/
  15. AIN SWEET THOTS http://my-sweetthots.blogspot.com/

4) Drop them a note and tell them about it (siap jugak!)



Saturday, January 22, 2011

Award dari Kak Ummi & Kak Ilahjy


Maaf kakak2 ku semua kerana agak terlewat nak ambik award ni.  Award datangnya dari Kak Ummi Kuantan & Kak Ilahjy. Oleh kerana kedua2 awardnya adalah award yang sama.. jadi saya poskan serentak ajelah. Terima kasih ye Kak Ummi & kak Ilahjy sebab sudi bagi award ni kat saya... nak kata kreatif sangat saya ni tidaklah jugakk.. berblog pun baru je setahun jagung.. hehe...

INI PENGERTIAN TENTANG AWARD YANG DIKIRIMKAN:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.

-THE END-

~Mintak maaf kerana tak dapat nak selesaikan tugasan ni sebab kalau pilih 5 orang takut pulak yang tak terpilih kecik hati.  Pastu.. nak bagi pun takut jugak ada yang tak sudi nak terima ataupun menyusahkan mereka.. hehehe.. jadi jalan penyelesaiannya.. sesapa yang sudi ambil award ini.. dipersilakan ambil & bawa balik ke blog masing2 ye...~

Saturday, December 25, 2010

Award dari Kak Ummi & Izah

Salam & selamat pagi semua...

Seronok ehh hari ni semua orang bercuti.. mesti ada yang dah plan nak pegi ke mana2 agaknya hari ni.. Aku macam biasa aje.. tak ke mana2.. lagipun cik abang kena OT hari ni.. so.. aku & anak2 kat rumah ajelah.. Cik abang kerja.. aku pulak sibuk sikit sebab siapkan kuih tempahan dari customer ku Along Ayu.. (tq Along dok jauh2 pun sanggup tempah kuih dengan saya) sibuk2 pun sempat gak nak update blog? heheh.. sebenarnya ni autopublish punya entry.. hehe..
Dah lama dapat award ni.. tapi hari ni baru berkesempatan nak amik award dan jawab tag yang dihulurkan oleh Kak Ummi dan Izah.  Maaf ye sebab lambat sikit.. maklumlah kann.. kalau ambik award saja mungkin laju ajelah aku pegi ambik.. tapi bila kena jawab TAG sekali.. jadi kena tunggu free sikitlah baru boleh buat.. hehe.. apa2pun.. terima kasih pada Kak Ummi & Izah yang sudi bagi award ni ye... tapi rasa macam segan pulak nak terima award tu.. yelah.. belum lagi layak jadi chef.. setakat chef untuk anak2 tu bolehlah kot..


Ok.. ni soalannya yang kena jawab..

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda...
  • Rasa2 kalau tanya sejak bila mula masak tu.. masa sekolah rendah dah mula nak mencuba2 memasak dah.  Tak silap.. masa tu darjah 3 kot.  Rasanya masa tu kat rumah guna dapur minyak tanah cap butterfly bentuk 4 segi tuh.. ada gak dapur minyak tanah yg bentuk bulat warna biru.. tapi dua2 dapur tu boleh ejas nak besar atau kecilkan api.. canggih gak tuh... hehehe.. Mula2 masak rasanya goreng telur kot.. betul ler.. lepas goreng telur.. makan dengan nasi yang mak masak + kicap.. hehehe.. Ni bukan kes mak tak masak.. tapi sebab petang rasa lapor.. so makan le nasi sejuk dengan telur & kicap.. hehehe..
2. Sapa yang menggalakkan anda masak...
  • Rasa2... kalau bab memasak.. takde sapa yang menggalakkan.  Semua atas dasar minat diri sendiri.  Pantang tengok mak & tok masak atau buat kuih kat dapur.. mesti aku pun sibuk jugak dok kat dapur tu sampailah kuih siap dimasak.  Bila siap masak & dapat makan kuih yg dah siap.. dari situ lagilah timbul rasa minat nak buat sendiri.  Pokoknya.. minat tu memang dah ada dalam diri sendiri.  Sekarang ni... semakin minat memasak bila suami & anak2 enjoy makanan yang aku masak.. dulu sebelum kawin pun sama... seronok tengok ayah, ma & adik2 makan apa2 yang kita masak.  Galakan tu mungkin sebab seronok tengok diaorang enjoy the food... kiranya.. galakan secara 'verbal' yang bersungguh2 suruh kita masak itu & ini tu memang takde.. tapi galakan dari reaksi & sambutan  terhadap apa yang kita masak dari hubby & anak2 itulah yang buat kita rajin memasak..
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda....
  • Apa ye? Rasanya.. apa aje yang aku masak.. semua orang dlm rumah suka.. hehehe... Kalau ikut yang aku suka masak... aku suka masak yang simple2 aje.  Kalau lauk untuk hubby yang aku suka masak.. mestilah Gulai Asrong Ayam (gulai asamrong). Sebabnya.. nak masaknya senang & yang seronoknya... hubby aku & kakak Dini memang suka gila2 dengan gulai ni.  Gulai ni aku belajar dari mertua... Cuma buat masa ni Haziq & Alin yang tak boleh makan lagi sebab lauk tu pedas berdesip!  Menu lain yang jadi kegemaran keluarga ialah Nasi ayam & aneka sup.  Sebarang sup.. ayam, daging atau sayur semua ahli keluarga suka... memang habis sampai ke kuah pun dorang hirup habis... Nasi ayam pulak kalau masak sure lariss.. hehehe..
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..

Ni yang payah sikit nih.. bukan apa... takut pulak yang tak terpilih kecik hati...  so.. sapa2 yang rasa dirinya rajin datang sini & yang penting rajin memasak.. silalah tinggalkan komen  anda di enty ini ye.. (komen di chat box tidak diambil kira).   5 komen yang terawal.. andalah orangnya... boleh gitu?? hehehe


Friday, December 3, 2010

Award dari Anna Qawina






















Salam Jumaat semua...

Dapat rezeki lagi di pagi Jumaat... hehe.. Award ini dipanjang2kan oleh Anna Qawina & aku salah sorang yg dijemput untuk mengambilnya.. Terima kasih ya Anna Qawina walaupun blog akak masih di kira baru & tidaklah begitu best.. tp alhamdulillah ada juga rezeki.. hehe..

Wednesday, December 1, 2010

Award dari Kak Lin Rosly & Ida Marlida

Salam semua...

Hari ni baru masuk kerja setelah pulang bercuti ke kampong selama 4 hari.  Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi memilih blog MaDiHaA ni sebagai blog yang cantik (??). Rasa2nya.. ada banyak lagi blog kawan2 yang lebih cantik & menarik yang lebih layak. Blog MaDiHaA ni masih dalam proses memperindah lagi... tuan rumah pun tak begitu mahir lagi bab2 nak menghias blog.  Apa2 pun.. terima kasih pada Kak Lin Rosly dan Ida Marlida yang sudi bagi award ini & minta maaf sebab terlewat mengambilnya..




 Award dari kak Lin Rosly...

Award dari Ida Marlida...


Ambik award ni.. ada pula syarat2nya ye... jawaplah juga mana2 yg berkenaan... hehe..

Nick name tuan empunya blog : MaDiHaA a.k.a Ratna

Ucapan untuk pemberi award:

Terima kasih banyak2 pada Kak Lin Rosly & Ida Marlida yang sudi memberi award ini.  Walaupun tak berapa layak menerimanya.. tapi kita terima dengan hati terbuka dengan keikhlasan dari kawan2 yang sudi memberi.

6 fav artist / singer / group

1- Allahyarham P. Ramlee
2- Allahyarham Sudirman
3- Search
4- Salem Iklim
5- Jamal Abdillah
6- Guns N' Roses


Tag 10 bloggers:

Ini agak susah sikit nak laksanakan sebab terlalu ramai yang punya blog yang cantik2.. so di harap kepada teman2 yang ada blog yg cantik2 tu silalah ambil award ini ye.. anda sememangnya layak menerimanya... 

Terima Kasih..

Thursday, November 4, 2010

Beautiful Blogger Award


Salam... petang2 ni.. tempek award pulak... rasa segan & tak sangka nak dapat award ni sebabnya.. aku bukannya kategori beautiful.. hehehe.. yelah.. kan ke award tu utk blogger yg beautiful saja..........  rasa malu2 kucen jugak ler nak terima... hahahaa.... apa2pun.. terima kasih pada Cplud Miera http://pludcorner.blogspot.com/ yang sudi bagi award ni...  tang mana yang beautiful kat akak ni dikk?? hehe..

Oh ya.. akak tempek awardnya aje ye sebab dulu dah pernah jawab soalan2 yg diminta... TQ very much..!

Monday, October 11, 2010

Award dari Tie



Baru berkesempatan nak ambil & tepek award yang aku dapat dari Tie http://watiyusof.blogspot.com/

Terima kasih ye Tie sebab sudi bagi award ni.. rasanya macam tak berapa layak akak terima award ni.. hehe.. sebabnya akak ni bukannya kreatif sangat pun.. blog pun simple aje tak reti nak hias cantik2 mcm org.. maklumlah.. baru je berblog dah tu.. takde masa nak godek2.. hehe.. apa2pun.. thank you very much ye Tie..

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI :: PENCIL yang besar menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan. FILEM bergerak tanpa henti menunjukkan AWARD ini diFOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima. LOGO bulat berkelip-kelip jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Monday, May 17, 2010

Sunshine Award

Pagi ni aku nak tepek award yang aku dapat dari Tie http://watiyusof.blogspot.com yang memang aku suka sangat masuk & baca segala coretan & tulisannya di dalam blog beliau. Sebelum itu.. aku selalu masuk di Fotopagesnya.. Tetapi kini Tie lebih aktif di blog berbanding FP. Yang paling mengkagumkan ialah setiap saat & minit T dapat mengingati apa yang dia buat sepanjang hari walaupun kadang kala Tie mengupdate blognya seminggu sekali. Tapi daya ingatan Tie sangat bagus!! Tie juga seorang sahabat yang sangat baik & pemurah. Aku sempat bertemu dengannya sekali dlm bulan puasa tahun lepas.. tapi hanya seketika. Tie sangat2 peramah orangnya. Seperti dah kenal lama. TQ Tie sudi kenal dengan akak & TQ juga sudi bagi award ni..



"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world." Sangat berbesar hati nak memanjangkan award ini kepada kawan2 yang banyak memberi inspirasi kepada ku untuk membuat blog sendiri. Ada yang beri inspirasi secara verbal kepada ku.. & ada juga yg tak berkata apa2.. tapi blog mereka sangat2 cantik dan membuatkan ku tertarik & berminat untuk berblog seperti mereka.. Sudi-sudikanlah untuk menerima award ini dari MaDiHaA kerana anda memang layak menerima award ini...

Friends, when you write about this award, you may follow these rules:

i. Nominate 12 more bloggers.

1. Kak Zai Teratak Impian
2. Kak Ummi Zaihadi
3. Midza
4. Ida Marlida
5. Mat Gebu
6. Zaiy
7. Jasmeen
8. Kak Jie Jie
9. Ijan Blogresepi
10.Alongroz
11.Nurfikas
12.Alona CintaManisLite

ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award

Friday, May 7, 2010

Award Pro Memasak Dari Alongroz



Pagi ni dengan bangganya aku nak gantung apron yang kiut miut ni kat 'umah baru' aku ni... walaupun bukanlah pro sangat memasak.. tiru meniru boleh laa.. tapi aku seronok sangat sebab apron tu sweeettttt sesangat..... memang aku takkan pakai punya sebab lawa sangat.. sayang!! Lagipun.. bukan saiz aku.. so kita simpan ajelah elok2.. kekekekee...


Apron ni hadiah dari Alongroz.... terima kasih banyak2 sebab sudi bagi award ni yer..

Hadiah ni ada soklan kena jawab:

1=>3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
* Sup ayam (ikut selera anak2)
* Gulai asrong/asamrong ~ masakan tradisi negeri Pahang)
* Gulai lemak cili padi

2=>3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
* Triffle
* Puding Karamel Lapis
* Tapai Pulut

3=>3 jenis biskut kegemaran time raya
* Almond London
* Suji Cookies
* Cornflakes Madu

4=>Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
* Ida Marlida
* Midza (Mizwa)
*

Tak tau nak bagi kat sapa lagi.. jap lagi nak pi intai sapa yang belum dpt apron ni.. hehe

Wednesday, May 5, 2010

Award, Award & Award Lagikk...

Salam semua..

Pagi ni.. nak tempek award dulu.. byk tul award dpt sejak2 berblog nih.. hehehe.. macamana boleh dpt byk award nih... padahal aku baru je berblog... dah boleh dikategorikan interesting blog ker?? hehe...

Award pertama ni.. datangnya dari dak Abbot a.k.a makyong kita.. aritu aku bg dia award & tag 5 soklan... tapi kali ni dia mcm nak balas dendam plak ngan aku ni ha... bagi award dgn tag 7 soklan.. kekekeke.. sib baik mmg aku ni jenis suka menulis & meraban.. setakat 7 soklan tu... no hal punya.. hahahah... anyway.. TQ very much dear Abbot...



1. Thank and link the person that give you the award ni syarat nak ambil award
- Terima kasih banyak2 ye Abbot sebab sudi bagi akak award interesting blog ni..

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

1. MamaFaMi

2. Cik Manggis

3. Mat Gebu

4. Tie Big Mamma Bukhari

5. Ummi Zaihadi

6. Hana Jepun

7. Kak Zai Dapur Impian

8. Fiza Nordin

9. Kak Su Mersing

10. Zaiy Dubai

Kepada nama2 yang tersenarai... sila2lah pakai baju merelip2 naik pentas amik award ni ye.. & lepas tu.. rajin2kanlah diri menjawap sikit wawancaranya walaupun aku tau anda semua sibuk.......... takper.. artis mesti sporting kannnn... kekekeke...

3. Contact said blogs and let them know they've won this award
- Ada masa nanti aku pi war war kan..

4. State 7 things about yourself
- Ramai yang kata aku ni orang yang lemah lembut terutama kawan2.. hatta mak aku sendiri pun ckp mcm tu.. (yelah.. hormat kwn & org tua kann..) tp hakikatnya.. aku takdelah lemah lembut sgt.. kalau kat rumah tu.. selalu gak jadi tarzan ngan anak2.. kalau drive kete.. suka drive laju2 pastu suka pasang lagu2 rancak pasang kuat2.. kekekeke.. ni bukan lemah lembut namanya.. pompuan brutal kaedahnya.. hehehe..

- Kalau ada masa & bahan2 mencukupi.. memang aku suka bebenor bereksperimen di dapur.. seronok sgt tgk hasil eksperiment (masakan). Dulu nak jadi saintis tak jadik kenyataan.. so skrg ni.. dpt bereksperiment kat dapur pun jadiklaa... sambil2 menggemokkan diri.. hehehe..

- Suka bercucuk tanam... masa menyewa umah semi-D dulu mmg penuh depan rumah dengan bunga mcm2 jenis ada.. tepi umah, belakang umah plak tanam sayur, cili padi, serai & mcm2 lagik.. tp skrg ni.. dah ada umah sendiri (hanya mampu beli apartmen je) tak sesuai utk bercucuk tanam... jd.. kat umah ada bunga plastik jekk.. uhukkks..

- Kalau Abbot tak suka pakai baju yg flowerish... aku pulak.. itu yg suka sangat... hehehe.. kalau corak abstrak.. memang pilihan terakhir kecuali utk baju2 blouse ok ler..

- Aku pun sama.. orang yg begitu simple dlm penampilan... no solek2.. no aksesories segala... tp minyak wangi.. wajib laa...

- Sama mcm Abbot.. suka menikmati keindahan flora dan fauna..

- Suka gak pegi tempat2 yg indah yang ada unsur air spt tepi pantai... tepi sungai.. tepi tasik, tepi kolam & kat air terjun... kalau dpt mandi lagi best! Tapi.. tepi loji tak suka tauuu... busyukkk!!! kekekek..


Ok.. abis sudah tugasan dari dak Abbot ni.... yer... hmmm.. sebenarnya.. aku dpt dua lagi award yg sama iaitu yang ke dua dari Cikgu Akma... thanks ye cikgu sudi gak bg award ni pd akak..




Dan yang ke tiga dari Ayu yang dok kat Singapore tu... thanks ye Ayu.. terharu ni terpilih dapat award dari Ayu...



Untuk tugasan tu.. rasanya tak perlulah diulang2 lagi.... jawapannya tetap sama jugak kann... so.. aku tempek award jelah.. & 7 dari soalan tu dah aku jawab kat atas sekali tu... Terima kasih pada Abbot, Akma & Ayu yang sudi passing award ni pd akak... love u all so much!! muahhh!!

Friday, April 30, 2010

Award dari Sue (Soulha, Cairo)

Salam..

Agak terlambat sikit aku masukkan award dari Sue (Soulha, Cairo) ni.. Bukan apa.. aritu tak jumpa cari kat mana nak ambik award ni kat blog Sue.. cari punya cari tak jumpa2.. almaklum.. mata kita ni rabun sikit.. hehe.. TQ Sue sudi bg kita award beatiful blogger ni..





Tapi.. sebelum layak ambil award tu.. ada syarat2 lain juga ni...

1. Think and link the person that give you the award.
- sue (dulu kadang2 aku panggil dia soulha... hehe.. )

2. Pass the award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic
3. Contact said blogs & left them know they've won the award
- yang ni.. rasanya tak dapat nak tunaikan permintaan.. tapi MaDiHaA tujukan buat semua teman2 blogger yang masuk dlm blog MaDiHaA pada hari ni.. sila2lah ambil award ni yer. Khas untuk hari ni saja tau.. (30.4.2010)

4. State 7 thing about your self
- Seorang isteri & ibu kepada 3 orang cahaya mata.
- Isteri yang bekerja di pejabat.. malam kerja kat rumah pulak.. hehehe..
- Suka mencuba pelbagai resepi2 baru asalkan dpat mencari bahan2 keperluannya.
- Suka masak, makan, tidor dll.. hehehe..
- Tak pandai menghias rumah.. apa yang ada semuanya yg basic2 aje..
- Suka bercucuk tanam tapi malang nyer sekarang dok apartment...
- Suka pada haiwan terutama kucing apalagi kalau kucing tu comell & gebuss..

Wednesday, April 28, 2010

Award & Tag dari Kak Su

Friendship Award dan Tag Dari Kak Su Mersing

Dah lama tak menjawab TAG macam ni... dulu selalu gak kawan2 maya menTAG aku dlm FP dulu... hehehe.. okeh.. sementara rajin & ada masa sikit ni.. meh la saya jawab TAG dari Kak Su ni yer... TQ kak sudi kenal2 ngan saya & sudi bagi award beruang yg comel ni...



1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
~ Ok dah buat seperti yg di minta...

2)BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
~ Dari sahabat maya yang baru dikenali berada nun di selatan tanah air iaitu Kak Su yang berada di Mersing...
(Kak Su.. saya tak reti nak buat link blog akak.. tolong ajarkan boleh tak? hehe.. almaklum.. saya budak baru belajar berblog)

3)TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE...
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....
~ Ok saya cuba jawab sebaik mungkin...

4)FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU.... (bagi 6 jawapan boleh?? hehehe....)
i) MaDiHaA atau Kak Ma (panggilan di alam maya samada di Fotopages atau Blog)
ii) Ibu (panggilan dari Mr. Hubby)
iii)Ratna (panggilan masa sekolah dulu atau di tempat kerja)
iv) Kaklong (panggilan dari adik-adik, ma & sepupu2 ku)
v) Kakngah (panggilan dari adik2 ipar & sepupu2 belah Mr. Hubby ku..)
vi) Kak Na, Ratna atau Ana (panggilan dari kawan-kawan sekampong & housemate masa anak dara dulu)

5)FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
i) 30 April 197x (lusa tau.. hehe) ~ aku dilahirkan ke dunia ini.. syukur Alhamdulillah..
ii) 7 September 197x (hari lahir Mr. Hubby)
iii) 11 September 1999 (aku memegang status ISTERI)
iv) 23 Ogos 2000(kelahiran anak sulung & sekaligus aku mendapat status IBU...gembira sangat!)
v) 1 Disember 2002 (tarikh pemergian ayahanda tersayang ~ Al~Fatihah)


6)FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....
i) Pagi2.. tunaikan kewajipan.. kejutkan kakak untuk ke sekolah, siapkan sarapan utk suami & anak2 ala kadar & bersiap2 diri utk hantar kakak ke sekolah, abang & adik ke rumah baby sitter.. terus ku ke pejabat.
ii) Di pejabat.. baru amik sarapan, buat kerja ofis macam biasa.. tp semalam sibuk sket lengkapkan document2 ISO 9001~2008 yg belum siap sebab boss ada meeting semalam.. bila boss meeting.. aku mengulor kejap utk update blog.. kekekeke...
iii) Dah update blog.. per lagi.. blog walking la sesambil wt keje ofis..
iv) Habis waktu pejabat.. singgah kedai jap beli santan & sikit barang dapur.. pastu mcm biasa.. jemput anak2 kat rumah baby sitter.. kemudian ke sekolah jemput kakak terus balik umah.. federal highway jemmmmmmmm (perkara biasa dah ni...)
v)Sampai rumah.. mcam biasa ler.. buat kerja rumah.. bersilat kat dapur.. memasak, mendobi (mesin basuh yg buat kerja), sidai baju, kemas2 sikit apa yg patut sambil2 layan anak.. seterika baju dll... (tak abis2 keje org pompuan kann...)


7)FIVE WAYS TO BE HAPPY....
i) Boleh bereksperimen dengan resepi2 baru.. pastu family puji lak sedap.
ii) Dapat hadiah di hari istimewa.
iii)Dapat berkumpul dengan adik beradik & bersembang sambil gelak ketawa sampai ke pagi.. hehehe
iv) Dapat update FP atau blog.
v)Dapat bersembang dengan rakan blogger atau FP.


8)FIVE FAVOURITE MOVIES...
i) Titanic (kisah kapal besar yg karam... penuh suspen & sedih giler citer ni..)
ii) The God Must Be Crazy... (kisah org asli Afrika yg ala2 bendul sikit.. kelakar giler cerita ni....!!)
iii) Pendekar Bujang Lapok (sebenarnya.. semua cerita Allahyarham P. Ramlee aku suka..)
iv) Armageddon... (cerita pasal NASA & asteroid yg bakal memusnahkan bumi... lebih kurang gitu ler best citer ni...)
v) The Lion King & Finding Nemo (citer katun haiwan yg best...)


6 FIVE FAVOURITE HOBBIES....
i) Mencuba (memasak & merasa) resepi2 baru
ii) Mengumpul resepi samada dari Majalah atau internet (walaupun tak semua yg sempat dicuba)
iii)Berblogging & BerFP
iv) Jalan2 dengan family
v) Dengar radio KLFM sambil memandu


7 FIVE FAVOURITE PEOPLE....
i) Suami
ii) Anak2
iii)Ma & ayah
iv) Saudara mara & kaum keluarga
v) Teman2 yg nyata ataupun di alam maya


8 FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
i) Mana2 pantai yang indah.. Pangkor, PD, Redang, Tioman, Mabul, Langkawi, Penyabong dll
ii) Tempat yang sejuk2.. Cameron Highland, Fraser Hill, Bukit Tinggi
iii)Tempat shopping yg best.. Langkawi, Sabah, Pasar Payang, Rantau Panjang dll..
iv) Tempat yang boleh mandi manda.. samada pantai atau air terjun
v) Tempat2 bersejarah & zoo (suka tengok binatang)


9 FIVE REASON YOU ANSWER THE SURVEY....
i) Sebab dah kena Tag oleh Kak Su.. hehehe..
ii) Saja suka2 sambil2 mengasah otak supaya berfikir.
iii)Sekurang-kurangnya.. tahu ada juga kawan2 yang sudi mengenali diri dengan lebih jauh lagi.
iv) Mungkin kawan2 yang lain dpt kenali diri ku yg tak seberapa ini..
v) Kenalah tunjuk sporting pada kawan2... barulah ramai org suka..


10 FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
Mari kita tengok sapa yg kena..... hehehe.. (jangan maree MaDiHaA.. ni kita ikut syarat2 TAG ni tauu..!)
i) Mizwa
ii) Izah Daut
iii)Ayu
iv) Ena
v) Abbot

Selesai sudah 'kerja sekolah' yang Kak Su bagi ni.. harap dapat markah tinggi ye Kak Su.. & semoga Kak Su akan lebih mengenali saya... walaupun kita berada jauh di mata.. tapi semakin lama semakin dekat di hati.. TQ Kak sudi kenal dengan saya.. Kepada yang kena TAG tu.. jangan marah.. sudi2kanlah siapkan TAG anda..TQ!

Thursday, April 22, 2010

Award Dari E-Na



Terima kasih pada sahabat blogger E-Na yang sudi bagi award special ni pada akak.. Akak ucapkan semoga E-Na dan yang tersayang sentiasa berbahagia selamanya. Menurut E-na.. award ni dibuat sempena nak mengingati ulangtahun pertunangannya iaitu pada 30.4.2000 yg lalu. Ni baru 1st time akak dengar org sambut ulangtahun pertunangan.. selalunya lepas kawin ramai yg lupa nak sambut ulangtahun pertunangan kan? Baguslah E-na sebab sentiasa ingat tarikh2 istimewa.. Sebenarnya.. akak pun sambut hari istimewa juga pada 30.4 ni tau E-na... so sama2lah kita sambut pada tarikh tersebut ye...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...