Showing posts with label Jeruk. Show all posts
Showing posts with label Jeruk. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

Jeruk Maman

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Hari ni MaDiHaA nak share resepi orang kampong pula ye. Jeruk maman namanya. Ada yang pernah makan? Atau ada yang tak pernah tau atau tak pernah dengar? hihi... Rasanya kalau asal dari kampong tentu pernah tengok kan? Maaflah tak dapat nak tunjuk maman sebelum dijeruk sebab jeruk ni ma MaDiHaA yang buat.  Ini salah satu sayur kegemaran MaDiHaA. Kalau jumpa jeruk maman ni, terbau je dah boleh buat kecur air liur. Baru2 ni balik kampong, ma MaDiHaA dah siap2 buatkan sebekas besar jeruk maman untuk anakandanya yang nak pulang ke kampong.  Dia tahu anaknya memang suka makan tu yang dia siap2 petik maman yg ditanam kat tepi rumah. Terima kasih ma susah payah buatkan semua ni untuk anakmu. Anak dah tua2 macam ni pun ma tetap layan macam anak kecik lagi... sayang ma ketat-ketat... hihi...



Jeruk Maman

Bahan2
3 ikat maman atau secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukup rasa (jangan masin sangat)
1 senduk nasi sejuk

Cara menyediakan
1. Maman disiang ambil daun & bahagian tangkai2nya yang lembut sahaja. Cuci bersih & toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan air masak agak2 tenggelam maman tu.
3. Masukkan garam agak2 ye & nasi sejuk diperoikan. Kacau2 sikit. Tutup bekas & peram sebaiknya 2 malam sebelum dimakan bersama nasi. Boleh juga masukkan cili padi dalam jeruk maman & masa nak makan picitkan cili tadi. Boleh juga hidang dengan ikan bakar. Selepas beberapa malam dijeruk, jika nak bagi tahan lama, simpan jeruk maman dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

Tuesday, September 27, 2016

Jeruk Mangga Asamboi

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..


Puan MaDiHaA kembali lagi... hihi.. Mujur tak hilang lama kali ni. Rajin2kan diri sapu2 habuk di blog yang dah suam2 kuku ni. Hari ni terasa nak kemas kini blog biarlah hanya dengan hidangan biasa2 je.

Mangga asamboi ni dah lama viral kan? MaDiHaA pun dah banyak kali buat. Cuma bab ambik gambar tu je yang malas. Itu yang takde masuk blog. Setakat ni rasanya pernah update kedondong asamboi je kot. Banyak yang boleh kita asamboikan selain mangga muda, MaDiHaA selalu buat guna buah jambu batu, epal hijau, kedondong dan juga nenas. Ada nampak yang terbaru orang dok buat guna buah rambutan... wahh.. sangat rare... tapi belum tergamak nak mencuba lagi.. hehe... 

Kalau u all nak tengok jeruk betik asamboi boleh juga tengok kat SINI ye. Yang ni dah lama MaDiHaA buat, cuma tak viral je. hihi.. tapi resepinya ada kelainan sikit sebab perlu tambah cuka. Yelah kan sebab buah betik takde unsur2 rasa masam, sebab tu kena tambah cuka. Hasilnya memang sedap, lebih sedap dari jeruk betik dulu2 yang biasa terjual dikedai2 runcit. Ada juga ternampak orang dok update resepi jeruk betik ni kat facebook, tapi tak sebut pun resepi ambik dari blog MaDiHaA.... biasalahkan manusia.. tak pandai nak hargai milik orang lain. Padahal.. resepi copy & paste sebiji2 dari blog ni.  Asalnya MaDiHaA pernah update resepi jeruk betik tu kat Fotopages dalam tahun 2009.. lamakan? Malaslah nak cerita pasal orang2 yang tak reti nak hargai orang lain ni.. buat sakit hati je. Takpelah yang penting ilmu yang MaDiHaA kongsi ni memang ikhlas.. tinggal lagi.. terpulanglah pada u all semua samada pandai nak berterima kasih atau tidak. Kalau nak mengaku sendiri punya resepi pun terpulangla.. MaDiHaA tak rugi apa2 pun...



Oklah tepek jugalah gambar mangga asamboi ni walaupun dah habis musim viralnya.. haha.. Minggu lepas adalah member baik kitorang kat opis ni bawak 2 plastik besar buah mangga muda untuk kami. Dia bukan staff syarikat pun, tapi dia supplier syarikat tempat kitorang kerja ni. Dia Chinese tau.. tapi memang tak kedekut... tiap2 tahun akan bawak mangga kat kitorang sebab katanya kat kilangnya ada beberapa pokok mangga yang berbuah lebat tiap2 tahun.



Lepas dah berbahagi2 buah mangga yang diberi kami tinggalkan dalam belasan biji mangga kat opis & esoknya kitorang buat mangga asamboi kat opis. Dapatlah 2 bekas kat atas tu.  Pagi2 sampai opis dalam pukul 7.45, MaDiHaA sensorang kopek siap2 buahnya & bila member2 lain sampai kitorang sama2 hiris & siapkan projek kitorang ni sampai termakan waktu opis setengah jam, tapi bos ok je... sebab bos pun sama naik suka makan asam.. hahaha..  



Senang je nak buat ni.  Biarlah walaupun semua orang dah pandai buat.. tepek la jugak resepinya.  Sukatan main agak2 je ni, adjustlah sesedap rasa ye. Gambar kat bawah ni pulak versi buat kat rumah mangga yang dibawa balik... asamboinya dihiris2 sebelum digaulkan. Rasanya yang dihiris2kan ni lebih mudah mesra/meresap dengan mangga.. cubalah ye..


Mangga Asamboi
Bahan2

4 biji mangga muda saiz besar
10 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil garam
15 biji asamboi (nak hiris kecik2 isi asamboi pun boleh juga. yg ni lagi banyak lagi sedap)
5 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

Cara menyediakan
1. Kopek mangga muda & cuci bersih. Hiris ikut selera sendiri.
2. Masukkan dalam bekas yang ada penutup, masukkan gula, garam, asamboi & cili padi yang dihiris. Gaul rata & kemudian simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. 
3. Keluarkan bekas tadi & gaul rata sekali lagi biar semua mangga dapat meresap air gula sama rata. Boleh biarkan selama satu malam dalam peti sejuk sebelum dimakan, atau boleh je kalau nak dimakan terus lepas beberapa jam.


Selamat mencuba.

Thursday, June 11, 2015

Jeruk Kedondong Asamboi

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Demam jeruk asamboi ni memang menjadi2 satu ketika dulu.  Ramai yang dah mencuba.  Saja MaDiHaA malas nak masukkan resepi ke blog.  Tunggu reda sikit barulah share kat blog.. hehe.. Tapikan.. sebenarnya.. MaDiHaA pun dah beberapa kali buat Jeruk Betik Homemade guna asamboi sejak beberapa tahun lalu. Cuma bezanya MaDiHaA guna asamboi warna merah tu.  Cuma mungkin tak diviralkan tu yang tak glemer resepi jeruk yg MaDiHaA pernah buat tuh.. hahaha..

Gambar kat bawah ni pun dah lama kejadiannya.. kira2 masa musim demam jeruk asamboi dulu tulah.. Tapi sebenarnya jeruk asamboi ni bukan MaDiHaA yang buat.. semua en. suami yang buat.. Bukan takat kedondong je... mangga, nenas, jambu batu.. semua dah try.. semuanya sedap2.  Terima kasih En. suami.. puan isteri tukang makan jer... kehkehkeh...


MaDiHaA tak pastilah resepi asal jeruk asamboi yang ni sapa yg punya.  Versi MaDiHaA dulu ada penggunaan cuka sikit sebab buah betik kan takde rasa masam.. jadi kenalah tambah cuka. Tapi versi yang ini biasanya orang guna buah yang sedia masam.. jadi tak perlu guna cuka.  Dalam FB tu rata2 semua orang dah cuba. Siap ada yang berjualan lagi kan. Resepi mudah je kan.. tapi share jugaklah utk rujukan anak2...

Jeruk Kedondong Asamboi

Bahan2
Buah kedondong muda secukupnya 
Gula pasir ikut banyak mana buahnya (agak2 la ye)
asamboi secukupnya ~ boleh gunting2 kalau suka.. biar cepat sebati..
cili padi ~ potong2 (tak letak takde stok masa ni)

Cara menyediakan

1. Kupas kulit kendondong & potong sesuai rasa. Basuh & toskan.
2. Masukkan dalam bekas sesuai. Taburkan gula & asamboi, cili & gaul rata. Simpan dalam peti sejuk sekejap atau semalaman.  
3. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!


Thursday, December 6, 2012

Jeruk Betik (homemade)

Assalamualaikum & salah sejahtera...

Masih ingat dengan kisah betik muda & resepi yang MaDiHaA kongsikan dulu? Kalau tak ingat boleh klik SINI.  Kan hari tu betik masih berbagi lagi sebiji selepas disayurkan dan dicelur cicah sambal belacan... & alhamdulillah yang sebiji lagi yang saiz agak besar tu rupanya dah mengkal.  Jadi bolehlah MaDiHaA jadikan jeruk betik.  Tapi malangnya dek kerana kelam kabut nak balik kampong.. tak sempat nak posingkan jeruk betik yang dibuat sebab jeruk tu dah selamat pun sebab MaDiHaA bawak balik kampong... jadi sekejap je selesai.. hehe... Takperlah rezeki buat orang ramai kan...


Rasa ralat juga sebab tak sempat nak ambik gambar.. Untuk mengubat rasa terkilan tu.. hari ni MaDiHaA nak kongsikan juga resepinya dengan u all semua dengan menggunakan gambar MaDiHaA yang lama.  Kira aci lah kan.. Tapi ni bukan gambar curi tau..! Ini gambar sendirian berhad punya.  Tak mainlah copy2 gambar orang lain.  Sayang kalau tak disimpan resepi & gambar2 ni.  & Jeruk ni memang sangat2 sedap & rasanya lebih sedap dari jeruk betik yang dijual dikedai kat kampong masa zaman kita budak2 dulu kalau masih ada yang ingat.  Orang muda zaman sekarang terutama yang kat bandar ni rasanya tak pernah rasa kot jeruk betik dulu2 tu.. hehe.. Tapi jangan tak tau.. kat kampong masih ada jual jeruk betik tu tau. Selain jeruk betik ada macam2 jenis lagi jeruk yang terjual.. tapi rasanya dah tak sama macam yang dulu2 lah... tak tau kenapa.  Haaa... kat bawah tu ada gambar kedai jeruk yang biasa MaDiHaA singgah kalau kebetulan lalu.. Kedai ni lokasinya di jalan besar Segamat - Kuantan... depan sikit dari Muadzam Shah.  Macam2 jeruk ada jual kat sini antara yang ada seperti jeruk betik, mangga, sengkuang, jambu batu, anggur, kelubi/asam paya dan lain2... rambang mata dibuatnya.  Selain dari jeruk..buah2an kampong, ubi2an & barangan dari kayu seperti sudip kayu & papan pemotong dari kayu juga ada terjual. Tapi masa kami singgah baru2 ni tak banyak pula buah2 & ubi2 tu.. mungkin takde stok agaknya..


Oklah jom kita tengok resepi jeruk betik homemade ni... kalau ada betik mengkal tu bolehlah cuba buat ye... insyaAllah sedap & yang penting lebih selamat dimakan sebab takde guna sebarang jenis bahan pengawet..



HOMEMADE JERUK BETIK
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

2 biji betik mengkal (anggaran berat keseluruhan 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)
1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)
1 cawan air MASAK
2 sudu kecil garam
12 biji asam boi warna merah
4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2 


 
Cara Menyediakan
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.
2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler
)
3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.
4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.
5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.
6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.
7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.
8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. selepas dibiarkan 2 malam (diluar) bolehlah disimpan jeruk tersebut ke dlm peti sejuk.

Selamat mencuba!

Thursday, October 14, 2010

Homemade Jeruk Mangga




Ada masa sikit ni.. updatelah sikit lagi.. hehehe..

Lama dah sebenarnya buat jeruk mangga ni..

Masa adik ipar datang beraya dari Kajang tempohari dibawanya 4 biji mangga muda nih.. nak makan gitu rasa macam tak berapa nak sangat sebab masa tu baru lepas period.. selalunya seminggu nak period tu memang teringin bebenor nak makan asam.. tp kalau dah lepas tu memang tak rasa teringin pulak dengan asam2 ni.. so sebab nak selamatkan mangga ni dari kecut dlm peti ais tu.. aku pun buatlah jeruk...... jeruk sempoi je nih.. takde guna sebarang pengawet macam jeruk2 yang terjual kat kedai2 tu... tapi sedapp.. sapa2 nak tu.. mintak maaflah yek sebab dah abis dah pun.. hehehe..


















Bahan2
4 - 5 biji mangga muda (mangga ni agak besar jugak.. so.. kalau buat guna mangga kampong tu.. kena pandai2 agaklah sukatan utk gula tu yek)
7 ~ 8 biji cili padi ~ dibelah dua (nak lebih pedas.. hiris halus2 yekk)
1 3/4 cawan gula pasir
2 ~ 3 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka

Cara2 Menyediakan
1. Kupas mangga & hiris saiz kesukaan. Tapi kalau boleh elok kecik2 sikit supaya mudah menyerap dengan bahan2 lain. Cuci mangga yang dihiris & tos biar betul2 kering.
2. Masukkan hirisan mangga dalam balang. Masukkan gula, cili padi, garam & cuka. Goncang2 sikit biar sebati. Biarkan mangga tu selama 2 malam. Kemudian bolehlah di nikmati bila terasa nak makan asam.. hehe..

Nota MaDiHaA: Selepas diperam 2 malam.. jeruk mangga mestilah disimpan di dalam peti ais supaya lebih tahan lama kerana jeruk ni tak gunakan sebarang pengawet tambahan. Kalau rasa balang yg digunakan tu besar sangat (tak muat petiais).. transfer je ke dalam tipuware pun boleh gak..


Dah tinggal byk ni baru teringat nak ambik gambar dari balang.. hehe..

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...