Showing posts with label Masakan Ala Nyonya. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ala Nyonya. Show all posts

Monday, December 7, 2015

Ayam Kapitan

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar semua? Semoga silent reader semua sihat2 hendaknya. Hari ni MaDiHaA nak kongsikan resepi yang sangat sedap ni.  Resepi olahan Chef Wan kita yang MaDiHaA ambil dari buku beliau.  Menggunakan bahan2 ala rendang cuma beza resepi ini tidak dimasukkan kerisik.  Mudah nak menyediakan & insyaAllah sedap.  Silalah mencuba jika ada yang teringin, resepinya MaDiHaA dah rajinkan diri menaipnya satu persatu.




AYAM KAPITAN

Resepi : Chef Wan

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2
Minyak masak secukupnya          
1 ekor ayam aggaran 1.5kg ~ dipotong sesuai selera
500 ml santan dari sebiji kelapa
1 sudu besar asam jawa ~ campur sikit air ambil pes
3 helai daun limau purut ~ koyak2kan (resepi asal dikisar sekali dengan rempah pes tu.. tp MaDiHaA masukkan yg koyak2 je)
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa


Bahan Pes Rempah
20 biji cili kering ~ dipotong, rebus & tos
6 biji buah keras
2 labu bawang besar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup
½ inci lengkuas
½ inci halia
3 batang serai ~ hiris


Cara menyediakan
  1. Bersihkan & hiris bahan2 pes rempah & kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi & naik minyak. Masukkan ayam dan kacau rata.  Guna api seberdana & tutup kuali dengan penutup dan biar ayam masak selama 10 minit.
  3. Masukkan santan serta air asam jawa sambil dikacau rata & biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut, garam, gula & serbuk perasa secukupnya & renihkan ayam hingga empuk. Biarkan kuah agak pekat & secukup rasa. Hidang dengan nasi putih.
Selamat mencuba!

Wednesday, February 12, 2014

Asam Pedas Ayam Ala Nyonya



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua lagi kita... Jika 2 minggu lepas cuaca sejuk melampau2.. sekarang ni cuaca panas dah kembali semula.  Anak nak mandi pagi pun dah ok... tak menggigil2 dah... jemuran pun.. kering je sokmo.. Biasalah kan.. ibu bekerja macam MaDiHaA yang tinggal kat aparment.. jemur baju waktu malam.. jemur pulak dekat yard je.. tak kena matahari sepenuhnya.. harapkan bahang panas & angin yang bertiup je.  Kalau cuaca lembab memang tak kering kain baju yg agak tebal walaupun semua kain baju basuh dengan mesin basuh.  Sekarang ni alhamdulillah.. tiap2 hari kain kering.  Cuma.. yang kesiannya.. ada sesetengah tempat ada masalah air pulak.. Semoga masalah air tidak berpanjangan.  Kalau lama sangat tak hujan risau juga ada gangguan bekalan air kat Selangor ni.  Setakat ni.. kat rumah MaDiHaA belum pernah lagi sampai air kena bercatu.  Moga di masa akan datang pun takdelah masalah air ni.. risau sangat bila dah akad janji dengan customer untuk siapkan tempahan lebih2 bila dah ambil deposit.. tiba2 air pula takde.  Minta dijauhkanlah...



Oklah.. perkongsian resepi kali ni MaDiHaA mencuba resepi dari blogger masak2 terkenal dari Sedenak... siapa lagi kalau bukan Mat Gebu.. Terima kasih Mat.  Sebenarnya MaDiHaA biasa juga masak asam pedas menggunakan ayam.  Cuma malas sangat nak salin resepi.  Masa masak main campak2 je bahan2 tak bersukat.  Jadi payah la nak kongsi resepi kan.  Kali ni sajalah nak ikut resepi orang Johor pulak... tapi kali ni resepi asam pedas ala nyonya pulak. Kalau dah namanya asam pedas... memang sedaplah di tekak MaDiHaA hehehe... Nampaknya.. sehari je lauk ikan.. pastu ayam ayam ayam.. hihi... 

Terima kasih Mat kongsi resepi.. akak share sini pulak ye...



Asam Pedas Ayam Ala Nyonya

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna


BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam yg dibuang kulit)
1 biji terung bulat (takde stok.. so MaDiHaA tak letak)
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut (MaDiHaA tak letak ni sbb husband tak suka... seteru dia..)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya



BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup



CARA MEMBUATNYA :-)

1.     Ayam dicuci, kemudian gaul dengan sedikit tepung (anggaran 1 camca besar) dan perap 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 6 dan rendam dalam air yang dicampur sedikit garam. Ketepikan.

2.     Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau sebati. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut.

3.     Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan biar mendidih. Tambah daun limau purut, lada hitam kisar dan terung (toskan) dan kiub pati ayam (kalau guna), kacau rata dan biar hingga ayam empuk.

4.     Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...