Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Monday, November 14, 2016

Jus Jambu Batu Susu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Musim2 hujan ni tayang jus pulak yer.... tak sesuai gitu. hahaha... Tak kisahlah kan. Walaupun dah masuk musim tengkujuh tapi tiba masa waktu2 panas tu tekak ni dok teringin yang sejuk2 juga. Jangan pula kau buat jus sejuk2 ni waktu malam, memang tak sesuailah. 

Dah lama nampak tepi2 jalan orang dok jual jus jambu batu ni. Tahun kebelakangan ni pulak keluar pula jus mangga. Kat mana2 ada je gerai jual jus mangga. Jus jambu batu agak tenggelam sekejap, tapi masih ada juga yang menjualnya. Walaupun banyak orang jual tapi MaDiHaA tak pernah sekali pun rasa teringin nak singgah beli. Macam takde daya penarik pula.. hahaha.. Tetiba satu hari tu tekak teringin pulak nak rasa jus jambu batu ni, jadi MaDiHaA pun godek2lah sendiri. Nak lebih sedap, MaDiHaA buat jus jambu batu campur susu... hmmm... lazatttt.. tak sangka pulak anak2 pun suka... Jom kita blend sendiri jus jambu batu kita. Bagus minum jus buah2an ni.. kaya vitamin C & lain2 vitamin lagi...



Jus Jambu Batu Susu

Bahan2
1 biji jambu batu
1.5 liter air bertapis/masak sejuk dari peti sejuk
susu pekat manis secukup rasa
1 titis pewarna hijau (jika suka)
ketulan ais jika suka

Cara menyediakan
1. Kopek kulit jambu & buang bijinya menggunakan sudu. Potong kecil2 & cuci bersih.
2. Masukkan dalam blender & tambah air secukupnya. Kisar hingga halus.
3. Tuang dalam jug. Tambah sedikit air bertapis sejuk untuk mendapat jus yang sedikit cair. Tambah susu secukup rasa. (jika nak tambah ais, lebihkan sikit kuantiti susunya) Tambah pewarna hijau.
4. Tapiskan ke dalam jug lain & hidang sejuk. Boleh tambah ais jika suka.



Selamat mencuba!

Thursday, January 14, 2016

Air Cincau Jagung... sedapnyerr....

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Sekarang ni cuaca agak panas. Tekak ni asyik haus je kan.. En. suami sampai beli cincau 1kg kat pasaraya.  Katanya senang simpan dalam peti sejuk buat stok.  Kot terasa haus sangat nak buat air cincau nanti tinggal sagat je.  Dialah yang rajin menyagat cincau tu... hehe.. cantik je kejadian cincau bila kita sagat berbanding kita potong2 tu saiznya tak sama kan.  Bila sagat tu cincaunya keluar panjang2 dengan saiz yang sama je... Ramai yang mengatakan cincau boleh sejukkan badan...

Bermacam2 jenis air cincau dah yang kami buat.  Paling biasa cincau kosong atau cincau sirap. Kadang2 cincau bandung atau cincau laici. Ada modal lebih sikit beli air soya.. jadilah cincau soya.  Terbaru kami buat cincau jagung sebab kebetulan pes air jagung double lion lebihan kakak buat aiskrim malaysia ada.  Wahh... resepi baru dengan rasa yang sangat sedap!  Nampak rupanya pun menarik dah ala2 green tea gitu.  Jomlah sapa2 yang ada stok cincau & pes air jagung double lion bolehlah mencuba.  

Air Cincau Jagung penghilang dahaga & penyejuk badan dimusim panas...

Kat bawah ni MaDiHaA sertakan bahan2 asas yang digunakan.  Kuantiti tu agak2 sendiri lah ye sebab masa buat tu pun MaDiHaA tak bersukat. Manis & kepekatan pes jagung tu ikut selera masing2lah ye.  Kalau suka nak letak ketulan ais.. boleh lebihkan susu pekat tu sebab nanti bila ais mencair... kemanisan tu jadi ngam2lah kan.  MaDiHaA buat tak letak ais, tapi bancuh dengan air sejuk dalam peti sejuk je. Jadi buat tak manis sangat. Buat sesedap rasa & terus boleh minum.  Segar je rasa air lalu ikut tekak.  Bila cincau masuk sekali masa minum tu.. kita kunyah2 memang syok layan.  hehe..

Jom cuba... memang best ni...

Air Cincau Jagung
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
Cincau sagat secukupnya (MaDiHaA suka letak banyak2)
Air masak secukupnya (MaDiHaA guna air dalam peti sejuk)
Susu pekat manis secukupnya
Pes minuman jagung secukupnya (MaDiHaA guna Double Lion)
Ais kiub jika suka

Cara menyediakan
Bancuh air bersama susu pekat secukup manis.  Tambah pes minuman jagung secukupnya.  Masukkan cincau sagat & ais kiub. Kacau rata.  Biarkan jus cincau sebati dengan air & air akan bertukar warna hijau muda. Boleh hidangkan.

Selamat mencuba!



Thursday, March 19, 2015

Strawberry Milkshake

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jarang sebenarnya MaDiHaA beli buah strawberry ni.  Maklumlah buah strawberry ni jenis buah mahal.  Nak beli pun kena fikir 4,5 kali.  Bagi yang berduit tu memang pejam mata je beli buah2 mahal ni kan? Bagi kami yang hidup sederhana ni... tak bolehla nak pejam mata... kena celik seceliknya setiap kali nak membeli barang.  Tapi bila sesekali teringin tu belilah juga.  Beli ni pun kebetulan beli untuk kegunaan hiasan pulut kuning tempohari. Terus beli lebih sikit sebab teringat anak2 MaDiHaA suka sangat dengan strawberry.  Alhamdulillah seronok anak2 dapat makan strawberry.  Doakan ibu murah rezeki ye anak2.. nanti ibu belikan lagi... 

Sempat simpan 10 biji untuk buat strawberry milkshake ni... teringin pulak nak mencuba memandangkan stok aiskrim vanila banyak dalam peti ais tu.  Maklumlah.. en. suami hari2 kena makan aiskrim vanila selepas pembedahan tonsilnya kan.  So kita mintak secawan untuk dikisar jadikan strawberry milkshake ni... emmmm... yummy!


Terima kasih Yana kongsi resepi ye.. akak copy & paste kat blog akak pula ye...



STRAWBERRY MILKSHAKE
Resepi : Yanashaiful
Dicuba oleh MaDiHaA aka Ratna

BAHAN-BAHAN:-
10 biji buah strawberry
1 cawan susu segar (MaDiHaA sejukkan)
1 cawan susu segar perisa strawberry (MaDiHaA sejukkan)
1 cawan ais krim vanilla
Sedikit gula ~ jika perlu
Sedikit ketulan ais

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cuci buah strawberry, Toskan dan potong 2
  2. Masukkan buah strawberry, susu segar, ais krim dan gula ke dalam blender
  3. Blender/kisar hingga halus
  4. Hidangkan dalam gelas dan letak sedikit ketulan ais..siap untuk diminum..slurppp ^_^
Selamat mencuba!

Thursday, April 3, 2014

Air Durian Belanda Segar.... memang segar je lalu kat tekak!

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Balik ke Raub last weekend untuk hantar kakak Dini ke asramanya... macam biasa mestilah bermalam kat rumah mertua dulu.  Yelah... dah rumah mertua pun tak jauh dari sekolah kakak Dini.. takkan le tak pegi jenguk mertua kan... hehe.. Yang bestnya... kat rumah MIL baru ni ada buah durian belanda yang sedang masak ranum.  Aduhh memang rezeki ku sungguh! Orang kat kampung tak layan sangat durian belanda ni.. kadang sampai jatuh busuk ke tanah... tapi kalau dapat kat MaDiHaA... siaplah.. pulun puas2 hihi.  Makan gitu je pun sedap atau cicah air garam pun sedap sebab durian belanda rumah MIL ni jenis masam.  So pada yang tak suka benda2 masam tu memang tak sanggup nak makan macam tu je.  Oleh sebab tak dapat MaDiHaA nak habiskan... separuh MaDiHaA buatkan air.  Nak kata jus bukan kot sebab tak dikisar pun... so kita panggil Air Durian Belanda Segar jelah ye...  letak gula secukup rasa & ais ketul secukupnya.  Mertua lalu belakang pun tak nampak... menantu sapalah tu yer.. hihi..

Malas nak buang biji satu persatu.... pandai2lah buang sendiri masa minum tu ye... hehe.. Memang sedap yang amat.... segar je tekak dapat minum ni.  Bergelas2 jugak ku belasah sebab sedap sangat.. pekat dengan rasa buah sebenar... buat pulak kurang manis. Aduhh.. segelas memang tak cukup rasanya.  MaDiHaA ada juga beli air durian belanda ni sebab dekat dengan opis ni ada juga orang jual air ni.  Beli pun bila tekak teringin sangat.  Boleh tahan harganya segelas saiz kecik rm2.50!  Airnya taklah penuh dengan buah macam yang MaDiHaA buat ni.. harap maklum buah durian belanda ni harganya pun mahal di pasaran tau. Kalau kat kampong memang orang tak hairan langsung.  Durian belanda ni memang MaDiHaA gemar sejak dulu lagi... campur dalam aiskrim Malaysia pun sedap!

Jom kita buat Air Durian Belanda Segar... panas2 ni memang best layan air ni...


Ulang tayang buah durian belanda yg bawak balik PJ terdahulu... buah yg kat kampung lupa nak snap gambar dek teruja sangat nak makan.. hehe...  

Air Durian Belanda Segar
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2:
1/2 biji durian belanda yang masak ranum saiz besar/sederhana
1 liter air
gula secukup rasa
ais ketul/air batu secukupnya

Cara menyediakan
1.  Perisikan isi durian belanda kecil2.  Jika rajin boleh buang bijinya. (pastikan tangan anda bersih atau pakailah sarung tangan ye.
2. Masukkan isi durian belanda tadi dalam jug besar.  Tambahkan air & masukkan gula secukupnya. Ikut citarasa masing2 nak manis macamana.  Kacau gula hingga larut. Tambah ais secukupnya.  Biar sebentar hingga air menjadi dingin.
3.  Bolehlah dihidangkan untuk family anda.

Selamat mencuba!


Friday, October 7, 2011

Air Cincau Laici

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap sihat2 saja ye!  Ramai kengkawan yang kurang sihat lately ni... hatta aku sendiri pun terkena juga virus tak sihat bulan lepas (sampai 3 kali MC dlm satu bulan <--- pecah rekod tu..). Harap u all jaga kesihatan dapatkan rehat yang cukup & minum air kosong banyak2 ye.  Kalau tak sihat cepat2 jumpa doktor.  Hmm.. tak sempat nak update lebih awal.  Agak sibuk sikit kat ofis tadi... Ini baru lega sikit dah dekat2 nak masuk waktu lunch... rehat2kan minda sekejap.  Tapi kali ni masuk menu minuman yang ringkas ni ajelah... ada masa nnt pos n3 lain pulak yer.. kalau sempatla..



Ini minuman permintaan hubby malam tadi... padahal dah buat air teh o kegemaran dia... bila dia balik dari kerja kira2 pukul 9.30 pm.... bermacam sayuran yang dibawa termasuklah cincau & juga setin laici.  Stok ayam, ikan dll dah dibeli hari sebelumnya.  Amboi bang...! Stok sayur lama belum pun habis... dah bawak lagi sayur 2 beg plastik!  Macam ni.. takde chan ler makan kat luar... kekekekeke....

Oklah.. disebabkan cik abang mengidam Air Cincau Laici ni.. aku pun buat jugalah... Air ni aku buat tak campur ais pun.  Kalau nak hidang sejuk dengan ais pun okay jugak.  Tapi malam2 tak sesuai ler nak minum ais2 kan.. Lagipun abang pun tak berapa sihat so memang taknak ais2 tu.

Ok kat bawah tu resepinya... senang aje. Oh ya.. air tu berposing dengan bunga yang bakal dijadikan hiasan hantaran adik ipar nanti.  Sebelum digubah.......... akak iparnya pinjam kejap jadikan teman air cincau laici tu dulu.. hehehe.. takperkan.. tak luak pun.. Haa?? Takut hilang seri? Ala.. takper.. pihak pengantin sebelah sana bukan tau pun blog akak iparnya ni.. hahahaha...



Air Cincau Laici
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
Cincau secukupnya
1 tin laici
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Ais kiub (jika suka)

Cara menyediakan
Larutkan gula dengan air di dalam jag yg sesuai.  Tambah setin laici bersama jusnya sekali.  Potong cincau ikut citarasa bentuknya & campurkan sekali dalam jag tadi. Tambah kiub ais jika suka.  Biarkan seketika & bolehlah dihidangkan.

Selamat minum!

Monday, April 19, 2010

Air Lemon Barli


Dah makan yang pedas2... kita minum pulak air lemon barli ni.. kalau nak sedap lagi boleh tambah air batu.. tapi aku minum tak boh air batu.. minum suam2 gitu... orang kata air barli boleh menyejukkan badan... betul ke? Apa2pun.. bila air barli dicampur dengan lemon... semakin sedap rasanya.. Jom minum!!

Bahan2
1 cawan barli
2 biji lemon ~ digolek2 sambil menekan buah lemon dengan tapak tangan ke atas meja beberapa minit (petua ini agar semasa memerah jusnya.. jusnya mudah keluar)
gula secukup rasa
1.5 liter air (atau secukupnya)

Cara2 Menyediakkannya
1. Cuci bersih barli & rebus barli bersama dengan air sehingga barli kembang & lembut.
2. Masukkan gula secukup manis.
3. Tunggu agak suam2 sikit barulah diperahkan dengan lemon & hidangkan segera atau boleh juga dicampurkan dengan ais. Minum airnya & barlinya juga boleh dimakan.. sedapp..!

(Nota MaDiHaA : Perlu tunggu sehingga air rebusan barli menjadi suam atau sejuk sedikit baru diperahkan jus lemon supaya kandungan vitamin C dalam lemon tidak musnah & merugikan anda.)

Tuesday, March 30, 2010

Jus Berkhasiat



Jus berkhasiat ni amat sesuai utk mereka yg ada masalah darah tinggi & mereka yg baru nak kena darah tinggi. Cuma perlu amalkan minum jus ni 2 kali sehari.. insyaAllah jika rajin amalkan.. tekanan darah akan beransur2 menurun. Jus ni sebenarnya.. my hubby yg punya. Kadang2 tekanan darahnya naik terutama bila dia kerja shift malam. Mungkin sebab tak cukup tidor.. So dia selalu amal minum jus berkhasiat ni sebab dia taknak telan ubat.. so doktor sarankan dia buat jus ni. Ada satu lagi resepi jus berkhasiat ni ialah dengan campurkan batang celeri & abaikan buah kundur. Dua2 pun mujarab. InsyaAllah..

Ini stok buah & sayur yg hubby beli utk stok beberapa hari.


Inilah rupa isi kundur setelah dipotong.


Buah2 & sayur ni hendaklah dipotong kecil2 sebelum dimasukkan ke dlm pengisar.


Ini resepinya jika berminat nak mencuba & mengamalkan 'home remedy' untuk masalah darah tinggi anda..

Bahan2

1 liter air masak
2 biji peria katak ~ buang biji
1/2 biji peria ~ buang biji
2 hiris kundur (spt dlm gambar) ~ buang bahagian biji
3 ~ 4 biji epal hijau ~ buang biji
Penapis teh kain (mcm kat kedai mamak tu)

Cara2
1. Potong kecil2 buah epal & sayur2an & cuci bersih.
2. Masukkan air masak dlm pengisar setengah bahagian pengisar. Tutup & putar air lalu buka penutup pengisar yang kecik tengah2 tu.. Masukkan buah2an & sayuran perlahan2 sehingga semua hancur. Jangan masukkan semua bergantung berapa muatlah ye.
3. Bila dah hancur tuangkan jus tadi dlm penapis teh lalu toskan & perahkan (dgn tangan bersih) ke dalam jug.
4. Ulangi hingga habis.
5. Sedia diminum 2 kali sehari.

(Jika ada jus extractor lagi senang... lebur je semua baru bancuh dengan air ikut kepekatan yg anda sanggup minum )


Alhamdulillah.. lepas amalkan selama 2 minggu tekanan darah hubby dah normal kembali & sekarang dah stop minum jus ni..

Ok semua.. semoga n3 kali ni bermanafaat kepada anda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...