Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Soto

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Taugeh takde.. ganti dengan kobis hiris pun boleh..



Dulu2 cukup malas nak masak soto. Rasa macam leceh & banyak kerja je nak masak soto. Bila dicuba sekali, rupa2nya masak soto cukup mudah. Jika ada pembantu lagi cepat boleh hidang terutama bab nak racik2 isi ayam tu je yang rasa lambat. Hehehe... Sekarang hidangan soto dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Yang penting wajib ada bergedil. Bertambah2 anak2 & suami makan. Lebih2 lagi jika soto digandingkan dengan bihun. Tapi kali ni MaDiHaA sediakan soto yang dimakan dengan nasi impit & mee kuning pula. Tukar2 selera.

Terima kasih Yatie berkongsi resepi mudah ni. Tak susah2 nak kena cari rempah soto.  MaDiHaA guna rempah sup je itupun dah cukup sedap dah. Jom masak soto...

Pinggan kahwin?? Kami memang sempoii.....


SOTO
Resepi : Yatiememories

BAHAN-BAHANNYA
  • Nasi Impit secukupnya
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

Resepi Bergedil Ayam boleh klik : SINI

Selamat mencuba!

Thursday, October 19, 2017

Roti Pisang

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Pisang pemberian mak saudara dah semakin ranum dalam peti sejuk. Masa baru2 diberi MaDiHaA tak sempat nak usik sebab minggu itu MaDiHaA kena travel ke Raub kerana ada urusan di sekolah anak di sana.  Jadi pisang itu kenalah simpan peti sejuk dulu takut terlajak masak.  Bila dah balik ke PJ semula kesibukan rutin harian buatkan MaDiHaA terlupakan pisang dalam peti sejuk tu. Jadinya.. lepas seminggu barulah sempat diolah. Nak digoreng pun pisang dah terlajak masak. Jadi MaDiHaA cuba olah jadikan Roti Pisang dengan menggunakan resepi yang MaDiHaA temui di blog Nasa Mulia.

Sekali pandang macam akok pun ada, macam bingka pisang pun ada kan... hehe...

Menurut Nasa Mulia, roti pisang adalah kuih tradisi masyarakat bugis di Sulawesi Selatan.  Rupa bentuknya seakan apam dan penyediaannya adunan tak perlu nak menguli seperti membuat roti.  Nama roti itu digunakan mungkin kerana penggunakan yis dan cara adunan yang diperam beberapa jam hingga naik sekali ganda sebelum ianya di masak. Alahh apa nak dipelik dengan nama roti.  Roti canai pisang pun ada juga yang panggil Roti Pisang kan? Tak kisahlah tu.. apapun nama diberi janji ianya enak dinikmati.  Roti pisang ni dimasak sebiji demi sebiji di dalam kuali kecil atau acuan khas. Barangkali boleh juga kita gunakan acuan kuih serabai semasa memasak. Kemudian bila dah kering permukaan atasnya.. roti diterbalikkan. MaDiHaA tak punya acuan khas jadi MaDiHaA gunakan saja apa yang ada. Acuan kuih bakar pecah lapan yang MaDiHaA guna... asal ada ajekan.. hehehe.... Nak guna kuali non stick yang biasa buat pancake tu malas pulak rasanya sebab macam lambat pulak siapnya... so guna acuan kuih bakar ni cepat sikit sebab ada 2 biji acuan.. lajula sikit siapnya... MaDiHaA suka kuih yang garing2 sikit.. jadi Roti Pisang MaDiHaA warnanya agak gelap dari warna Roti Pisang yang asal. Pulak tu... MaDiHaA hanya peram 1 jam yang mana resepi asal suruh peram 3 jam. Biasala kan kalau suka derhaka pada resepi mana nak jadi sama rupa macam resepi asal... hehehe... Takpelah janji rasanya sedap. Lembut.. ala2 kuih bingka pisang pun ada... bolehla tu asalkan pisang tak membazir. Boleh juga buat minum petang. Jangan lupa ye.. semasa memasak acuan perlu ditutup supaya ianya lebih cepat masak & bahagian atas cepat kering.  Pada yang nak mencuba... MaDiHaA kongsikan resepinya. Terima kasih pada penyumbang resepi Kak Soda & Nasa Mulia. Mohon halalkan ye MaDiHaA kongsi resepi kat blog MaDiHaA pula..



Roti Pisang
Sumber: Kak Soda & Nasa Mulia



Bahan-bahan
6 biji pisang masak (pisang nipah/raja) 
250gm tepung gandum
1 sudu (besar) yis* campur dengan 1/2 gelas air suam
Air secukupnya
3 sudu makan gula
1 biji telur
Secubit garam 
Minyak / majerin untuk mengoles acuan 


Cara Penyediaannya.
*  Campurkan yis, sedikit gula dengan air suam, kacau hingga sebati.
*  Hancurkan pisang masak hingga halus. 
*  Dalam mangkuk lain campur tepung gandum, gula, telur, pisang lenyek dan garam.  Gaul hingga sebati.
*  Masukkan air campuran yis tadi.  Gaul sebati.
*  Tambahkan sedikit air hingga mendapat adunan yang dikehendaki (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental).
*  Tutup adunan dengan kain lembab dan biarkan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam atau semalam.
*  Panaskan dan lenser acuan (guna kuali kecil yang dalam) dengan majerin atau minyak masak.
*  Masukkan adunan roti setengah mengikut acuan dan tutup.
*  Bila permukaan adunan mula mengering, terbalikkan roti, tutup acuan dan masak seketika lagi.  Biar kedua-dua permukaan sama rata dari segi warnanya.
*  Keluarkan dari acauan dan hidangan ketika masih panas.


Selamat mencuba!

Wednesday, February 13, 2013

Oseng-Oseng Tempeh



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat tahun baru Cina buat rakan2 Tionghua di luar sana terutama buat kawan2 sepejabat & juga rakan2 cyber yang bertandang ke blog MaDiHaA ni.  Seronok dapat tumpang bercuti selama 4 hari sempena Chinese New Year.  Walaupun 4 hari tapi penuh dengan aktiviti famili.  

Hari Sabtu kami hadiri majlis kenduri kahwin adik bungsu kepada adik ipar MaDiHaA iaitu juga adik kepada arwah Ahmad Nazeri yang mati lemas yang pernah MaDiHaA ceritakan tak lama dulu.  Majlis kenduri dikendalikan sepenuhnya oleh abang2 & kakak2nya kerana kedua2 orang tua mereka dah takde.. pernah juga MaDiHaA update di SINI.  Sedih bercampur gembira melihat kemeriahan majlis kenduri tersebut.  Tarikh 9hb Februari juga bersamaan dengan tarikh arwah ayah pengantin perempuan meninggal pada tahun lepas. MaDiHaA tak pasti samada memang tarikh tersebut sengaja di'sama'kan untuk mudah ingat atau ianya secara kebetulan.  Apa2pun.. syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Ma MaDiHaA juga menjadi salah sorang tulang belakang membantu & memberi buah fikiran apa yang terdaya.  Yelah walaupun bukan anak sendiri yang nak kahwin.. sebagai ibu mertua.. tak sampai hati melihat menantu & adik-beradiknya membuat persiapan tanpa memberi apa2 bantuan.  Hanya tinggal ma je sorang keluarga yang paling tua yang hampir dengan mereka.  Manakala keluarga terdekat atau bapa & mak saudara mereka tinggal jauh di Kedah.. jadi agak susah untuk membuat sebarang rundingan berkenaan kenduri.  Ma & adik lelaki MaDiHaA sempat juga ikut adik ipar MaDiHaA hingga ke pasar borong Selayang untuk membeli daging & bahan2 mentah yang lain untuk persiapan kenduri tu.  Syukur sangat2 ma pun diberi kesihatan & kekuatan pada hari tersebut.  Macam anak sendiri yang nak kahwin pulak gayanya... hehe... Adik MaDiHaA sendiri pun bertungkus lumus menjahit langsir baru & membuat bunga telur istimewa untuk adik ipar bongsunya tu.. Syukur juga ada jiran2 yang juga tak menang tangan membantu apa yang patut.  Dengan kerjasama & bantuan dari semua pihak maka kenduri tersebut dapat berjalan dengan lancar... alhamdulillah..

Hari Ahad pula.. kenduri di sebelah pihak lelaki.. Keluarga MaDiHaA, ma & adik beradik semua pun turut sama menghantar pengantin selain adik beradik mereka & sorang dua dari jiran mereka.. Bukan jauh pun.. masih dalam Felda yang sama... cuma keluarga pihak lelaki di Keratong Lima manakala pengantin perempuan Keratong Dua.. Walaupun dalam keadaan hujan renyai2.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.  Habis hantar pengantin.. cepat2 balik ke rumah untuk solat zuhur sebelum kami semua pegi pula beraya di dua buah rumah sempena tahun baru Cina di rumah sahabat baik ma & arwah ayah.  Yang ni memang tak boleh tidak.. jika takde apa2 hal memang wajib pegi beraya kat rumah mereka.  Rutin tahunan ni dah berjalan sejak dari MaDiHaA budak2 lagi... kalau dulu MaDiHaA & adik2 yang dapat angpau.. sekarang ni.. giliran anak2 kami la pulak.. hehe... Macam tulah jugak giliran raya Aidilfitri & Aidiladha... mereka pun tiap2 tahun beraya di rumah kami. 


Oklah panjang pulak berceloteh hari ni.. yelah kan.. dah 4 hari tak jengok blog... Oklah untuk hari ni berkongsi resepi yang simple ni je ye.  Resepi yang MaDiHaA ambil dari blog penulis novel yang tak asing lagi iaitu Shahriah Master Chef...  Terliur sangat tengok Oseng-oseng Tempeh yang bibiknya masak tempohari.. teruslah MaDiHaA godek2 juga kat rumah.  Tempe memang salah satu feberet MaDiHaA... memang pantang ada depan mata.. memang tak pernah ku tolak.. hehe.. Cuma en. hubby je yang agak memilih... kalau masakan yang ada terasa manis (manis dari kicap & sos) kat lidah dia... memang dia agak kurang sikit la... tapi takper... I tetap suka! hee.... Terima kasih buat Shahriah berkongsi resepi dari bibiknya ni yer... senang aje nak masaknya.. menurut kata Shahriah.. oseng-oseng tu maksudnya tumis.. Ohhh.. gitu...

 
OSENG-OSENG TEMPEH

Sumber resepi : Shahriah Novelis

Sumber : MaDiHaA  aka Ratna 

BAHAN-BAHANNYA :

3 keping tempeh *potong dadu *tidak terlalu kecil, goreng separa garing angkat dan toskan
4 batang cili hijau *hasil petikan tepi kebun mini i.. *belah dua
2 batang cili merah *hiris serong
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap manis
sedikit gula dan garam
sedikit air
minyak
 
BAHAN TUMISAN :

1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris

CARA :


Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS sehingga layu.

Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis, gula dan garam secukup rasa dan sedikit air dan kacau sebentar.

Masukkan tempeh, cili hijau dan cili merah dan kacau rata, sehingga kuah pekat atau sebati dengan tempeh.

Angkat dan hidangkan!!!

 
Selamat mencuba!

Friday, January 18, 2013

Ayam Ungkep



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ni lewat sikit bersiaran.  Nak kata sibuk sangat tak juga... bos pun tak masuk ofis sejak pagi tadi sebab hadiri seminar.  Mengadap PC sejak pagi bukan sibuk buat kerja pun sebab memang takde kerja sangat bila bos takde.  Tapi dok sibuk mencari2 resepi yang anak dara minta buatkan sebab esok kalau takde apa2 aral kami nak melawatnya di asrama buat kali pertama.  Haiii.. macam2 pulak permintaannya.. minta buatkan kuihlah, minta buatkan kek batiklah. Mujur minta ibu buat kuih yang mudah jer.. heheheee... Harap2 sempatlah dibuat malam ni sebelum bertolak esok. Pakaian pun tak kemas lagi ni...


Oklah untuk resepi hari ni nak kongsi resepi Ayam Ungkep yang dikongsi oleh Dana baru2 ni.  Kebetulan masa Dana kongsikan resepi, memang niat malam tu nak masak ayam.  Bila tengok bahan2nya semua ada kat rumah (kecuali daun kunyit) jadi teruslah di cuba.  Walau takde daun kunyit tapi rasanya tetap sedap!  Kalau letak daun kunyit mesti rasanya umpama rendang.  Mula2 hubby makan dia sangkakan rendang.  Siap cakap lagi.. abang kalau ibu masak lauk2 rendang macam ni maunya makan bertambah2. hehehe...  Kena sangatlah tu dengan selera dia kalau dah cakap macam tu.. tapi memang betul pun.. lauk ni memang sedap & kena dengan selera kami berdua..

Terima kasih banyak ye Dana berkongsi resepi dari mak Dana ni.  Resepi ni mengikut kata Dana resepi orang2 Jawa & masakan ni femes di Johor.  Yelah sebutannya tu pun lain sikit kan.. Dapat lagi satu resepi ungkep yang sedap!  Dulu pernah juga cuba satu resepi ungkep.. & memang tak mengecewakan juga.  Mintak izin letak resepi kat sini pulak ye Dana... sapa2 yang nak merasa tu.. bolehlah cuba2.. pasti tak menyesal punya...



Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana


Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
 
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.


Selamat mencuba!

Monday, December 17, 2012

Es Pisang Ijo



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Pagi2 dah tayang pencuci mulut ni kan.. Ada yang pernah tengok? Kawan2 di Malaysia pastinya tak pernah nampak pencuci mulut ni kan.  Tapi kalau kawan2 di Indonesia tentu tak asing lagi dengan pencuci mulut ni sebab dengarnya... Es Pisang Ijo ni sangat femes di sana.  Teringin sesangat nak merasa.. kalau ikutkan dah lama sangat teringin sejak dari bulan puasa dulu lagi.  Tapi disebabkan tak berjumpa dengan si pisang raja.. maka hasrat terpaksalah dipendamkan dahulu sehinggalah ma berikan 2 sikat pisang raja tempohari & kini telah masak ranum akhirnya dapatlah juga aku mencuba resepi ni.  Bak kata orang kalau tak cuba mana nak tau sedap atau tidak kan? hehe... Bila dah cuba barulah tau.. Yelah nak tunggu aku terbang ke seberang alamat tak tau bilalah... Jadi kita cuba jelah sendiri... Alhamdulillah sedaplah juga ditekak aku.  Cuma... ada cuma juga tu.. hehe.. resepi yang aku cuba ni bahagian tepongnya tu agak keras sikit.. jadi kalau sapa2 nak mencuba tu silalah kurangkan sikit tepong beras tu ye... Jangan kurangkan byk sangat sebab kalau lembut sangat tak cantik pula potongannya nanti... Jadi silalah mencabar diri sendiri mencuba resepi pencuci mulut dari seberang ni ye...

Kat bawah tu resepinya yang ku ambil dari justtryandtaste.  TQ ye mbak.. mohon di kongsikan resepinya di sini pula ye..

 
Es Pisang Ijo

Resepi diadaptasikan dari buku Kitab Masakan Kumpulan Resep Sepanjang Masa 

Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Hidangan pencuci mulut dari Makasar
Untuk 4- 5 hidangan

Bahan pisang ijo:
4 - 5 biji pisang raja
300 gram tepung beras (lAIN KALI KENA KURANGKAN SIKIT SUKATAN TEPONG BERAS)
50 gram tepung maizena (tepong jagung)
450 ml santan sederhana pekat
50 gram gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
beberapa titis pewarna hijau
Daun pisang untuk membungkus (MaDiHaA guna plastik tebal)

Bahan bubur sum-sum untuk sos:
1 liter santan cair
60 gram tepung beras
100 gram gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh vanila

Pelengkap:
sirup coco pandan (MaDiHaA guna sirap yang dimasak manis sedikit)
Es batu yang dihancurkan secukupnya (MaDiHaA tak gunakan)

Cara membuat:
Membuat pisang ijo
Sediakan bekas untuk membancuh.  Masukkan tepung beras, tepong maizena dan 100 ml santan. Kacau rata hingga tepung  menjadi larut. Tambahkan baki santan, gula, garam dan pewarna hijau. Kacau hingga rata & tapiskan. Masak bancuhan tepung beras menggunakan api kecil sambil dikacau-kacau hingga pekat. Jika adunan sudah mulai  mengeras tapi masih basah, segera angkat dari dapur dan teruskan mengacau hingga adonan menjadi licin dan halus. Tidak perlu memasaknya hingga benar-benar keras, adonan akan keras bila sejuk.

Layurkan daun pisang dengan mengukusnya sebentar. Siapkan dua lembar daun, lebar kira-kira 20 cm. Letakkan sisi daun pisang yang berkilat diatas, sapu permukaan daun dengan minyak supaya tidak melekat. Ambil 2 sudu makan adunan, ratakan di permukaan daun. Letakkan 1 biji pisang di tengah-tengah adonan, kemudian tutup pisang dengan adonan dengan cara menekuk sisi kiri dan kanan daun sehingga adonan menutupi pisang. Ratakan hingga adunan menutupi seluruh bahagian pisang. Gulung daun pisang, kemudian bungkus adonan seperti membuat lontong. Semat kedua sisinya dengan tusuk gigi. Potong kedua ujungnya dengan gunting agar rapi. Lakukan hingga semua adunan dan pisang habis.




Membuat sos buburnya
Siapkan bekas mengadun, masukkan tepung beras dan 100 ml santan. Kacau hingga larut. Tuangkan baki santan ke dalam bekas, gula, garam dan vanila. Kacau rata. Masak menggunakan api kecil sambil dikacau hingga larutan menjadi adunan yang pekat. Angkat dan sejukkan. 

Penyajian
Siapkan mangkuk hidangan, ambil 5 sudu makan sos bubur. Potong-potong pisang ijo dan susun diatas sos. Taburkan potongan ais batu yang telah dihancurkan dan siram dengan sirup coco pandan. Es pisang ijo sedia dinikmati. Yummy!

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...